You are on page 1of 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG Kod Sekolah: BBA8205

1. Nama Guru MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR

PENDIDIKAN KHAS UNTUK


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN KHAS
KANAK-KANAK ISTIMEWA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 21.05.2022

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak dalam mengenal pasti kanak-kanak
dengan keperluan khas supaya lebih jelas dengan keadaan dan permasalahan mereka.
Penekanan utama di dalam buku ini adalah dalam aspek ciri-ciri serta keperluan pembelajaran
mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai jenis masalah, tanda-tanda, perkembangan
serta keperluan yang diperlukan bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, penglihatan serta
masalah pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi panduan tentang tujuan, cara dan jenis-jenis instrumen bagi menjalankan
pengesanan awal serta kesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pendidikan khas ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................
( MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR) ( PN HJH NORIZA BINTI HAMID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG Kod Sekolah: BBA8205

1. Nama Guru MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR

TERAPI DALAM PENDIDIKAN


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN KHAS
KHAS

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 29.05.2022

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pendidikan Khas adalah kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kekurangan upaya. Pendidikan Khas
merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan
yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Terapi merupakan kaedah untuk membantu
pelajar bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dalam konteks di Malaysia, murid-murid yang dikesan mempunyai masalah pembelajaran


berasaskan tahap keupayaan dan deficit dalam beberapa kemahiran iaitu keupayaan kognitif,
keupayaan berbahasa dan pertuturan, menguasai keupayaan membaca, menguasai keupayaan
matematik, kemahiran perkembangan sosial, perkembangan diri, pengamatan penglihatan,
pengamatan pendengaran dan pengurusan diri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kurikulum untuk pendidikan khas ini sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubahsuai
dengan tujuan memenuhi murid-murid berkeperluan khas. Terapi dalam konteks Pendidikan Khas
merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang
melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara
maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui terapi, guru-guru dapat
melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan kehidupan
seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................
( MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR) ( PN HJH NORIZA BINTI HAMID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG Kod Sekolah: BBA8205

1. Nama Guru MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR

3. Bidang: PENGAJIAN
2. Judul BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 27.06.2022

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pendidikan memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan


negara. Kesamarataan peluang pendidikan telah banyak meransang kajian tentang kesan
sekolah, impak status sosioekonomi terhadap pencapaian dan ketaksamaan ras serta etnik dalam
pencapaian akademik. Pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek. Hak
kesamarataan penting untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan dalam
menegakkan hak asasi manusia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kesamarataan peluang pendidikan merujuk kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang
sama. Hal ini bermaksud semua anggota atau kelompok etnik mempunyai peluang yang sama
dalam menikmati pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kesamarataan peluang pendidikan merujuk keadaan yang membenarkan akses kepada


pendidikan yang sama rata untuk semua murid tanpa mengira latar belakang lokasi dan kelas
sosial.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................
( MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR) ( PN HJH NORIZA BINTI HAMID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG Kod Sekolah: BBA8205

1. Nama Guru MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR

3. Bidang: PENGAJIAN
2. Judul PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 29.06.2022

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menjelaskan tentang konsep asas dan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak,
membanding beza antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Turut dijelaskan faktor baka dan persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak, menjelaskan faktor perbezaan individu mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, fizikal, sosioemosi, kecerdasan, potensi dan latar
belakang serta menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori
perkembangan yang berkaitan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengkaji pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perkembangan intelek, emosi, dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau
tidaknya asuhan yang diperoleh kanak-kanak. Justeru, sebagai guru yang secara langsung
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan generasi murid yang
cemerlang ke arah merealisasikan pengetahuan terhadap perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan sosial perlu difahami
sepenuhnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................
( MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR) ( PN HJH NORIZA BINTI HAMID)

You might also like