You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK MAHMUD MAHYIDIN Kod Sekolah: DEA6360

1. Nama Guru
MOHD MUNAWAR BIN AHMAD

2. Judul PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN 3. Bidang: KEPIMPINAN


TINGKAH LAKU
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat
yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak
akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah:
i. Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.
ii. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
iii. Mengurangkan masalah disiplin.
iv. Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
v. Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
vi. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
vii. Menggunakan masa optimum yang diperuntukkan untuk pembelajaran

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: Rutin bilik darjah yang sistematik dapat
mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah seperti berikut:

1) Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga apa
yang berlaku dan kelakuan yang diterima.
2) Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.
3) Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang.
4) Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.
5) Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial dan
kerja kumpulan murid-murid.
6) Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat
pembelajaran
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dengan ilmu yang dikongsikan, kita dapat memahami dengan lebih tepat dan jelas menegnai
tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik dan dapat menjalankan tugas ini sebaik
yang mungkin dalam mendidik dan melahirkan generasi yang mapan serta berdaya saing.

Pemahaman bahawa pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.Pengurusan bilik darjah yang berkesan
dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD MUNAWAR BIN AHMAD) ( )

You might also like