You are on page 1of 18

PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014)

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. MOHD NAZIR BIN MD ZABIT


NAMA PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (AT35)
KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN B
KUMPULAN TUGASAN: KUMPULAN 14
SEMESTER DAN SESI AKADEMIK: SEMESTER 2 SESI 2021/2022

NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK

MUHAMMAD AKIFF BIN MOHAMAD D20211100103

MUHAMAD HANIF BIN MAKHTAR D20211100111

SITI NUR AQILAH BINTI SAMSI D20211100115

UMMU ARIENI BINTI SHUKRI RRADZI D20211100132

NUR ATIRAH BINTI ABD JALIL D20211100136

AHLA QISTINA BINTI AHMAD RUSHDI D20211100155


PENGENALAN
Pengurusan Bilik Darjah.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan
ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk
proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Maksud Pengurusan Bilik
Darjah juga adalah adalah merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan
pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Bilik darjah
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta
untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Komponen-
komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah seperti menetapkan cara-cara untuk
mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah,menentukan cara-cara
untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran
pembelajaran) memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah ,menentukan bagaimana guru akan menstrukturkan
semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan
murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor yang
mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya diklasifikasikan
kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari aspek
sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan
kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga
bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan
penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
LATAR BELAKANG

Pada asasnya, bilik darjah merupakan tempat di mana murid dan pelajar menghabiskan
sebahagian masa persekolahannya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, bilik darjah
merupakan tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan
tempat di mana murid-murid menuntut dan menimba ilmu secara formal mahupun tidak formal
di sesebuah institusi pendidikan dan turut didefinisikan sebagai tempat di mana berlakunya
proses memberi dan menerima maklumat serta ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, bilik darjah
perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan efektif.

Pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan


keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana suasana fizikal bilik
darjah memberi pengaruh yang besar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia
boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran itu sendiri. Suasana yang teratur dan
terurus serta persekitaran yang kondusif akan dapat merangsang pembelajaran seterusnya
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar dan berkesan. Selain
itu, antara kepentingan pengurusan bilik darjah juga ia sebagai pengawal kepada pembelajaran,
perhubungan guru dan murid serta perhubungan antara sesama rakan kelas. Ini jelas
membuktikan bahawa pengurusan bilik darjah merupakan suatu aspek yang penting dan
dikatakan sebagai prasyarat utama dalam menjamin dan memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Sekolah yang dipilih untuk melaksanakan kajian pengurusan bilik darjah ini ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah atau nama ringkasnya SMKA Falahiah yang
memegang kod DRA6001. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan
agama kawalan yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Falahiah ini mula ditubuhkan pada tahun 1939 oleh Tuan Guru Haji Wan
Adam Bin Wan Abdullah dengan nama asalnya `Al Madrasah Al-Falahiah’ yang diambil
bersempena nama tempat beliau belajar semasa di Makkah Al-Mukarramah.

Pada 1 Januari 1943 hingga Mac 1946, sekolah ini dijadikan sebagai salah sebuah
sekolah di bawah naungan Majlis Agama Islam Kelantan seperti beberapa buah sekolah yang
lain. Apabila sekolah ini diambil alih oleh Majlis Agama Islam, sekolah ini terus berkembang
dari semasa ke semasa dengan berdirinya bangunan baharu di atas tapak seluas lebih dua ekar
yang diwakafkan atas nama Tuan Guru Haji Wan Adam. Seterusnya, pada tahun 1977 Sekolah
Menengah Kebangsan Agama Falahiah ini telah diambil alih pula oleh Kementeran Pendidikan
Malaysia dan dijadikan sebagai salah sebuah sekolah di bawah naungan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pembangunan infrastruktur terus berkembang pesat setelah mendapat
bantuan dan dana daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah ini mempunyai tiga peringkat pengajian yang ditawarkan iaitu Menengah
Rendah, Menengah Atas dan Menengah Tinggi serta menawarkan dua pilihan kepada pelajar
sama ada untuk tinggal di asrama atau harian biasa. Sehingga kini SMKA Falahiah mempunyai
seramai 949 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 dan mempunyai seramai 463
orang jumlah pelajar lelaki manakala 486 orang jumlah pelajar perempuan. Tenaga pengajar di
sekolah ini pula adalah seramai 83 dan disokong oleh 18 orang kakitangan sekolah. Kini,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah terus bertapak kukuh mengukir dan melakar
kecemerlangan dalam membangunkan insan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menemu bual salah seorang
guru berpengalaman di sekolah tersebut iaitu Cikgu Zamri bin Abdul Rahman sebagai
responden untuk ditemu bual. Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian dan penilaian
langsung terhadap beberapa buah bilik darjah di sekolah berkenaan. Tujuan diadakan sesi temu
bual tersebut adalah untuk mengenalpasti amalan pengurusan bilik darjah yang sering diguna
pakai oleh guru-guru, mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul dalam proses
pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru seterusnya bagi membolehkan pengkaji
membincangkan dan merancang strategi dan kemahiran pengurusan bilik darjah yang
sewajarnya.
OBJEKTIF KAJIAN

Objek utama kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti ilmu mengurus bilik darjah


2. Mengenalpasti tahap pengurusan bilik darjah di SMKA Falahiah
3. Mengenalpasti isu dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru SMKA Falahiah
dalam pengurusan bilik darjah
4. Membincangkan dan merancang strategi pengurusan bilik darjah
DAPATAN KAJIAN

ILMU MENGURUSKAN BILIK DARJAH


Bilik darjah merupakan ruang utama yang digunakan oleh para pelajar untuk menimba ilmu.
Oleh itu bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berjalan dengan lancar
dan berkesan bilik darjah perlu diuruskan dengan sistematik dan selesa agar suasan
pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru tidak
akan dapat menyempurnakan matlamat pembelajaran jika tidak ada kelengkapan dan
kemudahan asas yang sepatutnya. Begitu juga dengan pelajar pasti tidak dapat memberi
tumpuan yang sepenuhnya jika tidak memiliki keadaan yang selesa seperti kipas yang
berfungsi, meja serta kerusi yang berada dalam keadaan baik dan sebagainya.

Antara ilmu menguruskan bilik darjah yang kita perlu tahu adalah kedudukan meja dan
guru mestilah dalam keadaan sistematik dan selesa. Susun atur meja murid dan meja guru juga
perlulah memenuhi standard pembelajaran abad ke-21 seperti mana yang ditetapkan. Meja guru
perlulah berada dihadapan dan tidak menghalang para pelajar dari melihat papan putih. Meja
pelajar pula perlu disusun dalam keadaan berkumpulan bagi memudahkan mereka untuk
melakukan perbincangan dengan selesa. Oleh itu, dengan susunan yang sedemikian
membolehkan para guru untuk memantau dan membantu perkembangan pelajar secara
menyeluruh, manakala bagi pelajar pula mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik
dan selesa kerana kedudukan meja yang strategik dan mudah untuk melakukan perbincangan
secara berkumpulan.

Selain itu faktor kelebihan dan kekurangan diri pelajar juga perlulah diambil kira bagi
semasa menentukan kedudukan meja pelajar. Misalnya pelajar yang mempunyai masalah
penglihatan dan sebagainya perlu diberi keutamaan untuk berada di barisan hadapan kelas
supaya mereka mendapat gambaran yang jelas semasa pembelajaran berlangsung. Pelajar yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang juga perlulah diletakkan bersama mereka yang kurang
cemerlang supaya mereka dapat saling membantu dan meningkatkan prestasi masing-masing.

Disamping itu, bilik darjah juga hendaklah dilengkapi dengan semua maklumat terkini
berkaitan dengan sekolah dan mempunyai jadual kelas,jadual tugasan harian, struktur
organisasi kelas dan sebagainya. Hal ini adalah bagi memastikan kebersihan dan kecerian kelas
terjaga. Seterusnya setiap kelas juga perlulah mempunyai sudut info dan maklumat bagi setiap
mata pelajaran untuk memupuk budaya membaca dan mengulangkaji dalam diri setiap pelajar.
Akhirnya, para pelajar dan guru perlu bersama-sama mengambil cakna dan menjaga
kelengkapan yang telah sedia ada didalam bilik darjah. Hal ini adalah bertujuan untuk
memastikan keselesaan dan infrastruktur didalam kelas dapat bertahan lama dan boleh
dimanfaatkan untuk generasi yang akan datang. Guru kelas juga perlu memainkan peranan
untuk melaporkan sebarang masalah dan cadangan penambahbaikkan didalam kelas bagi
memastikan keselesaan para pelajar, contohnya melaporkan kepada pihak pengurusan
berkaitan lampu atau kipas yang tidak berfungsi, atap yang bocor dan sebagainya.

TAHAP PENGURUSAN BILIK DARJAH DI SMK(A) FALAHIAH

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama Cikgu Zamri, kami mendapati tahap
pengurusan bilik darjah di SMKA Falahiah adalah berada pada tahap yang memuaskan kerana
para pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik dimana tidak
ada seorang pun pelajar yang ketinggalan dan mengadu tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya. Setiap pelajar mendapat meja dan kerusi yang mencukupi dan dalam keadaan baik
serta mendapatkan maklumat dan info-info terkini berkaitan dengan sekolah.

Selain itu, bilik darjah juga lengkap dengan Standard Operation Procedur (SOP)
sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini adalah
bertujuan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dalam kalangan
pelajar disamping mereka dapat belajar dalam keadaan selesa. SOP dalam bilik darjah ini telah
disahkan oleh pegawai KKM sendiri dan turut dipantau oleh para guru yang bertugas agar SOP
yang disediakan ini dipatuhi dengan baik oleh para pelajar dan guru. Oleh itu, jelaslah bahawa
pengurusan bilik darjah di SMKA Falahiah adalah mantap dan memuaskan.

Di samping itu, guru kelas juga sentiasa memainkan peranan yang khusus terhadap
keperluan dan kelengkapan dalam bilik darjah agar sentiasa mencukupi dan berfungsi dengan
baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan objektif
pembelajaran tercapai. Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar tingkatan 6 akan
menggunakan bahan bantu mengajar seperti lcd, projector, slide dan sebagainya dalam proses
pembelajaran mereka. Tambahan pula, internet juga digunakan secara meluas dalam kalangan
pelajar tingkatan 6, oleh itu guru kelas akan sentiasa memeriksa dan melaporkan sebarang
masalah yang berlaku kepada pihak pengurusan supaya penyelesaian segera dapat
dilaksanakan. Dengan itu para pelajar dapat menjalani pembelajaran dengan melibatkan bahan
bantu belajar yang terkini seiring dengan perkembangan teknologi pada abad ke-21 ini.
Akhirnya, tahap pengurusan bilik darjah di SMKA Falahiah dikatakan berada pada
tahap yang memuaskan kerana ajk ditubuhkan daripada kalangan murid yang dibimbing oleh
guru untuk mewujudkan beberapa sudut yang menjaga kebajikan dan keselesaan pelajar
semasa berada didalam kelas. Sebagai contoh, terdapat sudut perpustakaan mini didalam kelas
yang membolehkan para pelajar boleh duduk didalam kumpulan dan melakukan perbincangan
dengan adanya bahan bacaan asas yang boleh dijadikan rujukan. Setersunya, terdapat juga
sudut pantry yang menempatkan bekalan minuman bersih dan makanan ringang kepada
pelajar. Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa tahap pengurusan bilik darjah di SMKA
Falahiah adalah berada pada tahap yang memuaskan.

ISU DAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU-GURU DALAM


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dalam pengurusan bilik darjah ini, guru-guru perlu memainkan peranan yang cukup
penting dalam mendidik pelajar supaya tidak berlaku permasalahan melibatkan antara pelajar
dan guru. Akan tetapi, setiap perkara itu akan mempunyai masalah yang tersendiri yang akan
melibatkan guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar sendiri. Masalah utama yang
dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin pelajar.
Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap
hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah
berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan. Antara beberapa perkara yang
menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku pelajar
di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkah laku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan
berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar.

Selain itu, masalah ketidakhadiran pelajar juga turut menjadikan antara isu yang sering
diperkatakan oleh guru-guru di peringkat sekolah. Hal ini dapat dikaitkan dengan pelajar yang
kerap kali tidak hadir ke sekolah dengan tiada sebarang alasan yang munasabah. Dalam pada
itu, ada juga dalam kalangan pelajar yang kerap ponteng sekolah oleh kerana pelajar itu tidak
mempunyai minat untuk belajar, kurang motivasi, malas serta kurang daya tumpuan terhadap
pengajaran guru. Kebanyakkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Pelajar
begini tidak sedar bahawa menghadirkan diri ke sekolah itu penting dan mereka tidak akan
mempedulikan disiplin yang telah ditetapkan. Dengan ini, guru-guru terpaksa untuk menulis
surat kepada ibu bapa sebagai pemberitahuan bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah pada
hari tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu memberi amaran kepada pelajar yang sering tidak
hadir ke sekolah yang mana tidak mempunyai alasan yang munasabah. Kadang kala, ibu bapa
tidak percaya bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah kerana mereka sendiri yang
menghantar anak mereka di pintu pagar sekolah pada setiap pagi. Perkara ini sering kali
menjadi perselisihan antara guru dengan ibu bapa pelajar tersebut. Dengan ini, guru-guru perlu
memainkan peranan yang penting dengan berbincang dengan ibu bapa bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik bagi memastikan pelajar sentiasa hadir ke sekolah dari awal hingga
tamat sesi pembelajaran. Dalam pada itu, guru juga seharusnya dapat mencari pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Guru juga boleh mencari alternatif yang sesuai
seiring dengan kemampuan pelajar untuk menerima pelajaran agar minat untuk belajar dalam
diri para pelatih dapat dipupuk sekaligus mengurangkan berlakunya ponteng kelas. Pelajar juga
perlu sedar bahawa aktiviti ponteng yang mereka lakukan tidak mempunyai manfaat malahan
mengganggu proses pembelajaran berlangsung. Pelajar di sini perlu mengambil tindakan yang
bijak agar tidak tercicir di dalam pembelajaran dan mereka dapat menamatkan pengajian
dengan cemerlang.

Masalah lain yang sering berlaku dalam pengurusan bilik darjah ini ialah melibatkan
kebersihan dan keceriaan bilik darjah. Isu berkaitan kebersihan dan keceriaan ini biasanya
melibatkan pelajar-pelajar arus perdana terutamanya pelajar aras menengah rendah. Hal ini
kerana guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bilik darjah
sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria, Cabaran ini sentiasa dipikul oleh guru
yang menjadi guru kelas kepada kelas menengah rendah kerana kebiasaanya pelajar menengah
yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. Pelajar-pelajar ini biasanya
sukar untuk menjaga kebersihan kerana sentiasa bermain di dalam bilik darjah yang akan
menyebabkan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan tidak teratur. Seterusnya, perbuatan
murid yang suka membuang sampah di dalam kelas akan menyebabkan kelas kotor. Malah jika
kalau sampah tersebut berbentuk makanan atau minuman, kelas akan berbau busuk dan banyak
haiwan akan menghurung sampah tersebut. Ini akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kelas
dan menyukarkan proses PdPc. Murid melakukan sedemikian kerana murid-murid telah
membawa makanan masuk ke dalam kelas dan tidak membuangnya ke dalam tong sampah.
Jadi, guru perlu sentiasa memantau keadaan bilik darjah serta memberi arahan kepada pelajar
supaya membersihkan kelas secara berkala. Akan tetapi, hal ini berbeza kepada guru yang
menjadi guru kelas kepada kelas menengah atas seperti kelas tingkatan empat dan tingkatan
lima termasuklah tingkatan enam. Keadaan ini berbeza kerana kebiasaanya kecerian dan
kebersihan bilik darjah itu dilakukan sendiri oleh para pelajar termasuklah dari segi hiasan
kelas serta dekorasi bahagian dalam kelas dan bahagian info kelas. Dengan ini, ia dapat
meringankan beban guru kelas tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah lain seperti masalah susun atur dan
peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak, ia juga akan memberi impak kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilik darjah, guru seringkali
berhadapan dengan situasi dimana mereka buntu dalam mengatur kedudukan meja dan kerusi
pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua
faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang
keduanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku
kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Peralatan-peralatan seperti ini memang tidak
dapat dinafikan bantuannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan telah
pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan hitam
mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang guru dan bakal
guru akan hadapi di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, isu dan masalah yang dihadapi oleh guru sebenarnya tidak boleh dijadikan
suatu alasan untuk menunjukkan kelemahan sistem pengurusan bilik darjah. Guru hendaklah
sentiasa berfikir untuk meningkatkan mutu pengurusan bilik darjah bagi menjadikan kualiti
pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan didalam bilik darjah itu sampai terus kepada
para pelajar. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ini perlulah sentiasa diberi penekanan oleh
pihak sekolah supaya bebanan yang ditanggung oleh guru itu dapat diringankan bagi
memastikan guru sentiasa berada dalam keadaan yang positif dan stabil bagi menjalankan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

PENDEKATAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU DALAM PEMBELAJARAN DAN


PENGAJARAN ABAD KE 21

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid


selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga
teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan
tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek,
rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatanidentiti nasional yang kukuh. Kurikulum
dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara
ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21
dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.

Berdasarkan kepada temubual, seorang guru dari SMKA Falahiah memberi penerangan
bahawa guru di sekolah tersebut sentiasa mengamalkan budaya pengajaran abad ke-21. Antara
contoh pendekatan yang dilakukan ialah guru sentiasa memberi perhatian kepada setiap pelajar.
Hal ini selari dengan usaha yang dikemukakan oleh pihak kerajaan dalam pembentukan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21). Setiap guru perlu memberi penerangan kepada pelajar
dengan jelas supaya pelajar tidak mudah terkeliru berkenaan dengan pembelajaran pada hari
tersebut dengan pembelajaran pada hari lain. Guru juga boleh memberi penerangan kepada
pelajar berdasarkan contoh yang ada seperti contoh yang ada semasa persekitaran bilik darjah
mahupun yang diluar bilik darjah. Di dalam kelas abad ke-21, guru seharusnya menggalakkan
murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik yang sedang dibincang. Pandangan
yang tidak tersasar daripada topik perbincangan harus diterima oleh guru supaya murid-murid
berasa selesa dan seronok untuk mengutarakan idea-idea mereka.

Selain itu, guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran dua hala antara guru
dengan pelajar ataupun antara pelajar dengan pelajar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi
merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk
berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai
komunikasi berpusatkan murid. Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala
dalam kalangan murid-muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan
meminta murid-murid untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum
memulakan pembentangan di hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga perlu
memainkan peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. Guru hendaklah memantau cara
penyampaian murid-muridnya supaya pembentangan tersebut menjadi pembentangan yang
berkesan serta dapat memberikan maklumat yang berkualiti kepada murid lain. Namun begitu,
jika guru tidak memainkan peranannya dengan baik, komunikasi yang berkesan tidak akan
terhasil semasa proses pembelajaran berlangsung. Oleh yang demikian, murid-murid dapat
membina keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan lain kerana mereka mampu
mendengar dan memberi maklum balas, mampu untuk memberi penerangan yang jelas dan
ringkas, memahami kaedah-kaedah untuk menyampaikan maklumat dan juga mereka akan
berasa lebih terbuka jika diminta untuk mengulas sebarang topik.
Seterusnya, pendekatan yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah ini adalah
penggunaan teknologi yang terkini. Hal ini kerana ia dapat memudahkan guru untuk membuat
penerangan kepada para pelajar dengan memaparkan kepada pelajar disamping pelajar dapat
memahami dengan lebih mudah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini
termasuklah dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang selaras dengan yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Contohnya, penggunaan teknologi dan peranti
elektronik seperti laptop, LCD, tablet dan sebagainya. Antara lain, melalui penggunaan BBM
yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan
menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Kedua-duanya merupakan alat sokongan yang
penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar di samping mengekalkan minat belajar.
Kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan
menggunakan BBM berdasarkan topik yang akan diajar. Pelajar seringkali mencuba
menggambarkan dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajari melalui visual, misalnya
pelajar boleh melihat gambaran walaupun bukan bahan yang sebenar. Jadi, penggunaan
peralatan ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar kearah pembelajaran abad ke-21.

Di samping itu, penggunaan liputan internet secara meluas di kawasan sekolah


merupakan antara pendekatan yang cuba diterapkan di sekolah ini. Ini dapat dilihat apabila
hadir ke sekolah ini, terdapat banyak binaan berbentuk pondok yang kecil dibina bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang terbaik. Penyediaan akses internet di sekolah yang
semakin luas telah mensasarkan penggunaanya yang juga semakin luas dalam kalangan pelajar.
Peruntukan yang tinggi dalam pembangunan akses internet telah dibelanjakan oleh
kementerian untuk memastikan penggunaan internet dalam pembelajaran dapat memacu
pelajar dalam proses pembelajaran ilmu dengan kemahiran-kemahiran yang semakin luas.
Walaupun terdapat pelbagai masalah berkenaan dengan penggunaan liputan internet di sekolah
oleh kerana terdapat pelbagai masalah teknikal yang melibatkan pelbagai pihak. Dalam pada
itu, antara kaedah yang dapat dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan
mewujudkan bilik khas abad ke-21 yang boleh digunakan oleh para pelajar semasa proses
(PdP). Bilik tersebut boleh dihiasi dengan pelbagai hiasan supaya pelajar lebih bersemangat
untuk belajar apabila masuk ke bilik tersebut.

Akhir sekali, pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi
pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif. Sehubungan dengan itu, guru perlu melengkapkan
diri dengan minda serta ciri-ciri pendidik abad ke-21, di samping bersedia untuk menghadapi
cabaran dalam sistem pendidikan. Perubahan pedagogi perlulah melalui satu transformasi agar
dapat menghasilkan kemenjadian murid yang lebih bermakna untuk kehidupan dan kemajuan
negara.
PERBINCANGAN

KELEBIHAN KELEMAHAN

• Tugasan dan latihan yang diberikan adalah • Kedudukan para pelajar yang berbentuk
berbeza mengikut tahap pelajar. kumpulan kecil akan mendorong para pelajar
• Persekitaran fizikal pembelajaran di SMKA untuk bersembang antara satu sama lain
Falahiah sangat kondusif dan mudah untuk ketika proses PdPc berlangsung.
menimba ilmu kerana mempunyai pondok • Pelajar mendapat tempat menghadap ke
teknologi,sudut bacaan dan taman. belakang.
• SMKA Falahiah mempunyai ciri-ciri
persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif
dan mesra budaya iaitu mempunyai
kelengkapan maklumat dan
arahan,mempunyai jadual waktu dan
tugasan,mempunyai info terkini tentang
maklumat sekolah serta mempunyai sudut
yang menyediakan air minuman untuk pelajar.
• Pelajar dapat menjaga kebersihan kelas dengan
baik dan guru hanya sekadar memantau serta
memastikan kebersihan kelas sentiasa terjaga.
PELUANG ANCAMAN

• Pelajar pandai mengurus diri dan • Masalah kehadiran pelajar yang akan
berdikari semasa menganggu proses pembelajaran.
• Penggunaan internet untuk pelajar bagi • Melaksanakan sesi pembelajaran adalah
rujukan kendiri dan internet untuk guru sukar kerana aktiviti yang boleh dilakukan
yang digunakan boleh memperkaya bersama adalah terbatas antara guru dan
sumber ilmu dan rujukan. pelajar mahupun pelajar dengan pelajar itu
sendiri serta kurangnya keberkesanan
kaedah pembelajaran terhadap pelajar yang
bermasalah dari segi disiplin.
• Kedudukan di dalam kelas mengikut jarak 1
Meter agak sukar untuk guru mengawal
pelajar dengan baik.
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah
di samping mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam memastikan
keperluan yang cukup bagi murid-murid mendapat suasana pelajaran yang kondusif. Untuk
memastikan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lancar seperti yang dirancang,
guru perlu memahami situasi bilik darjah dan latar belakang murid yang akan diajar. Dengan
pengurusan bilik darjah yang lancar, guru dapat memastikan murid-murid mendapat peluang
untuk memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang. Selain itu, keadaan bilik darjah perlulah
diambil kira serta guru-guru perlulah kreatif dalam melakukan aktiviti semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut kesesuian bilangan murid yang sedia ada.
Menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah perlulah dijalankan bagi mengawal disiplin
pelajar dan mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas.
LAMPIRAN

Rajah 1: SMKA Falahiah

Rajah 2: Bilik Pembelajaran Abad Ke-21


Rajah 3: Suasana pelajar di dalam kelas

Rajah 4: Sesi bergambar bersama Cikgu Zamri

You might also like