You are on page 1of 4

Keberkesanan sekolah dari aspek teknikal

Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang pelajarnya
meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.
Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari segi
ekonomi sekolah dianggap berkesan jika ‘outcome; atau hasil yang diingini dapat dicapai
dengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi,
organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan
dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan
rambang Sharifah (2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah
berkesan dengan kecemerlangan akademik yang telah dicapai.

Keberkesanan sekolah dari aspek teknikal pula merujuk kepada teknik – teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian objektif
sepenuhnya. Jika dilihat sekolah dari perspektif fungsi pengeluaran, Keberkesanan teknikal
terletak di bahagian proses.

Keberkesanan teknikal dalam pengajaran

Strategi yang dipilih perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan
harus mampu dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang
bermakna. Dalam ertikata lain, sesi PdP perlu menggarapkan tiga domain utama iaitu
kognitif, psikomotor serta afektif. Guru sentiasa memberi fokus terhadap penglibatan pelajar
secara aktif.

Taksonomi Bloom

Hierarki ini telah diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli psikologi pendidikan Dr
Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan,
seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya mengingati fakta (pembelajaran
hafalan). Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran atau
pembelajaran seperti domain Kognitif yang menguji dan mengukur kemahiran mental
(Pengetahuan). Domain Afektif pula untuk mengukur perkembangan perasaan atau emosi
(Sikap) dan domain Psikomotor pula lebih kepada kemahiran berbentuk fizikal (Kemahiran).
Domain boleh dianggap sebagai kategori. Guru sering merujuk kepada ketiga-tiga kategori
ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini adalah taksonomi tingkah laku
pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat proses pembelajaran." Iaitu, selepas
episod pembelajaran, murid seharusnya telah memperoleh kemahiran baru, pengetahuan,
dan atau sikap.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Keberkesanan yang merujuk kepada “total knowledge transfer” dimana semua objektif
pengajaran guru terpindah kepada semua pelajar yang melibatkan proses komunikasi dua
hala dan teknik, teori, kaedah, aktiviti semasa komunikasi berlaku dan pembelajaran
diterima oleh murid. Ini dipanggil “knowlegde acquisition” Objektif pengajaran guru menjadi
objektif pembelajaran pelajar.

Rajah 1.0 Aspek – aspek keberkesanan teknikal


Proses pengajaran

Guru mengubah suai pendekatan pengajaran. Moores (1987) Kepelbagaian kaedah


penyampaian pengajaran merupakan aspek penting untuk memotivasikan minat pelajar-
pelajar terhadap pelajarannya. Guru mengajar subjeknya dengan baik, bertenaga dan
menarik. Guru bersikap profesional, utamakan pencapaian dan pengembangan murid
daripada hal – hal lain.

Proses pembelajaran

Guru mestilah mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan pelajarnya


seperti menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan diukur. Penekanan terhadap
penguasaan kemahiran asas seperti menetapkan band pencapaian pelajar. Mempunyai
disiplin kerja dan pengurusan masa yang baik dan teratur. Merancang jadual mengikut
keutamaan agar segala kegiatan harian tersusun dengan baik

Penentuan kurikulum

Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan


pembelajaran yang dihasratkan. Guru perlu memberi penekanan terhadap keperluan pelajar
yang lemah dan pengayaan terhadap pelajar yang cemerlang dengan mewujudkan program
– program yang melibatkan aktiviti membaca, memahami dan menyelesaikan masalah.
Penggunaan alat bantuan mengajar seperti yang ditetapkan oleh kurikulum. Melibatkan ibu
bapa seperti program sarana ibubapa dapat membantu murid dalam pembelajaran dan
penyelarasan antara kurikulum, pengajaran dan ujian untuk mencapai objektif.

Proses membaca

Penekanan yang tinggi terhadap kebolehan bacaan pelajar seperti linus. Program
bacaan individu seperti NILAM yang berterusan sepanjang tahun yang melibatkan penilaian
program bacaan dengan merekod tahap pembacaan murid seperti lancar, lambat atau
gagap. Kurikulum bacaan untuk menguasai kemahiran membaca. Proses membaca ini
melibatkan beberapa peringkat yang perlu ditekankan seperti peringkat melatih murid
membaca dan memahami perkara yang dibaca. Peringkat melatih murid membaca dan
mencari maklumat (pengetahuan) dan peringkat melatih murid membina dan memperkukuh
sikap gemar membaca.
Suasana pembelajaran

Lebih dikenali sebagai Iklim bilik darjah. Iklim yang mempunyai suasana tertib, bertujuan dan
suka belajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan selamat
disamping dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan
dan keperluan pelajar. Persekitaran pembelajaran yang sihat pula merujuk kepada
hubungan antara pelajar dan guru yang mesra dan saling hormat menghormati.
Persekitaran pembelajaran yang sihat akan mempengaruhi tingkahlaku orang di dalamnya.
Oleh itu guru memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan entiti sosial yang
penting di dalam menentukan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pembinaan sahsiah

Ketertiban bilik darjah yang berterusan. Peraturan dan jadual bertugas yang
berfungsi dan ada penguatkuasaan. Pengurusan bilik darjah yang menyebabkan pelajar
terlibat secara akticf dengan aktiviti pembelajaran. Susunan meja yang berkumpulan
berbanding dengan susunan secara tradisional. Semua ini diterapkan untuk kawalan disiplin
yang baik.

Bimbingan dan kaunseling

Layanan hendaklah diberikan kepada pelajar yang dikatakan akan memberi jaminan
kejayaan dan potensi kejayaan. Layanan yang lebih baik agar mereka rasa dihargai dan
meneruskan kecemerlangan mereka. Hubungan yang akrab guru – pelajar dalam bilik
darjah. Program seperti mentor dan mentee adalah satu program yang diterapkan disekolah
dengan meletakkan seorang guru untuk menjaga kumpulan murid yang kecil.

You might also like