You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan

Berdasarkan matlamat pendidikan negara, antara misi utama para guru ialah membentuk
pelajar kamil iaitu pelajar yang seimbang dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Dalam mencapai matlamat ini, para guru perlu memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan agar berkesan supaya pelajar dapat memahami dan mengingati
setiap isi pelajaran yang diajar. Oleh yang demikian, persediaan yang sesuai perlulah dirancang
bagi mencapai tahap keberkesanan yang dimaksudkan. Sehubungan dengan itu, semua guru
bertanggungjawab untuk menyediakan satu perancangan yang dipanggil Persediaan Mengajar
bagi menstrukturkan sesi pengajaran yang sesuai.

Berdasarkan modul OUM Prinsip Teknologi Pengajaran, persediaan mengajar ialah satu
perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi
maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan
dan penentuan pencapaian matlamat.

Penyediaan persediaan mengajar adalah penting, ini kerana disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah untuk menentukan objektif pengajaran, merancang kaedah pengajaran
yang sesuai mengikut kebolehan pelajar, membantu dalam pemilihan alat dan bahan bantu
mengajar, menentukan isi pelajaran yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain dari
itu persediaan mengajar juga dapat membantu guru merancang tugasan atau aktiviti serta
membantu guru mengawal bilik darjah.

Persediaan mengajar biasanya disediakan mengikut format-format tertentu bergantung


pada sistem sekolah berkenaan. Namun begitu, pada asasnya persediaan mengajar boleh
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu persediaan, penyampaian dan penutup.

Pada peringkat awal iaitu peringkat persediaan, guru perlulah mengambil kira semua
aspek yang berkaitan sebelum memulakan pembelajaran. Antara perkara-perkara tersebut ialah
maklumat am yang merangkumi tarikh, masa, tingkatan atau tahun, bilangan pelajar, mata
pelajaran dan tajuk yang akan diajar. Maklumat am tersebut kemudiannya diikuti oleh
pengetahuan sedia ada pelajar, objektif pengajaran, isi pelajaran, nilai murni, sumber
pembelajaran dan akhir sekali ialah langkah-langkah keselamatan.

Selain itu guru juga akan menyusun perkara yang akan diajar dalam satu-satu masa
pengajaran dan perkara-perkara tersebut akan dimasukkan di bahagian penyampaian
pengajaran. Penyampaian pengajaran dimulakan dengan induksi set, iaitu aktiviti yang
berfungsi mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar. Selepas induksi set dijalankan,
bermula pula proses perkembangan yang meliputi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai
oleh guru. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran peneguhan, kemahiran
menerangkan, kemahiran menggunakan papan hitam, kemahiran variasi rangsangan dan
kemahiran menyoal.

Proses yang terakhir ialah penutup. Antara perkara yang terdapat dalam penutup ialah
kesimpulan, penilaian, tugasan serta ulasan diri. Sekiranya persediaan mengajar dapat
dilaksanakan dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran juga mampu
meninggalkan kesan yang positif kepada guru serta pelajar.

2.0 Definisi dan Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat enam perkara yang menjadi asas di mana ia
merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu :

Menentukan keperluan pelajar


Menentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaian
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba sistem pengajaran

Menilai keseluruhan sistem Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya


mempunyai tiga kategori iaitu reka bentuk pengajaran sebagai satu proses, reka bentuk
pengajaran sebagai satu disiplin dan reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Sebagai satu
proses, bermaksud reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran
secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Sebagai satu
disiplin pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang
berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk proses
pelaksanaan strategi pengajaran. Manakala sebagai satu sains pula ialah reka bentuk
pengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk,
melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran
bagi unit pembelajaran pada semua peringkat.

You might also like