You are on page 1of 7

Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 1

BAB 1

PENDIDIKAN, PENGAJARAN, PEMBELAJARAN, PENAKSIRAN, DAN TEKNOLOGI

Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:

 Erti pendidikan, pengajaran, pembelajaran, teknologi, dan penaksiran serta


hubungannya

 Konsep model atau pendekatan umum pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan erti am antara pendidikan, pengajaran, pembelajaran, teknologi dan


penaksiran
2. Menghuraikan hubungan antara pengajaran, teknologi, penaksiran dan pembelajaran
3. Menghuraikan beberapa model atau pendekatan umum pengajaran
4. Memilih model atau pendekatan pengajaran untuk mengajar sesuatu topik dalam
sesuatu mata pelajaran.

ISI KANDUNGAN

Erti beberapa konsep asas

 Pendidikan ialah istilah umum yang biasanya ditafsirkan sebagai proses di mana pelajar
dididik atau mempelajari sesuatu secara formal, non-formal, dan informal.
 Pengajaran (teaching) ialah tindakan dan bimbingan guru kepada pelajar untuk
membantu proses pembelajaran mereka. Istilah dengan erti yang sama digunakan ialah
‘instruksi’ (instruction), iaitu proses memudah cara pembelajaran ke arah mencapai
objektif pembelajaran.
 Teknologi untuk pendidikan ialah set peralatan dan sumber yang membantu
menyelesaikan masalah atau memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
 Penaksiran dalam konteks pengajaran ialah proses mengumpul data tentang apa yang
pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu guru dan pelajar mengetahui sejauh
mana pembelajaran telah berlaku. Hasil ini digunakan sebagai maklum balas bagi
menambah baik proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di samping membantu
proses membuat keputusan.
 Pembelajaran, pada amnya, ialah proses seseorang membina pengetahuan, kemahiran,
sikap, dan nilai tertentu, akibat dari interaksi antaranya dengan persekitarannya (guru,
ibu bapa, rakan, persekitaran fisikal, sosial dan budaya).
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 2

Pendidikan Formal, Non-formal dan Informal

Sistem pendidikan boleh dibahagi kepada tiga jenis besar: pendidikan formal, pendidikan
non-formal dan pendidikan informal.

 Pendidikan formal

Pendidikan formal ialah pendidikan dalam bentuk kurikulum terancang atau program
pengajian dan mata pelajaran yang disusun dan diajar kepada pelajar di institusi
pendidikan seperti sekolah, kolej, politeknik, dan universiti. Biasanya pendidikan formal
yang dirancang ini ada peperiksaannya dan membawa kepada penganugerahan
sesuatu sijil, diploma, atau ijazah.

 Pendidikan non-formal

Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan yang diajar di luar pendidikan formal
seperti kegiatan kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan
beruniform), kursus latihan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta untuk menambah
kecekapan pekerja, kursus-kursus pendek untuk menambah pengetahuan tentang
sesuatu, lawatan sambil belajar yang terancang dan sebagainya.

 Pendidikan informal

Pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui
berbagai aktiviti kehidupan seharian: melalui interaksi dengan persekitaran, orang lain
seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat lain dan dari pemerhatian kita tentang apa
yang berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV, filem atau mendengar radio.
Keluarga ialah agensi pertama dan amat penting yang memberi pendidikan awal dan
pendidikan sokongan. Banyak sekali pengalaman kita diperkayakan, persepsi dan
pemikiran kita dibentuk, melalui pendidikan informal ini, yang kita alami setiap masa.

Pendidikan berlaku sepanjang hayat (life-long education) melalui ketiga-tiga jenis pendidikan di
atas.

MODEL PENGAJARAN

Perancangan proses pengajaran boleh dikaji dan dilaksanakan berpandu kepada


beberapa model umum, yang asas teorinya diambil dari psikologi pembelajaran, psikologi
sosial, komunikasi, sosiologi dan antropologi. Model merupakan struktur dan susunan suatu
entiti atau proses yang kompleks dalam bentuk yang lebih mudah. Oleh itu, model pengajaran
ialah struktur dan susunan proses pengajaran yang kompleks, tetapi yang dipermudahkan
untuk kita melihat hubungan antara bahagian-bahagian utama dalam proses pengajaran. Di sini
beberapa model instruksi/pengajaran dipilih sebagai contoh.
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 3

MODEL PENGAJARAN BERASASKAN DARJAH PENSTRUKTURAN

Pertama: Model pengajaran yang bersistem dan tinggi darjah penstrukturannya, contohnya
Model Tyler, Model Masteri (Caroll dan Bloom), dan Model ASSURE.

Model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran
ditentukan dahulu secara ekpilisit.

Kedua: Model yang lebih ‘terbuka’ sistem dan strukturnya, contohnya Model Inkuiri, Model
Berasaskan Masalah, Model berasaskan Projek, Kajian Kes dan sebagainya. Model ini
berasaskan mazhab konstruktivisme yang asalnya dipelopori oleh John Dewey, kemudian
Piaget, Vgotsky, dan Brunner, antara yang berpengaruh. Dalam model jenis kedua ini biasanya
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak ditetapkan dahulu secara eksplisit.
Objektif pengajaran dan pembelajaran ‘berkembang’ mengikut berkembangnya pengajaran dan
pembelajaran (evolving objectives), di mana setiap pelajar belajar dan memberi makna dan
pengertian apa yang dipelajarinya itu (huraian terperinci mazhab ini terdapat dalam Bab 4).

Contoh model bersistem dan tinggi darjah penstrukturannya:

Model Tyler

1. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran (learning outcomes)


2. Memilih dan menentukan isi kandungan
3. Merancang dan menyusun isi kandungan kepada unit-unit kecil mengikut urutan dari
mudah kepada lebih kompleks
4. Menilai hasil pembelajaran

Model Masteri

1. Menentukan hasil pembelajaran (learning outcomes) program atau set siri


pembelajaran.
2. Menentukan hasil pembelajaran unit 1
3. Melaksanakan pengajaran mengguna kaedah yang sesuai, termasuk memberi latihan
atau aktiviti pelajar.
4. Membuat penilaian pembelajaran secara formatif
5. Melaksanakan aktiviti pemulihan jika hasil pembelajaran belum tercapai dan pengayaan
jika sebaliknya.
6. Meneruskan ke unit 2, unit 3 dan unit seterusnya, dan prosesnya seperti di atas.
7. Memberi ujian summatif pada akhir program pengajian.

Model ASSURE

1. A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar)


• Bilangan pelajar
• Jantina/umur
• Pengetahuan sedia ada/ tahap pelajar
• Gaya pembelajaran (learning styles)
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 4

2. S = State objectives (nyatakan objektif) ((learning outcomes)


3 domain bagi objektif pembelajaran
 kognitif
 psikomotor
 afektif dan kemahiran insaniah

3. S = Select media & materials (memilih bahan dan media)


 Sukatan pelajaran
 Minat & perhatian pelajar
 Senang digunakan pelajar
 Terbukti keberkesanan media/bahan
 Penglibatan pelajar
 Mampu disediakan

4. U = Utilize media & materials (menggunakan bahan & media)

5. R = Require learner participation: melibatkan pelajar dalam


 pelbagai latihan
 kerja individu atau berpasukan
 pembentangan

6. E = Evaluate & revise: menaksir, menilai dan menambah baik


 hasil pembelajaran
 bahan & media
 pengajaran dan bimbingan guru/fasilitator
 menjalankan pemulihan/pengayaan

Contoh Model yang lebih ‘terbuka’ sistemnya dan darjah penstrukturan yang lebih rendah:

Contoh model yang lebih ‘terbuka’ sistem dan strukturnya ialah Model Inkuiri, Model
Berasaskan Masalah, Model berasaskan Projek, Kajian Kes dan sebagainya yang berasaskan
falsafah konstruktivisme dan psikologi perkembangan kognitif.

Model pengajaran berasaskan konstruktivisme (iaitu falsafah bahawa pembelajaran ialah


proses pelajar belajar sendiri, memberi dan memperluaskan makna sendiri apa yang dipelajari
dan membuat refleksi apa yang dipelajari).

Salah satu model pengajaran am berasaskan falsafah ini ialah Model Inkuiri, iaitu model yang
memerlukan pelajar sendiri atau berpasukan menyelidik, ‘menyiasat’ atau mencari penyelesaian
kepada masalah yang dihadapinya. Berdasarkan falsafah ini terdapat juga variasi kaedah lain
seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning), Pembelajaran
Berasaskan Projek, Kajian Kes dan sebagainya.
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 5

Model Inkuiri

1. Mengenal pasti masalah kajian utama: menjana persoalan kajian


2. Meneroka, mengumpul data atau maklumat
3. Menganalisis dan mentafsir data untuk menjawab soalan kajian.
4. Membuat kesimpulan dan cadangan
5. Menulis dan menyampaikan dapatan/kesimpulan kepada pihak lain

Model inkuiri ini dapat dilaksanakan melalui satu kitar pembelajaran atau sekuens pengajaran
penuh iaitu kitar pembelajaran 4-fasa yang sesuai digunakan dalam konteks pembelajaran di
bilik darjah. Model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate) juga sesuai digunakan
apabila melaksanakan model inkuiri. Pembelajaran Berasaskan Masalah, Projek, dan Kes pula
biasanya mempunyai langkah-langkah unik tersendiri yang agak berbeza daripada pengajaran
yang biasa dilakukan di bilik darjah. Penerangan ketiga-tiganya terdapat dalam Bab 5.

Kitar pembelajaran 4-fasa

Fasa 1: Memulakan pengajaran dan mencungkil idea


Fasa 2: Menstruktur/menstruktur semula idea
Fasa 3: Mengaplikasi idea
Fasa 4: Menutup pengajaran dan membuat refleksi

Langkah-langkah 1 hingga 5 dalam model inkuiri dilaksanakan dalam fasa 2 kitar pembelajaran
4-fasa ini. Huraian lebih terperinci tentang kitar pembelajaran ini terdapat dalam Bab 4.

Model UPSI (adaptasi Model Tyler dan yang lain)

Model ini digubal untuk cuba menggabungkan model jenis 1 dan 2, dan untuk memudahkan
analisis komponen-komponen utama dalam mereka bentuk pengajaran dibuat. Perhatikan
setiap komponen berkait antara satu sama lain. Perubahan pada satu komponen akan
mempengaruhi bahagian lain. Jadi dalam mereka bentuk dan merancang pengajaran semua 8
komponen penting diambil kira. Lapan langkah utama itu adalah seperti dalam rajah 1.1.
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 6

8 Komponen utama dalam merekabentuk pengajaran (adaptasi


Tyler : UPSI 2009)
2. Guru Kuasai
1. Kenal pelajar 3. Ojektif ‘content’ topik:
anda (hasil pembelajaran buat analisis
yang sesuai) (i) pengetahuan
(ii) kemahiran

8. Penilaian 4. Buat susunan unit-


(Alat dan kaedah unit p & p secara
penilaian yang sah dan ‘sequential’ – guna
boleh dipercayai) Jadual Penentuan
Kandungan (JPK)

7. Pilih alat bantu


5. Pilih kaedah &
P&P: buku, modul,
teknik pengajaran &
VCD, CD dsb yang
6. latihan murid
sesuai

Rajah 1.1 Model UPSI yang menggabungkan model jenis 1 dan 2

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Gunakan Advance Organizer teknik KWHL seperti rajah 1.2 untuk memulakan pengajaran.
Jadual tersebut boleh diberi kepada pelajar dalam bentuk digital (yang memerlukan pelajar
mempunyai komputer peribadi masing-masing) atau mereka melukis secara manual. Pelajar
perlu mengisi 3 lajur pertama dalam jadual KWHL tersebut. Pensyarah akan dapat mengenal
pasti idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dengan melihat apa yang dicatat pelajar pada
lajur pertama. Dengan mencatat lajur kedua dan ketiga pelajar dididik memantau pembelajaran
mereka sendiri (kemahiran metakognitif). Advance organizer juga membantu pelajar
menghubungkan maklumat baru yang ingin dipelajari dengan pengetahuan sedia ada supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Pendidikan, Pengajaran, Pembelajaran, Penaksiran, & Teknologi 7

Advance Organizer: Teknik KWHL


What you What you How to find What you
Know Want to out Learned
know

EDU3046 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran I Dr Nurulhuda AR

Rajah 1.2 Advance Organizer menggunakan teknik KWHL

Beri penerangan konsep asas pendidikan dan konsep model pengajaran secara am.
Selesai menerang, beri pelajar masa untuk mencatat apa yang telah mereka pelajari selepas
mendengar penerangan pensyarah. Galakkan mereka menggunakan ayat sendiri dan tidak
ditiru bulat-bulat daripada slaid nota pensyarah.

Kemudian bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk menjana beberapa


model pengajaran berasaskan sama ada teori pembelajaran atau darjah penstrukturan. Bagi
tujuan ini, pelajar perlu mempunyai akses kepada sumber rujukan (seperti Internet) dan diberi
masa yang mencukupi untuk berbincang dalam kumpulan. Minta pelajar menghasilkan visual
model yang dipilih dalam bentuk carta alir kemudian membentangkan model mereka. Hasil
pembentangan pelajar dibincangkan dan diberi maklum balas.

Tugasan lanjutan boleh diberi dalam bentuk menghasilkan model hasil gabungan dua
atau lebih model pengajaran untuk memanfaatkan kekuatan setiap model pengajaran berlainan.
Hasilnya boleh dijadikan sebahagian daripada bahan folio pelajar.

RUJUKAN

Tyler, R. W. (1990). Prinsip asas kurikulum dan pengajaran. Penterjemah Haji Kamaruddin
Hussin dan Hazil Abdul Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like