You are on page 1of 13

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

1. Pendekatan Pengajaran

Menurut kamus dewan, istilah pendekatan bolehlah ditakrifkan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan pula, pendekatan didefinisikan sebagai cara atau bagaimana sesuatu pelajaran itu diajar bagi tujuan mencapai objektif P&P. Edward M.Anthony berpendapat pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik. Rumusan yang boleh diambil ialah pendekatan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam P&P ialah induktif, deduktif, integratife, eklektif dan tematik. Pendekatan-pendekatan tersebut boleh diaplikasikan semasa P&P dalam kelas. Pendekatan induktif bermaksud kaedah yang diguna pakai semasa P&P ialah dengan cara menjelaskan pelajaran daripada peringkat yang mudah terlebih dahulu kepada peringkat yang lebih kompleks. Guru akan membimbing murid mengumpul maklumat-maklumat. Daripada maklumat tersebut murid akan mentafsir maklumat tersebut. Akhir sekali, murid akan bersama-sama membuat kesimpulan hasil daripada kajian maklumat-maklumat yang diperoleh. Murid dibimbing memikir , mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat. Proses-proses adalah langkah demi langkah bagi menghasilkan kesimpulan. Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pendekatan induktif ini. Pendekatan deduktif merupakan kaedah yang kompleks kerana murid perlu memperoleh kefahaman yang mendalam dalam sesuatu topik. Murid perlulah memilih rumus-rumus, hukum bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Murid dibimbing untuk mengingati segala rumus, hukum teori dan prinsipprinsip. Apabila murid diberi sesuatu permasalahan, murid akan menggunakan rumus, hukum, teori atau prinsip bagi menyelesaikan masalah dan mencari jawapan. Pendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk mata

membentuk generalisasi baru. Misalnya, setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segi tiga bersudut tegak. Matematik dan sains banyak menggunakan pendekatan deduktif ini. Pendekatan integratif pula membawa maksud penyepaduan unsur-unsur dari berbagai-bagai bidang pengetahuan,kemahiran dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancangan pelajaran yang menyeluruh dan harmoni. Integratif adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh di saling kaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak. Terdapat tiga cara pendekatan integratif boleh diguna pakai iaitu kandungan, kemahiran, dan aktiviti. Tujuan pendekatan integratif ialah cara ini dapat membantu murid memahami dan menghargai pembelajaran di sekolah adalah saling berkait antara satu sama lain. Pendekatan ini menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik. Selain itu, cara ini mementingkan nilai sosial di mana murid digalakkan bekerjasama antara satu sama lain secara koperatif. Cara ini juga secara tidak langsung mengajar murid untuk berfikir dan menyelesaikan masalah secara berdikari. Pendekatan seterusnya yang boleh digunakan oleh tenaga pengajar ialah eklektif. Elektif bermaksud bercampur. Dalam erti kata lain, guru boleh menggabung jalin pendekatan-pendekatan yang ada mengikut kesesuaian pengajaran. Contohnya, menggabung pendekatan induktif dan deduktif. Cara sebegini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. Guru boleh cara sebegini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Pendekatan terakhir yang boleh diguna pakai oleh guru ialah pendekatan tematik. Pendekatan tematik juga dikenali dengan nama pendekatan bertema. Tema menjadi pokok perbincangan utama, contohnya tema alam semula jadi atau tema perpaduan kaum. Tema dipecahkan kepada beberapa sub topik yang kecil untuk perbincangan. Murid juga akan turut dipecahkan kepada kumpulan. Kumpulan tersebut boleh terdiri daripada kumpulan pelbagai pilihan atau kumpulan murid yang sama kebolehan. Setiap kumpulan akan

mendapat tema berbeza tetapi saling melengkapi. Murid diperuntukkan masa untuk melakukan perbincangan. Hasil daripada pembentangan kemudian dibentangkan oleh wakil kumpulan. Akhir sekali guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan. Pendekatan tematik ini menggabung jalin pelbagai kemahiran dalam pengajaran. Pendekatan ini membolehkan murid menganalisis dan menggunakan kemahiran serta mengaplikasikan pengetahuan seterusnya membuat kesimpulan.

2. Strategi Pengajaran Strategi pengajaran boleh diterangkan cara seseorang guru itu mengajar di dalam kelas atau tidak salah ditafsirkan sebagai bentuk komunikasi di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru memainkan peranan utama untuk merancang bentuk strategi pengajaran yang akan digunakan semasa pengajar. Strategi-strategi yang digunakan sebenarnya boleh menentukan agar pengajaran dan pembelajaran pada hari itu berkesan. Strategi pengajaran penting kerana fokus pengajaran ialah kepada murid. Jadi strategi yang berkesan dapat menarik minat murid untuk belajar seterusnya objektif P&P tercapai. Terdapat empat strategi pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berasaskan bahan dan strategi berasakan tugasan. Pemilihan strategi ini bergantung objektif P&P dan juga kreativiti guru itu sendiri. Faktor murid juga memainkan peranan untuk guru menentukan strategi yang akan digunakan semasa mengajar. Seseorang guru harus bijak memilih strategi yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih strategi yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran pertama ialah strategi berpusatkan guru. Dalam strategi ini, guru memainkan peranan yang utama. Dalam bilik darjah, gurulah yang mengawal dan menguasai segala aktiviti pelajaran. Di sini, guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru adalah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan sesetengah kemahiran. Ketika menjalankan aktiviti, guru berperanan penting, manakala murid pula berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid ketika P&P adalah sehala. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik di mana murid-murid tidak berpeluang menyumbang pendapat mereka dan guru bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian objektif guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding daripada penyuburan nilai-nilai murni dan perkembangan emosi. Apa yang diutamakan di sini ialah pencapaian keputusan murid dalam ujian dan peperiksaan. Teknik pengajaran guru bertumpu kepada penyampaian fakta secara menghafal dan murid kurang berupaya membuat interpretasi. Apa yang boleh disimpulkan, dengan strategi ini murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif kerana segala-galanya disuap oleh guru. Strategi kedua ialah strategi pemusatan murid. Berbeza dengan pemusatan guru, strategi ini pula murid memainkan peranan yang penting. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Dalam bilik darjah pula, guru adalah seorang pemimpin yang memimpin dan membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid semasa proses P&P berbanding mendengar guru memberi penerangan. Perkara yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri dan penemuan, perbincangan, soal jawab, penyelesaian masalah,

bermain, kaedah simulasi dan juga sumbang saran. Apa yang boleh dilihat dalam strategi ini, perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid. Pengajaran guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. Secara tidak langsung, murid dapat menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Strategi seterusnya ialah strategi berasaskan bahan. Dalam strategi ini, bahan pelajaran pada memainkan peranan penting. bahan. Pencapaian Di sini objektif wujudnya bergantung kebergantungan kepada

komunikasi tiga hala antara guru, murid dan bahan yang digunakan. Guru mestilah mahir dan cekap menggunakan bahan pengajaran agar objektif P&P tercapai. Dalam strategi ini, penekanan kepada jasmani, rohani dan kognitif diutamakan. Murid akan dilatih dalam kemahiran dan kefahaman. Pengajaran dilihat akan lebih bermakna dan berkesan. Dari segi komunikasi pula, peluang murid untuk berinteraksi lebih banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah ini. Perbincangan kumpulan kecil boleh dilakukan. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran. Kaedah ini digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti. Murid akan menjadi lebih aktif dan lebih berdikari. Strategi terakhir pula ialah berasakan tugasan. Strategi ini bermaksud proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik dan terancang dalam jangka masa yang tertentu. Biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Strategi ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Interaksi dalam kelas pula ialah guru membimbing murid untuk melakukan setiap proses. Di sini guru boleh menilai kefahaman setiap murid melalui penilaian setiap proses. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah melibatkan pengumpulan data. Kemudian diproses untuk mendapatkan maklumat dan hasil . Ini menjadikan murid lebih

berkemahiran, berpengetahuan dan dapat mendapat pengalaman. Strategi ini dapat menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus dan memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut. Murid juga didik untuk menerima dan menghormati perbezaan individu dan menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai dan mendidik murid menjadi pemimpin. 3. Kaedah dan Teknik Pengajaran Selain itu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada dua elemen yang sangat penting iaitu kaedah dan teknik pengajaran. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik pengajaran? Menurut Kamus Dewan kaedah adalah satu cara atau aturan membuat sesuatu, hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah adalah sesuatu siri, tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah juga digunakan oleh guru-guru untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan menentukan jenis aktiviti-aktiviti yang melibatkan guru dan murid. Contohnya, seperti syarahan dan kajian kes. Manakala, teknik pula bermaksud kemahiran yang menonjolkan tentang perlakuan pengajaran yang paling spesifik. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil yang maksimum semasa mengajar. Contoh teknik- teknik yang sering digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti teknik menyoal, membincang, memberi arahan dan demonstrasi. Terdapat beberapa jenis kaedah dan teknik yang sering dipraktikkan oleh guru untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah dan teknik sumbang saran, bercerita, perbincangan, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Kaedah dan teknik sumbang saran ialah merupakan satu aktiviti perbincangan yang dilakukan secara berkumpulan. Terdapat empat peraturan asas yang perlu dipatuhi apabila menggunakan kaedah dan teknik ini iaitu setiap ahli tidak digalakkan membuat sebarang penilaian terhadap idea-idea pada awal sesi perbincangan kerana teknik ini lebih mengutamakan kuantiti. Hasilkan sebanyak mungkin idea dengan pantas dan

seterusnya kembangkan idea awal bagi tujuan memperbaiki dan dapat menghasilkan idea baru. Selain itu, teknik bercerita juga sering diguna pakai oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, untuk menggunakan kaedah dan teknik ini beberapa perkara harus dititikberatkan iaitu jenis cerita yang hendak disampaikan perlu sesuai dengan peringkat umur murid, guru boleh mempelbagaikan nada suara mengikut jalan cerita dan guru boleh menggunakan bahan sampingan lain semasa bercerita. Dalam kaedah dan teknik ini juga, guru boleh menggunakan dua kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran verbal dan bukan verbal untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi istilah konsep kemahiran verbal ialah kemahiran yang menggunakan suara dan ayat-ayat mudah manakala kemahiran bukan verbal ialah kemahiran yang melibatkan pergerakan mata atau mimik muka. Murid yang cerdik hasil dari guru yang bijak. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang guru harus mengetahui apa yang diperlukan oleh murid dalam proses pembelajarannya. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Selain dari kaedah dan teknik sumbang saran atau bercerita, kaedah perbincangan juga amat sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran. Kaedah ini melibatkan aktiviti berkumpulan yang boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu perbincangan kelas dan perbincangan kumpulan kecil. Kedua-dua jenis perbincangan ini menggalakkan murid memberi idea dan pandangan tentang sesuatu topik yang telah diberikan. Dengan menggunakan kaedah ini guru dapat menilai setiap murid dengan lebih mudah. Guru juga harus mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Berikutan dengan hal ini, guru boleh menggunakan kaedah dan teknik demonstrasi kerana kaedah ini melibatkan demonstrasi guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti, prosedur atau langkah pembelajaran. Kaedah dan teknik ini juga melibatkan komunikasi secara lisan. Contohnya, kaedah ini sesuai dipraktikkan di dalam pengajaran olahraga, tarian,

permainan dan uji kaji. Kaedah dan teknik seterusnya ialah kaedah penyelesaian masalah. Melalui kaedah ini, murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tertentu supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan secara lebih berkesan. Terdapat empat langkah yang perlu diikuti di dalam kaedah ini iaitu mengenal pasti masalah, memahami sesuatu masalah, menentukan penyelesaian alternatif untuk sesuatu masalah, mencari penyelesaian baru dan membuat kesimpulan serta menilai semula penyelesaian tersebut. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru seharusnya mengenal pasti terlebih dahulu serta menentukan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid dan mewujudkan rasa ingin tahu murid terhadap sesuatu perkara. Guru yang bijak tahu apa yang diperlukan oleh muridnya. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan input dan output yang memberangsangkan. 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran Kaedah dan teknik pengajaran merupakan rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sepenuhnya. sesuatu Terdapat pengajaran beberapa serta faktor pencapaian yang telah objektif dikenal secara pasti

mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Tujuannya adalah untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan penyampaian pengajaran kepada murid seperti dirancang. Faktor yang pertama ialah mata pelajaran yang diajar. Misalnya, semasa mengajar Sains, kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah inkuiripenemuan dan demonstrasi. Sekiranya mengajar Matematik, pengajar boleh menggunakan kaedah induktif atau deduktif. Bagi subjek Pendidikan Moral, pengajar boleh menggunakan teknik seperti bercerita atau lakonan. Faktor yang kedua ialah objektif pelajaran. Contohnya, pengajar boleh menggunakan kaedah kerja praktik sekiranya objektif pelajaran domain

psikomotor diutamakan. Teknik perbincangan pula sesuai digunakan bagi objektif pelajaran domain kognitif. Untuk mencapai objektif afektif, pengajar boleh menggunakan teknik stimulasi atau main peranan. Faktor seterusnya yang diambil kira ialah kebolehan pelajar. Sekiranya taraf pencapaian kelas bersifat homogeneous (setara), pengajar boleh menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi taraf pencapaian kelas yang bersifat heterogeneous ( pelbagai tahap), aktiviti kumpulan adalah lebih sesuai digunakan. Selain daripada itu, jenis aktiviti pelajaran yang akan diajarkan juga menjadi satu faktor pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Kebiasaannya, bagi aktiviti pengukuhan kaedah latih tubi akan diguna pakai. Bagi aktiviti pelajaran yang bertujuan untuk mencari kesimpulan, kaedah penyoalan lebih sesuai digunakan. Manakala kaedah penyelesaian masalah digunakan untuk aktiviti pembelajaran meningkatkan pemikiran. Faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran ialah aktiviti pembelajaran pelajar. Oleh itu, strategi pengajaran seperti kerja projek, kaedah penyoalan, kaedah inkuiri-penemuan, sumbang saran dan kaedah penyelesaian masalah harus banyak digunakan, manakala kaedah syarahan harus dikurangkan. Faktor keenam ialah prinsip bersepadu. Pengajar harus melihat kepada faktor yang boleh meningkatkan perkembangan kognitif, emosi dan sosial pelajar. Justeru itu, kaedah kumpulan dan aktiviti permainan harus digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Faktor terakhir yang tidak harus dikesampingkan ialah merangkumi akses kendiri, iaitu penilaian kendiri dari segi objektif pelajaran, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kaedah dan teknik mengajar yang dilaksanakan.

REFLEKSI NAMA PROGAM

: TOPIK 3 (PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.) : MUHAMAD AUZANI BIN MANSOR : DPLI MUZIK/KH (SEMESTER 1 /2012)

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran pedagogi. Keberkesanan P&P membantu murid-murid memahami mata pelajaran dengan lebih mudah , berkesan dan menyeronokkan. Ilmu pedagogi ini wajib dipelajari oleh semua bakal guru agar mereka dapat membuat perancangan yang rapi dan teliti untuk memastikan objektif P&P tercapai. Pedagogi dapat membantu para guru untuk memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah. Lebih-lebih lagi, para pendidik disarankan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran yang saya pelajari dalam pedagogi ini sedikit sebanyak dapat membantu saya melaksanakan tugas sebagai seorang guru dengan lebih cekap dan berkesan. Pengalaman empat tahun menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) sebenarnya membantu saya untuk lebih memahami kemahiran pedagogi. Ini adalah kerana, sebagai seorang guru GSTT, saya telah terlibat secara langsung di bilik darjah dan telah berhadapan dengan pelbagai situasi. Apabila belajar subjek pedagogi , pemahaman saya lebih jelas kerana apa yang saya pelajari memang pernah saya alami. Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, teknik meningkatkan disiplin, cara mengatasi masalah banyak diperjelaskan oleh pensyarah. Perkongsian pengalaman di antara pensyarah dan rakan-rakan sekelas banyak membantu saya untuk lebih memahami situasi sebenar dunia pendidikan di Malaysia. Pedagogi penting kepada saya dan juga kepada semua guru kerana saya dapat memahami prinsip pengajaran dan pembelajaran. Di sini juga saya lebih mudah memahami kaedah pengajaran dayang bersesuaian dan memahami murid supaya kaedah yang diguna pakai bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-murid. Saya juga mempelajari pentingnya rancangan mengajar harian agar objektif pembelajaran tercapai dan pentingnya seorang guru menyediakan bahan bantu mengajar untuk murid-murid.

REFLEKSI NAMA PROGAM

: TOPIK 3 (PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.) : NOOR MUMTAZIAH BINTI SARIF : DPLI MUZIK/KH (SEMESTER 1 /2012)

Dalam era globaslisasi, pendidikan yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari semua aspek. Sejajar dengan ini, pelbagai usaha giat dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, untuk menghasilkan output yang baik dan berkualiti, para pendidik telah dibimbing serta dilatih memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui ilmu dan teori pedagogi. Kursus Pedagogi banyak memberi sumber ilmu yang berguna untuk diri saya khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kursus ini juga saya dapat menimba pengalaman dan pengetahuan cara menangani pelbagai situasi yang melibatkan murid, persekitaran bilik darjah, persekitaran sekolah, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pendidikan menjana generasi cemerlang. Ungkapan ini telah mendorong saya untuk mempelajari lebih giat tentang pendidikan khususnya di peringkat sekolah rendah. Berhubung dengan perkara ini juga, saya telah didedahkan dengan istilah dan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang kursus berlangsung, saya semakin memahami jenis-jenis pendekatan pengajaran yang selama ini saya hanya mendengar tanpa mengetahui tentang istilah, teori dan jenis-jenisnya. Antara pendekatan-pendekatan yang boleh saya aplikasikan dalam proses pengajaran ialah pendekatan induktif, deduktif, intergratif, eklusif dan tematik. Seperti yang telah diterangkan, setiap pendekatan mempunyai kaedah dan ciri yang berbeza. Justeru, guru seharusnya bijak memilih dan mencorak pendekatan yang sesuai dengan topik yang akan disampaikan. Contohnya, jika seseorang guru menggunakan pendekatan pengajaran induktif, guru tersebut perlu mengetahui dan memahami konsep pendekatan tersebut iaitu penyampaian pelajaran dari peringkat yang mudah ke peringkat yang lebih kompleks. Oleh itu, sebagai bakal guru, saya perlu membuat perancangan yang

tersusun dan menarik supaya aktiviti pengajaran saya nanti akan memberi impak yang positif sama ada kepada diri sendiri dan juga murid. Sepanjang kursus ini, saya bukan hanya didedahkan tentang pendekatan pengajaran sahaja tetapi aspek strategi pengajaran juga turut dititik beratkan. Antara strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berbentuk pemusatan guru, pemusatan murid, berasaskan bahan dan berasaskan tugasan. Keempat-empat aspek ini tidak boleh diabaikan oleh guru kerana aspek ini amat penting untuk memastikan objektif yang dikehendaki tercapai. Kursus ini juga telah membantu saya melihat kepentingan memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Saya telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran iaitu kaedah dan teknik sumbang saran, bercerita, perbincangan, soal jawab, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Perkongsian ilmu ini banyak membantu saya untuk bersiap sedia dalam menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran nanti. Pendedahan dalam topik ini juga turut menyentuh tentang beberapa faktor yang mempengaruhi semua aspek tadi. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, faktor-faktor seperti prinsip bersepadu, akses kendiri, subjek yang akan diajar, objektif pelajaran, kebolehan pelajar dan aktiviti pembelajaran pelajar perlu di lihat dan dinilai terlebih dahulu. Semua faktor ini telah diterangkan dengan jelas dan terperinci dan ini merupakan satu pengalaman perkongsian ilmu yang sangat berguna ketika saya berada di sekolah kelak. Kesimpulannya, kursus pedagogi ini banyak memberi ilmu, pengalaman, pengetahuan dan idea yang menarik dan berguna untuk diaplikasikan dalam bilik darjah kelak. Penerapan ilmu pedagogi ini juga turut membantu saya mengenalpasti sesuatu yang terbaik untuk diri serta murid dan seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

REFLEKSI NAMA PROGAM

: TOPIK 3 (PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.) : FAHIMAH BINTI ZAINON : DPLI MUZIK/KH (SEMESTER 1 /2012)

Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang betul. Walaupun saya pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) selama lebih dari tiga tahun, masih banyak yang saya belum ketahui tentang strategi dan kaedah yang betul. Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang saya bergelar guru sandaran tidak terlatih, teknik yang saya ketahui dan praktikkan adalah kebanyakannya berpusatkan guru kerana saya risau akan kehilangan kawalan kelas. Namun, setelah mempelajari topik ini, rupa-rupanya pelbagai kaedah yang boleh saya gunakan untuk menjadikan proses P&P saya berjalan dengan lancar, mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan, menarik dan berkesan. Kaedah-kaedah dan teknik yang telah diajarkan, pada saya amat

memberangsangkan minda dan perlakuan murid-murid. Jika ianya diaplikasikan dengan betul dan kena pada tempatnya, saya akan dapat membina kemahiran untuk membuat pilihan pendekatan pengajaran yang paling sesuai untuk murid-murid mencapai pembelajaran optimum seiring dengan kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara yang bermatlamatkan untuk mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Pendek kata, topik ini sangat membantu saya jika saya berada di alam persekolahan kelak dan boleh menjadikan saya seorang pendidik sebenar dan berjaya kerana kejayaan seseorang guru bukan muridnya mencapai kejayaan. diukur daripada pangkatnya tetapi dari cara

You might also like