You are on page 1of 3

Beberapa pertimbangan wajar diambil kira bagi menentukan strategi Pengajaran guru agar

pengajarannya berkesan dan bermakna.

Nyatakan contoh-contoh strategi pengajaran dan apakah pertimbangan-pertimbangan yang wajar


diambil kira untuk menentukan strategi pengajaran yang hendak gunakan.

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama
diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan
peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran
iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) ,
menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang
dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang
sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk
cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Strategi Berpusatkan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu
murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan
pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi
pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

Strategi Berpusatkan Bahan

Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,
menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna
serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa
kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya
boleh dikategorikan kepada dua iaitu.

Strategi Berpusatkan Masalah.

Pendekatan berpusatkan masalah ini dilaksanakan dengan penyeliaan guru ianya boleh dilakukan
sama ada secara bekumpulan atau individu.selain itu, murid harus dapat mengatasi rintangan untuk
mencapai matlamat.selainitu juga murid memerlukan proses penakulan yang agak tinggi

Oleh itu ,pertimbangan-pertimbangan yang wajar diambil kira untuk menentukan strategi
pengajaran yang hendak gunakan adalah Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai
dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik,
berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan
menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut kebolehan,keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.Satu strategi yang telah disarankan
untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini
memainkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses
penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentakdan cara ini juga dapat
mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan
sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaranatau kemahiran-
kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.

Setiap guru dituntut untuk menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Jelaskan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bilik
darjah

KAEDAH NATURAL /SEMULAJADI

Berasaskan pengunaan Bahasa dalam situasi komunikasi ,ianya juga kurang menekankan rujukan
analisis gramatikal ,latih tubi gramatikal.selain itu,kaedah ini juga menekankan kepada persembahan
input pemahaman dalam Bahasa sasaran ,kelas juga diasakan kepada tugasan yang dapat memenuhi
keperluan pelajar.kaedah ini tidak memaksa murid mengucapkan sesuatu sehingga mereka betul-
betul bersedia berbuat demikian.selain itu,murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat
semasa menentukan matlamat komunikasi murid.

KAEDAH TERUS

Kaedah yang membabitkan pengajaran perbualan tujuanya adalah untuk memperkenalkan Bahasa
kedua kepada kanak-kanak.selain itu murid diajar untuk menguasai keempat-empat kemahiran
Bahasa.Ciri.ciri kaedah ini adalah menghubung secara terus antara perkataan dengan benda ,ayat
dengan fikiran dan sebagainya.ianya juga mementingkan pengalaman sedia ada murid serta
timbulkan perasaan ingin tahu menerusi lunas-lunas kanak-kanak mempelajari Bahasa ibunda

KAEDAH LINGUISTIK

Kaedah linguistic ini adalah digunakan untuk pengajaran Bahasa moden secara saintifik dengan
membandingkan dua Bahasa.Selain itu ianya juga mengikut pengetahuan Bahasa murid harus
tertumpu pada bentuk dan fungsi Bahasa ianya bertujuan supaya murid menggunakan Bahasa yang
telah diketahui untuk mempelajari Bahasa baharu dari segi bunyinya.Antara ciri-ciri kaedah linguistic
antaranya adalah mendahulukan bentuk daripada makna serta mementingkan pengetahuan fonetik
kerana pemilihan bunyi yang sama kedua-dua Bahasa .pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan
bentuk ayat yang ada dalam Bahasa ibunda.serta kaedah ini mengajar dahulu sebutan bunyi yang
ada persamaan dengan bunyi Bahasa yang diketahui.

You might also like