You are on page 1of 31

1 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK


1.0 Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan
pembaharuan dalam pendidikan hari ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin sama,
tetapi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru mestilah sentiasa
pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan sekarang. Untuk itu, guru perlu benar-benar
memahami konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik.

2.0 Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan
dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan dalam
bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan
tercapai.
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah
meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi
menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat
memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat
akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan
oleh pemberi maklumat.




Rajah 1. Definasi Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Definasi
Strategi




Pendekatan





Kaedah
-.





teknik





2 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

2.1 Huraian Definasi Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Definasi
Strategi Merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga,
masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.

Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara
merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Pendekatan Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian
yang saling berkait rapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran
bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi jalan
yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Kaedah Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa
di mana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang
diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah
mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi,
apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

Teknik Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu
3 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.


3.0 Konsep Strategi , Pendekatan, Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran






Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


KONSEP
Strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi
diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu
kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi
kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan

Pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori
seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada
KONSEP
PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

STRATEGI

4 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti
atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan
falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.

Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat
berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-
penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah
berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan
prinsip.

Teknik Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat
berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-
penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah
berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan
prinsip.


4.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan beberapa pendekatan dan
juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran.
Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
5 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar
pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat
selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar
murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu
mencari jalan bagaimana untuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang
bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya.


Rajah 3 : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran















Rajah 3 : Stategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan BahasaMelayu haruslah
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran
belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah
mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung
pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan
berinteraksi.
Kepelbagaian Teknik
Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan,
kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut
kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih
aspek tatabahasa yanghendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam
pelbagaikonteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau diluar bilik
darjah.
Penggunaan Tatabahasa yang tepat
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuandan membentuk
sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan
luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan
ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui penyerapan.
Bacaan Luas
6 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

5.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan
utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis
pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.









Rajah 4 : Keberkesanan pendekatan

i. Keaktifan pengajaran dan pelajar
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik
darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala
pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk
mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah
dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .

ii. Cara- cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan
seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa
dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang
PENDEKATAN
keaktifan
pengajaran
dan pelajar
cara
pegelolaan
murid
cara-cara
fakta
disampaikan
pelajaran
mata
pelajaran lain
pelajaran
bahasa
7 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan
deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke
susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak

iii. Cara pengelolaan murid
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk
aplikasikannya dalam bilik darjah

iv. Pengajaran bahasa
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi,
pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini
wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.

v. Pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan
menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.


PENDEKATAN
NDUKTIF DEDUKTIF KOMUNIKATIF EKLEKTIF
8 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH


PENDEKATAN

KETERANGAN

PROSEDUR
Induktif Mempelajari sesuatu untuk
mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan
memberi pengalaman.
Mengumpul maklumat untuk membentuk
hukum.
Membentuk satu kesimpulan umum
dariapda contoh-contoh tertentu.
Mendapatkan kesimpulan umum
daripada satu urutan pemikiran.
Membuat justifikasi daripada yang
spesifik kepada umum.
Merupakan kaeadah penaakulan yang
bertujuan untuk mendapatkan peraturan
yang umum daripada fakta atau contoh.
Melibatkan langkah-langkah
yang dirancang seperti :
a. Peringkat pendedahan
b. Pringkat pembentukkan
konsep
c. Peringkat generalisasi
d. Peringkat penutup
Deduktif Mempelajari sesuatu berdasarkan
sesuatu hukum.
Satu proses penaakulan yang tinggi.
Satu produksi fakta untuk membuktikan
satu penyataan umum.
Menganalisis fakta atau isi yang
membentuk generalisasi.
Membuat pencerakinan daripada yang
umum kepada spesifi.
Melibatkan langkah-langkah
pdp seperti:
a. Peringkat
mengemukakan
generalisasi
b. Peringkat menganalisis
konsep
c. Peringkat membuat
generalisasi
d. Peringkat penutup
Eklektif Satu pendekatan yang diwujudkan hasil
daripada gabungan dua atau beberapa
pendekatan.
Menggabungkan kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif untuk menghasilkan
satu strategi pembelajaran.
Pelaksanaan :
a. Penekanan kepada
pendekatan deduktif
Generalisasi Contoh
Generalisasi
b. Penekanan kepada
9 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

Bertujuan menghasilkan strategi yang
lebih seimbang, berfaedah dan
berkesan.
Boleh gunakan strategi pemusatan guru,
murid dan bahan.

pendekatan induktif
Contoh Generalisasi
Contoh
Komunikatif Mengutamakan kecekapan
berkomunikasi.
Pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa iaitu
pengusaan sistem tatabahasa serta
kecekapan berkomunikasi.
Kecekapan yang pertama membolehkan
seseorang murid menguasai struktur
bahasa yang tepat bagi menyampaikan
mesej kepada khalayak.
Kecekapan kedua membolehkan murid
menggunakan bahasa yang sesuai
dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan
latihan menggunakan struktrur
bahasa yang tepat dan sesuai
dengan sesuatu aktiviti
komunikasi yang dipilih oleh
guru

6.0 Kaedah Pengajaran dan Pebelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta di mana setiap langkah
tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi
mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran
itu berjalan.



Rajah 5 : Kaedah Pengajaran
yang baik dan proaktif

10 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

a. Langkah-langkah yang teliti
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku
keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi
pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah
mengandungi bahan bantu mengajar / alat bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk
menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

b. Strategi yang tersusun dan kemas
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah
pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin
dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar
perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan
mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang
tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

c. Objektif yang tepat dan boleh dicapai.
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan
meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan
meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.






11 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

6.1 Kaedah-kaedah Pengajaran Bahasa Melayu



Kaedah

Huraian
Nahu tradisional Nahu tradisional/klasik kerana terawal digunakan dalam
pengajaran bahasa.
Utamakan bahasa penulisan.
Mengkaji dan menghura ibahasa.
Senarai kata telah disediakan dan perkataan diasingkandaripada
konteks.
Terjemahan dalam bahasa ibunda digunakan sebagai
caramempelajari kosa kata.
Hukum nahu dihafaz untuk kuasai bahasaKefahaman tidak
diutamakan.
Terus Menekankan pengajaran bahasa kedua. Terjemahan bahasa
ibunda tidak digunakan langsung.
Kanak-kanak belajar bahasa dengan cara mendengar perbualan
12 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

sehingga membentuk kelaziman.
Bahasa sasaran diajar secara langsung.
Kemahiran lisan diutamakan.
Memahami maksud perkataan dan frasa berdasarkan konteks
penggunaannya.
Nahu tidak diajar secara formal.
Natural Bahasa alat untuk menghubungkan makna dengan masej.
Penguasaan bahasa berlaku jeika memahami mesej dalam
bahasa sasaran.
Terdapat 2 kaedah pembelajran ini :
Penguasaan (acquistions) iaitu berlaku secara semula jadi.
Pembelajaran (learning) proses yang dilalui secar sedar
tentang peraturan-peraturan bahasa yang dikembangkan.
Pemahaman berkesan sekiranya bahan rangsangan berdasarkan
kontenks dan situasi dalam pembelajaran.
Linguistik / Fonetik Pengajaran utamakan bunyi-bunyi perkataan/fonetik.
Matlamatnya membolehkan murid-murid memahami dan bertutur
dengan sebutan dan intonasi yang baik.
Mengutamakan bunyi perkataan dalam bahasa.
Murid-murid dilatihtubi untuk menyebut bunyi-bunyi bahasa.
Struktur bahasa dilaksanakan daripada mudah kepada susah.
Dilaksanakan secara induktif.

Ajuk Hafal Dikenali sebagai kaedah latih tubi.
Pengajaran dibahagikan kepada demonstarsi dan latih tubi.
Dalam demonstari diajarkan nahu, sebutan danp erbendaraan kata
Demonstarsi dilakukan oleh guru atau informal.
Latihan menyebut dan membaca dilakukan secara latihtubi
Unsur bahasa yang bermakna diberikan secara beransur-ansur.
Diajar secara induktif melalui contoh.

Kod-Kognitif Mengutamakan pengamatan dan pemahaman struktur bahasa
yang dipelajari.
13 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

Bahasa digunakan untuk berfikir.
Bahasa satu tingkahlaku yang ditetapkan oleh rumus-rumus
bahasa.
Oral-Aural / Dengar Tutur
Menggunakan dialog secara realistik yang dilatih tubi secara
berulang-ulang dengan memberi perhatian kepada intonasi yang
betul. Bahan rakaman boleh digunakan.
Dialog yang digunakan dalam situasi yang realistik.
Alat pandang dengar digunakan secara meluas.
Latihan menyebut dan membaca dikawal secara rapi.
Menggunakan pendekatan induktif.
Perbendaraan kata bermakna diberikan secara beransur-ansur.
Latihan menulis diberikan selepas pelajar menguasai kemahiran
bacaan.
Bahasa Komuniti Pelajar sebagai ahli dalam satu komuniti dan belajar melalui
proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti. Pelajar
bebas menyatakan pandangan.
Guru sebagai pembimbing.
pelajar bebas mengemukakan isu yang berkaitan.
Soal jawab boleh berlaku antara guru dengan guru atau pelajar
dengan pelajar.
Dilaksanakan sama ada secara berpasangan atau komuniti.
Boleh disediakan dalam bentuk skrip atau lisan.


7.0 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik
atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik
darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

14 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

7.1 Tujuan Tujuan Teknik

Rajah 6 :Tujuan Teknik

7.2 Jenis-jenis Teknik Pengajaran Bahasa








Rajah 7 : Jenis-jenis teknik
Teknik
Pengajaran
Bahasa
main
peranan
permainan
bahasa
latih tubi
bercerita
inkuiri
perbahasan
kuiz sumbangsaran
soaljawab
simulasi
drama
perbincangan
forum
demontrasi
15 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

Teknik Pengajaran
Bahasa
Keterangan
Main peranan Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses
berlaku di bilik darjah.
Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan
Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa
menggunakan skrip
Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah
melihatnya atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman radio
atau direka oleh guru.
Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian
dibuat selepas selesai aktiviti main peranan.
Permainan Bahasa Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata
,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga
kekata dan sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau
kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman,
latihan intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar
seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Latih tubi Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai
penguasaan kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya
untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting atau pun huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan
memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
16 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.

Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar
rakaman dan melalui pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid
Inkuiri Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai
penguasaan kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya
untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting atau pun huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan
memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.

Perbahasan Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang
menentang hujah.
Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi
secara spontan .
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid
17 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta.
Kuiz Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan
secara teka-teki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari
segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai
kemahiran berfikir
Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan idea perlu dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan
setiap ahli berpeluang memberi cadangan
Soal jawab Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang
berkesan.
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan
baik di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan
aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah
dan pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan

Simulasi Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi
yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah
Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid
18 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

melakukan aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan
masalah
Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.
Tujuannya ialah :
Murid dapat menguasai kemairan bertutur
Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan
berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam
kehidupan seharian
Drama Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai
salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar.
Perbincangan Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam
kelas
Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk
berkongsi idea ataupun masalah.
Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau
konsep kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan
memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.
Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat
rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.
Forum Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel
untuk menjana idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu
19 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

topic dan dijalankan secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai
dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu
pengetahuan dan pengalaman mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif
,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih
haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Demontrasi Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang
sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.
Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid
untuk melakukannya.
Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika
melakukan sesuatu aktiviti
Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih
mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara
melakukannya.
Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu
walaupun aras pencapaian mereka rendah







20 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

8.0 Ringkasan Konsep
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
Berdasarkan
pertimbangan
terhadap teori
pembelajaran,
pendekatan kaedah
dan teknik mengajar
Bercorak abstrak Bersifat konkrit Lebih khusus atau
spesifik
Rancangan yang
teratur untuk mencapai
matlamat atau
kejayaan
Satu pandangan,
pendirian, pegangan
atau falsafah bagi
melihat, memahami
dan mendekati
sesuatu perkara
Cara mengajar yang
disusun dan
dilaksanakan untuk
mengajar kemahiran
bahasa
Wujud dalam bentuk
aktiviti, strategi atau
taktik dan bahan atau
alat yang berkaitan
Strategi
penggabungjajalin
an kemahiran
Strategi
penyerapan nilai-
nilai murini dalam
pengajaran
Pendekatan
induktif
Pendekatan
deduktif
Pendekatan
eklektik
Pendekatan
komunikatif
Kaedah natural
Kaedah
terjemahan bahasa
Kaedah ajuk
hafaz, linguistik
kaedah bahasa
komuniti
kaedah oral-aural
keadah kod kognitif
Teknik main
peranan
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik drama
perbincangan,
sumbangsaran
demontrasi
forum
simulasi
soal jawab
kuiz
perbahasan


21 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

9.0 Rancangan Pelajaran Harian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
SK BUKIT KENANGAN
BATU 14, JALAN JOHOR, SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 3 Anggerik
Tarikh : 22 September 2014
Masa : 8.00 9.30 pagi
Bilangan Murid : 17
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Makanan Seimbang (didik hibur)

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.4 Melafazkan dan memahami puisi
dengan intonasi yang betul menggunakan
bahasa yang indah secara didik hibur.
4.1.1 Melafazkan dan memahami pantun
empat kerat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:
i. Melafazkan pantun empat kerat dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Melengkapkan pantun empat kerat dengan perkataan sinonim yang sesuai setelah
memahami isi kandungan pantun.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa : Sinonim (sama erti)
Kosa kata : Hindari, sikap, amalan.
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
i) Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
ii) Nilai murni : Tanggungjawab, perihatin, keselamatan diri
22 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

iii) Kreativiti : Memilih makanan seimbang dalam kehidupan harian
Strategi
i) KB : Mengenal pasti, banding beza, menaakul
ii) TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal
kinestatik, visual
iii) BCB : Memproses maklumat mengenai piramid makanan.
iv) Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan harian.

Bahan Bantu Belajar
Bil Jenis Bilangan
1 Kad bercantum 6
2 Komputer riba 1
3 Pembesar suara 1
4 LCD 1
5 Petikan pantun 38
6 Latihan pantun (sinonim) 38
7 Latihan Mari Lengkapkan Saya 38

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca pantun dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan







Induksi Set
(5 minit)
Kad bercantum:
-Burger
-Sayur-sayuran
-Buah-buahan
-Ayam goreng
-Susu dan roti



1) Guru mengedarkan sampul surat
yang berisi kad bercantum
kepada semua kumpulan.
2) Setiap kumpulan dikehendaki
mencantumkan kad tersebut
supaya menjadi satu gambar
tunggal.
3) Setiap kumpulan dikehendaki
menyatakan gambar yang
BBB:
-Kad bercantum
-Komputer riba
-LCD

Teknik:
-Soal jawab
-Perbincangan

23 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH






Tajuk:
Makanan Seimbang
mereka perolehi.
4) Guru memaparkan gambar pada
slaid.
5) Guru bersoal jawab dengan
murid mengenai gambar
tersebut.
6) Guru mengaitkan kad bercantum
dengan tajuk pengajaran pada
hari ini.
7) Guru menyatakan tajuk
pengajaran.
TKP:
-Verbal
-Visual
-Kinestetik
-Interpersonal
BCB:
-k.bertutur
-k.mendengar

Nilai:
-Rasional

Langkah 1
(15 minit)

Gambar piramid makanan




1) Guru menayangkan video
berkaitan Mari Amalkan
Pemakanan Seimbang
2) Guru bersoal jawab tentang apa
yang murid faham tentang video
tersebut.
3) Guru menayangkan gambar
piramid makanan kepada
murid-murid
4) Guru mencungkil pengetahuan
sedia ada murid mengenai
piramid makanan.
5) Guru menerangkan tentang
piramid makanan dan isi
kandungannya.
6) Guru dan murid bersoal jawab
tentang kumpulan makanan
yang tidak difahami.
7) Murid-murid dikehendaki
memberikan contoh makanan
yang lain mengikut kumpulan
makanan.
8) Guru membimbing jawapan
BBB:
-Piramid makanan
-Komputer riba
-LCD
-Poster
-video

Teknik:
-Penerangan
-Perbincangan
-soal jawab

TKP:
-Visual
-Verbal
-Interpersonal
-Intrapersonal

KB:
-Banding beza

BCB:
-K.membaca
24 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

murid. -K.menulis

Langkah 2
( 20 minit )











Petikan pantun:














Cari yang sama.





1. Guru menayangkan petikan
pantun Makanan Seimbang
kepada semua murid.
2. Semua murid dikehendaki
membaca senyap pantun
tersebut.
3. Guru membacakan pantun
mengikut sebutan dan intonasi
yang betul.
4. Guru meminta beberapa orang
murid membacakan pantun
dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
5. Murid-murid membaca pantun
secara berkumpulan.
6. Guru menerangkan tentang isi
pantun.
7. Guru dan murid berbincang
mengenai kosa kata.
8. Murid-murid diagihkan dengan
lembaran kerja isi tempat
kosong berdasarkan pantun.
9. Murid-murid dikehendaki mengisi
tempat kosong dengan kata
sinonim yang diberikan.
10. Murid-murid diperdengarkan
dengan lagu kanak-kanak
sambil menjawab soalan.
11. Guru membimbing jawapan
murid


BBB:
-Petikan pantun
-Komputer riba
-LCD
-Pembesar suara

TKP:
-Verbal
-Intrapersonal
-Interpersonal

BCB:
-K.membaca
-K.menulis

Teknik:
-Demonstrasi

Nilai:
-Berhati-hati
-Prihatin

Kosa kata:
-Hindari
-Sikap
-Amalan
Makanan Seimbang
Ikan di air terlihat-lihat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah
dijaga.


Ikan dibeli si anak Sahlan,
Dibeli juga si ikan jenahak;
Makanan berkhasiat jadi
amalan,
Elak makanan banyak lemak.

Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai kurang santan;
Elak makanan banyak lemak,
Banyak memakan sayur-
sayuran.

Isi tempat kosong dengan
perkataan yang sama erti
berikut.




Ikan di air ______________,
Ikan __________ si ikan laga;
______ ______ hidup sihat,
Makan minum hendaklah
_____.

Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai ________ santan;
______ makanan banyak
lemak,
Banyak memakan sayur-
sayuran.
Ternampak-nampak cara
Sedikit jauhi bergelar
praktikkan separuh
dipelihara

25 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH


Langkah 3
(15 minit)
Aktiviti:
Mari Lengkapkan Saya
1) Guru mengedarkan bahan
kepada murid.
2) Murid dikehendaki membentuk 4.
3) Semua murid dikehendaki
mendengar arahan dengan teliti.
4) Setiap kumpulan dikehendaki
membina piramid makanan
mengikut kreativiti dengan
menggunakan bahan yang
diedarkan.
5) Guru memainkan lagu kanak-
kanak sambil murid menjalankan
aktiviti.
6) Setiap kumpulan membuat
persembahan.
BBB:
-Lembaran latihan
-Komputer riba
-Pembesar suara
-LCD

TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
-Verbal

Teknik
-perbincangan

KB:
-Mengenal pasti

BCB:
-K.membaca

Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:
-Makanan seimbang
-Kumpulan makanan
-Perkataan sinonim

Sosial:
Bertepuk tangan untuk diri
sendiri.


1. Murid-murid disoal mengenai
cara melafazkan pantun.
2. Guru bertanyakan tentang
kefahaman murid terhadap
makanan seimbang.
3. Murid-murid disoal mengenai
sinonim.
4. Murid- murid diminta
menyatakan nilai-nilai murni
yang diperoleh dalam PdP.
5. Guru merumuskan isi pelajaran.



BBB:
-Komputer riba
- LCD

TKP:
-Verbal
-Interpersonal
-Intrapersonal

KB:
-Merumus

Nilai murni:
-Perihatin
-Sayangi diri
-Jaga kesihatan
26 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk
kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. Sesuatu
strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai
kesan pengajaran yang optimum sekali.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita
perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit
tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.












27 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

REFLEKSI
Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah mengandungi strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran juga,
langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan ke arah
penentuan sasaran sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru,
persediaan rapi adalah wajar untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi
melatih mereka bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondsif.
Semasa merancang rancangan pelajaran harian, saya akan mengambil kira pengetahuan
sedia ada murid agar saya dapat mengenal pasti apakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai mengikut aras murid supaya pengajaran saya pada hari tersebut mencapai objektif
yang diharapkan.
Oleh kerana semua murid sekolah saya terdiri daripada murid arus perdana maka, saya
tidak sukar untuk melaksanakan aktiviti yang telah saya rancang. Semua murid saya dapat
mendengar arahan dengan baik.
Dalam pengajaran saya ini, saya telah memilih pendekatan induktif. Pada set induksi saya
telah menggunakan teknik soalan jawab dan perbincangan. Di mana murid dikehendak
mencantumkan kad gambar yang diberi agar menbentuk satu gambar tunggal dan meminta murid
menyatakan apakah kelebihan dan keburukan makanan tersebut kepada kesihatan diri.
Langkah 1, saya telah menggunakan teknik penerangan, perbincangan dan soal jawab.
Pada langkah ini, murid telah ditayangkan video. Murid perlu fahamkan dengan jelas dan
menjawab beberapa soalan berdasarkan gambar dan memberikan beberapa pendapat.
Sepanjang tayang, murid telah memberi maklum balas yang baik dan berasa seronok. Kefahaman
murid lebih jelas apabila murid telah dipaparkan slaid gambar pyramid makanan. Saya juga telah
menggunakan kemahiran berfikir membanding beza.
Setelah mendapat maklum balas yang baik daripada murid, saya teruskan pengajaran
dengan memaparkan petikan pantun. Saya telah menggunakan teknik demonstrasi. Kemudian,
saya telah meminta murid membaca pantun beramai-ramai mengikut sebutan dan intonasi yang
betul secara berulang-ulang sehingga murid dapat menguasainya. Seterusnya, saya dan murid
bersama-sama membincangkan maksud bagi setiap rangkap pantun. Saya juga telah
menggunakan teknik penyoalan. Di mana saya telah meminta murid menyatakan makna kosa
kata. Setelah selesai, saya telah mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawab
28 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

soalan yang diberi sambil dibimbing oleh guru. Saya juga telah memperdengarkan lagu kanak-
kanak yang berkaitan dengan tajuk agar murid lebih mudah faham dan mengingat apa yang telah
dipelajari.
Langkah seterusnya, saya telah menggunakan pendekatan komunikatif dan teknik
perbincangan. Di mana, murid perlu berinteraksi antara rakan kumpulan untuk membincangkan dan
membentuk sebuah piramid makanan mengikut kreativiti. Setelah selesai, ketua kumpulan akan
mempersembahkan hasil kerja di hadapan semua murid.
Di akhir pengajaran, saya telah menanyakan beberapa soalan berkaitan apa yang telah
dipelajari dan dibincangkan dan seterusnya membuat kesimpulan . saya juga telah menerapkan
nilai-nilai murid sepanjang pengajaran.
Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses pembelajaran dan
pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan
murid. Saya juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa Melayu
dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah
Pelbagai halangan dapat diatasi dengan berkat kesabaran dan alhamdulliah saya dapat
tempuhi dengan kerjasama bersama. Setelah menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dapat saya
peroleh setelah pencarian ilmu semasa menyiapkan tugasan. Pemahaman saya tentang konsep-
konsep ini membantu saya sebagai pendidik untuk memilih kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran serta membentuk strategi pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan bagi
mengajar bahasa kepada murid di dalam bilik darjah dan mencapai objektif pengajarannya
Secara kesimpulannya, seorang guru yang efisyen dan interaktif perlulah bijak
mempelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai.

..
RUZIAH BINTI ISNIN
( 740804015632 )

29 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA AHLI : RUZIAH BINTI ISNIN
NO. KP / NO. MATRIK : 740804-01-5632 / 2012121360375
KUMPULAN : PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER : 6
MATA PELAJARAN : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU (BMM 3173 E)
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK JALIL BIN MD. YUSOF

TARIKH PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/ TANGAN
18.7.2014 Mendapat soalan dan
perkara-perkara yang
perlu dimuatkan dalam
tugasan daripada
pensyarah pembimbing.
Bandingbeza konsep
strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik.

Tugasan perlu dihantar
selewat-lewatnya pada 27
September 2014


.
( Encik Jalil )

27.7.2014
hingga
4.8.2014

Memahami kehendak
soalan tugasan


Mencari maklumat di
internet
Mencari rujukan yang
sesuai untuk tugasan

...................
(Ruziah binti
Isnin)
8.8.2014 Mencari maklumat dari
internet/ buku rujukan
Cetakan maklumat
internet
Nota ringkas
Catatan bibliografi

..................
(Ruziah binti
Isnin)
15.8.2014 Perbincangan dengan
pensyarah pembimbing
Konsep kaedah,
pendekatan, strategi dan
teknik P&P
RPH

..................
(En. Jalil)
20.8.2014
Hingga
27.8.2014
Menyediakan draf Menyusun maklumat
Menganalisis maklumat
berdasarkan kehendak

...................
(Ruziah binti
30 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

tugasan
Menghubungkait
maklumat yang relevan
Membuat huraian
terperinci
Menaip draf
Mencetak draf

Isnin)
4.9.2014 Menyusun Membetulkan ejaan
Menyusun maklumat
mengikut keutamaan


..................
(Ruziah binti
Isnin)

8.9.2014
-
20.9.2014


Mencantumkan semua
hasil kerja yang dibuat .

Mengedit semula
bahan yang dibuat.
Membetulkan ejaan
Menyusun maklumat
mengikut keutamaan
Memperincikan
huraian
Memperbaiki cara
penulisan bibliografi

..
(Ruziah binti
Isnin)




27.9.2014

Menghantar tugasan
lengkap kepada pensyarah
pembimbing

Tugasan telah dijilid
dengan kemas
Menyerahkan segala
bahan yang telah
dijilid dan lengkap
kepada pensyarah
pembimbing iaitu
Encik Jalil bin Md.
Yusof.
Diterima dan
direkodkan





(Encik Jalil bin
Md.Yusof)


31 BMM3173E/KAEDAH PENGAJARAN BM/SEM 6-RUZIAH

BIBLIOGRAFI
Juriah Long(2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Ampang
Press Sdn Bhd.

Musa Bin Daia(1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Kuala Lumpur : Zafar Sdn. Bhd

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti,
Petaling Jaya.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam Bilik Darjah, Kaedah dan Strategi.
Selangor : Dayasitis Sdn Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor:
Multimedia Sdn Bhd.

Yahya Othman (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Zafar Sdn Bhd.

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq
http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
http://www.slideshare.net/fikratulhaq/modul-kaedah-dan-strategi-pengjaran-presentation
http://www.scribd.com/doc/86353740/Nota-Strategi-Pendekatan-Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran-
Bahasa

You might also like