You are on page 1of 21

PENGENALAN

KEPADA
KAEDAH
PENGAJARAN
DAN
PENTAKSIRAN
PEMBENTANG : GRACE TANG YI YEE
JENNY SEK YI TING
Definisi
strategi,
kaedah dan
teknik
Strategi
Strategi ialah merupakan satu penentuan dan perancangan
kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.

Konsepnya adalah berteraskan kepada kebijaksanaan memilih


pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik serta
berasaskan objektifnya
Kaedah
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti
pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ia merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai


objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek.

Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif


pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Mengikut Edward, M.A. (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar


keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih
Teknik
Teknik ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,


demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan
lain-lain.

Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum


ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;
Keboleh
umur
an

Kecerdas
Minat
an
Konsep
Pentaksiran
dan
Penilaian
Pentaksiran
Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh
berasaskan matlamat kurikulum.

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses


pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh
pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
Pentaksiran
Contohnya, dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan
membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar
menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa
tersebut.

Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif


kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran
telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.
Penilaian
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian
adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan
untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam
membuat keputusan.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat secara bersistem


tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau
interpretasi kepada maklumat itu.
Contoh:

Asri mendapat markah 92% dalam ujian Matematik


(ukuran)

Asri seorang murid yang cemerlang dalam subjek


Matematik (penilaian)

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran


guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
keseluruhan kurikulum.
Kepentingan
pelbagai
strategi,
kaedah, dan
teknik pengajaran
1. Kepentingan strategi

Kepentingan utama strategi ini ialah berupaya


membantu guru dalam merancang kaedah serta
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Strategi juga sangat penting kerana dapat menentu


pencapaian optimum seseorang murid dengan
melihat respon dan penglibatan yang diberi semasa
sesi pengajaran.
Seorang guru mampu melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Guru dapat membuat persediaan awal dengan mengatur


langkah-langkah pengajaran supaya tiada masalah
kecederaan berlaku semasa PdP.
2. Kepentingan Kaedah dan Teknik
Kepentingan utama menggunakan variasi kaedah serta teknik dalam
pengajaran adalah untuk menarik perhatian serta penglibatan murid.

Bagi kaedah dan teknik pengajaran yang kreatif, murid akan berasa
seronok dan secara tidak langsung mereka akan melibatkan diri secara
aktif dalam setiap aktiviti.

Murid akan tertarik dengan kaedah dan teknik pengajaran guru,


perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran serta dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri
murid.
3. Kesimpulan kecil

Perancangan yang dirancang secara sistematik dengan


adanya kaedah, teknik dan strategi mengajar yang sesuai
dapat membimbing dan memotivasikan murid supaya
mempunyai inisiatif untuk belajar supaya memperoleh
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Kepentingan strategi ,kaedah ,teknik dan strategi adalah


untuk mengajar murid-murid yang berbeza dari segi
pencapaian, minat dan kebolehan.
Pemilihan merancang strategi yang berkesan dapat
membantu untuk mengajar kumpulan yang berbeza ini
supaya murid-murid dapat memahami pembelajaran
yang disampaikan.

perancangan strategi penting untuk memastikan


keselamatan murid-murid untuk mencegah
kemalangan berlaku semasa pelajaran berlansung.
Bentuk
pentaksiran
dan
penilaian
Bentuk penilaian :
Rujukan:
1. http://ppgipgtawaupjk.blogspot.my/2015/07/pendekatan-
strategi-kaedah-dan-teknik.html
2. http://caeser-rio.blogspot.my/2012/08/konsep-pentaksiran-
pengujian-dan.html
3. https://www.slideshare.net/WanNorFaezah/konsep-
pentaksiran-penilaian-pengukuran-dan-pengujian

You might also like