You are on page 1of 1

Penghargaan

Dalam tugasan projek ini, saya telah mendapat banyak pertolongan daripada
pelbagai pihak. Oleh itu, melalui peluang ini, saya mahu menunjukkan tanda terima
kasih saya kepada mereka.

Pertama sekali, saya amat berterima kasih kepada Timbalan Pengarah IPG
Kampus Tuanku Bainun, iaitu En. Mohd Saat bin Abas, kerana telah mengizinkan
kami menjalankan tugasan projek ini dan telah menyediakan kemudahan untuk kami.
Dengan kebenaran beliau, barulah kami dapat melaksanakan kerja kami di sekitar
kawasan IPG dengan lancar.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, En.
Muazman. Bin Ali Ismail. Beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada semua pelajar. Beliau banyak membantu saya dalam pelaksanaan kerja
dengan memberi arahan yang jelas, pendapat serta bimbingan yang baik. Dengan
bantuan beliau, gerup saya dapat menyiapkan tugasan projek ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
amat saya hargai.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan RBT yang bersama-sama membantu dan menyumbangkan idea
dengan saya semasa menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberi idea dan
dorongan untuk saya semasa menjalankan tugasan ini.

Akhir sekali, saya mahu mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada
pihak-pihak lain yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang perjalanan tugasan projek saya. Budi kalian yang sanggup meluangkan
masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

You might also like