You are on page 1of 2

REFLEKSI [NURUL ADAWIYAH BINTI RIFLI]

REFLEKSI INDIVIDU

Assalamualaikum W.B.T, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dengan kurnia-Nya


dapat saya selesaikan tugasan kerja kursus pendek ini dalam tempoh yang diberikan.
Tugasan kerja kursus ini di bawah Kursus EDU 3108 - Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesionalisme Guru. Tugasan ini memperuntukkan dua kategori
tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan.

Bagi tugasan individu, tugasan yang diberikan berbentuk penulisan akademik


yang berlandaskan topik pembelajaran sepanjang hayat dalam membantu
meningkatkan profesionalisme guru serta jangkaan perkembangan kerjaya.
Berdasarkan tugasan yang dilaksanakan saya dapat memperoleh pelbagai faedah
daripada kerja yang dilaksanakan. Saya dapat mendalami konsep pembelajaran
sepanjang hayat dan secara tidak langsung memberi dorongan dan motivasi kepada
saya untuk turut mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan saya.
Selain itu, atas saranan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu, En. Md. Nordin b.
Monel, saya mencari sumber maklumat daripada orang-orang yang berpengaruh dalam
relovusi pendidikan untuk dijadikan sebagai sumber pencarian maklumat dalam
penulisan akedemik yang dilakukan. Melalui proses pencarian maklumat yang
dilakukan, saya dapat memperoleh pelbagai ideologi dan pandangan yang diberi oleh
orang-orang yang berpengaruh seperti Alvin Toffler, Steve Jobs, Voltaire, Phil Collins
dan ramai lagi.

Berdasarkan hasil pembacaan saya, secara tidak langsung saya merasa


bermotivasi setelah membaca kata-kata yang dipetik daripada mereka. Selain, itu saya
telah mengubah skop pencarian saya bukan hanya terhad kepada buku yang berkaitan
dengan tajuk yang dipelajari tetapi mencari sumber daripada orang-orang yang
berpandangan jauh dan berjaya. Selain itu, melalui tugasan jangkaan perkembangan
kerjaya, saya telah berjaya mempersoalkan mengenai apakah ‘target’ perkmebangan
kerjaya saya pada masa akan datang. Sebelum ini, saya tidak pernah berfikir dengan
mendalam mengenai perkembangan kerjaya saya pada 10 atau 20 tahun akan datang.
Namun, melalui tugasan ini, perancangan awal mengenai perkembangan kerjaya saya
telah berjaya dibuat secara tidak langsung melalui penulisan akademik yang dilakukan.
Jadi saya berasa lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran saya sehingga
peringkat yang tertinggi.

14
REFLEKSI [NURUL ADAWIYAH BINTI RIFLI]

Bagi tugasan berkumpulan pula, kami diminta untuk menyediakan kertas kerja
berdasarkan projek yang telah dilaksanakan di sekolah semasa internship. Hal ini tidak
mendatangkan sebarang masalah kerana kertas kerja yang diminta telah siap dibuat
dan hanya memerlukan ubah suai yang minimum. Seterusnya, kami diminta
menyediakan brosur di samping kertas kerja pelaksanaan projek yang dijalankan. Kami
telah membuat brosur menggunakan unsure ‘pop-up’ seperti yang telah diminta oleh
pensyarah. Penyediaan brosur berasaskan ‘pop-up’ telah berjaya mengingatkan kembali
pelajaran kami semasa mempelajari tajuk Geometri-Paper Engineering. Sebagai guru
matematik, kami telah berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam Matematik
bagi menyiapkan tugasan yang diberi walaupun tidak berkaitan dengan Matematik.

Dari segi kekangan yang timbul, bagi saya, kekangan yang paling ketara adalah
masa. Saya agak kurang setuju apabila kesemua kerja kursus diberi dalam tempoh
masa yang sama. Hal ini menyebabkan kekangan masa untuk menyiapkan kerja kursus
ini berlaku dan saya berasa agak tertekan dengan bebanan tugas lain di semester akhir
yang memerlukan kami menjalankan kerja-kerja untuk persediaan seminar penyelidikan
tindakan di samping menyiapkan laporan kajian tindakan yang dilaksanakan. Oleh itu,
saya menyarankan supaya tugasan kerja kursus tidak diberi secara serentak untuk
memudahkan pelajar menumpukan perhatian dalam menyiapkan suatu kerja kursus
pada suatu masa seterusnya meningkatkan kualiti kerja kursus yang dihasilkan. Namun,
dari pihak saya sendiri, saya akan cuba untuk mengagihkan masa dengan lebih
berkesan supaya hal seperti ini tidak berlaku lagi.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada En. Md. Nordin b. Monel kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan sangat
memahami kesukaran kami dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan saya yang memberikan sepenuh
kerjasama dalam melaksanakan kerja kumpulan dan seterusnya terima kasih diucapkan
kepada semua rakan-rakan lain yang sering membantu dalam memberikan pendapat
dan idea semasa proses menyiapkan tugasan ini berlangsung. Sekian, terima kasih.

15

You might also like