You are on page 1of 4

Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Adawiyah Binti Rifli

890720-06-5492

Pada tarikh 5 September 2012 yang lalu saya telah menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi tugasan kerja kursus MTE 3111
yang telah diberi. Saya telah memilih topik penambahan unit jisim di bawah
bidang ukuran jisim untuk melaksanakan tugasan ini. Kumpulan sasaran bagi
sesi pengajaran ini ialah murid Tahun 4 Brilliant seramai 31 orang. Murid yang
dipilih ialah murid pada tahap pertengahan iaitu kelas yang kedua.

Objektif proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari ini telah
berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Secara keseluruhannya, sebanyak
87% daripada objektif pembelajaran telah berjaya dicapai. Ini dapat dinilai
apabila 27 orang murid dapat menjawab soalan yang melibatkan soalan
penambahan jisim yang melibatkan unit jisim dalam kg, g dan kg dan g.

Antara faktor kekuatan yang dapat dilihat dalam proses P&P yang
berlangsung ialah teknik bercerita yang digunakan semasa set induksi berjaya
menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran yang ingin dijalankan pada
hari tersebut. Tambahan pula, penggunaan topeng juga berjaya menarik minat
murid untuk melihat dan mendengar cerita yang akan dilakonkan oleh rakan
mereka.

Selain itu, semasa aktiviti kumpulan dilaksanakan, saya telah menerapkan


elemen kreatif dan permainan dalam perlaksanaan aktiviti tersebut. Permainan
yang dinamakan ‘tambah ulat beluncas’ berjaya menarik minat murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Sikap kerjasama dan
nilai berdaya saing dapat dilihat dengan antara ahli kumpulan dengan kumpulan
yang lain.
Seramai 4 orang murid menghadapi masalah dalam penambahan unit
jisim terutamanya yang melibatkan unit kg dan kg dan g. Apabila dipantau, murid
dilihat mengalami masalah aritmetik penambahan unit jisim. Sebagai contoh 5kg
+ 0.45kg = ________ kg

i.
Btk. Ayat : 5𝑘𝑔 + 0.45𝑘𝑔 = ________

Kesalahan Murid :

5 𝑘𝑔
0 . 4 5 𝑘𝑔
0 . 5 0 𝑘𝑔

Melalui masalah yang timbul, dapat dikenalpasti bahawa murid tidak dapat
memahami konsep asas perpuluhan dan ia telah menyebabkan murid tidak
dapat menjawab soalan tersebut. Murid keliru dengan nilai bagi 5kg adalah
bersamaan dengan 5.0 kg, murid tidak dapat mengaitkan bahawa 5 kg adalah
sama dengan 5.0 kg.

Selain itu juga, murid turut menghadapi masalah untuk menambah jisim
daripada 2 unit yang berbeza misalnya 4.6kg + 500g = ________kg;

ii.
Btk. Ayat : 5𝑘𝑔 + 500𝑔 = ________

Kesalahan Murid :

4 . 6 𝑘𝑔
5 00 𝑔
9 . 6 0 𝑘𝑔

Apabila diperhatikan murid juga cenderung untuk meletakkan kedudukan


sesuatu angka bermula daripada bahagian kiri iaitu daripada nilai tempat ‘sa’.
Jalan kerja murid ini juga tidak betul kerana dia tidak menukarkan nilai 500g
kepada 0.5kg.
Selain itu, antara kelemahan lain yang dapat diperhatikan dalam proses
P&P yang berlangsung ialah murid perempuan kurang mengambil bahagian
semasa sesi soal jawab berlangsung. Mereka hanya akan memberi respon
apabila nama mereka disebut oleh guru untuk memberikan pandangan atau
jawapan.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, saya berpendapat bahawa


pada proses P&P yang akan datang, mungkin guru boleh melibatkan murid-
murid yang lemah ini dalam menyelesaikan masalah di hadapan kelas. Guru
perlu menumpukan lebih perhatian kepada mereka dan memastikan tumpuan
mereka terhadap pengajaran yang dilakukan diberikan dengan sepenuhnya.
Perhatian dan penglibatan aktif mereka dalam proses P&P dapat membantu
meningkatkan prestasi murid tersebut. Selain itu, guru boleh memberikan
bimbingan yang berterusan semasa aktiviti dilaksanakan di dalam kelas.

Bagi mengatasi masalah penglibatan murid perempuan pula, guru perlu


sentiasa memastikan murid perempuan yang pasif sentiasa dipanggil oleh guru
untuk menjawab soalan atau memberikan pandangan. Dengan ini, ia dapat
meningkatkan keyakinan diri murid tersebut untuk melibatkan diri secara aktif
dalam proses P&P.

Melalui proses P&P yang dilaksanakan, saya berpeluang untuk


mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari di IPG terhadap situasi bilik darjah
yang sebenar. Latihan pengajaran seperti ini berjaya meningkatkan ilmu
pedagogi saya secara semula jadi. Hal ini kerana, menghadapi kerenah dan
perlakuan murid secara praktis di sekolah memberikan pangalaman yang sangat
berguna kepada saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang
berjaya.

Saya sangat bersetuju dengan pepatah ‘pengalaman adalah guru yang


terbaik’. Melalui pengalaman, saya dapat belajar perkara yang tidak dapat saya
pelajari secara teori dalam sesi kuliah. Selain itu, saya dapat mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan terhadap perancangan saya setiap kali proses P&P
dilaksanakan. Hal ini secara tidak langsung membantu saya meperbaiki
perancangan pengajaran saya supaya lebih berkesan pada proses P&P yang
akan datang.

Antara halangan yang dapat dikenalpasti semasa proses P&P ini


dilaksanakan ialah persekitaran kelas yang sempit menyukarkan pembahagian
kumpulan dijalankan. Murid tidak diatur mengikut kumpulan secara ondusif
kerana mereka perlu berpindah randah daripada tempat asal mereka semasa
aktiviti kumpulan dilaksanakan. Saya berharap guru kelas mereka dapat
memberikan kerjasama dan mengatur kedudukan mereka dengan susunan yang
sesuai untuk perlaksanaan aktiviti kumpulan seterusnya menjamin keselesaan
murid-murid untuk beraktiviti.

Konklusinya, melalui proses P&P yang telah dilaksanakan saya dapat


menimba pengalaman dan pengetahuan yang baru mengenai teknik pengajaran
yang digunakan dan mengenai kepelbagaian tahap pemikiran murid yang
berbeza. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mendengar komen yang
diberikan oleh guru pembimbing mengenai proses pengajaran yang telah
dilaksanakan. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan diri saya pada sesi
praktikum yang akan datang. Akhirnya, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua yang membantu saya di sepanjang saya melaksanakan
tugasan ini terutamanya kepada murid 4 Brilliant, guru pembimbing,
Pn. Norafidah Jaafar dan pensyarah, Tn Hj Aziz b. Omar. Sekian, terima kasih.

You might also like