You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST BERNADETTES CONVENT

JALAN PUSING, 31000 BATU GAJAH, PERAK

LAPORAN PROJEK PROJEK KECERIAAN PAPAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)

PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2013

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


SIVAM A/L MATCHAP

PELAJAR PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2013,


DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN ST BERNADETTES CONVENT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ST BERNADETTES CONVENT

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK KECERIAAN PAPAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TEMPOH PERLAKSANAAN : 13/02/2017 SEHINGGA 17/2/2017

Pada 10 februari 2017, saya telah mencadangkan untuk menjalankan projek


keceriaan papan pusat sumber sekolah. Saya memastikan projek ini dapat dijayakan
seperti yang diharapkan kerana ini merupakan projek individu. Projek sudut pusat
sumber ini telah dicadangkan berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara
objektif yang telah digariskan ialah :

Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan pusat sumber dengan baik.


Menjadikan Papan Pusat sumber sebagai pusat maklumat terkini.
Mengisi masa lapang murid dengan budaya membaca.
Menambahkan ilmu pengetahuan dari segi sejarah sekolah dan mata pelajaran
dengan maklumat yang dipaparkan.
Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat
terkini kepada murid-murid.

Atas inisiatif kami pada Internship kali ini, sata telah memastikan projek ini dapat
disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Melalui perbincangan yang dibuat bersama
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Aishah Bt Idris,saya diberikan peluang untuk
bertanggungjawab untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Sebelum :

Pada 13 Februari 2017 saya telah melaporkan diri di SK St Bernadettes


Convent Batu Gajah menjalani internship kami selama sebulan di sini. Kedatangan
kami pada kali ini di sekolah ini adalah untuk melaksanakan 3 projek yang akan
dikendalikan oleh kami sendiri. Oleh itu, saya telah membuat perbincangan mengenai
projek yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sebulan saya di sini.
Selepas mendapat kata sepakat, saya bercadang untuk menceriakan papan
kenyataan pusat sumber sekolah. Tanpa melengahkan masa, saya mula menyediakan
kertas kerja projek untuk diberikan kepada Guru Besar bagi mendapatkan
persetujuannya. Selain itu, saya turut memaklumkan kepada guru besar bahawa kami
memerlukan sedikit bantuan dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan hiasan
papan kenyataan pusat sumber dan menceriakan pusat sumber. saya bersyukur kerana
projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju dengan kos perbelanjaan yang telah
saya nyatakan dalam kertas kerja ini.

Semasa :

Pada 13 Februari 2017, saya mula mengumpul gambar-gambar dan aktiviti yang
berkaitan dengan pusat sumber sekolah daripada guru-guru yang berkaitan seperti guru
pusat sumber dan media Puan Navamoney. Saya menyediakan papan kenyataan
berkaitan program nilam dan aktiviti berkaitan dengan program nilam sepanjang tahun.

Pada 14 Februari 2017, projek diteruskan dengan menyediakan huruf bagi


melabelkan sudut Program dan Sudut Pusat Sumber Sekolah. Proses menyediakan
huruf ini dapat saya laksanakan dengan menggunakan bahan seperti mounting board,
huruf yang dicetak dengan menggunakan Microsoft publisher dalam bentuk huruf yang
besar.

Selain itu, saya juga menyediakan bahan-bahan maklumat dan gambar-gambar


aktiviti pusat sumber yang pernah dilaksanakan sebelum ini. yang berkaitan dengan
sudut pusat sumber sekolah. Sebagai contoh. Selepas selesai menyediakan maklumat,
kami telah menampal maklumat-maklumat berkaitan.

Selapas itu, kami telah menghias papan kenyataan pusat sumber tersebut
supaya menjadi lebih ceria dan teratur.
Selepas :

Sudut papan kenyataan sumber sejarah tersebut akhirnya berjaya disiapkan


pada minggu kedua internship. Sudut papan kenyataan pusat sumber sekolah yang
dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru dan murid kerana sudut tersebut
mempamerkan aktiviti , gambar-gambar aktiviti program nilam dan pusat sumber
sekolah.

Setelah siap keseluruhan ruangan papan kenyataan pusat sumber tersebut,


saya telah membersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi saya, adalah penting
untuk membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada masa akan
datang.

Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, saya mendapatkan


pengesahan daripada guru besar. Setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan
guru besar, saya akan menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah dijalankan.

Secara keseluruhannya, projek keceriaan papan kenyataan pusat sumber


sekolah ini memberikan banyak faedah kepada saya kerana saya dapat mengeluarkan
idea dalam menghasilkan sesuatu ruang papan kenyataan yang menarik. Akhir sekali,
saya berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan mengambil sedikit infomasi
berkaitan dengan papan penyataan program nilam dan pusat sumber sekolah yang
dibuat itu.

REFLEKSI

Berdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan dan
kelemahan yang terdapat sepanjang saya terlibat dalam menyiapkan projek ini:

1)Kekuatan Projek / Aktiviti

Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan projek


ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang projek dijalankan, guru pusat sumber sekolah dan media memantau
dan memberikan cadangan kepada saya dalam proses penambahbaikan papan
kenyataan.
Beberapa peralatan yang diperlukan telah sedia ada dan ini memudahkan kerja
saya.
Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah
memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya.

2) Kelemahan projek/aktiviti

Kekangan masa pada hari-hari tertentu telah menyebabkan saya terpaksa


menangguhkan kerja menghias papan kenyataan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk


menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang.
Antaranya ialah:

Menyediakan bahan dengan setiap maklumat dilamine dengan baik supaya


bahan dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama.

KESIMPULAN

Dengan izin daripada Ilahi projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan
tiada sebarang masalah. Semua pihak yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan
hasil kerja masing-masing. Semoga projek sebegini dapat diteruskan supaya sama-
sama menceriakan tempat belajar iaitu sekolah.
Disediakan oleh,

.........................................
(SIVAM A/L MATCHAP )
Guru Pelatih PISMP SEJARAH,
IPG Kampus Ipoh Perak.

Disemak oleh,

.........................................
(Pn NAVAMONEY A/P NAIRU)
Guru Pembimbing

DOKUMENTASI SEPANJANG PROJEK SUDUT GALERI

Gambar 1 Proses Mengunting Hiasan

Gambar 2 Proses Mengunting Hiasan


Gambar 3 Proses Menyediakan Kain

Gambar 4 Menampal Maklumat

Gambar 5 Menampal Maklumat

Gambar 6 Menampal Maklumat

Gambar 7 Papan Kenyataan yang telah Disiapkan

Gambar 8 Sudut Keratan Akhbar

You might also like