You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN INTERSHIP


NAMA GURU PELATIH

: OLIVER OSCAR CHONG

KURSUS & AMBILAN

: PISMP SEJ/PJ/MO & AMBILAN JAN 2013

TEMPOH INTERNSHIP

: 10 JULAI 2016 HINGGA 4 OGOS 2016

PENGKHUSUSAN

: SEJARAH

NAMA MENTOR

: DR NAGAMAH A/P MARIMUTHU

CATATAN MINGGU KE: (2) TARIKH: 24 JULAI 2016 HINGGA 28JULAI 2016
Masalah/ Isu/ Peristiwa yang difokuskan:
Pada minggu ketiga, sekolah berjalan seperti biasa tanpa ada apa-apa program
ataupun aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut.
Kami guru pelatih menjalankan tugas seperti biasa dengan menyiapkan projek kami
iaitu bilik sejarah dan juga menyiapkan mural seperti yang telah dirancang. Isu yang
timbul semasa menjalankan projek mural adalah kesukaran mewarna lukisan yang
telah kami lakarkan akibat daripada cuaca yang sering hujan
Analisis masalah/ isu/ Peristiwa yang difokuskan:
Sepanjang minggu ini, aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa iaitu untuk
persatuan dan juga sukan yang mana kokurikulum untuk persatuan telah dijalankan
pada pukul 1.30 petang manakala untuk sukan dan permainan dijalankan pada
pukul 2.30 petang sehingga pukul 3.30 petang. Saya telah ditugaskan untuk
mengendalikan persatuan sejarah kerana guru penasihat tidak hadir pada hari
tersebut yang mana saya telah menayangkan video patriotik kepada setiap ahli
untuk dihayati bersama.

Pada waktu pagi setiap minggu ini, kami telah mewarna mural yang telah siap
dilakar. Kami seramai 4 oorang bekerjasama dalam menyiapkan mural tersebut
dalam masa terdekat akibat daripada kesuntukan masa. Kerjasama yang dipupuk
membolehkan kami untuk saling bantu-membantu dalam menyiapkan mural
tersebut. Jangka masa untuk menyiapkan mural adalah pada minggu hadapan.
Cadangan Penyelesaian:
Saya sentiasa berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah bagi memastikan pihak
pentadbir tahu apa yang sedang kami lakukan. Selain itu, perbincangan dan
perkongsian

pendapat

dengan

warga-warga

sekolah

juga

penting

dalam

memastikan hasil kerja kami akan dibaiki dari semasa ke semasa

Tempoh Penyelesaian:
Sepanjang minggu
Tindakan Susulan:
Membuat laporan penuh setiap aktiviti yang dijalankan dan dimasukkan ke dalam
fail.
Kesimpulan:
Saya berharap dengan perlaksanaan projek ini, ia memberikan impak positif kepada
pihak sekolah alaupun dalam skala kecil. Saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang dan kesempatan kepada saya
untuk menimba ilmu dan pengalaman di sekolah ini untuk menjadi seorang guru
yang seimbang dan harmoni pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, harapan saya adalah agar setiap projek yang dijalankan dapat
memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada warga sekolah

Pandangan/ Komen Mentor


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.
Tarikh:........................................................
Tandatangan:.............................................
Nama:............................................................................................................................
.

You might also like