You are on page 1of 6

TUGASAN 4: LAPORAN PROGRAM BERJALAN 10,000 LANGKAH AJK PENDAFTARAN

Program Berjalan 10,000 Langkah telah dianjurkan oleh pelajar PISMP Ambilan Jun 2016
dan Jun 2017 bagi memenuhi keperluan pentaksiran kursus Gaya Hidup Sihat (GHSS3013). Bagi
menjayakan program ini, beberapa jawatankuasa telah dilantik. Saya telah dilantik sebagai ahli
jawatankuasa pendaftaran bersama Suzilla Wati dan Mila dari PISMP semester lima.

Sebelum pelaksanaan program, borang pendaftaran perlulah diambil terlebih dahulu


daripada pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Oleh itu, saya telah berjumpa dengan
Fazliana daripada pihak JPP untuk meminta senarai nama semua pelajar di institut yang lengkap.
Seterusnya, borang pendaftaran perlulah dicetak sebanyak 49 keping berdasarkan kelas yang ada.
Malangnya, di institut ini tidak disediakan perkhidmatan mencetak daripada salinan elektronik. Oleh
itu, perkara ini saya lihat sebagai kekuatan apabila saya telah menggunakan mesin pencetak saya
sendiri untuk mencetak kesemua 49 borang pendaftaran. Nilai untuk mencetak kesemua borang
akan dituntut daripada peruntukkan wang yang diberikan oleh IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
keatas program ini. Kekuatan ini boleh ditambahbaik dengan membahagikan pencetakkan borang
pendaftaran tersebut kepada setiap ahli jawatankuasa pendaftaran yang lain. Dengan ini, beban
untuk mencetak kesemua borang pendaftaran dapat diringankan.

Tiba hari untuk Program Berjalan 10,000 Langkah berlangsung. Kekuatan saya ialah, saya
telah menyediakan pen sebanyak 20 batang pen bagi memudahkan urusan pendaftaran.
Berdasarkan pengalaman saya, pihak pendaftaran selalunya tidak menyediakan pen yang
mencukupi untuk menandatangani borang pendaftaran. Namun begitu, saya boleh menambahbaik
perkara ini dengan menyediakan lebih banyak pen bagi setiap borang pendaftaran mengikut kelas
yang ada iaitu 49 buah kelas. Walaubagaimana pun, saya juga mendapati kelemahan saya ialah
sepatutnya saya menyediakan pen yang berfungsi secara tekan sahaja. Hal ini kerana, selepas
berakhirnya program tersebut saya dapati penutup pen yang disediakan telah hilang dan beberapa
pen juga telah lesap. Kelemahan ini boleh ditambahbaik dengan menyediakan pen tekan sahaja
dan saya juga boleh mengikat pen yang disediakan pada meja pendaftaran menggunakan tali.
Rasionalnya, pen tidak akan hilang daripada meja pendaftaran selepas digunakan. Selain itu,
sepanjang sesi pendaftaran saya sedari pelajar tercari-cari manakah borang pendaftaran kelas
mereka. Hal ini disebabkan kelemahan saya yang tidak meletakkan label pada meja pendaftaran
bagi setiap program pelajar seperti PPISMP Semester 1, PISMP Semester 1 dan banyak lagi.
Cadangan penambahbaikkan bagi kelemahan ini ialah mencetak label bagi setiap program pelajar
agar mereka tahu dimana barisan khas untuk mereka menandatangani borang pendaftaran.
Kesimpulannya, pelaksanaan jawatankuasa ini wajar saya manfaatkan sepenuhnya kerana
telah memberikan saya pengalaman dalam mengendalikan sesi pendaftaran bagi suatu program.
Berdasarkan pengalaman ini, saya dapat mengelakkan kelemahan yang ada pada masa akan
datang dan saya juga dapat menaiktaraf kekuatan yang ada.
LAMPIRAN

Gambar 1: Sesi pendaftaran sebelum Program Berjalan 10,000 Langkah bermula di depan lorong
Astaka.

Gambar 2: Pelajar PPISMP SEM 1 sedang menandatangani borang pendaftaran.


Gambar 3: Sesi pendaftaran selepas pelajar menamatkan Program Berjalan 10,000 Langkah di
pondok pengawal.
Gambar 4: Pelajar PISMP SEM 3 sedang menandatangani borang pendaftaran.
Rakaman Pelaksanaan Program – AJK Pendaftaran

You might also like