You are on page 1of 10

Gaya Hidup Sihat Tanggungjawab Bersama Ke Arah Kesejahteraan

1.0 Pendahuluan

Dalam meniti era globalisasi ini, masalah kesihatan semakin menular dalam kalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur mahupun status selari dengan pembangunan
bidang pemakanan segera dan pelbagai. Justeru, kesejahteraan rakyat Malaysia pastinya akan
terjejas akibat masalah-masalah kesihatan yang mempengaruhi kehidupan seharian rakyat ini.
Lebih-lebih lagi, apabila kerajaan telah menetapkan usia persaraan dari asalnya 55 tahun
kepada 60 tahun (Norhafzan Jaafar, 2019). Ini mengukuhkan lagi kepentingan kesihatan yang
baik melalui gaya hidup sihat supaya kita dapat sama-sama berkhidmat dan membantu dalam
pembangunan negara. Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, menyatakan, penduduk sihat akan
membawa kemakmuran kepada negara. Penyataan ini selaras dengan tajuk penulisan ilmiah ini
iaitu “Gaya Hidup Sihat Tanggungjawab Bersama Ke Arah Kesejahteraan”. Justeru, penulisan
ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan kesihatan di Malaysia
dari aspek statistik penghidap penyakit serta puncanya. Penulis turut akan memperincikan
kepentingan amalan gaya hidup sihat sebagai usaha pencegahan, pemulihan, penyelesaian
dan peningkatan tahap kesihatan yang optimum berdasarkan isu kesihatan yang dihuraikan.

2.0 Isu dan Masalah Kesihatan di Malaysia


2.1 Penyakit Hipokinetik: Sakit Jantung

Menurut kamus Oxford, penyakit hipokinetik merupakan penyakit yang berhubungan


dengan kurangnya seseorang itu bergerak seperti penyakit obesiti, tekanan darah tinggi,
diabetes melitus dan sebagainya [CITATION Oxf19 \l 17417 ]. Penyakit kardiovaskular (CVD)
adalah penyebab nombor satu kematian di seluruh dunia yang disebabkan oleh gangguan pada
jantung dan saluran darah yang kerap berpunca daripada penyumbatan yang menyekat darah
daripada bergerak ke jantung dan otak. [ CITATION Zai16 \l 1033 ]. Penyakit jantung ini sangat
serius memandangkan ia kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi
tempoh 13 tahun. Hal ini kerana seramai 37 pesakit meninggal dunia akibat penyakit jantung di
Malaysia. Akhbar Berita Harian menyatakan kebimbangan Dr Lee Boon Chye apabila berlaku
peningkatan sebanyak 54 peratus dalam tempoh 10 tahun sejak 2007 dengan 13,503 kematian
pada 2017 berbanding 8776 kematian pada 2007 [CITATION Nor19 \l 17417 ]. Penyakit jantung
yang kerap dihadapi ini jelas berpunca daripada pengabaian senaman bagi mengeluarkan
toksik-toksik melalui peluh di samping pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak
tepu seperti makanan segera yang dibeli mengikut trend semasa sehingga berlakunya
pembentukan lemak pada dinding dalam saluran darah dan meningkatkan kadar kolestrol
dalam badan. Kandungan kolestrol di dalam badan ini biasanya adalah disebabkan oleh gaya
hidup yang kurang aktif, amalan pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan lemak dalam
makanan yang banyak dan juga akan disebabkan oleh tabiat merokok[ CITATION Zai16 \l 1033 ].
Oleh itu, pada zaman globalisasi ini, dapat disimpulkan bahawa rakyat semakin kurang cakna
terhadap gaya hidup yang sihat kerana terlalu sibuk dengan kerjaya malah terlalu mengikut
trend-trend semasa yang negatif.

2.2 Penyakit Hipokinetik: Hipertensi


Penyakit hipertensi ini atau darah tinggi merupakan penyakit senyap yang boleh
membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Menurut Hafiz Nawawi
(2020), dalam akhbar Berita Harian, Datuk Dr Noor Hisham menyatakan bahawa seramai 6.4
juta menghidap darah tinggi dengan dianggarkan 3.4 juta individu mengetahuinya dan
selebihnya tidak mengetahui status mereka melalui Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NHMS) 2019. Malah, peratusan hipertensi di Malaysia adalah yang tertinggi di rantau Asean.
Gaya hidup tidak aktif serta diet yang tidak sihat merupakan punca utama hipertensi diikuti
dengan faktor lain seperti keturunan, tekanan dan penyebab sekunder seperti penyakit yang
menyebabkan tekanan darah tinggi. Hipertensi yang sering dikenalpasti setelah seseorang
individu mengalami komplikasi dan menjadi faktor strok yang kerap dialami oleh orang muda
akibat amalan diet pemakanan yang tidak seimbang serta gaya hidup tidak sihat dengan
merokok. Buktinya, 49 peratus daripada lelaki di negara ini merokok, melebihi kadar di negara
maju[CITATION Leo19 \l 17417 ]. Ini jelas menunjukkan bahawa tabiat-tabiat tersebut akan
menjejaskan fungsi organ badan lantas membawa kepada komplikasi strok. Pengamalan gaya
hidup sihat perlu diteruskan memandangkan hipertensi ini boleh dialami oleh individu tanpa
mengira usia sama ada muda atau tua.
2.3 Diabetes Militus dan Obesiti
Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia dan
antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi malah terdapat 2.5 juta orang dewasa yang
berusia 18 tahun ke atas menghidapi penyakit tersebut. (Astro Awani, 2018). Diabetis adalah
sejenis penyakit yang berlangsung lama disebabkan oleh kadar gula ataupun dikenali sebagai
glukosa dalam darah yang tinggi di atas nilai normal. Diabetes ini turut berkait dengan
pengambilan makanan tinggi lemak dan gula di samping kurangnya aktiviti senaman. Ini selari
dengan pengikutan trend semasa minuman yang mempunyai kandungan gula yang berlebihan
daripada keperluan harian iaitu Boba Tea dengan pelbagai jenama tersendiri seperti Tealive
dan Daboba. Malah, kurangnya disiplin aktiviti senaman harian jelas sekali mempengaruhi
kehadiran penyakit diabetes terhadap individu yang mengamalkan pengambilan gula berlebihan
ini.

Pengambilan gula berlebihan secara tidak langsung membawa kepada obesiti. Hal ini
memandangkan kajian membuktikan bahawa penyakit diabetes sering menyerang kanak-kanak
di negara yang mempunyai kadar obesiti tinggi (Sahoo, et al., 2015). Justeru, penularan
penyakit diabetes bukanlah suatu kejanggalan dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada
kanak-kanak mahupun orang tua memandangkan Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi
di ASEAN iaitu sebanyak 47.3 peratus pada 2015 dan adalah antara tiga negara yang
mempunyai kanak-kanak obes iaitu sebanyak 11.5 peratus (National Health and Morbiditi,
2015). Malah, pengamalan rutin makan pada lewat malam menjadi kebiasaan terutama bagi
golongan bandar kerana gemar ke restoran-restoran segera pada lewat malam. Ini juga
disebabkan terdapat pelbagai restoran yang dibuka sehingga lewat malam selari dengan
Malaysia yang begitu terkenal dengan variasi makanan yang menarik. Tambahan lagi, ibu bapa
sering kali membawa anak-anak mereka makan pada lewat malam akibat kesibukan bekerja
sehingga lewat malam. Norma ini jelas sekali menyumbang kepada peratusan kadar diabetes
dan obesiti yang tinggi di Malaysia.

2.4 Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja mendatangkan perasaan gembira melampau


malah ketagih dengan bertujuan untuk lari daripada realiti hidup. Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) melaporkan bahawa 400,000 individu yang dikenalpasti pernah terbabit atau masih
terlibat dalam aktif dalam penyalahgunaan dadah. (Fitri Nizam dan Rosli Ilham, 2019). Statistik
ini menunjukkan bahawa dadah menjadi antara isu utama di Malaysia. Dadah jenis
methaphetamine seperti syabu dan pil kuda adalah yang paling banyak disalah guna iaitu
sebanyak 61.9 peratus diikuti dadah jenis heroin sebanyak 23.3 terutamanya dalam kalangan
belia[CITATION Ast19 \l 17417 ]. Berdasarkan kajian, antara faktor utama dalam penyalahgunaan
dadah ialah faktor diri sendiri dimana penagih tidak mampu mengawal ketagihan, diikuti dengan
pengaruh rakan sebaya, stress dari keluarga dan media massa (Shahrin Hashim, et.al.,2015).
Malah, sikap tidak peduli masyarakat kepada tanggungjawab untuk melaporkan sebarang
kegiatan penagihan turut mempengaruhi isu ini yang kebiasaannya terlibat oleh golongan
muda. Ini ditambah lagi dengan kurangnya pemantauan pihak penguasa serta keluarga
terhadap golongan belia masa kini yang semakin terdedah dengan media sosial. Justeru,
sekiranya isu ini tidak dibendung, kita pasti akan kehilangan golongan belia yang mampu
membawa kepada kejayaan Malaysia di persada dunia kerana terlibat dengan isu yang panas
ini.

2.5 Mental-Kemurungan

Penyakit kemurungan juga merupakan antara isu yang hangat diperkatakan di peringkat
global. World Health Organization turut menyatakan bahawa mental merupakan antara
penyebab utama masalah kesihatan global menjelang tahun 2020. Di Malaysia, lebih kurang
4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas menghidapi masalah mental[ CITATION
Sit18 \l 1033 ]. Ini memaparkan keseriusan isu ini tambahan dengan pelbagai masalah yang
mampu membawa kepada kemurungan akibat stres di tempat kerja mahupun di rumah. Malah,
kajian turut melaporkan bahawa jumlah penyakit kemurungan ini yang disebabkan oleh stres
semakin bertambah dan akan menjadi penyakit masalah kesihatan mental utama dialami oleh
rakyat Malaysia. Tekanan hidup dan kesibukan sehingga individu tidak sempat meluangkan
masa untuk berekreasi serta melakukan senaman menjadi punca utama kemurungan ini.
Malah, pengurusan keperluan hidup yang tidak teratur turut mempengaruhinya. Tambahan
pula, kurangnya pendedahan tentang depresi menyebabkan penghidap penyakit tidak
mendapatkan rawatan dan sokongan. Buktinya, Sabah catat jumlah kes mental tertinggi kerana
kurang pendedahan kesihatan mental serta kekurangan pakar psikatri untuk memberi
rawatan[CITATION Utu18 \l 17417 ]. Justeru, rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran mengenai
pengurusan kesihatan mental supaya tidak menular dalam diri masyarakat.

3.0 Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat

Setelah meninjau dan menganalisis masalah isu kesihatan yang panas kini, jelaslah ia
berpunca daripada tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Pada bahagian ini, kepentingan
amalan gaya hidup sihat sebagai usaha pencegahan, pemulihan, penyelesaian dan
peningkatan tahap kesihatan yang optimum ke arah kehidupan yang sihat sepanjang hayat
akan dihuraikan.
3.1 Senaman
Amalan bersenam merupakan salah satu cara yang mampu mencegah penyakit
terutamanya penyakit hipokinetik. Individu yang mengamalkan senaman akan kurang risiko
untuk menghidap strok, kanser, diabetes, obesiti dan osteoporosis [CITATION Cen17 \l 17417 ].
Senaman mampu mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, obesiti dan diabetes kerana
ia dapat membakar lemak yang terlebih bagi mengawal berat badan berlebihan sekaligus
mengurangkan kadar glukosa yang ada dalam salur darah individu. Malah, ia juga mampu
meningkatkan kolestrol yang baik dalam darah bagi mengurangkan risiko individu mengalami
penyakit hipokinetik. Senaman mampu memulihkan dan mengekalkan kesihatan sistem limfatik
– sistem berkaitan perkumuhan, supaya berfungsi dengan lancar lantas mampu melawan
kuman-kuman, virus, bakteria dan fungi di samping meningkatkan immuniti badan [CITATION
Sto14 \l 17417 ]. Malah, aktiviti fizikal berfungsi memulihkan serta memperbaiki keupayaan
mengawal paras glukosa khususnya untuk pesakit diabetes militus [ CITATION Col10 \l 17417 ].
Akhir sekali, senaman juga dapat memulihkan kemurungan memandangkan jurulatih
kecergasan bertauliah, Muhammad Zaim Yazid turut menyatakan bahawa tekanan berkait rapat
dengan kepenatan. Doktor Honey (2015) menyatakan intervensi senaman yang terdiri daripada
12-24 minggu menunjukkan penurunan dalam tahap kemurungan. Justeru, melalui senaman ia
dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dengan lebih baik sekaligus mengurangkan tahap
stres individu.
3.2 Rekreasi dan Rehat
Rekreasi merupakan satu bentuk aktiviti seseorang yang dilakukan secara sukarela
tanpa paksaan ketika masa lapang atau masa senggang (Hamid, Ahmad, & Awang, 2016). Ia
bererti melakukan aktiviti ketika waktu senggang seperti melukis, berbasikal serta bersiar-siar.
Aktiviti rekreasi berbentuk sosial berkesan dalam melawan tanda-tanda kemurungan kerana
ianya memberikan makna dan tujuan hidup seseorang invidividu [ CITATION Goo17 \l 17417 ].
Malah, skor-kualiti-hidup didapati lebih tinggi pada individu yang meluangkan masa berekreasi
berbanding yang tidak berekreasi[ CITATION Aks17 \l 17417 ].
Di samping meluangkan masa untuk berekreasi, individu juga perlu berehat bagi
pemulihan tenaga dan mengurangkan tekanan. Rehat boleh membantu mencegah keletihan
yang akan memudaratkan kesihatan [ CITATION Sin19 \l 1033 ]. Ini jelas sekali melibatkan mental
dan fizikal seseorang individu. Hal ini memandangkan masyarakat kini kurang berehat
walaupun badan telah penat di samping pemikiran yang bercelaru namun hanya mengamalkan
kopi dan minuman energi sedangkan fizikal dan mental telah digunakan sepenuhnya. Ini jelas
akan membawa kepada penyakit hipertensi sekaligus kemurungan. Justeru, rehat yang
mencukupi perlu dirancang dengan baik selari dengan tenaga yang diperlukan bagi
melaksanakan bebanan kerja yang seterusnya. Rehat seperti tidur memberi kesan yang baik
kepada otak dengan merangsang rangkaian baru pada otak lantas seseorang mampu berfikir
dengan lebih efektif [ CITATION Den09 \l 17417 ]. Ini sangat penting untuk mengatasi masalah
seperti tekanan mental sekaligus penyakit hipokinetik seperti sakit jantung dan sebagainya.
Justeru, jelaslah bahawa rekreasi dan rehat sangat penting dalam memulihkan dan mencegah
risiko penyakit bagi mempunyai hidup yang lebih berkualiti dan sejahtera.

3.3 Pemakanan Sihat


Selain itu, pemakanan sihat merupakan antara amalan utama yang mampu mencegah
pelbagai penyakit. Pemakanan sihat ialah pengambilan makanan yang mencukupi bagi
menampung keperluan tubuh badan. Justeru, memandangkan obesiti penyumbang kepada
pelbagai penyakit yang lain, maka individu harus mengelakkan pengambilan makanan bergula
dan berlemak agar jumlah kalori terkawal bagi mencegahnya[ CITATION Wal06 \l 17417 ]. Hal ini
memandangkan lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan
sebagai lemak badan dan menjadikan berat badan bertambah lantas membawa kepada obesiti.
Ini menguatkan lagi kenyataan bahawa obesiti dan diabetes berpunca utama akibat pemakanan
yang tidak sihat. Jumlah kalori yang sepatutnya diambil oleh individu melalui pemakanan harian
haruslah diseimbangkan berdasarkan piramid makanan tambahan pengambilan buah-buahan
dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari serta tekanan darah
tinggi sekaligus membunuh sel kanser termasuklah obesiti dan diabetes. Malah, ia turut dibantu
dengan amalan makan mengikut waktu makan yang betul mampu membantu individu untuk
mengekalkan berat badan yang ideal[ CITATION Sit17 \l 1033 ]. Justeru, obesiti pasti akan dapat
dicegah dengan penjagaan kedua-dua amalan pemakanan.

Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat turut mampu memulihkan penyakit. Kajian
membuktikan bahawa penghidap penyakit kemurungan mampu dipulihkan setelah menerima
kaunseling pemakanan dan mengamalkan pemakanan sihat selama 12 minggu [CITATION
Jac17 \l 17417 ]. Pemakanan tersebut mengutamakan makanan segar yang mengandungi nutrisi
tinggi seperti ikan, omega-3 fatty acids, telur dan bijirin. Justeru, kekurangan zat makanan
tertentu boleh membuat seseorang cepat letih fizikal dan mental. Keadaan ini akan menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih berkesan sekaligus
membawa kepada kemurunggan, darah tinggi mahupun strok. Hal ini jelas menyatakan bahawa
pemakanan seimbang yang merujuk pada piramid makanan amat penting.
3.4 Pemeriksaan Berkala
Akhir sekali, pemeriksaan berkala juga perlu dilaksanakan supaya sentiasa mengikuti
perkembangan kesihatan diri. Dalam era modenisasi ini, masyarakat terlalu sibuk dengan
perkara lain sehingga kurang cakna terhadap kesihatan diri. Pengabaian terhadap kesihatan
mereka dengan tidak melaksanakan pemeriksaan berkala adalah disebabkan tiadanya
simptom-simptom penyakit sedangkan kesihatan perlu sentiasa didiagnos supaya dapat
mengenal pasti penyakit-penyakit dalaman yang mungkin dialami dan jelas menunjukkan
simptom penyakit ketika individu menghidapinya pada tahap yang serius. Dalam erti kata lain,
penyakit berkaitan dengan tekanan boleh terjadi tanpa disedari [CITATION Reg19 \l 17417 ].
Rakyat Malaysia disaran melakukan pemeriksaan berkala kerana mampu mengesan peringkat
awal kanser malah kebanyakan kes kanser lewat didiagnos iaitu pada tahap ketiga atau empat
akibat kekurangan kesedaran pemeriksaan berkala (Astro Awani, 2018). Justeru, pengamalan
pemeriksaan berkala ini jelas akan mengesan penyakit yang dihadapi sekaligus dapat
melaksanakan rawatan awal. Hal ini secara tidak lansung mengurangkan kos untuk merawat
penyakit yang berada tahap yang serius[ CITATION Osm19 \l 1033 ]. Antara aspek dalam
pemeriksaan tersebut ialah pemeriksaan darah. Pemeriksaan darah mampu mencegah risiko
penyakit-penyakit kronik ataupun penyakit berjangkit [CITATION Reg19 \l 17417 ]. Malah, melalui
pemeriksaan berkala ini juga, maklumat dan nasihat berkaitan kesihatan diri serta penyakit
berisiko akan lebih mudah didapati dan difahami melalui doktor. Justeru, amalan gaya hidup
sihat yang lain pasti akan lebih mudah diikuti dan disesuaikan dengan diri. Ini menunjukkan
bahawa pemeriksaan berkala mampu meningkatkan kepekaan terhadap risiko penyakit di
samping mencegah dan memulihkan penyakit melalui rawatan awal supaya sentiasa sihat
sepanjang hayat.

4.0 Penutup

Penulisan ini telah menganalisis pelbagai isu dan masalah kesihatan yang terdapat di
negara kita. Antara isu-isu dan masalah yang diterangkan adalah penyakit hipokinetik jantung,
hipertensi, diabetes dan obesiti, penyalahgunaan dadah dan masalah mental melibatkan
kemurungan. Masalah kesihatan yang sering dialami oleh rakyat Malaysia sama ada golongan
muda mahupun tua adalah disebabkan gaya hidup sihat yang kurang diterapkan dalam
kehidupan harian. Justeru, penulisan ini juga turut menjustifikasikan kepentingan amalan gaya
sihat merupakan usaha untuk mencegah, memulihkan dan menyelesaikan masalah kesihatan
dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan yang optimum ke arah kehidupan yang sihat
sepanjang hayat. Individu seharusnya bertanggungjawab untuk melakukan senaman,
berekreasi dan berehat, mengamalkan pemakanan yang sihat serta membuat pemeriksaan
berkala. Pelbagai pihak seperti majikan dan penggubal dasar perlu peka bahawa kesihatan
sangat berkait dengan tenaga kerja dan kejayaan sesebuah negara. Kesimpulannya,
pengamalan gaya hidup sihat sejak muda lagi merupakan tanggungjawab diri dan masyarakat
supaya sentiasa memastikan dan menyokong satu sama lain dalam melayari kehidupan yang
sihat sepanjang hayat.

RUJUKAN

Aksoy, Y., & Cankaya, S. (2017). The Effects of Participating in Recreational Activities on
Quality of Life and Job Satisfaction. Universal Journal of Educational Research, 5(6), 1051-
1058. doi:10.13189/ujer.2017.050619
Astro Awani. (2018, November 15). Pemeriksaan berkala mampu kesan peringkat awal kanser -
Dr Dzulkefly. Astro Awani. Dipetik daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/pemeriksaan-berkala-mampu-kesan-peringkat-awal-kanser-dr-dzulkefly-
191195
Astro Awani. (2018, Oktober 10). Ramai rakyat Malaysia dapat penyakit jantung pada usia
muda. Astro Awani. Dipetik daripada http://www.astroawani.com/gaya-hidup/ramai-
rakyat-malaysia-dapat-penyakit-jantung-pada-usia-muda-187822
Astro Awani. (2019, April 30). Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga
belia - Muhyiddin. Astro Awani.Dipetik daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ketagihan-dadah-jika-tidak-dibendung-negara-kerugian-tenaga-belia-
muhyiddin-206498
Centers of Disease Control and Prevention. (2017, Mei 15). Why is physical activity important?
Dipetik daripada Centers of Disease Control and Prevention:
https://www.cdc.gov/healthyweight/physical_activity/index.html
Colberg, S., Sigal, R., Fernhall, B., Regensteiner, J. G., Blissmer, B. J., Rubin, R., . . . Braun, B.
(2010). Exercise and Type 2 Diabetes. National Library of Medicine National Institutes of
Health Journal, 147-167.
Denise, J. C., Sarnoff, A. M., Elizabeth, M. H., Jennifer, C., & Sara, C. M. (2009). REM, not
incubation, improves creativity by priming associative networks. National Academy of
Sciences of the United States of America (ms. 106). US: National Academy of Sciences
of the United States of America.
Fitri Nizam dan Rosli Ilham. (2019, Mei 5). Eksklusif: Lebih 400,000 terdedah dadah. Berita
Harian. Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/560749/eksklusif-lebih-400000-
terdedah-dadah
Goodman, W. K., Geuger, A., & Wolf, J. (2017). Leisure activities are linked to mental health
benefits by providing time structure: comparing employed, unemployed and
homemakers. National Library of Medicine National Institutes of Health Journal, 4-11.
Hafis Nawawi. (2020, Julai). Ramai tak sedar penghidap darah tinggi. Harian Metro, ms. 4.
Hamid, N. H., Ahmad, A. R., & Awang, M. M. (2016). Pengaruh Aktiviti Masa Senggang Dalam
Memperkasaan Modal Insan Dan Meningkatkan Kualiti Hidup Belia. Paper presented at the
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education
Honey, E. (2015). Guide to critical appraisal of systematic reviews and meta-analyses using the
Cochrane review on exercise for depression as example. Health Phys Act, 21-36.
Dipetik daripada https://scholar.google.com/scholar_lookup?
journal=Ment+Health+Phys+Act&title=Honey,+i+shrunk+the+pooled+SMD!
+Guide+to+critical+appraisal+of+systematic+reviews+and+meta-
analyses+using+the+Cochrane+review+on+exercise+for+depression+as+example&auth
or=P+Ekkek
Jacka, F., O'Neil, A., Opie, R., ltsiopoulos, C., Cotton, S., Mohebbi, M., & Castle, D. (2017). A
randomised controlled trial of dietary improvement for adults with major depression (the
‘SMILES’ trial). BMC Medicine Journal, 23. Dipetik daripada
https://bmcmedicine.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12916-017-0791-y
Leong, I. (2019, Januari 3). 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok.
Anda mahu jadi statistik? Astro Awani. Dipetik daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-000-rakyat-malaysia-mati-setiap-tahun-
berkait-tabiat-merokok-anda-mahu-jadi-statistik-194961
Nor Afzan Yusof. (2019, Januari 5). Penyakit jantung kekal punca utama kematian sejak 13
tahun lalu. Berita Harian. Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523136/penyakit-jantung-kekal-
punca-utama-kematian-sejak-13-tahun-lalu
National Health and Morbiditi. (2015). Non-communicable diseases, risk factors and other
health problems. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia. Dipetik daripada
http://www.moh.gov.my/moh/resources/nhmsreport2015vol2.pdf
Norhafzan Jaafar. (2019, September 3). Had usia persaraan kekal 60 tahun. Berita Harian, ms.
4.
Osman Lisut. (2019, April 7). Jangan lewat buat pemeriksaan kesihatan. Berita Harian, ms. 13.
Oxford Reference. (2019). Hypokinetic disease definition. Dipetik daripada Oxford Reference:
https://www.oxfordreference.com/view/10.1093/oi/authority.20110803095954550
Regency Medical Centre Ltd. (2019). 6 reasons why regular health checkup is important. Dipetik
daripada Regency Medical Centre Ltd: A Multi-speciality hospital with specialised
polyclinics: https://www.regencymedicalcentre.com/the-importance-of-regular-medical-
check-ups/
Sahoo, K., Sahoo, B., Kumar, A. C., Sofi, N. Y., Kumar, R., & Bhadoria, A. (2015). Childhood
obesiti: causes and consequences. Journal of family medicind aand primary care, 187-
192.
Shahrin Hashim, Buerah Tunggak, Nur Afzan dan Maznah Ali. (2015). Faktor risiko belia terlibat
dalam penyalahgunaan dadah dan cadangan penyelesaiannya menerusi model
pembangunan belia muslim terpimpin. Jurnal Antidadah Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia.
Sinar Harian. (2019, Mei). Badan lemah: Punca, tanda dan rawatan. Sinar Harian, ms. 5.
Siti Nadirah Hafidzin. (2017, Februari 20). Berat badan ideal. Dipetik daripada Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/node/207453
Siti Zarinah Sahib. (2018, April 5). Derita dalam senyap. Harian Metro, ms. 6.
Stoddard, J. (2014, Julai 17). The importance of your lymphatic system. Dipetik daripada Unity
Point Health: https://www.unitypoint.org/desmoines/article.aspx?id=3c97b5ba-0fe3-
4616-aee1-6033a81d1c57
Utusan Borneo. (2018, Mac 9). Sabah Catat Jumlah Kes Mental Tertinggi. Utusan Borneo,ms 7.
Walter, C., Koplan, J., Nugent, R., Dusenbury, C., Puska, P., & Gaziano, T. (2006). Disease
control priorities in developing countries: Chapter 44 Prevention of chronic disease by
means of diet and lifstyle changes. Rockville Pike: The International Bank for
Reconstruction and Development/The World Bank Group.
Zaitie Satibi. (2016, Ogos). Menilai risiko CVD. Harian Metro, ms. 13.

You might also like