You are on page 1of 8

Laporan Lestari Alam Sekitar (Lawatan Alam Sekitar-Tasik Kenyir)

1.0 PENDAHULUAN

Lestari alam sekitar amat penting kepada kita. Kita seharusnya menjaga alam sekitar. Kami
dikehendaki untuk merencanakan satu projek lawatan alam sekitar sebagai satu cara untuk
menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar. Pada 5 Oktober 2019
sehingga 7 Oktober 2019, kami telah melakukan satu lawatan alam sekitar ke Tasik Kenyir.
Seramai 103 orang pelajar elektif Lestari Alam Sekitar telah menyertai lawatan tersebut
bersama dengan beberapa orang pensyarah pengiring. Kami juga telah disertai oleh
beberapa orang ahli pasukan bomba dan penyelamat daripada Balai Kuala Berang untuk
menjaga keselamatan kami di sana.

Dalam proses untuk merencanakan lawatan alam sekitar tersebut, kami telah
menubuhkan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) yang tertentu bagi memastikan kelancaran
lawatan tersebut. Antara AJK yang kami tubuhkan ialah AJK Pengangkutan, AJK memasak,
AJK peralatan dan AJK aktiviti. Selain itu, kami juga ada menubuhkan satu AJK induk bagi
memastikan kelancaran AJK kecil tersebut. Yuran yang dikenakan kepada setiap peserta
lawatan ialah RM200 seorang. Bendahari yang dilantik telah mengutip yuran tersebut
beberapa minggu sebelum lawatan bagi memastikan lawatan berjalan dengan sempurna.

2.0 HARI PERTAMA

Pada 5 Oktober 2019, kami dijadualkan bertolak daripada IPG pada pukul 8 pagi. Namun,
berlaku sedikit kelewatan akibat daripada beberapa masalah teknikal. Pada hari tersebut,
kami bertolak sedikit lewat dengan menaiki dua buah bas IPG dan beberapa buah kereta
pensyarah. Para peserta telah menaiki bas dan kereta pensyarah mengikut senarai nama
yang telah dikeluarkan oleh pihak AJK pengangkutan. Sebelum bertolak, kami sempat
berkumpul bersama untuk mengambil gambar semua peserta di hadapan dewan Al-Farabi
sebagai kenangan.

Sebelum sampai di Jeti Pengkalan Gawi, kami singgah sebentar di tempat


pelupusan sampah di Sungai Ikan. Namun, akibat kesuntukan masa, kami tidak sempat
untuk turun meninjau tempat tersebut. Oleh sebab itu, kami hanya melihat kawasan tersebut
melalui tingkap bas sahaja. Setelah sampai di Jeti Pengkalan Gawi, semua peserta
bekerjasama mengangkut semua barang keluar daripada bas. Kami semua bertungkus
lumus mengangkut semua barangan peribadi dan barang-barang keperluan untuk berada di
atas rumah bot selama tiga hari dua malam. Di sana, kami terpaksa membawa barang-
barang tersebut agak jauh kerana bas tidak dapat masuk ke kawasan yang berhampiran
dengan rumah bot kami. Oleh sebab itu, kami semua bekerjasama secara berpasukan untuk
mengangkut kesemua barangan tersebut. Hasil usaha keras kami, kami telah berjaya
mengangkut semua barangan tersebut dalam masa yang singkat.

Setelah semua enam rumah bot kami siap sedia, kami semua bekerjasama sekali
lagi untuk mengangkut barang-barang tersebut ke atas rumah bot tersebut. Setelah hampir
30 minit bekerjasama mengangkut barang-barang tersebut, kami telah berjaya mengangkut
semua barangan peribadi dan juga barang-barang keperluan ke atas rumah bot. Selepas
itu, kami semua mendaftarkan diri di rumah bot yang telah ditetapkan masing-masing
mengikut senarai nama yang telah dikeluarkan oleh AJK pengangkutan. Setelah siap
mendaftar nama, kami bergerak ke rumah bot masing-masing. Rumah bot yang saya diami
tidak mempunyai bilik tetapi ia lebih kepada sebuah “dorm” di tingkat atas. Ianya jauh
berbeza dengan rumah bot lain yang mempunyai banyak bilik di tingkat atas. Setelah segala
kelengkapan siap dan bersedia, kami bertolak dari Jeti Pengkalan Gawi. Rumah bot kami
bergerak secara ‘berpasangan’ iaitu bergerak dua buah rumah bot serentak.

Perjalanan kami bermula pada pukul 10:30 pagi. Perjalanan tersebut mengambil
masa hampir lima jam untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu Sungai Lawit. Semasa
perjalanan yang lama tersebut, tiada aktiviti khusus yang perlu dilakukan. Jadi, kami bebas
untuk melakukan aktiviti masing-masing. Namun, terdapat beberapa orang peserta bertugas
untuk menyediakan makanan tengah hari semasa perjalanan tersebut. Para peserta yang
ditugaskan untuk memasak melakukan tugas mereka dengan amat baik. Saya merupakan
salah seorang yang bertugas untuk menyediakan makanan tegah hari tersebut. Kami semua
telah bekerjasama memasak untuk disajikan kepada para peserta. Ia merupakan satu
pengalaman yang berguna buat diri saya sendiri. Setelah siap makan, kami semua berehat
seketika untuk menunggu waktu Zuhur. Setelah masuk waktu Zuhur, para peserta lelaki
solat Zuhur berjemaah di atas rumah bot tersebut yang diketuai oleh pensyarah.

Setelah lebih kurang lima jam perjalanan yang memenatkan, akhirnya kami sampai
ke destinasi yang dituju iaitu Sungai Lawit. Rumah bot kami diletakkan secara bersebelahan
antara satu sama lain bagi memudahkan apa-apa urusan sepanjang program lawatan
tersebut. Setelah selesai urusan meletakkan bot, kami semua diberikan sedikit masa untuk
berehat sebelum memulakan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti keyakinan di air. Pada lebih
kurang jam 6 petang, kami semua diarahkan untuk menukar pakaian oleh AJK aktiviti dan
beratur di hadapan rumah bot masing-masing. Kami semua telah diberikan taklimat ringkas
berkenaan aktiviti tersebut oleh salah seorang daripada pegawai bomba yang mengiringi
kami. Setelah selesai taklimat tersebut, kami diarahkan untuk terjun ke dalam air untuk
melakukan aktiviti keyakinan di air dengan arahan daripada pegawai bomba yang bertugas.
Aktiviti tersebut amat menyeronokkan bagi saya kerana saya secara peribadi amat meminati
segala aktiviti yang berunsurkan air. Sepanjang aktiviti tersebut, saya berasa amat gembira
kerana memperoleh beberapa ilmu baharu daripada pegawai bomba tersebut. Saya belajar
banyak perkara baharu sepanjang aktiviti tersebut. Saya juga dapat lihat peserta-peserta
lain juga amat menyukai aktiviti air tersebut. Satu pesan penting daripada pegawai bomba
tersebut ialah kami semua harus sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang berada di
dalam air demi keselamatan kami semua. Selepas selesai aktiviti tersebut, kami semua naik
ke rumah bot masing-masing dan melakukan persiapan diri untuk aktiviti pada waktu malam
pula.

Aktiviti pada waktu malam dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara
berjemaah oleh semua peserta dan juga para pensyarah. Kami juga telah mengadakan tahlil
dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib. Aktiviti ini amat penting bagi saya kerana ia akan
membentuk akhlak terpuji para peserta dan ia amat penting apabila menjadi seorang guru
kelak. Setelah selesai aktiviti kerohanian tersebut, aktiviti pada malam tersebut diteruskan
dengan aktiviti memancing dan juga karaoke. Pertandingan diadakan antara peserta dan
peserta, dan juga antara peserta dan pensyarah. Saya tidak melepaskan peluang untuk
menyertai pertandingan memancing yang diadakan. Saya bersama rakan-rakan yang lain
bersama-sama memancing di bahagian belakang rumah bot masing-masing. Aktiviti
tersebut amat menyeronokkan kerana ini merupakan kali pertama saya memancing. Saya
secara peribadinya tidak pernah mencuba untuk memancing sebelum ini. Pada malam
tersebut, saya memperoleh banyak ilmu baharu daripada rakan-rakan dan juga pensyarah
mengenai aktiviti memancing.

Pada pandangan saya, aktiviti tersebut sangat bagus untuk para peserta mencuba
aktiviti baharu seperti saya. Sepanjang aktiviti tersebut, saya berjaya menagkap seekor ikan
hasil tunjuk ajar daripada rakan-rakan dan pensyarah. Sebahagian daripada rakan saya ada
yang memperoleh sehingga lima belas ekor ikan pada malam tersebut. Aktiviti tersebut juga
dapat mengeratkan hubungan antara para peserta dengan peserta dan juga hubungan
antara peserta dan juga pensyarah. Semasa aktiviti memancing itu diadakan, aktiviti
karaoke juga dilangsungkan di bilik karaoke yang telah ditetapkan oleh AJK aktiviti. Saya
juga sempat untuk menjenguk pertandingan tersebut buat seketika. Pada pandangan saya,
pertandingan karaoke itu juga penting kerana ia juga dapat mengeratkan hubungan antara
peserta dan pensyarah. Selain itu, ia juga dapat mencungkil bakat dalam diri para peserta
yang menyertai pertandingan karaoke tersebut. Aktiviti pada malam tersebut berakhir
dengan dua aktiviti tersebut. Setelah pertandingan tersebut berakhir, para peserta
dikehendaki tidur di rumah bot masing-masing. Terdapat peserta yang tidur awal kerana
ingin bersedia untuk aktiviti pada keesokan hari.
3.0 HARI KEDUA

Pada 6 Oktober 2019, aktiviti dimulakan dengan aktiviti “river trekking” pada awal pagi. Kami
semua diarahkan untuk menukar pakaian yang bersesuaian dan memakai jaket
keselamatan. Selepas itu, kami disuruh untuk berkumpul di hadapan rumah bot masing-
masing. Kami semua secara bergilir menaiki bot laju yang telah disediakan di hadapan
rumah bot masing-masing untuk ke tempat yang telah ditetapkan. Perjalanan menuju ke
tempat yang telah ditetapkan itu mengambil masa lebih kurang tiga minit dengan menaiki
bot laju berkenaan. Setelah semua peserta sampai di tempat tersebut, kami semua
diarahkan untuk berjalan kaki ke tempat yang lain. Kami semua berjalan kaki ke tempat
tersebut diketuai oleh beberapa orang pegawai bomba yang ditugaskan. Perjalanan tersebut
agak lama dan kami terpaksa berjalan melalui Sungai Lawit tersebut. Setelah semua
peserta sampai ke tempat tersebut, kami diarahkan untuk duduk secara berkumpulan
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh AJK aktiviti sebelum ini.

Di kawasan lapang tersebut, kami telah bermain satu permainan yang dipanggil
“charades” secara dalam kumpulan. Permainan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang
AJK aktiviti yang telah ditetapkan. Permainan ini memerlukan setiap kumpulan menghantar
seorang wakil untuk ke hadapan dan membuat aksi berdasarkan perkataan yang diberikan
oleh AJK aktiviti. Wakil tersebut perlu membuat apa sahaja aksi yang diperlukan supaya ahli
pasukan dapat meneka apakah perkataan daripada aksi tersebut. Setiap kumpulan
diberikan 10 perkataan untuk diteka. Kumpulan yang dapat meneka dengan masa yang
terpantas akan mendapat mata yang paling tinggi. Pada pandangan saya, permainan
tersebut amat bagus untuk menguji minda para peserta berkaitan alam sekitar. Hal ini
disebabkan oleh tema perkataan tersebut ialah alam sekitar. Permainan tersebut juga dapat
membantu untuk membuka minda para peserta tentang alam sekitar. Selain itu, ia juga
dapat membuat para peserta untuk berfikir secara kreatif untuk meneka perkataan tersebut.

Setelah selesai bermain permainan tersebut, kami diarahkan untuk bergerak ke satu
tempat yang lain pula. Perjalanan kali ini lebih jauh berbanding perjalanan sebentar tadi.
Perjalanan ini juga memerlukan kami untuk menelusuri Sungai Lawit untuk sampai ke
tempat tersebut. Kami semua mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi
itu kerana penat berjalan melalui Sungai Lawit tersebut. Setelah berjalan hampir satu jam,
kami sampai ke tempat yang dituju. Tempat tersebut merupakan satu kawasan lapang
bersebelahan dengan sungai itu. Tempat tersebut boleh dikatakan tempat yang tinggi
kerana sungai tersebut semakin tinggi kedalamannya.

Selepas semua peserta sampai ke tempat tersebut, ketua AJK aktiviti telah
memanggil ketua bagi setiap kumpulan untuk memberi sedikit taklimat mengenai permainan
yang akan diadakan sebentar lagi. Setelah selesai, setiap ketua perlu memberikan taklimat
kepada para peserta lain tentang aktiviti yang akan dilakukan seterusnya. Aktiviti seterusnya
yang kami telah lakukan ialah permainan baling bat uke arah tiga batang kayu yang telah
disusun. Permainan tersebut memerlukan setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk
menyusun tiga batang kayu secara menegak dan ahli yang lain perlu membaling batu
secara bergilir ke arah tiga batang kayu tersebut. Ahli yang membaling perlu membaling
secara bergilir pada jarak yang telah ditetapkan oleh AJK aktiviti. Kumpulan yang dapat
menjatuhkan tiga batang kayu tersebut paling banyak dalam masa yang ditetapkan akan
mendapat mata yang paling tinggi. Permainan ini memerlukan ketangkasan daripada setiap
ahli kumpulan terutamanya wakil yang perlu menyusun tiga batang kayu tersebut. Pada
pandangan saya, permainan ini mengajar kami untuk bekerjasama secara berpasukan untuk
mengumpul mata yang tertinggi. Permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan antara
peserta sepanjang permainan ini dilangsungkan. Saya dapat lebih mengenali rakan-rakan
yang lain secara lebih mendalam dari segi aspek kerjasama berpasukan.

Selepas selesai permainan tersebut, aktiviti kami diteruskan dengan aktiviti membuat
penapis air menggunakan sebotol botol minuman dan juga lain-lain bahan semulajadi.
Aktiviti tersebut memerlukan kami untuk membuat penapis air sendiri mengikut masa yang
telah ditetapkan. Kami telah bekerjasama mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat penapis air tersebut. Antara bahan yang kami guna ialah pasir pelbagai saiz, batu
sungai, dan daun-daun. Kami menyusun bahan-bahan tersebut mengikut susunan yang
telah kami bincangkan supaya ia dapat menapis air dengan baik. Setelah selesai menyusun,
kami telah melakukan percubaan dengan memasukkan air sungai yang keruh untuk ditapis.
Namun, penapis air kami perlu diubah beberapa kali kerana kami mahukan yang terbaik,
setelah beberapa kali mencuba susunan bahan yang berlainan, kami berpuas hati dengan
penapis air semula jadi yang kami hasilkan.

Setelah masa yang ditetapkan tamat, kami membawa penapis air tersebut ke tempat
yang telah disediakan untuk diadili oleh pensyarah selaku juri pertandingan. Pada
pertandingan tersebut, kami telah mendapat tempat kedua secara keseluruhan. Pada
pandangan saya, aktiviti tersebut amat bagus untuk memupuk sifat kerjasama berpasukan
dalam diri setiap peserta. Saya dapat lihat setiap ahli kumpulan saya dan juga ahli kumpulan
lain bekerjasama untuk menyiapkan penapis air semulajadi tersebut dalam masa yang telah
ditetapkan. Selain itu, aktiviti tersebut menggalakkan pemikiran kreatif dalam diri peserta.
Hal ini disebabkan oleh para peserta perlu berfikiran secara kreatif dan kritis untuk
menghasilkan penapis air yang terbaik. Tambahan lagi, aktiviti tersebut juga mengajar
peserta untuk menggunakan alam semulajadi dengan baik.

Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, kami semua bergerak pulang ke tempat
bot laju diletakkan iaitu tempat yang pertama kali kami berkumpul sebelum memulakan
perjalanan pada awal pagi berkenaan. Perjalanan pulang ke tempat tersebut mengambil
masa yang agak lama juga kerana kami semua telah keletihan melakukan aktiviti pada pagi
tersebut. Setelah semua sampai ke tempat bot laju, kami sekali lagi secara bergilir menaiki
bot laju pulang ke rumah bot masing-masing. Setelah semua peserta selamat pulang ke
rumah bot masing-masing, kami diberikan masa untuk melakukan persiapan diri dan berehat
sebentar sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Pada waktu petang, kira-kira pukul 5:30 petang, kami telah diarahkan sekali lagi
untuk berkumpul di hadapan rumah bot masing-masing dengan memakai jaket keselamatan.
Aktiviti pada petang tersebut ialah aktiviti perlumbaan dayung bot dan juga kayak. Bagi
peserta lelaki, kami berluma untuk mecatat masa terpantas dalam mendayung bot. Manakal
bagi peserta perempuan, mereka berlumba untuk mendayung kayak. Aktiviti tersebut
memerlukan setiap kumpulan menghantar empat orang bagi perlumbaan mendayung bot
manakala dua orang bagi setiap kumpulan untuk perlumbaan mendayung kayak. Pada
pandangan saya, aktiviti tersebut amat menyeronokkan kerana kami dapat mendayung bot
laju tersebut tanpa memerlukan enjin. Aktiviti tersebut dapat menguatkan fizikal para peserta
kerana untuk mendayung bot berkenaan menggunakan pendayung, ia memerlukan
kekuatan fizikal yang agak tinggi. Setelah aktiviti tersebut berakhir, kami melakukan
persiapan diri dan membuat persediaan untuk aktiviti pada waktu malam pula.

Pada waktu malam, aktiviti yang telah dilakukan ialah “BBQ”. Semua peserta lelaki
dikehendaki untuk membakar ayam dan juga kambing yang telah diperap pada waktu
petang. Terdapat tiga stesen yang telah dibuat untuk membakar ayam dan juga kambing
tersebut. Kami semua telah bekerjasama untuk menghidupkan api serta proses membakar
tersebut. Setelah siap, kami semua menjamu selera Bersama dengan para pensyarah serta
pegawai bomba. Pada malam itu juga pertandingan memancing dan karaoke diteruskan.
Bagi pertandingan karaoke, malam tersebut ialah malam kemuncak di mana acara akhir
diadakan. Para peserta pertandingan karaoke diberi masa untuk membuat persediaan
selama 30 minit sebelum acara akhir bermula. Acara akhir karaoke pada malam tersebut
telah diadili oleh beberapa orang pensyarah. Setelah selesai segala aktiviti pada malam
tersebut, semua peserta diarahkan untuk pulang ke rumah bot masing-masing dan tidur
untuk berehat. Pada malam tersebut, terdapat ramai peserta yang tidur lewat kerana ia
merupakan malam terakhir berada di Tasik Kenyir.

4.0 HARI KETIGA

Pada 7 Oktober 2019, merupakan hari terakhir kami berada di Tasik Kenyir. Tidak banyak
aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Pada awal pagi, majlis penutup dan penyampaian
hadiah telah diadakan. Pada majlis tersebut, para pemenang pertandingan yang diadakan
telah diumumkan diberikan hadiah masing-masing. Setelah selesai majlis tersebut, kami
semua bersiap sedia untuk pulang. Semua peserta bergotong-royong membersihkan rumah
bot masing-masing sebagai persediaan untuk pulang. Setelah semuanya selesai, kami
bertolak pulang ke Jeti Pengkalan Gawi pada waktu tengah hari. Semasa perjalanan pulang,
kami singgah sebentar di satu tempat yang dipanggil Taman Herba. Semua peserta turun ke
Taman Herba tersebut dan meninjau di Kawasan sekitar. Terdapat banyak herba yang unik
yang terdapat di sana. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba Jus Tongkat Ali,
Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa yang disediakan di situ.

Setelah selesai aktiviti di situ, kami sambung perjalanan kami ke Jeti Pengkalan
Gawi. Kami tiba di Jeti Pengkalan Gawi selepas Asar. Setibanya kami di jeti, kami sekali lagi
bekerjasama mengangkut barang-barang untuk diletakkan ke dalam bas. Setelah semua
barang diangkut, ketua setiap bas membuat pengiraan ahli bagi setiap bas. Selepas
semuanya selesai, kami bertolak pulang ke IPG. Dalam perjalanan pulang, semua peserta
tidur kerana keletihan. Kami sampai di IPG lebih kurang pukul 7 malam. Setelah sampai,
kami mengangkut barang dari bas dan meletakkannya di depan dewan Al-Farabi. Barang-
barang lebihan diagihkan kepada peserta yang berminat.
5.0 PENUTUP

Terima kasih yang tidak terhingga saya ingin ucapkan kepada semua AJK dan juga para
pensyarah kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan lawatan alam sekitar ini.
tanpa kerjasama yang utuh daripada semua pihak, lawatan ini tidak dapat dijalankan denagn
sempurna. Banyak perkara baharu yang telah saya belajar daripada lawatan alam sekitar
ini. Sesungguhnya, pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi saya.

You might also like