You are on page 1of 2

NAMA : THARSINI DEVI RAJAGOPAL

IC : 970815-06-5102

DATE : 2 APRIL 2020

BERDASARKAN DATA DAN SUMBER TERKINI,NILAI DAN BINCANGKAN TENTANG


KEPUASAN KERJA GURU DI MALAYSIA.

Dalam era teknologi terkini, Profesional guru sebagai tulang belakang kepada
perkembangan sistem pendidikan. Mereka perlu ada kepuasan kerja supaya guru tidak
mengalami tekanan dari segi mental dan kerja dengan penuh gembira. Seperti kita tahu,
jasa guru merupakan sesuatu yang amat tidak boleh digantikan oleh orang lain. Oleh itu,
personaliti guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat falsafah
Negara. Di Malaysia, terdapat beberapa kajian tentang kepuasan kerja. Data- data berikut
menunjukkan bahawa kepuasan guru Malaysia dalam tahap sederhana.

Di sabah, Nurjannah F.A Kariming Abdul Said Ambotang telah membuat kajian
tentang hubungan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja guru tingkatan 6 zon pantai timur
sabah. Dalam kajian, beliau mengumpul data bahawa guru tingkatan 6 dalam hubungan
iklim sekolah adalah sederhana. Hal ini kerana, Iklim sekolah sama ada iklim sekolah
dalaman mahupun iklim sekolah luaran perlu diambil perhatian dan dibangunkan secara
total agar kemudahan yang ada di sekolah hari ini dapat memberi kepuasan dan keselesaan
kepada guru dalam menjalankan tugas-tugas seharian. Pengetua sebagai pemimpin
pertama dalam sesebuah sekolah hendaklah peka terhadap perkara ini dan sentiasa
memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru. Hal ini kerana, guru yang cemerlang
pemangkin generasi gemilang. Mengikuti data kajian tersebut saya menilai bahawa, semua
pengetua harus memberi perhatian tentang kepuasan kerja dalam kalangan guru.

Seterusnya, Dalam Universiti Teknologi Malaysia Shahrin Bin Hashim & Saraswathi
Vani A/P Marappan telah membuat kajian tentang kepuasan kerja dalam kalangan guru di
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Data kajian tersebut menunjukkan bahawa
semua guru di Sjkt dalam tahap kesederhana tinggi. Hal ini kerana, dalam zaman ini semua
guru mengalami tekanan dari segi mental dengan bebanan guru di sekolah. Buktinya,
dalam surat khabar berita harian juga tersebar isu tentang 4.4 peratus guru mengalami
kemurungan. Oleh itu, Keadaan guru dalam kepuasan kerja perlu memberi perhatian yang
setinggi – tingginya.

Tambahan pula, NOR MOHAMAD ZULHAIRI ISMAIL juga membuat kajian tentang
Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah Di Malaysia.
Dalam kajian tersebut dapat membukti bahawa KPM mereka bentuk kerangka tentang
keadaan sebenar sekolah sebelum mereka membuat pemantauan atau menilai sekolah-
sekolah di Malaysia. Hal ini kerana, Semua guru mengalami tekanan yang tinggi dan
kerjaya guru sebagai kerja paling tekanan di Malaysia terkini. Oleh itu, KPM perlu
merealisasikan bebanan guru dan mempertimbangkan keadaan mereka.

Kesimpulannya, Profesion pendidikan sering menimbulkan pendebatan hangat


dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan tekanan kerja di kalangan guru dan
menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada tugas yang dipikul oleh seorang guru
terlalu berat. Masyarakat menganggap bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh guru di era
dunia yang sentiasa berubah kini menuntut pihak guru memikul tugas yang mencabar
sehingga menjadi bebanan yang amat berat kepada mereka. Kpm harus mengambil
tindakan yang sewajar dalam isu kepuasan kerja dalam kalangan guru Malaysia.

You might also like