You are on page 1of 22

KUWS 3013 KEUSAHAWANAN

TUGASAN 2
DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH
Pensyarah: Mr Loh Leh Chiong
Disediakan oleh: Gelvern Rhobson Anak Anchai
SENARAI KANDUNGAN
 BIOGRAFI
LALUAN KERJAYA
PENUBUHAN SANI EKSPRESS
KEJAYAAN
SIFAT TERPUJI
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
KESIMPULAN
BIOGRAFI
 Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
 Umur : 42 tahun (24 Julai 1976)
 Warganegara : Malaysia
 Adik Beradik : Keempat daripada enam beradik
 Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway
(1994)
 Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd
 Sani Express Sdn Bhd,
 Sani Properties Sdn Bhd
 Sani Hotel Sdn Bhd
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
LALUAN KERJAYA

 Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon


 Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Datuk Sani
tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.
 Pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman
Hakim dan Eizlan Yusof.
 Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat
rakannya berjaya dalam perniagaan
 Bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di
beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu.
 Mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang
sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan


keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang
pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.
(DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH)
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan
tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik
bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya
pulang ke Kuala Terengganu”
(DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH)
 Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan,
pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh oleh beliau.
 Pernah mempunyai 2 rakan kongsi.
 Segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang
diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun
bertungkus lumus.
 Pada Januari 2006 Sani Express beroperasi buat julung kali.
PENUBUHAN SANI EKSPRESS

”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya
tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu
ketika menguruskan Sani Express”

 Bermula dengan hanya seorang pekerja.


 Didorong oleh keinginan untuk memberikan perkhidmatan yang
lebih selesa kepada pengguna.
 Bermula pada 2003.
 Pada tahun 2006 tertubuhnya Sani Ekspress.
 Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan
sendiri.
Laluan perjalanan Sani Ekspress
KEJAYAAN

 Penubuhan Sani Ekspress.


 Penubuhan Sani Hotel.
 Penubuhan Sani Properties.
 Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang
membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
(Jun 2009).
 Anugerah Usahawan Cemerlang DewanPerniagaan Melayu
Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).
• Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana kini beliau memiliki
wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja
mencecah RM 7 juta.
• Segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri
dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang
dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
SIFAT TERPUJI

I. Mengambil berat terhadap setiap pekerja.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di


syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi
dengan baik, operasi syarikat akan terganggu”
II. Rendah diri

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang


berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas
saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang
yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan
saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai
sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri,
baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik”
III. Berpegang teguh pada AGAMA

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada
agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa
yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah
Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga
ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah
membantu kita”

“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun,
ketentuannya adalah daripada Allah SWT”
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

• Berani mengambil risiko.


• Sanggup bekorban.
• Bijak merebut peluang.
• Mempunyai keyakinan diri.
• Mempunyai inisiatif tinggi.
KESIMPULAN

Kejayaan seseorang usahawan dalam bidang yang diceburi


bergantung pada sikap dan keiinginan untuk berjaya. Tokoh
usahawan (Datuk Wan Mohammad Sani Salleh) merupakan contoh
bahawa setiap apa yang diimpikan akan dapat dikecapi sekiranya
seseorang mempunyai visi yang jelas tentang apa yang ingin
dilakukan.
RUJUKAN
• Mazlie. (2014). Kisah kejayaan datuk wan mohammad sani.
Diakses pada 9 julai 2018, dari,
http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-
datuk-wan-mohammad-sani.html
• Yussuf. (2015). Tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia.
Diakses pada 5 julai 2018, dari,
https://yussuf0saufey.wordpress.com/2015/03/14/17/
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like