You are on page 1of 2

PELAN PEMBANGUNAN DIRI UNTUK MENJADI SEORANG GURU PROFESIONAL

DG 41

DG 44

DG 48

DG 52

DG 54

Rajah 1
Saya membina pelan pembangunan diri saya seperti rajah di atas iaitu bermula pada
lantikan sebagai seorang guru pada gred DG 41 dan akan berakhir pada gred DG 54 iaitu
gred tertinggi dalam perkhidmatan guru sebelum permohonan kepada gred khas C jika ingin
memohon tetapi saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kepada gred C
tersebut atas sebab sebab yang tertentu.
Pada gred lantikan iaitu gred DG 41, saya akan mengajar di sekolah rendah dan
mengambil langkah secara time based untuk meningkat naik kepada gred yang seterusnya
iaitu gred DG 44. Hal ini demikian kerana saya ingin berkhidmat di sekolah dahulu untuk
mengambil pengalaman yang secukupnya sebagai bekalan untuk saya memohon sebagai
guru cemerlang kelak. Pengalaman selama beberapa tahun ini akan mematangkan diri saya
dan memantapkan asas diri saya sebagai seorang guru yang baik serta berkembang
daripada peringkat guru permulaan kepada guru berkesan dan seterusnya guru cekap.
Saya bercadang ingin meneruskan pelajaran saya ke peringkat sarjana pada gred
DG 44 bagi memudahkan laluan saya untuk memohon guru cemerlang. Saya ingin
mengambil sarjana dalam bidang sastera Bahasa Melayu secara Pendidikan Jarak Jauh
atau PJJ. Dengan pengkhususan yang saya pilih ini saya akan melaksanakan beberapa
aktiviti kesusasteraan di sekolah serta inovasi inovasi yang dapat membantu murid di
samping membuat kajian kajian tentang aspek sastera yang terdapat dalam sekolah
tersebut atau budaya masyarakat setempat di tempat saya mengajar nanti.
Dalam masa 2 tahun saya menjangkakan bahawa saya telah melengkapkan kursus
sarjana. Selepas itu saya akan memohon untuk menjadi guru cemerlang setelah saya
melengkapkan sarjana saya dan saya akan mempunyai lebihan selama setahun kerana
setelah saya dilantik menjadi guru pakar saya hanya akan mengambil masa selama 5 tahun
dalam perkhidmatan sebelum saya dinaikkan pangkat ke gred DG 48. Dalam tempoh saya
menyiapkan program sarjana saya dan permohonan guru cemerlang, saya akan terus
berada di sekolah rendah bagi membantu sekolah saya dalam pelbagai aspek sebelum saya
memohon untuk menjadi seorang pensyarah.

Apabila saya telah dilantik ke gred DG 48, saya akan memohon untuk menjadi
seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru atau IPG. Apabila saya telah dilantik menjadi
seorang pensyarah saya akan melaksanakan inovasi di peringkat IPG dan melaksanakan
aktiviti aktiviti bagi memohon untuk menjadi pensyarah cemerlang. Apabila saya telah sah
dilantik menjadi seorang pensyarah cemerlang saya akan dapat memendekkan laluan saya
ke gred yang seterusnya iaitu selama 3 tahun sahaja berbanding dengan kaedah time
based yang memerlukan masa selama 6 tahun. Ini bermakna saya akan dinaikkan pangkat
ke gred yang seterusnya iaitu gred DG 52 selama 3 tahun sahaja.
Saya akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah setelah saya
menerima kenaikan pangkat ke gred DG 52. Hal ini bermakna bahawa saya akan mengambil
program selama 5 tahun untuk menyiapkan program Doktor Falsafah saya kerana saya akan
mengambil program ini secara Pendidikan Jarak Jauh atau PJJ seperti saya menyiapakn
program sarjana saya sebelum ini. Saya merasakan bahawa adalah penting untuk saya
menyiapkan program Doktor Falsafah untuk mendapat pengiktirafan tertinggi bagi ilmu yang
saya miliki. saya akan mengambil langkah secara time based untuk dinaikkan pangkat ke
gred yang seterusnya iaitu gred DG 54 iaitu gred tertinggi dalam perkhidmatan didik guru.
Saya akan mengeluarkan beberapa buah buku sesuai dengan kehendak program Doktor
Falsafah saya.
Dalam waktu saya menunggu ke lantikan ke fred DG 54, Saya akan menulis buku
dengan lebih kerap sebagai rujukan pembaca tentang pengkhususan saya iaitu dalam
bidang sastera. Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman kepada sesiapa yang sudi
membaca hasil karya yang saya miliki supaya ianya tidak hilang bersama saya setelah saya
pergi kelak. Apabila telah berada pada gred DG 54, saya akan berehat untutk seketika bagi
meluangkan masa bersama keluarga tercinta bagi menebus semula masa yang telah saya
korbankan demi mengejar cita cita saya. Saya tidak akan meneruskan ke peringkat gred
khas C kecuali jika perkhidmatan saya benar benar diperlukan.

10

You might also like