You are on page 1of 14

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR :
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2017
NAMA SEKOLAH : SKPK
NAMA PROJEK/AKTIVITI : TAMAN HIJAU : LESTARI HIDROPONIK
TEMPOH PELAKSANAAN : 5 APRIL 2021 – 30 APRIL 2021

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

1.1 PENGENALAN

Kelab Rukun Negara di SKPK Jalan Batu telah memasang hasrat dan merancang
sebuah program lestari di Taman Hijau SKPK Jalan Batu yang telah lama dibina.
Oleh demikian, bagi menjayakan program tersebut maka projek tersebut akan
diusahakan dengan kerjasama siswa guru internship dan ahli-ahli Kelab Rukun
Negara. Maka dengan itu, program yang dirancang tersebut dijadikan sebagai
tugasan projek internship bagi siswa guru intership di SKPK Jalan Batu.

1.2 MATLAMAT PROJEK

Projek ini bukan sahaja memenuhi tugasan projek internship seraya bermatlamat
untuk mengubahsuai dan menaiktaraf Taman Hijau SKPK Jalan Batu sebagai pusat
sehenti yang menarik dan mampu menndedahkan murid dengan ilmu pengetahuan
bekaitan cara penanaman tanaman melalui kaedah hidroponik. Di samping itu,
melalui projek ini juga dapat memupuk dan menaman semangat cintakan alam
sekitar dalam kalangan murid-murid SKPK Jalan Batu. Termasuklah juga penerapan
nilai kebersihan iaitu menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan seluruh kawasan
sekolah. Pengetahuan dan kemahiran pelbagai aspek yang diterapkan dalam projek
ini amatlah penting memandangkan siswa guru internship merupakan pembina
generasi akan datang dalam pembangunan negara kelak. Melalui gerak kerja yang
telah dirancang dapat memupuk jalinan mesra siswa guru internship dan warga
sekolah SKPK Jalan Batu.

1.3 OBJEKTIF PROJEK


Projek ini merupakan satu usaha untuk memberi suasana sekolah hijau yang segar
dan memberi galakkan kepada murid-murid untuk berbakti terhadap alam tumbuhan.
Objektif projek ini ialah :
1. Mengubahsuai dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan Taman Hijau
SKPK Jalan Batu.
2. Menambah pengetahuan dan pengalaman baru bekaitan bidang pertanian.
3. Menjalankan aktiviti penanaman tanaman sayuran dengan kaedah
hidroponik.
4. Memupuk minat terhadap dunia pertanian dalam kalangan murid-murid SKPK
Jalan Batu.
5. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan siswa guru internship dan
warga sekolah SKPK Jalan Batu.
1.4 PELAKSANAAN PROJEK

i. TEMPAT : Taman Hijau SKPK Jalan Batu


ii. TARIKH : 5 April 2021 hingga 30 April 2021
iii. PENGLIBATAN : Siswa guru internship
: Ahli Kelab Rukun Negara
: Warga Sekolah

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

2.1 PEMBAHAGIAN TUGAS

Untuk projek internship Taman Hijau: Lestari Hidroponik, saya telah dilantik sebagai
ahli jawatankuasa (AJK) keceriaan. Peranan dan bahagian tugas yang perlu
dilaksanakan adalah berdasarkan nasihat Guru Pembimbing, Guru Penasihat Kelab
Rukun Negara dan rakan-rakan internship.

Antara bidang tugasan saya sebagai AJK keceriaan termasuklah merangka pelan
lukisan projek. Dalam rangka pelan ini, saya dan rakan perlu mengambil kira susun
atur landskap Taman Hijau. Oleh itu, pada minggu pertama, kami telah mengumpul
pelbagai maklumat, melawat tempat projek, membuat tinjauan di internet dan
sebagainya. Usaha ini bertujuan untuk merangka pelan yang cekap dan sesuai.
Melalui rangka ini juga, kami dapat mengenal pasti bahan-bahan dan peralatan yang
diperlukan untuk merealisasikan idea Taman Hijau: Lestari Hidroponik. Seterusnya,
kami senaraikan bahan-bahan dan peralatan tersebut untuk setiausaha dan
bendahari rekodkan untuk hal-hal berkaitan angaran kos perbelanjaan. Rangka
pelan ini juga dibentangkan kepada pihak pentadbir, Guru Pembimbing dan Guru
Penasihat Kelab Rukun Negara untuk mendapatkan persetujuan mereka. Terdapat
beberapa perkara pada pelan lukisan yang perlu ubahsuai berdasarkan cadangan
dari pihak-pihak ini. Akhir sekali, sebagai AJK Keceriaan juga, saya dan rakan perlu
memastikan bahan-bahan dan struktur landskap sesuai dengan murid-murid
ketidakupayaan penglihatan. Contohnya, tekstur yang kontra dan warna yang sesuai.

Seterusnya, sepanjang projek, saya berperanan untuk memastikan rakan-rakan lain


fahami idea landskap yang AJK keceriaan telah lukis di pelan. Tambahan lagi, saya
juga sentiasa peka dengan perubahan dan pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan
kerana terdapat beberapa perkara yang berbeza dengan lukisan pelan. Contohnya,
saiz tayar yang dijangkakan bebeza dengan yang diberikan oleh sekolah. Selain itu,
saya dan rakan juga mereka Brochure untuk acara perasmian pada minggu akhir.

Kesimpulannya, tugasan yang diamanahkan ini sangat penting dalam menjayakan


projek Taman Hijau: Lestari Hidroponik. Hal ini kerana aspek keceriaan projek boleh
dilihat secara visual dan merupakan kriteria kejayaan projek ini. Melalui pengalaman
mengendalikan projek ini, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, saya perlu
mempunyai kemahiran kreativiti dan berfikiran kritis bukan sahaja dalam bidang
pengajaran dan pemudahcaraan, tetapi juga untuk mewujudkan persekitaran sekolah
yang kondusif. Selain itu, saya juga perlu sentiasa merujuk kepada pihak yang lebih
pakar seperti guru-guru dan pentadbir kerana segala kelulusan dan dinamik sekolah
perlu dipersetujui bersama.

2.2 PERKEMBANGAN PROJEK

TARIKH AKTIVITI LAMPIRAN


PERANCANGAN PROJEK

5.4.2021  Menerima cadangan


daripada pihak sekolah iaitu
tanaman hidroponik
bersama Kelab Rukun
Negara
 Melawat kawasan bersama
GPK 1

6.4.2021  Membuat perbincangan


bersama Guru Pembimbing
mengenai prosedur
merancang dan
melaksanakan projek

7.4.2021  Mengmpul idea dan


membuat lakaran pelan
projek Taman Hijau untuk
tanaman hidroponik
 Membuat perbincangan
bersama GPK Kokurikulum
dan Guru Penyelaras Kelab
Rukun Negara

9.4.2021  Membuat perbincangan


belanjawan projek
 Menyediakan kertas
cadangan
12.4.202  Membuat semakan kertas
1 cadangan bersama GPK
Kokurikulum dan Guru
Penyelaras Kelab Rukun
Negara
 Mendapatkan pengesahan
dan kebenaran Guru Besar
 Mengadakan mesyuarat
jawatankuasa

PELAKSANAAN PROJEK

13.4.202  Membersihkan kawasan


1 projek dan tanaman terbiar
 Membina tapak projek
 Memasang pagar di
kawasan projek sahaja
 Menyusun peralatan dan
reka letak seperti lakaran

13.4.202  Membeli bahan dan


1 peralatan bersama GPK
Kokurikulum
14.4.202  Memasang jubin pejalan
1 kaki di tapak projek
 Memasang jarring sebagai
bumbung kawasan projek
 Memasang rumput tiruan di
tapak projek

15.4.202  Mereka corak dan bentuk


1 banner
 Membuat tempahan banner

16.4.202  Mengumpul botol untuk


1 dikitar semula
 Mengecat botol dan batu
bata di laluan pejalan kaki

19.4.202  Memasang banner


1  Menyusun hiasan botol dan
mendawai pada botol
 Mengecat tayar hiasan
20.4.202  Menghias tayar hiasan
1  Mengecat pagar taman hijau
 Menanam pokok di dalam
botol hiasan
 Membuat orientasi dan
mobiliti bersama individu
buta di kawasan projek

21.4.202  Mengecat tayar hiasan


1  Merancang program
perasmian projek taman
hijau bersama Guru
Pembimbing, GPK
Kokurikulum dan Guru
Penyelaras Kelab Rukun
Negara
 Menghasilkan pamplet
progam dan jemputan Guru
Besar

23.4.202  Memasang set hidroponik


1  Memasang wiring hidroponik
 Menanam benih tanaman
hidroponik
 Menanam pokok di tayar
hiasan

26.4.202  Program Perasmian Projek PROGRAM PERASMIAN PROJEK


1 Taman Hijau : Lestari
Hidroponik oleh Guru Besar
 Mengagihkan tugas TAHUN 4
penjagaan tanaman
hidroponik tahap 2

TAHUN 5

TAHUN 6

PELAPORAN DAN PENDOKUMENTASIAN

27.4.202  Mengumpul bahan dan lampiran bergambar


1–  Membuat laporan
29.4.202  Mengemaskini portfolio
1

30.4.202  Menyerahkan laporan lengkap


1
 Membuat semakan portfolio

2.3 HASIL PROJEK

SEBELUM SELEPAS
3.0 REFLEKSI

3.1 KEKUATAN

Kekuatan yang pertama ialah, kerjasama padu dari pihak sekolah dan rakan-rakan
internship. Kami telah persetujui yang projek internship ini dilaksanakan secara
berkumpulan kerana kami yakin projek ini akan lebih berimpak tinggi apabila
dilaksanakan bersama. Walaupun projek ini dilaksanakan secara berkumpulan,
setiap individu melaksanakan tugas yang telah diamahkan dengan sangat
berdedikasi mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan. Tambahan lagi,
pengurusan organisasi iaitu agihan ahli jawatankuasa adalah seimbang dan
mengikut kepakaran dan kreativiti setiap individu. Contohnya, saya dan rakan saya
mempunyai kepakaran dalam melukis serta mempunyai banyak idea. Oleh itu, kami
telah dipilih untuk menjadi AJK keceriaan.

Kekuatan seterusnya ialah, sokongan dari pihak pentadbir sekolah. Dari permulaan
internship ini, pihak sekolah telah menerima kami dengan hati yang lapang. Guru
besar dan barisan pentadbir sentiasa bersedia untuk menyediakan keperluan kami
sepanjang internship. Seterusnya, guru pembimbing kami juga memberi bimbingan
yang berterusan dari mula sehinggalah berakhir internship ini. Kekuatan utama yang
kami dapat nikmati termasuklah, pihak sekolah bersetuju untuk bekerjasama dengan
Kelab Rukun Negara dibawah Unit Kokurikulum. Oleh itu, kami mendapat
peruntukkan penuh dari Unit Kokurikulum untuk melaksanakan projek ini.
Seterusnya ialah, saya dan rakan-rakan dapat mengaplikasikan pengetahuan kami
mengenai murid-murid ketidakupyaan penglihatan kepada projek ini. Antara ciri-ciri
murid masalah penglihatan termasuklah, penglihatan terhad, buta, dan sebagainya.
Oleh itu, Taman Hijau ini perlu diadaptasikan selaras dengan ciri-ciri mereka. Kami
telah menetapkan laluan menggunakan tekstur yang berbeza, mencat bata kepada
warna kuning untuk membantu murid rabun berjalan mengikut laluan. Selain itu, bata
tersebut juga menjadi penghadang kepada murid buta agar murid tidak tersasar ke
longkang. Seterusnya, terdapat juga ruang yang sesuai untuk murid buta bekerja,
serta perkataan-perkataan yang dibesarkan. Semua adaptasi dan pengubahsuaian
ini telah kami belajar secara teori di Institut Pendidikan Guru dan semasa projek ini,
kami berpeluang untuk mengaplikasikannya. Lantas, projek ini sangat memberi
kesan yang positif kepada murid-murid ketidakupayaan penglihatan.

Akhir sekali, semasa program kemuncak, murid tahun 4, 5 dan 6 memberi kerjasama
yang sangat baik. Contohnya, mereka tiba di Taman Hijau tepat pada masanya,
mendengar arahan dan mematuhi peraturan yang diberikan. Mereka juga sangat
teruja dengan Taman Hijau dan bersetuju untuk menjaga taman hijau ini semasa
kami tinggalkan sekolah ini. Mereka juga berfikiran kritis semasa sesi soal jawab
mengenai kelebihan tanaman Hidroponik. Secara keseluruhannya, objektif projek ini
tercapai dengan jayanya. Aktiviti ini juga dilaksanakan secara bergilir iaitu dimulakan
oleh murid tahun 4 seterusnya murid tahun 5 dan 6. Perkara selaras dengan SOP
penjarakkan pada murid pandemic Covid-19.

3.2 KELEMAHAN

Kelemahan pertama ialah, amalan keselamatan dan kebersihan terdapat beberapa


peralatan tajam yang digunakan semasa aktiviti menghias yang akan
membimbangkan keselamatan jawatankuasa. Amalan kebersihan pula berkaitan
dengan taraf kesihatan yang alah pada debu memerlukan kelengkapan pakaian
seperti pelitup muka dan sarung tangan. Contohnya, memotong botol yang
memerlukan peserta untuk lebih berhati-hati menggunakan gunting atau pisau
mengikut saiz yang dikehendali. Selain itu, rak atau perabot yang berdebu
membimbangkan kerana debu tersebut memasuki mata atau mana-mana bahagian
rongga anggota badan yang akan mendatangkan kemudaratan lain.

Seterusnya, kami hanya mampu melibatkan murid tahap 2 untuk aktiviti penanaman
tumbuhan hidroponik atas sebab SOP musim pandemik. Oleh itu, murid tahap 1
tidak mampu mengalami aktiviti yang sangat bermanfaat ini. Wal hal, mereka juga
berhak untuk mendapatkan pengalaman bermakna melalui aktiviti penanaman
tanaman hidroponik.

Akhir sekali, kelemahan dari pihak saya termasuklah kemahiran memberi arahan
semasa menjalankan Orientasi dan Mobiliti bagi murid-murid buta. Seperti yang kita
tahu, Orientasi dan Mobiliti sangat penting bagi murid-murid buta terutamanya di
tempat yang baharu. Disebabkan SOP semasa musim pandemik ini, saya perlu
mengurangkan sentuhan dengan murid-murid oleh itu, murid sangat bergantung
kepada arahan-arahan saya semasa bergerak. Namun, terdapat beberapa kali murid
kelihatan keliru dengan arahan saya. Ini juga berlaku semasa aktiviti penanaman.

3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada peringkat awal perancangan aktiviti, pemilihan peralatan dan bahan sangat
penting. Contohnya, mengelak daripada memilih peralatan tajam, persiapan alat
kebersihan dan persiapan pakaian memudahkan pergerakan gerak kerja. Semasa
projek dilaksanakan, pengerusi projek mestilah memastikan jawatankuasa memakai
pakaian yang sesuai untuk menjalankan aktiviti iaitu pakaian sukan bagi
memudahkan pergerakan. Selain itu, jawatankuasa kerja mestilah memakai pelitup
muka, sarung tangan dan apron jika perlu bagi menjamin kesihatan dan kebersihan
diri.

Cadangan penambahbaikan bagi aspek penglibatan semua murid ialah, saya


cadangkan yang pihak sekolah akan melaksanakan sesi kedua bagi aktiviti
penanaman tumbuhan hidroponik yang akan melibatkan murid tahap 1. Hal ini
kerana, masih terdapat ruang kosong pada set hidroponik yang boleh digunakan.
Selain itu, guru-guru mata pelajaran juga boleh melaksanakan aktiviti ini sebagai sesi
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Contohnya, semasa PdPC Sains, guru
boleh membawa murid melawat Taman Hijau untuk belajar tentang tumbuh-
tumbuhan. Dengan cara ini juga, guru-guru dapat mengamalkan Elemen Merentas
Kurikulum dalam PdPc mereka.

Akhir sekali ialah cadangan penambahbaikkan bagi aspek kemahiran memberi


arahan. Antara sebab mengapa saya lemah dalam kemahiran memberi arahan
adalah dialek Sabahan yang sangat pekat. Murid-murid tidak memahami dialek saya.
Oleh itu, kemahiran ini perlu saya perbaiki dari masa ke semasa agar pelaksanaan
sesuatu projek, pengajaran dan aktiviti berjalan dengan lancar. Antara usaha saya
untuk memperbaiki kemahiran ini termasuklah, membuat nota ringkas bagi arahan-
arahan dan latihan berterusan. Saya percaya, dengan usaha ini, saya dapat menjadi
guru yang lebih efisien.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek Taman Hijau: Lestari Hidroponik ini sememangnya


mendedahkan kami kepada dunia realiti bidang perguruan ini. Seorang guru bukan hanya
bertugas untuk mengajar murid di bilik darjah tetapi juga berperanan untuk mewujudkan
persekitaran persekolahan yang kondusif. Lantas, saya sebagai guru perlu lebih kreatif
dalam menyelesaikan masalah yang timbul dan mewujudkan persekitaran yang ceria.
Dengan cara itu, murid-murid lebih bersemangat untuk ke sekolah. Saya juga perlu
berdedikasi untuk menyumbang idea, tenaga dan kos demi meningkatkan kualiti pendidikan
yang menyeluruh. Selain itu, melalui projek ini, saya mempelajari cara-cara melaksanakan
projek mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh sekolah dan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, apabila saya sudah mula bertugas kelak, saya
tidak kekok dan mampu melaksanakan tugas sebagai guru dengan lebih cekap.

Antara nilai yang dihayati sepanjang projek Taman Hijau: Lestari Hidroponik ini ialah, nilai
dedikasi dan semangat berkerjasama. Tanpa dedikasi, pekerjaan-pekerjaan ini akan
tertangguh sehingga tiada sudahnya. Nilai kerjasama juga sangat penting untuk
menyempurnakan projek ini. Akhir sekali, projek yang dilaksanakan berjaya mencapai
matlamat iaitu mengubahsuai dan menaiktaraf aman Hijau Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Jalan Batu menjadi pusat sehenti yang menarik dan mampu menyediakan akses
kepada pelbagai sumber maklumat serta mampu menjadi venue untuk aktiviti-aktiviti
sekolah. Saya berharap agar projek ini berjaya meningkatkan semangat murid-murid
melestarikan bumi hijau agar sifat rajin dan menyayangi alam persekitaran dapat dipupuk.

Disediakan oleh,

(Nama)
SISWA GURU INTERNSHIP
IPG KAMPUS ILMU KHAS.

You might also like