You are on page 1of 23

KKWK 3013

Keupayaan kewangan

Hj. Jalani bin Hj. Hussain, M.Mgt(Sc Admint.) UPM


IPG Kampus Ipoh

1
Pengenalan Kepada Celik
Kewangan
$$$

• Cabaran yang dihadapi oleh pengguna

• Kepentingan literasi kewangan dalam


pendidikan

2
Cabaran yang Dihadapi oleh Pengguna

1 Pertambahan dan peningkatan kerumitan produk dan


perkhidmatan kewangan

2 Ketidakseimbangan kuasa tawar-menawar

3 Transaksi maya & tanpa sempadan

4 Celik kewangan dan kecenderungan tingkah laku

5 Penduduk menua & peningkatan jangka hayat

6 Peningkatan penipuan kewangan

3
Definisi Pendidikan Kewangan
Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang
membolehkan pengguna kewangan meningkatkan
pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan
risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan
dan/ atau nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk
menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang
serta dapat membuat pilihan yang bijak,
mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan,
dan mengambil tindakan yang berkesan untuk
meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.

4
1.1 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengguna

1.1.1 Pertambahan dan Peningkatan Kerumitan Produk


dan Perkhidmatan Kewangan

Pada masa kini terdapat pelbagai produk dan


perkhidmatan kewangan ditawarkan di pasaran.
Sesetengah produk dan perkhidmatan kewangan yang
ditawarkan adalah rumit untuk difahami pengguna. Oleh
sebab itu pengguna perlu dan berhak untuk
mendapatkan maklumat produk dan perkhidmatan
kewangan yang ditawarkan. Pengguna berhak untuk
bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna
mendapat pertimbangan sewajarnya.
Kehendak pengguna juga cepat berubah seiring dengan
peningkatan tahap kesedaran serta pertambahan kekayaan
dan kemewahan.

Kesannya, pengguna kini menuntut pilihan produk yang


lebih baik, ketelusan dan penzahiran yang lebih bermakna
serta amalan penyedia perkhidmatan kewangan yang lebih
berorientasikan pengguna.

Dengan meningkatnya kesedaran pengguna tentang hak


dan tanggungjawab mereka, pengguna lebih yakin untuk
mempertahankan hak mereka untuk menyelesaikan
pertikaian melalui proses undang-undang.
1.1.2 Ketidakseimbangan Kuasa Tawar-Menawar

Peningkatan kuasa dalam kalangan pengguna turut


meningkatkan jangkaan terhadap penyedia perkhidmatan
kewangan untuk menerapkan amalan kendalian perniagaan
yang lebih baik, termasuk piawaian penzahiran dalam
budaya perniagaan mereka.

Model perniagaan penyedia perkhidmatan kewangan perlu


disokong oleh rangka kerja yang kukuh, yang
mengutamakan layanan adil kepada pengguna dengan
respons yang proaktif terhadap keperluan pelanggan yang
berubah-ubah.
Ciri-ciri produk perlu mengambil kira keperluan dan
kepentingan pelanggan.

Pengedaran produk dan perkhidmatan perlu


dilakukan dengan teliti bagi mengurangkan risiko
kesilapan jualan dan risiko reputasi.

Penyedia perkhidmatan kewangan hendaklah


memastikan bahawa sistem pemantauan dan
kawalan yang sesuai perlu wujud terlebih dahulu
sebelum sebarang produk diperkenalkan di
pasaran. Ini termasuk latihan yang bersesuaian
untuk kakitangan pemasaran.
1.1.3 Transaksi Maya Dan Tanpa Sempadan

Dalam era teknologi masa kini, banyak laman web yang boleh
dicapai yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Dengan kecanggihan dunia di hujung jari, segalanya mungkin


untuk dilakukan termasuk melakukan transaksi jual beli
secara atas talian.

Jika suatu ketika dahulu, jual beli dilakukan secara manual,


iaitu pembeli dan penjual berada pada tempat yang sama dan
urusan pembayaran juga dilakukan pada masa yang sama, kini
situasi ini sudah berubah.
Dengan bermulanya era pembelian secara atas
talian dan juga kewujudan laman e-dagang,
membeli secara maya bukan lagi janggal untuk
dilakukan pada era ini.

Dengan transaksi maya dan tanpa sempadan ini,


sebarang kemungkinan terlebih berbelanja dan
penipuan mungkin berlaku.

Disinilah pengetahuan tentang celik kewangan perlu


diterapkan kepada bakal-bakal pengguna yang
menggunakan e-dagang.
1.1.4 Celik Kewangan dan Kecenderungan Tingkah
Laku

Kekayaan yang bertambah mendorong pengguna


untuk mencari produk dan perkhidmatan kewangan
bagi meningkatkan dan melindungi kedudukan
kewangan mereka.

Dalam hal ini, kemudahan untuk mengakses lebih


banyak maklumat yang relevan menjadi begitu
penting bagi memudahkan pengguna membuat
keputusan bijak mengikut keperluan, keupayaan
menyerap risiko dan kedudukan kewangan mereka.
Pengetahuan yang terhad tentang kewangan di samping
kekurangan akses kepada maklumat yang relevan
menyebabkan pengguna tidak dapat memahami sepenuhnya
kecanggihan sesetengah produk kewangan, apatah lagi untuk
memahami kos sebenar serta risiko yang mungkin dibawa oleh
produk tersebut.

Akibatnya, pengguna terdedah kepada risiko memilih produk


yang tidak sesuai dan tidak selari dengan keperluan mereka.

Amalan jualan oleh pengantara dan kakitangan penyedia


perkhidmatan kewangan yang agresif juga boleh mendorong
ke arah pembelian produk yang tidak sesuai, yang
kemudiannya menimbulkan pertikaian.
1.1.5 Penduduk Menua dan Peningkatan Jangka Hayat

Pertambahan penduduk yang berumur 70 tahun ke atas di


Malaysia semakin meningkat. Dalam hal ini, isu kendalian
hidup warga tua menjadi semakin kritikal dalam dekad
yang akan datang.

Dalam konteks ini, kita harus memikirkan langkah-langkah


yang terbaik bagi menangani isu tersebut.

Pelbagai produk perkhidmatan kewangan yang disediakan


seperti insurans hayat, skim pesaraan, simpanan perlu
dititkberatkan dalam menangani isu kendalian hari tua.
1.1.6 Peningkatan Penipuan Kewangan

Keinginan untuk cepat kaya menyebabkan manusia tertipu dengan pelbagai


skim permainan wang. Setiap kali anda melabur wang hasil titik peluh, anda
haruslah berwaspada terhadap skim cepat kaya.

Selalunya skim ini menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang
rendah atau tanpa risiko.

Skim cepat kaya sering kali dipromosikan melalui pelbagai saluran media
seperti internet dan sistem pesanan ringkas (sms).

Sekiranya anda berhadapan dengan skim seperti ini, anda perlu lebih
berhati-hati. Jika skim tersebut nampak terlalu menguntungkan,
berkemungkinan besar ianya adalah suatu skim penyelewengan kewangan.

Diberitakan bahawa antara tahun 2008 – 2010, jumlah kerugian rakyat


Malaysia kerana terpedaya dengan pelbagai skim permainan wang
dianggarkan mencecah sehingga RM 3 bilion
1.2 Kepentingan Literasi Kewangan Dalam Pendidikan

Individu dikatakan celik kewangan jika mereka mampu


menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Celik kewangan diperoleh melalui pengalaman praktikal dan


integrasi ilmu yang aktif.

Kaji Selidik Financial Capability and Inclusion Demand Side


(FCI) 2015 oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa
walaupun infrastruktur kewangan untuk menggalakkan akses
kepada produk dan perkhidmatan kewangan dibangunkan
dengan baik di Malaysia, pengguna masih kurang mahir
membuat keputusan kewangan yang baik.

Ringkasan pemerhatian utama kaji selidik FCI dinyatakan


seperti berikut:
Kaji Selidik FCI 2015 : Pemerhatian Utama Mengenai Tahap Celik dan
Keupayaan Kewangan di Malaysia

Pengetahuan (55.0)

 Terdapat kesedaran umum mengenai produk dan perkhidmatan


kewangan, di samping pemahaman konsep asas kewangan seperti risiko
dan pulangan serta inflasi.

 Kebanyakan pengguna kurang memahami konsep dan kepentingan


pempelbagaian. Pengguna juga sukar memahami konsep numerasi
pengiraan nilai wang mengikut masa (time value of money), faedah dan
prinsipal serta faedah kompaun.

 Pelanggan AKPK dan usahawan mikro menunjukkan pemahaman yang


lebih baik mengenai produk kewangan lazim, numerasi dan konsep
kewangan.
Tingkah Laku (58.4)

 Pengguna pada amnya menyatakan bahawa mereka berhemat dalam


perbelanjaan dan mampu membayar balik hutang. Hanya 19% responden
mengakui hutang mereka membebankan.

 Sebilangan besar pengguna tidak bersedia menanggung perbelanjaan


yang tidak dijangka, dengan 76% responden mengakui bahawa mereka
akan menghadapi kesukaran untuk menyediakan wang sebanyak
RM1,000 apabila diperlukan semasa kecemasan.

 Kebanyakan pengguna menyatakan mereka akan menghadapi tekanan


kewangan sekiranya hilang punca pendapatan, dengan hanyak 6%
responden yakin mereka akan dapat memenuhi obligasi kewangan
sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan selepas hilang punca
pendapatan.

 Hanya 40% responden bersedia dari segi kewangan untuk tempoh


persaraan, manakala 92% bimbang akan kedudukan kewangan mereka
apabila usia semakin lanjut.
Sikap (56.3)

 Pengguna cenderung untuk tidak berfikir


panjang serta memberi tumpuan pada
keperluan jangka pendek dengan
mengorbankan keperluan masa akan datang.

 Pelanggan AKPK kurang kawalan kendiri


dalam pengurusan kewangan mereka dan
pada amnya mempunyai pandangan jangka
pendek apabila membuat pilihan kewangan.
1. Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Efektif

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat


mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi
yang berkaitan dengan kewangan.

Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan


punca utama seseorang individu terjebak dengan pelbagai
masalah dalam kehidupan.

Seseorang yang mempunyai perancangan dalam


menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran
yang jelas tentang kedudukan kewangan dan memberi hala
tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin
dicapai.
2. Pemahaman Produk, Konsep dan Risiko
Kewangan

Pemahaman tentang produk kewangan yang


ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan pada
masa kini sangat penting untuk menangani sebarang
risiko kewangan yang bakal dihadapi oleh individu.

Walaupun setiap produk kewangan yang ditawarkan


mempunyai keistimewaan, pemahaman terperinci dari
segi konsep, ciri-ciri dan pengendalian produk akan
membantu pengguna menangani sebarang
penyelewengan kewangan.
3. Kesejahteraan Kewangan

Porter dan Garman (1993) mendefinisikan kesejahteraan


kewangan sebagai suatu ukuran situasi kewangan individu
berasaskan objektif dan persepsi ke atas kedudukan
kewangan.

Goldsmith (2005) dalam Zaimah et. al (2014) merujuk


kesejahteraan kewangan kepada kecukupan dan keteguhan
ekonomi individu atau keluarga yang merangkumi usaha
melindungi diri daripada risiko ekonomi seperti kehilangan
pekerjaan, kesakitan dan kemiskinan.

Individu yang telah mencapai kesejahteraan kewangan adalah


mereka yang telah teguh kewangan bagi menghadapi
sebarang kemungkinan. Mereka sudah mempunyai simpanan
masa hadapan untuk meneruskan kehidupan.
TUTORIAL KULIAH 1

Anda seorang guru di sekolah telah dilantik sebagai penasihat


‘Kelab Literasi Kewangan’. Perincikan kepentingan literasi
(celik) kewangan kepada murid-murid anda bagi menghadapi
situasi semasa dan akan datang secara komprehensif.

Anda boleh menggunakan kaedah :

a. Peta minda
b. Jadual / Carta Guntt
c. Gambar atau notasi

Hantar jawapan tersebut ke email : jalani@ipgmipoh.edu.my


Sekian

You might also like