You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2018
SEMESTER 1 TAHUN 4

TUGASAN 3 – PROJEK PERNIAGAAN 1 (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMMEER AIMAN BIN ABD JALIL


ANGKA GILIRAN : 2018092340025
NO. KAD PENGENALAN : 990523075235
UNIT :2
KOD/NAMAKURSUS : KUWS3013 KEUSAHAWANAN
NAMA PENSYARAH : DR. ROSMANI BINTI ALI
TARIKH HANTAR : 7/12/21
NOMBOR TELEFON : 019-9625270
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 7/12/2021


KERTAS CADANGAN PERNIAGAAN

AJSTOREMY
‘Biar bundle, asal original’

AJSTOREMY SDN. BHD.

143 Jalan Rajawali, Taman Berjaya. 14300 Nibong Tebal,


Pulau Pinang.

Oleh :

Muhammad Ammeer Aiman Bin Abd Jalil


1.0 Latar Belakang Projek

Berikut merupakan latar belakang dan maklumat berkenaan perniagaan yang dijalankan :

Butiran Huraian

Nama Pemilik Muhammad Ammeer Aiman Bin Abd Jalil

143 Jalan Rajawali, Taman Berjaya, 14300 Nibong


Alamat Perniagaan/Surat-Menyurat
Tebal, Pulau Pinang.

Moto Biar bundle, asal original

Bentuk Perniagaan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Tarikh Perniagaan Bermula 7 Mac 2020

Modal Persendirian : RM 300


Modal Permulaan
Jumlah Modal Permulaan : RM 300.00

Maybank
Bank
Nom. Akaun : 157102632329

Lokasi Perniagaan
2.0 Ringkasan Eksekutif

AJSTOREMY merupakan perniagaan yang telah dibangunkan pada 7 Mac 2020 dan
diusahakan oleh saya sendiri, Muhammad Ammeer Aiman Bin Abd Jalil. Perniagaan ini
melibatkan penjualan pakaian terpakai atau lebih dikenali dengan ‘baju bundle’ yang beroperasi
di rumah dan secara atas talian melalui laman sosial Instagram. Pengusaha memilih untuk
menceburi perniagaan pakaian terpakai ini adalah kerana mempunyai minat yang tinggi untuk
mengumpul pakaian terpakai yang berjenama. Kebiasaannya pengusaha akan mencari pakaian
terpakai yang berjenama untuk dijadikan koleksi di kedai pakaian terpakai di kawasan sekitar.
Justeru, pengalaman serba sedikit ini pengusaha telah memberanikan diri untuk menceburi
bidang perniagaan melalui penjualan pakaian terpakai. Perniagaan ini telah beroperasi di rumah
sendiri iaitu di Pulau Pinang dengan menawarkan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) di
kawasan sekitar. Bukan itu sahaja, pengusaha juga menjalankan perniagaan secara atas talian
dengan menggunakan perkhidmatan J & T untuk mengepos ke pelanggan.

Di samping itu, pengusaha juga menyedari bahawa perniagaan pakaian terpakai ini
merupakan perniagaan yang sangat berpotensi untuk berkembang kerana terdapat banyak
permintaan. Hal ini kerana, perniagaan ini telah bermula pada musim Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di mana setiap individu diminta untuk duduk di rumah bagi mematuhi arahan
kerajaan. Dengan itu, secara tidak langsung perniagaan secara atas talian dapat berkembang
berbanding dengan perniagaan di kedai. Bukan itu sahaja, perniagaan pakaian terpakai ini juga
dijual mengikut aliran semasa bagi sesuatu jenama pakaian. Oleh itu, pengusaha akan
menetapkan beberapa jenama yang terdapat banyak permintaan tinggi dalam kalangan
pelanggan untuk dijual.

Pada asalnya, pengusaha hanya membeli satu guni pakaian terpakai atau lebih dikenali
dengan tokol. Guni pakaian tersebut juga dipilih mengikut kategori pakaian iaitu pengusaha
memilih untuk membeli guni pakaian jenis jaket berhud atau hoodie yang bernilai RM300.
Bermula daripada satu tokol sehinggalah pengusaha membeli pakaian yang berjenama sahaja
daripada pembekal. Dalam perniagaan ini juga pengusaha mempunyai pasukan untuk
memastikan perjalanan perniagaan ini berjalan dengan lancar serta berkembang maju. Dalam
hal ini, pengusaha telah membahagikan tugas masing-masing antaranya bahagian pemasaran
dan operasi.
3.0 Objektif Perniagaan

Berikut merupakan objektif perniagaan yang telah ditetapkan dan dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang.

3.1 Objektif Jangka Pendek :

1. Menghasilkan lebih banyak jenis pakaian yang lain tidak lagi tertumpu kepada pakaian
jenis jaket atau berhud ‘hoodie’.
2. Bekerjasama dengan kedai pakaian terpakai yang lain bagi melebarkan skop pasaran.
3. Mengadakan siaran langsung atau ‘live’ di laman sosial yang lain seperti Facebook, Tiktok
dan tidak tertumpu kepada Instagram sahaja.

3.2 Objektif Jangka Panjang :

1. Membuka kedai pakaian terpakai sendiri di kawasan berhampiran.


2. Mencipta aplikasi perniagaan senderi bagi memudahkan proses jual beli bersama
pelanggan.
3. Menjual pakaian terpakai secara dalam guni atau tokol iaitu dalam kuantiti yang banyak
dengan menjadi pembekal kepada penjual baharu.
4.0 Analisis Industri

Pengusaha memilih untuk menceburi bidang perniagaan pakaian terpakai kerana pengusaha
melihat potensi yang sangat besar dalam pasaran. Jika pengusaha hanya memberi fokus kepada
golongan remaja lelaki sahaja, hasil jualan tidak begitu besar jika dibandingkan dengan menjual
pakaian perempuan sekali. Menurut Kirzner (1979). Beliau menyatakan bahawa usahawan
sebagai individu yangsentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain
tidak menyedarinya.

Namun begitu, terdapat ramai pengusaha baharu yang memasuki penjualan pakaian
terpakai ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) memandangkan ramai yang mencari pendapatan tambahan. Dalam hal ini, memulakan
perniagaan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pengusaha masih baru dalam bidang
perniagaan memerlukan strategi yang berkesan bagi menarik minat pelanggan untuk membeli
pakaian yang ditawarkan.
5.0 Deskripsi Perniagaan

5.1 Maklumat Produk/ Perniagaan

Berikut merupakan contoh harga bagi pakaian yang dijual.

Jenama Harga sehelai

Jenama:
Lacoste

Harga modal:
RM100 – RM180 (mengikut warna & kondisi)

Harga pasaran:
RM200 - RM300 (mengikut warna & kondisi)

Jenama:
GAP

Harga modal:
RM20 – RM40 (mengikut warna & kondisi)

Harga pasaran:
RM50 – RM80 (mengikut warna & kondisi)
Jenama:
Pancoat

Harga modal:
RM50 – RM100 (mengikut warna & kondisi)

Harga pasaran:
RM120 – RM180 (mengikut warna & kondisi)

Jenama:
Dickies

Harga modal:
RM40 – RM60 (mengikut warna & kondisi)

Harga pasaran:
RM80 – RM150 (mengikut warna & kondisi)
5.2 Kelebihan Perkhidmatan

• Proses penghantaran percuma bagi seluruh Malaysia.


• Proses penghantaran pada setiap hari.
• Servis 24 jam.
• Sekiranya pakaian yang sampai dalam keadaan tidak baik, pelanggan akan dibayar
semula duit atau digantikan dengan pakaian yang lain.
• Proses tempahan yang mudah melalui Instagram dan Whatsapp.
• Pelanggan akan menerima harga diskaun sekiranya membeli lebih daripada satu
pakaian.
• Pakaian terpakai dibasuh terlebih dahulu bagi memastikan pakaian tersebut tidak
mempunyai sebarang kotoran.
6.0 Rancangan Pemasaran

6.1 Sasaran Pasaran

Perniagaan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada golonga remaja lelaki secara
atas talian yang sedang mencari pakaian terpakai berjenama mengikut arus semasa terkini.
Bukan itu sahaja, sasaran pelanggan bagi perniagaan pakaian terpakai ini juga berfokuskan
kepada peniaga baharu yang ingin membeli secara pukal. Kebanyakan pelanggan akan membeli
lebih daripada satu helai untuk mendapatkan harga diskaun kerana lebih murah berbanding
dengan pengusaha lain.

6.2 Saiz Pasaran

Stok yang diambil bagi setiap jenama kebiasaannya 10 helai. Misalnya, jenama Lacoste
10 helai dan jenama Dickies 10 helai. Dalam hal ini, stok yang diambil adalah melalui pembekal
yang berada di Korea kemudian membuat penghantaran ke Malaysia. Sekiranya sehelai pakaian
anggaran keuntungan adalah minimum RM50.

• RM 50 X 20 helai = RM1000 ( sebulan )


• RM1000 X 12 bulan = RM 12,000 ( setahun )

Justeru, saiz pasaran adalah RM 12,00 setahun. Dalam erti kata lain, potensi pendapatan
pengusaha dalam perniagaan pakaian terpakai ini adalah RM 12,000 setahun atau lebih
bergantung kepada jumlah jualan.
6.3 Ramalan Jualan

Pengusaha mensasarkan jualan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM15,000. Hal ini
kerana pengusaha mempunyai stok pakaian terpakai yang banyak di mana sehelai pakaian boleh
mencecah keuntungan bersih RM100 sehingga RM200 sehelai. Pada musim Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), pengusaha mensasarkan jumlah jualan yang lebih dengan mengadakan
strategi dan promosi yang berkesan. Namun demikian, selepas PKP tamat hasil jualan agak
berkurangan berbanding sebelum ini.

BULAN JUMLAH

JANUARI RM1200

FEBRUARI RM1100

MAC RM1500

APRIL RM1300

MEI RM1100

JUN RM1200

JULAI RM1300

OGOS RM1500

SEPTEMBER RM1400

OKTOBER RM1200

NOVEMBER RM1400

DISEMBER RM1300

JUMLAH: RM15,500

Sasaran Jualan 2021


6.4 Strategi Pemasaran

Bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan, pengusaha perlulah bijak untuk
menggunakan beberapa strategi pemasaran yang berkesan bagi menarik minat pelanggan untuk
membeli. Pelbagai strategi telah diusahakan oleh pengusaha untuk memastikan pelanggan
membeli bagi meningkatkan hasil jualan antaranya adalah seperti berikut :

Menguruskan laman sosial Instagram dengan baik

• Yang pertama, pengusaha telah menggunakan laman sosial Instagram sebagai platform
utama bagi mengadakan pemasaran. Melalui penggunaan Instagram tersebut,
pengusaha telah menguruskan akaun tersebut dengan baik melalui beberapa cara
antaranya adalah dengan mengambil gambar pakaian untuk dijual dengan keadaan yang
menarik. Dengan itu, pelanggan akan tertarik untuk membeli sekiranya melihat pakaian
tersebut dalam keadaan yang baik.

Mengadakan ‘give away’ pada setiap bulan

• Selain itu, pengusaha juga telah mengadakan ‘give away’ kepada pengikut Instagram
pada setiap bulan. ‘Give away’ ini akan dilakukan bagi menghargai pelanggan yang telah
membeli dan memberi sokongan terhadap perniagaan yang dilakukan. Bukan itu sahaja,
‘give away’ ini juga secara tidak langsung dapat menaikkan pengikut di Instagram serta
dapat meluaskan lagi pasaran dalam kalangan remaja. Kebiasaannya, pemenang ‘give
away’ ini akan diberikan pakaian percuma atau sejumlah wang. Oleh itu, ‘give away’ ini
amat membantu perniagaan ini dalam melakukan pemasaran yang berkesan.

Berkolaborasi dengan individu berpengaruh ‘influencer’ di Instagram

• Seterusnya, pengusaha juga telah berkolaborasi dengan beberapa orang individu yang
berpengaruh atau dikenali sebagai ‘influencer’ di laman sosial Instagram. Kebiasaannya,
individu berpengaruh ini mempunyai pengikut yang sangat banyak bagi akaun Instagram
beliau. Dengan itu, pengusaha telah mengambil peluang ini untuk menjual secara siaran
langsung atau ‘live’ dengan berkolaborasi bersama individu berpengaruh tersebut.
Mengadakan iklan

• Akhir sekali, pengusaha akan mengadakan iklan pada setiap bulan bagi melakukan
pemasaran yang berkesan agar perniagaan ini lebih dikenali ramai. Antara iklan yang
telah dilakukan adalah dengan melanggan iklan yang disediakan oleh Instagram. Kos bagi
langganan ini adalah sebanyak RM20 seminggu. Bukan itu sahaja, pengusaha juga telah
meminta individu berpengaruh untuk melakukan pemasaran bagi perniagaan ini.
Kebiasaannya, kos tersebut bermula RM50 sehingga RM100 atau lebih bagi setiap satu
iklan. Melalui aktiviti pemasaran ini, pengikut di Instagram telah meningkat dan secara
tidak langsung hasil jualan juga meningkat.
7.0 Rancangan Operasi

Berikut merupakan rancangan operasi bagi aktiviti perniagaan ini :

7.1 Proses Pengeluaran

Carta alir 1 menyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk


perniagaan yang ditawarkan.

Memesan produk atau Melakukan proses Mempromosi dan


mengambil stok pengiraan stok apabila melakukan pemasaran
daripada pembekal. produk sampai. produk.

Carta Alir 1

7.2 Proses Penjualan

Carta alir 2 pula menyatakan langkah-langkah atau proses penjualan yang perlu dilaksanakan
oleh pelanggan bagi tujuan jual beli

Memesan produk Pelanggan boleh


Menunjukkan gambar memilih untuk
perniagaan melalui
aplikasi Whatsapp. produk yang ingin dibeli. melakukan COD atau
penghantaran.

Pelanggan akan Produk akan dibungkus Proses pembayaran


mendapat nombor dan dihantar kepada dilakukan melalui akaun
penjejak bagi mengesan pelanggan. Maybank.
pesanan tersebut.

Carta Alir 2
7.3 Jam Operasi

Hari Jam Operasi Aktiviti Utama

Ahad Cuti -
Isnin 10 pagi – 10 malam Pembungkusan
Selasa 10 pagi – 10 malam Penghantaran
Rabu 10 pagi – 10 malam Jualan secara langsung
Khamis 10 pagi – 10 malam Jualan secara langsung
Jumaat 10 pagi – 10 malam Kiraan Stok
Sabtu 10 pagi – 10 malam Promosi produk

7.3 Keperluan Bahan

Berikut senarai stok pembungkusan dan barangan berserta pembekalnya.

Jenama produk Kuantiti Harga Sehelai Jumlah Pembekal


1. Lacoste 10 helai RM 120 RM 1200 Eppy Bundle
2. Dickies 10 helai RM 40 RM 400 (Pembekal dari Korea
3. GAP 10 helai RM RM30 RM 300 yang menetap di sana)
4. Pancoat 10 helai RM80 RM 800
Jumlah : RM 2700
7.4 Tenaga Pekerja

Perniagaan pakaian terpakai ini masih baru lagi di pasaran, jadi skala perniagaan ini masih
berada di dalam skop yang kecil. Dengan itu, pekerja adalah tergolong daripada kalangan adik
beradik yang sentiasa menolong antara satu sama lain.

Nama Pekerja Status

Muhd Ammeer Aiman

Nur Aqeedah Tetap

Nur Nadeerah
8.0 Rancangan Pentadbiran

Berikut merupakan rancangan pentadbiran yang dirancang bagi aktiviti perniagaan ini :

8.1 Carta Organisasi :

Pengurusan:
Muhd Ammeer Aiman

Jualan & Promosi: Kewangan:


Nur Aqeedah Nur Nadeerah
8.2 Spesifikasi Tugas :

Jawatan Spesifikasi Tugasan

• Menguruskan hal-hal dalaman dan luaran


Pengurusan
perniagaan.
(Muhd Ammeer Aiman)
• Melaksanakan proses kiraan keluar/masuk stok.

• Memuat naik konten promosi ke akaun media


Jualan & Promosi sosial.
(Nur Aqeedah) • Melaksanakan proses pengeposan dan
pembungkusan produk kepada pelanggan.

Kewangan • Mencatat segala duit keluar/masuk perniagaan.


(Nur Nadeerah) • Menyimpan resit, penyata dan dokumen
kewangan.
8.3 Senarai Keperluan Pejabat

Barang/Keperluan Kuantiti

Telefon Pintar 2 buah

Komputer Riba 1 buah

Alatan Tulis 5

Plastik Pembungkusan 100 pcs

Sticker Perniagaan 500 pcs

8.4 Perbelanjaan Pentadbiran

Butiran Perbelanjaan Aset Perbelanjaan Bulanan Lain-Lain

Telefon Pintar RM 3000

Komputer Riba RM 2000

Pembungkusan RM 200

Alatan Tulis RM 20

Minyak Kenderaan RM 50

Internet RM 35

Jumlah RM 5000 RM 255 RM 50

Jumlah Besar : RM 5305


9.0 Rancangan Kewangan
Dalam bidang perniagaan, sudah pasti terdapat beberapa kos tersendiri yang perlu
dirancang dengan baik bagi memastikan sesuatu perniagaan berjalan dengan lancar. Dengan
itu, bagi memastikan sesuatu perniagaan dapat bertahan dan berkembang dengan cepat,
perancangan kewangan perlulah dilakukan. Berikut merupakan contoh jadual bagi rancangan
kewangan yang dilakukan oleh pengusaha.

Duit masuk Duit keluar Baki

Jualan Januari: RM3000 Modal : RM 1600 RM1250


Barang keperluan : RM 50
Kos pemasaran : RM100

Jualan Februari: RM2800 Modal : RM 1800 RM900


Barang keperluan : RM 50
Kos pemasaran : RM50

Jualan Mac: RM2600 Modal : RM 1400 RM1110


Barang keperluan : RM 30
Kos pemasaran : RM60

Berdasarkan rancangan kewangan tersebut, keuntungan yang diperolehi akan dikumpul


dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang lain sebagai duit simpanan dan duit modal
untuk menambah stok pada masa hadapan. Dengan itu, rancangan kewangan ini adalah amat
penting bagi memastikan sesuatu perniagaan yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar.
Lampiran

Akaun Instagram utama AJSTOREMY


Guni atau tokol pakaian yang pertama

Jualan secara lelong di asrama IPGKDRI


Proses mengambil gambar bagi tujuan pemasaran di Instagram

Proses pengeringan pakaian selepas dibasuh


Proses pembungkusan sebelum melakukan penghantaran

Proses penghantaran awal perniagaan dan pertengahan perniagaan


Proses pengiraan stok selepas produk yang dipesan sampai

Melakukan aktiviti pencarian pakaian di gudang pakaian terpakai

You might also like