You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 6)

INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BMMB3152
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA:
IRFAN IZZUDIN BIN MD JAIS

NO. KAD PENGENALAN: 970410-06-5235

ANGKA GILIRAN:
2017192340154

KUMPULAN: PISMP C9

NAMA PENSYARAH DR. NORHAYATI BINTI MD YATIM


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
LAPORAN PROJEK
PROJEK:

TARIKH SERAHAN: 17 MAC 2020

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Tajuk Inovasi Digital 3

3.0 Jenis Projek, Matlamat, Fungsi Dan Kumpulan Sasaran 3


3.1 Jenis Projek 3
3.2 Matlamat Projek 3
3.3 Kumpulan Sasaran 4

4.0 Sumber Inspirasi 4

5.0 Jenis Penilaian yang Dilakukan 5

5.1 Ruangan Maklum Balas dalam Aplikasi MEKAP 5

5.2 Pemerhatian 6

6.0 Cadangan Penambahbaikan Ataupun Penyelesaian Alternatif 6

RUJUKAN

LAMPIRAN

2
1.0 PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi. Sehubungan dengan itu, dalam kursus inovasi digital
dalam PdP pelajar PISMP Semester 6 diminta menghasilkan produk inovasi digital yang
boleh diguna pakai dan berkesan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Oleh itu ahli
kumpulan kami iaitu Irfan Izzudin bin Md Jais, Bryan Chew Ching Gee dan Mohd Akmal bin
Majid telah menghasilkan satu produk inovasi ‘MEKAP’ menggunakan kaedah trialogikal dan
model micup.

2.0 TAJUK INOVASI DIGITAL


Inovasi ‘MEKAP’. MEKAP merupakan akronim kepada ‘mudah efektif kata adjektif perasaan’
jenis kata adjektif perasaan terdapat dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, aplikasi
‘MEKAP’ ini dijadikan satu inovasi bagi membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap
kata adjektif tersebut.

3.0 JENIS PROJEK, MATLAMAT, FUNGSI DAN KUMPULAN SASARAN

3.1 Jenis Projek


Jenis projek ini ialah projek inovasi digital dalam PdP bahasa Melayu. Penggunaan projek
inovasi ini memerlukan alat digital seperti tablet dan juga telefon pintar. Selain itu, capaian
internet yang baik juga perlu untuk menggunakan inovasi ‘MEKAP’ ini. Oleh itu, projek ini
bukan sahaja boleh digunakan dalam kelas di sekolah tetapi boleh juga digunakan di rumah
dengan bimbingan ibu bapa.

3.1 Matlamat/ Fungsi Projek


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan 11 anjakan
utama dalam transformasi pendidikan. Salah satu daripada anjakan yang digariskan iaitu
anjakan yang ketujuh ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Sehubungan dengan itu matlamat/ fungsi projek ini ialah;

• Meningkatkan pemahaman murid tentang konsep kata adjektif.


• Merangsang interaksi verbal bukan sahaja antara murid dengan murid tetapi juga
murid dengan guru
• Merangsang dan menjana idea murid dalam menyelesaikan masalah
• Menambah kefasihan berbahasa serta menambah keyakinan diri murid.

3
• Dijadikan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

3.3 Kumpulan Sasaran


Aplikasi ‘MEKAP’ disasarkan kepada murid-murid tahap 1 sukatan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Bahasa Melayu tahun 3 (KSSR). Justeru, murid tahap 1 dan guru bahasa
Melayu diharapkan dapat menggunakan inovasi ini dengan efektif untuk mengatasi masalah
penggunaan kata adjektif dengan betul. Ibu bapa juga boleh mengakses aplikasi ini untuk
menyediakan latihan di rumah untuk anak mereka.

4.0 SUMBER INSPIRASI


Inspirasi didefinisikan sebagai ilham ataupun sesuatu yang menggerakkan hati untuk
mencipta sesuatu (Kamus Dewan, 2015). Dalam projek ini, sumber inspirasi utama bagi
projek inovasi ‘MEKAP’ ini ialah pengalaman guru pelatih semasa menjalani Praktikum
Fasa I pada semester yang lalu iaitu pada bulan Jun hingga September yang lalu. Antara
pengalaman guru pelatih yang menjadi inspirasi kepada projek ‘MEKAP’ ini ialah murid tidak
dapat memahami dengan baik tentang kata adjektif yang terdapat dalam mata pelajaran
bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila guru cuba meminta murid untuk memberikan
contoh penggunaan kata adjektif perasaan dalam kehidupan seharian murid tetapi murid
memberikan contoh yang salah. Hal ini disokong dengan oleh Ruhaidah dan Fauziah,
(2018) yang menyatakan bahawa murid-murid tidak berupaya menggunakan kata adjektif
yang tepat dalam ayat. Selain itu, murid juga berasa bosan semasa guru sedang mengajar
tentang kata adjektif dengan menggunakan teknik penerangan iaitu PdP hanya bersifat
berpusatkan guru. Hal ini menyebabkan murid bersikap pasif dalam PdP. Selain murid guru
juga mempunyai masalah atau kekangan untuk mengajarkan beberapa jenis kata
adjektif yang terdapat dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana terdapat beberapa jenis kata
adjektif yang memerlukan pemahaman yang tinggi oleh guru untuk mengelakkan kekeliruan.

Oleh itu, kami telah menyediakan borang soal selidik secara atas talian (Google
Form) seperti yang terdapat dalam bahagian lampiran. Borang soal selidik ini bertujuan
untuk mendapatkan data bagi menyokong pembangunan produk inovasi digital ‘MEKAP’.
Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada murid secara atas talian. Hasil dapatan
seperti yang terdapat dalam Lampiran A menunjukkan bahawa 83% daripada responden
menyatakan bahawa murid lebih gemar menggunakan literasi digital berbanding
penggunaan bahan maujud. Seterusnya 83% daripada responden juga bersetuju
pengajaran konvensional chalk and talk tidak berkesan. Hasil soal selidik ini juga mendapati
bahawa sebahagian besar responden memilih permainan bahasa sebagai teknik yang
paling sesuai untuk pengajaran topik kata adjektif perasaan, dengan jumlah keseluruhan 13

4
orang responden memilih kaedah ini. 9 orang yang lain memilih teknik main peranan,
manakala baki 8 orang responden memilih teknik bercerita. Dengan hasil dapatan soal
selidik ini kami telah membangunkan produk inovasi kami yang bertajuk ‘MEKAP’.

5.0 JENIS PENILAIAN YANG DILAKUKAN


Dalam pembangunan produk ‘MEKAP’ ini terdapat beberapa jenis penilaian yang kumpulan
kami telah laksanakan dan telah menerima pelbagai jenis maklum balas serta cadangan
penambahbaikan ataupun penyelesaian alternatif antaranya ialah;

5.1 Ruangan Maklum Balas dalam Aplikasi MEKAP

Rajah 1: Ruangan maklum balas yang telah disediakan dalam aplikasi MEKAP

Kumpulan kami telah menggunakan ruangan maklum balas dalam aplikasi MEKAP untuk
mendapatkan maklum balas daripada pengguna yang terdiri daripada pensyarah, guru-guru
dan rakan-rakan guru pelatih. Hasil dapatan daripada ruangan maklum balas beberapa
responden bersetuju bahawa produk inovasi ‘MEKAP’ yang dihasilkan mudah digunakan
dan bersifat mesra pengguna. Selain itu, responden juga bersetuju bahawa setelah
menggunakan inovasi ‘MEKAP’ ini pengguna faham tentang kata adjektif perasaan dengan

5
mudah. Di samping itu, melalui ruangan ini juga kami telah menerima beberapa cadangan
yang membina daripada para pengguna. Antaranya ialah perbanyakkan lagi contoh-contoh
kata adjektif perasaan berserta ayat.

5.2 Pemerhatian

Akhir sekali, kumpulan kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam menilai


kebolehgunaan produk ‘MEKAP’ ini. Kami telah melaksanakan ujilari produk inovasi ini
kepada beberapa orang pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dan telah menerima maklum
balas yang baik daripada mereka.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ATAUPUN PENYELESAIAN ALTERNATIF

Setelah merujuk kepada semua maklum balas yang diterima kami bersetuju untuk
memperhebat lagi promosi inovasi ini ke serata tempat supaya boleh dikases oleh ramai
pengguna. Selain itu, permainan yang disediakan juga akan kami kemaskini dari semasa ke
semasa supaya perkara ini berterusan dan boleh digunakan sampai bila-bila.

Pengguna boleh memberikan maklum balas setiap masa selepas penggunaan


supaya pihak kami dapat tahu kekurangan dan boleh membuat penambahbaikan kepada
aplikasi MEKAP ini.

6
RUJUKAN
Ainol Mardiah Zubairi & Isarji Hj. Sarudin. (2009).
Motivation to learn a foreign language in Malaysia. GEMA Online Journal of
Language Studies, 9(2). 72-87

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruhaidah Rahmat & Fauziah Muhamad Fadzillah. (2018). Penggunaan rutin berfikir
lampu merah lampu kuning dalam pengajaran kata adjektif. Seminar Bahasa
Melayu 2018, hlm 349-370.

7
LAMPIRAN A

i. Pengajaran konvensional secara “chalk and talk” amat berkesan untuk


pengajaran topik kata adjektif perasaan

Graf bar analisis soalan (i)

ii. Pada pandangan anda, apakah kaedah yang paling sesuai untuk pengajaran
topik kata adjektif perasaan?

Graf bar analisis soalan (ii)

8
iii. Adakah pembelajaran kata adjektif perasaan lebih sesuai diajarkan
menggunakan bahan bantu belajar (BBB) maujud atau digital?

Graf bar analisis soalan (iii)

30

25
25

20

15

10

5
5

0
setuju tidak setuju

You might also like