You are on page 1of 11

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 TAJUK PROJEK 2

3.0 PENYATAAN MASALAH 3

4.0 OBJEKTIF 3

5.0 PELAKSANAAN PROJEK 4

6.0 LAPORAN PROJEK 4

7.0 PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID 7

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 7

9.0 RUMUSAN 8

RUJUKAN 9

LAMPIRAN 10

1
1.0 PENGENALAN
Pada zaman kini, seorang guru hendaklah berinovatif dalam pembelajaran mereka
bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih menarik dan berkesan.
Menurut Mat (2010) menyatakan bahawa menggabungkan diantara multimedia dan proses
pengajaran dan pembelajaran telah menjadi trend yang global dan juga mendapat sokongan
yang kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di dalam bilik
darjah. Hal ini selaras dengan kehendak Strategi Pengajaran Inovatif yang terdapat di dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberikan penekanan untuk
membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara di
abad ke-21 ini.

Dalam aspek pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK), bidang jawi sangat
memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran murid. Pengajaran jawi yang
berkesan bukan sahaja berperanan untuk membantu murid menguasai kandungan ilmu
dalam Pendidikan Islam dengan baik, malah merupakan medium untuk memartabatkan Jawi
sebagai suatu seni warisan budaya bangsa yang harus dipertahankan (Naquih Nahar,
2016). Walaubagaimanapun, realiti sebenar apabila kajian yang dibuat mendapati bahawa
penguasaan pelajar terhadap pelajaran Jawi masih pada tahap yang membimbangkan
(Madihah, 2007; Asyraf Ridwan & Berhanundin, 2015). Pelbagai faktor yang menjadi punca
kepada berlakunya perkara berikut antaranya ialah faktor kaedah pengajaran guru yang
kurang menarik. Murid-murid pada era kini membesar seiring dengan perkembangan
teknologi dan multimedia. Oleh yang demikian, keadah tradisional seperti ‘chalk and talk’
bukanlah kaedah pengajaran yang menarik dan digemari oleh murid-murid. Justeru itu, guru
haruslah berusaha untuk memperkayakan kaedah pengajaran seperti menghasilkan inovasi
pengajaran yang berbentuk digital selaras dengan kehendak Pendidikan Abad ke-21.
Melalui inovasi digital inilah akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih
berkesan dan bermakna disamping meningkatkan murid untuk terus mempelajari dan
meningkatkan kemahiran pengajaran jawi dalam diri masing-masing.

2.0 TAJUK PROJEK


Tajuk projek inovasi yang dihasilkan adalah Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’. Kit ini
merupakan sebuah bahan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk interaktif dan
berpusatkan murid di mana murid akan bermain sendiri dengan kit tersebut manakala guru
hanya bertindak sebagai fasilitator Hal ini kerana, kit ini dilengkapi dengan nota berkaitan
kedudukan huruf hamzah dalam tulisan jawi serta latihan yang dihiasi dengan pengurusan
grafik yang menarik dan pelbagai.

2
3.0 PENYATAAN MASALAH
Semasa menjalani praktikum fasa 2 di sebuah sekolah di Kota Samarahan, saya
mendapati terdapat murid-murid yang masih tidak menguasai kaedah untuk menentukan
kedudukan hamzah di dalam perkataan jawi meskipun sudah berada di Tahun 5. Masalah
murid ini berpunca daripada murid gagal menguasai kemahiran menentukan kedudukan
hamzah yang diajar pada Tahun 3. Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur yang
dilakukan ke atas pengajaran Guru Pendidikan Islam, saya mendapati kaedah penerangan
‘chalk and talk’ diaplikasi oleh guru dalam mengajar topik ini. Menurut kajian yang dilakukan
oleh Md. Hidayat (2012) yang menggunakan pengajaran kaedah ‘chalk and talk’ dalam
mengajar kemahiran menyambung huruf bagi murid tahun tiga di sebuah sekolah di
Sarawak dan mendapati pengajaran melalui penerangan guru semata sukar difahami oleh
murid. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Ab Halim et.al. (2012) untuk
mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh GPI dalam pengajaran dan pembelajaran
bidang asas jawi di Selangor dan mendapati GPI lebih banyak menggunakan kaedah
berpusatkan guru seperti kaedah kuliahm syarahan, memberi contoh dan demonstrasi
dalam pengajaran Jawi di kelas dan kurang sekali menggunakan kaedah berpusatkan murid
dalam pengajaran mereka. Dengan menghasilkan satu inovasi digital yang saya namakan
sebagai Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini, saya berharap dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta minat murid dalam
pembelajaran mereka khususnya dalam bidang Jawi.

4.0 OBJEKTIF
Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011) menjelaskan bahawa objektif
ditentukan melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok
penyelidikan. Dalam hal ini, objektif umum yang hendak dicapai melalui projek inovasi digital
ini ialah untuk mencapai pemerolehan yang positif dalam kalangan murid dalam
meningkatkan kemahiran kognitif mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
khususnya dalam bidang Jawi. Manakala objektif khusus yang hendak dicapai melalui
inovasi digital ini ialah murid-murid dapat mengenal pasti dan menulis perkataan yang
mengandungi huruf hamzah (‫ )ء‬mengikut teknik penulisan yang betul selepas menggunakan
Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.

3
5.0 PELAKSANAAN PROJEK

Jadual 1:

Jadual Pelaksanaan Projek Inovasi Digital

Bil Perkara Tarikh Pelaksanaan Catatan


1 Mengenalpasti penyataan masalah 18 Januari 2019
2. Penjanaan idea 19 Februari 2019
3. Penyediaan projek inovasi 21 Februari 2019
4. Pembangunan projek inovasi 23 Februari 2019
5. Pelaksanaan projek inovasi 23 Februari 2019
6. Pengujian projek inovasi 7 Mac 2019
7. Promosi projek inovasi 8 Mac 2019
8. Penulisan laporan 11 Mac 2019

6.0 LAPORAN PROJEK

6.1 Sebelum
Sebelum melaksanakan projek inovasi digital ini, saya telah mengenal pasti masalah
yang pernah saya hadapi semasa menjalani Praktikum fasa 2 pada tahun 2018. Setelah
mendapati masalah yang timbul, saya melakukan ulang kaji berkaitan masalah tersebut
dengan melihat kepada Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP), buku Teks
Tahun 3 dan juga beberapa jurnal yang berkaitan inovasi digital dalam pendidikan. Tujuan
ulang kaji ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk
menerapkan penyataan masalah ke dalam bentuk inovasi digital.

Kemudian, saya telah menghasilkan satu kertas cadangan projek inovasi untuk
dibentangkan kepada pensyarah penyelia, guru mentor dan juga Guru Besar. Di dalam
kertas cadangan inovasi tersebut, saya telah menyatakan secara jelas konsep inovasi,
rasional inovasi, penyataan masalah, objektif, kumpulan sasaran, cara pelaksanaan dan
juga anggaran kos bagi membina inovasi digital ini. Tujuan pembentangan kertas cadangan
ini adalah untuk memastikan matlamat dalam menghasilkan projek inovasi digital ini berada
pada landasan yang betul dan tidak lari dari matlamat sebenar projek inovasi ini dihasilkan.
Segala teguran serta cadangan penambahbaikan terhadap kertas cadangan inovasi ini saya
jadikan sebagai panduan dalam menambahbaik mutu projek inovasi digital yang akan
dihasilkan.

4
Dalam penghasilan projek inovasi digital ini, saya telah menggunakan perisian
Adobe Illustrator CS6 dan juga Adobe Photoshop CS6 untuk menghasilkan beberapa grafik
yang menarik dan sesuai dengan tema yang hendak saya hasilkan dengan menerapkan
unsur pengguna Virtual Basic for Application (VBA). Penggunaan VBA dalam Microsft
Powerpoint mampu menjadikan slaid kita lebih menarik dan interaktif. Malahan penggunaan
perisian microsoft Powerpoint ini tidak melibatkan penggunaan internet dan ianya juga dapat
dilaksanakan di kawasan-kawasan pedalaman. Bahkan guru juga dapat mengubahsuai isi
kandungan mengikut tahap kognitif murid masing-masing. Saya juga berusaha untuk
menjadikan projek ini menarik dengan meneroka beberapa kemahiran baharu dalam
menggunakan Microsoft Powerpoint. Saya turut menambahbaik mutu persembahan projek
saya dengan meletakkan lebih banyak animasi atau pergerakan serta penggunaan muzik
yang ceria bagi memastikan murid tidak berasa bosan. Hal ini kerana, menurut Abdul
Rashid (2005), bahan animasi boleh merangsang minat dan motivasi murid-murid supaya
mereka turut terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penggunaan Microsoft Powerpoint
dalam menghasilkan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini mampu memaksimumkan
pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut dalam Pendidikan Abad ke-21.
Di mana murid perlu diberi peluang untuk mengeksploitasi pendidikan secara kendiri.
Penghasilan projek inovasi ini mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan
sepenuhnya. Setelah projek selesai, saya uji lari projek tersebut bagi mengelakkan
sebarang ralat timbul semasa menjalankan kit ini kepada murid-murid.

Setelah itu, untuk mendapatkan perbandingan data mengenai keberkesanan projek


inovasi ini, saya telah menjalankan Ujian Awal keatas beberapa orang murid Tahun 5 yang
diajar untuk melihat pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk ini. Data yang diperoleh
semasa Ujian Awal akan digunakan bagi melihat perbezaan setelah murid tersebut
diperkenalkan dengan kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.

6.2 Semasa

Saya telah menjalankan projek inovasi saya di Sekolah Kebangsaan Pinang, Kota
Samarahan. Murid tahun 5 dipilih untuk melaksanakan projek inovasi ini. Berdasarkan
kepada data yang diperolehi semasa Ujian Awal dijalankan, saya mendapati majoriti orang
murid tidak dapat menentukan kedudukan hamzah dengan betul. Kemudian, saya
memperkenalkan kepada murid-murid tersebut Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’. Saya
mengajar di dalam kelas dengan menggunakan Kit Bijak Jawi tersebut dan sepanjang
pemerhatian saya, murid-murid seronok sepanjang menggunakan kit tersebut. Secara tidak
langsung, saya telah menerapkan aspek pembelajaran kendiri dalam diri murid-murid

5
disamping pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Setelah selesai
meneroka kit tersebut, saya bersoal jawab kepada murid-murid mengenai perasaan mereka
sepanjang menggunakan kit tersebut. Kesemua murid menunjukkan respon yang
menyeronokkan ketika menggunakan kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini. Kemudian, saya
telah melaksanakan Ujian Akhir terhadap murid-murid. Keputusan dalam Ujian Akhir
menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam kalangan murid-murid tersebut dan
majoriti murid-murid dapat menjawab Ujian Akhir dengan betul dengan peningkatan markah
sebanyak 50%. Rajah dibawah menunjukkan perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir
salah seorang murid tersebut.

Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 1: Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir salah seorang murid

6.3 Selepas

Selepas tindakan pelaksanaan projek, saya telah mempromosikan projek inovasi


saya di peringkat IPG. Saya telah menghebahkan projek inovasi saya di media sosial seperti
Facebook. Tujuan saya mempromosikan projek inovasi saya ini adalah untuk mendapat
maklum balas daripada pengguna media sosial bagi tujuan penambahbaikan projek inovasi
ini. Selain itu, tujuan promosi projek inovasi saya juga adalah bagi memudahkan guru-guru
mendapat inspirasi dalam pengajaran mereka supaya menggunakan teknik pengajaran yang

6
baharu berbentuk digital agar tidak bergantung pada teknik tradisional sahaja. Kemudian,
proses menulis laporan berkaitan projek inovasi telah dilaksanakan bagi tujuan dokumentasi
dan eviden bahawa projek yang telah dibangunkan telah dilaksanakan sepenuhnya.

7.0 PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID

Skor Markah Murid Sebelum dan Selepas Pengujian Projek


Inovasi

20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Awang Adli Zharfan Muhd Daiyan Hakim Abg Aqmal Faqhimie Nur Dayana Sahira

Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 2: Skor Markah murid sebelum dan selepas pengujian inovasi

Rajah 2 menunjukkan terdapat perbandinan pencapaian murid sebelum dan selepas


saya menjalankan inovasi kepada beberapa orang murid. Berdasarkan rajah tersebut, dapat
dibuat kesimpulan bahawa terdapat peningkatan pada hasil ujian murid setelah menjalani kit
inovasi digital Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek inovasi Kit Bijak Jawi ‘Di
Mana Hamzah?’ ini. Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut:

i. Menambah lebih banyak aktiviti berbentuk permainan untuk menjadikan kit inovasi
lebih menarik minat murid
ii. Menghasilkan inovasi menggunakan perisian seperti Adobe Flash untuk menjadikan
inovasi lebih berbentuk interaktif dan menarik
iii. Memperbanyakkan konsep belajar sambil bermain dalam projek inovasi digital ini
iv. Menambah bilangan responden bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
bagi projek inovasi ini

7
9.0 RUMUSAN
Dunia kini telah menyaksikan satu perubahan yang besr terhadap pemanfaatan
teknologi dalam dunia pendidikan. Teknologi tidak hanya digunakan dalam proses
pentadbiran hal ehwal semata-mata bahkan menjadi alat yang terkini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bidang jawi sangat
memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pendidikan murid-murid dan tidak
hanya belajar dalam ruang lingkup yang sempit dengan menggunakan kaedah tradisional
semata-mata.

Tambahan lagi, penghasilan Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ menggunakan perisian
microsoft Powerpoint turut menekankan penggunaan grafik yang menarik yang mampu
meningkatkan tahap motivasi murid untuk mempelajari dan menerokai bidang jawi secara
kendiri. Penggunaan animasi juga dilihat setanding dengan kit interaktif yang direka atas
talian.

Konklusinya, guru-guru perlu bersedia menjalankan tanggungjawabnya dengan


penuh amanah dan dedikasi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai seorang pendidik.
Kesedaran ini akan memandu guru-guru untuk sentiasa peka dalam melakukan perubahan
dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang memenuhi keperluan dan kehendak murid
sering dengan keperluan semasa murid. Tegasnya pemanfaatan teknologi adalah penting
dan perlu dalam pendidikan abad ini sepertimana kata Saidina Umar al-Khattab “didiklah
anak mengikut zaman mereka”. Oleh itu, guru-guru tidak dapat menafikan penggunaan
teknologi dalam dunia pendidikan dek kerana kekangan dan masalah yang wujud.
Sebaliknya, guru-guru perlu bijak menginovasikan teknologi yang ada untuk dijadikan media
pengajaran.

8
RUJUKAN

Fatimah Rajak. (2016). Permasalahan Penguasaan PElajaran Jawi dalam Kalangan Murid Tahun TIga.
Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard: Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Islam Tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam
Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Md. Hidayat Othman. (2012). Penggunaan Warna dan Simbol (W&S) dalam Kemahiran Menyambung
Huruf Jawi bagi Tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 127-140.

Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan dalam Usaha Memartabatkan
Warisan Budaya Bangsa. Proceedings of the International Conference on Education towrds
Global Peace. UTM.

Yusup Hashim. (1995). Penggunaan Teknologi dalam Inovasi Pendidikan. Pendidik dan Pendidikan ,
72-85.

9
LAMPIRAN

GAMBAR SEPANJANG PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DIGITAL KIT BIJAK JAWI


‘DI MANA HAMZAH?’ DI SEKOLAH KEBANGSAAN SK PINANG, KOTA SAMARAHAN

Tarikh : 7 MAC 2019

Masa : 11.20 pagi hingga 12.20 tengahari

Responden : Murid Tahun 5

GAMBAR SEMASA PELAKSANAAN INOVASI

10
GAMBAR SELEPAS PROJEK INOVASI (UJIAN AKHIR)

11

You might also like