You are on page 1of 22

LAPORAN PROJEK

PERTANDINGAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2018

CLASSTING ARABIY
(‫)كلستينج عربي‬

OLEH :

NURAZRIEN BINTI BASRI


AMNI AQILAH BINTI MD NOR
SYED FARHAN HANAFI BIN SYED ABDULLAH

PENSYARAH PEMBIMBING :

USTAZ FAZDI BIN HARUN

1. TAJUK INOVASI
Classting Arabic (‫)كلستينج عربي‬
2. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Generasi kini hidup dalam era perkembangan teknologi yang berkembang pesat merentasi dunia.
Profesionalisme perguruan juga tidak terlepas daripada menggunakan teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya tugas mendidik murid tidak digantikan dengan
teknologi masa kini. Mengikut Yusup Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses
merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti pembelajaran secara
sistematik dengan bertujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, penggunaan teknologi sangat sesuai dalam mengintegrasikan
inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan.

Tambahan pula, transformasi proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pendidikan di


sekolah giat dilaksanakan melalui penggunaan teknologi sebagai pengupaya pendidikan abad ke-
21. Dimana Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberikan impak
kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, seperti akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan. Anjakan khusus untuk ICT dalam Pendidikan termaktub dalam anjakan
ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Fokus utama inovasi ini ialah mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
dalam kalangan murid sekolah rendah melalui penggunaan teknologi maklumat. Ini kerana, mata
pelajaran bahasa Arab merupakan satu daripada mata pelajaran tambahan yang diperkenalkan
kepada murid sekolah rendah yang bernaung dibawah KPM. Ianya adalah bahasa asing yang boleh
dipilih oleh murid untuk dipelajari sebagai ilmu tambahan. Berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah menggariskan dalam objektifnya bahawa setiap murid
perlu menguasai empat kemahiran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, menyebut, membaca
dan menulis dengan baik dan tepat supaya diakui mahir menguasai ilmu tersebut. Namun,
kemampuan murid menguasai bahasa Arab ini terhad disebabkan ianya berbeza dengan bahasa
ibunda yang telah sebati dengan kehidupan mereka. Pada masa yang sama kemampuan murid
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta perbezaan kognitif murid memberikan
guru cabaran besar dalam mengajar bahasa Arab. Perkara ini disokong berdasarkan Buku Panduan
Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )( 2003 ),
bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalamann,
tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan.

Berdasarkan cabaran dan anjakan ini kami melihat penghasilan inovasi digital ini mampu membantu
guru sentiasa kompiten dalam melaksanakan tugasan sebagai pendidik di sekolah. Di mana inovasi
ini mengumpulkan pelbagai bahan seperti video, bahan interaktif dan dokumen digital yang boleh
diambil oleh para guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Pelaksanaan inovasi ini melancarkan proses penyampaian maklumat dan mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam bilik darjah dengan unsur yang lebih menarik.

3. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Diantara masalah yang dihadapi oleh guru dan murid adalah seperti berikut:

a. Guru tidak mempunyai medium utama untuk memperolehi bahan pengajaran dan
pembelajaran interaktif bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
b. Guru terpaksa menggunakan masa yang lama untuk mengakses pelbagai saluran pendidikan
untuk mencari bahan Bahasa Arab.
c. Bahan yang diperolehi tidak bertepatan dengan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
d. Murid memerlukan bimbingan guru yang berterusan untuk memahami tajuk-tajuk Bahasa Arab
yang dipelajari.
e. Waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah terhad.
f. Komunikasi antara guru dan murid lemah untuk mencapai tujuan pembelajaran.
g. Murid sukar untuk mengakses alat pembelajaran Bahasa Arab di sekolah dan rumah.
h. Murid mementingkan penggunaan teknologi dan media sosial sebagai platform pengajaran
dan pembelajaran melalui komunikasi antara satu sama lain.

4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2015 menekankan


pemanfaatan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kajian Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT lebih
kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut mendapati bahawa hanya satu per tiga murid
menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Maka, bagi mendokong aspirasi
PPPM 2015-2023 yang ingin memanfaatkan penggunaan ICT di sekolah terciptalah model Classting
Arabic yang menghimpunkan penyelesaian masalah guru dalam penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi.

Penggunaan teknologi maklumat memerlukan seorang guru untuk kreatif dan inovatif dalam
menyediakan bahan supaya ianya bersifat interaktif dan menarik minat murid. Menurut Profesor
Andy Hargreaves bahawa pendidikan masa kini berada dalam age of insecurity. Dalam keadaan
serba tidak menentu ini guru akan memainkan salah satu daripada peranan berikut:

a. Guru menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi


b. Guru menjadi penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi.

Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran dan pengajaran yang berkesan dan
memainkan peranan sebagai pemangkin daripada hasil keburukan globalisasi. Murid akan
memperolehi ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalan sikap dan nilai mulia
daripada guru yang kreatif dan inovatif.

I. Model yang digunakan

Inovasi ini telah dilaksanakan bagi membantu murid-murid tekun mempelajari Bahasa Arab di
sekolah rendah. Ianya merupakan satu inovasi digital yang direka berdasarkan model kreatif terarah.
Model ini mempunyai empat peringkat di antaranya ialah fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa
perkembangan dan fasa tindakan.

Fasa Persediaan : Pemerhatian dan Analisis

Fasa Imaginasi : Penjanaan idea dan


pemilihan bahan

Fasa Perkembangan : Penambahbaikan dan


Pelaksanaan/penilaian

Fasa Tindakan : Kesimpulan dan amalan


berterusan

Rajah 1. Aliran Model Kreatif Terarah

II. Strategi Pelaksanaan


Terdapat tiga bahagian penting dalam pemerhatian kandungan pembelajaran berdasarkan pelbagai
aspek. Antaranya ialah penggunaan unsur-unsur berikut dalam keberkesanan perkongsian isi
kandungan pembelajaran:

Gambar berwarna warni

Tajuk Pembelajaran Power point interakrif

Nota yang bersesuaian

Rajah 2. Pembahagian Kandungan

Pertama, penggunaan gambar yang pelbagai warna sebagai pengajaran awal. Ianya amat penting
kerana penggunaan gambar yang cantik membantu penyampaian isi kandungan pelajaran dengan
lebih efektif. Kedua, Power point interakrif yang menarik untuk memancing minat murid. Penggunaan
aplikasi ini perlu disertai dengan gambar yang bergerak, pengujian interaktif dan permainan yang
berfaedah berdasarkan penggunaan teknologi. Ini membolehkan pelajar menggunakan telefon atau
alatan elektronik yang lain untuk menyentuh Power point interakrif yang dipaparkan oleh guru. Cara
ini mampu menarik minat murid kerana merangsang keinginan mereka untuk mengetahui sesuatu
yang baru.

Akhir sekali, nota yang bersesuaian sebagai rujukan murid untuk meningkatkan penguasaan dalam
kalangan murid. Perkara ini akan membantu guru mengikuti perkembangan murid yang lemah dan
membolehkan guru memberikan bimbingan kepada murid menggunakan aplikasi yang terdapat
dalam classting.

III. Penerangan Pelaksanaan

Tarikh memulakan inovasi : Mac 2018

Kos Operasi : Tiada kos hanya memerlukan jaringan internet.

IV. Proses Perkembangan


Analisis
Pemerhatian (Android Apps Penjanaan Idea
:Classting)

Penilaian Penambahbaikan Penciptaan idea

Pelaksanaan Amalan Berterusan

Rajah 3. Proses Perkembangan Classting Arabic

V. Kerangka Konseptual
Keistimewaan kandungan

Guru pembelajaran Bahasa Arab:

1. Gambar berkualiti dan


Classting berwarna-warni (JPEG)
Arabic 2. Powepoint Interaktif (PPT)
3. Nota Ulang kaji (PDF &
Murid
Words.)

Perkongsian melalui:

1. Like
2. Comment
3. Share

Rajah 4. Kerangka Konseptual Classting Arabic

5. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH/AKAN DIPERKENALKAN


Penggunaan teknologi media sosial diantara guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah amat penting dalam memenuhi kepentingan kehendak pembelajaran masa kini.
Berpandukan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Malaysia PPPM 2015-2023 iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Maka kepada anjakan
tersebut penghasilan model ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
merealisasikan proses pembelajaran abad ke 21 yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat
sebagai sumber utama dalam dimensi pendidikan. Berikut merupakan faedah yang diperolehi
melalui responden pengguna Classting Arabic :

i. Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid dalam kelas.

o Guru memperolehi sumber permainan interaktif dengan mudah untuk menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
o Guru mampu mempelbagaikan permainan dalam kelas kepada dua bentuk iaitu secara
tradisional dan teknologi digital.
o Keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh diuji melalui penggunaan bahan
interaktif dalam model ini.
o Menjimatkan masa guru menyelesaikan masalah pembelajaran murid dengan lebih teratur dan
sistematik.
o Guru boleh mengakses ke dalam classting di mana sahaja selagi mempunyai jaringan internet.
o Guru turut boleh memuat turun kandungan bahan interaktif dan di berikan kepada murid secara
terus ke dalam peranti elektronik di dalam bilik darjah seperti komputer, komputer riba dan
telefon pintar.

ii. Kandungan aplikasi yang menarik minat murid untuk menerokai tajuk pelajaran Bahasa Arab.

o Meningkatkan rangsangan kepada pelbagai deria murid seperti deria visual, auditori dan
kinestatik dalam pelaksanaan aktiviti untuk mengukuhkan ingatan murid.
o Memotivasikan pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui
keterujaan penggunaan teknologi.
o Murid dapat memahami dan menguasai sesuatu topik yang disampaikan guru secara maksima
dengan masa yang minima kerana penerangan guru lebih cepat dan tepat.
o Memberikan murid peluang meneroka kandungan pengajaran dan pembelajaran melalui
pelbagai sumber selain daripada buku teks di sekolah.
iii. Perkongsian maklumat secara meluas dalam kalangan pengguna

o Guru dan murid boleh berkomunikasi antara satu sama lain diruang komen untuk
mendapatkan maklum balas pengajaran.
o Guru boleh melakukan perkongsian bahan pengajaran antara satu sama lain yang boleh
menjimatkan tenaga dan masa antara satu sama lain.
o Pertukaran idea terhadap cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas boleh dilakukan
secara alam maya dan tidak bersemuka merentasi negeri dan kawasan.
o Menjimatkan masa guru untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang bertepatan
dengan DSKP Bahasa Arab.

iv. Kos operasi

o Kos operasi pembinaan bahan inovasi ini hanya memerlukan jaringan internet. Oleh itu kos
operasi yang digunakan untuk inovasi ini sifar kerana menggunakan akses jaringan wifi yang
dipasang di institut pendidikan guru.

6. KOMITMEN PIHAK ATASAN


Seramai tiga orang guru pelatih yang terdiri daripada Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah, Amni
Aqilah binti Mohd Noor dan Nurazrien binti Basri telah menjalankan inovasi digital ini dibawah
bimbingan pesyarah iaitu Ustaz Fazdi bin Harun. Sepanjang proses pembinaan inovasi ini kami telah
mengadakan perbincangan untuk mendapatkan bimbingan dan penambahbaikan terhadap inovasi
yang kami jalankan.

Gambar 1. Perbincangan bersama Pensyarah Pembimbing

Gambar 2. Sesi penambahbaikan bahan inovasi bersama Pensyarah Pembimbing

Setiap penambahbaikan dan bimbingan yang kami perolehi diterjemahkan ke dalam inovasi yang
kami laksanakan. Iaitu inovasi Digital Classting Arabic. Pensyarah kami bukan sahaja memberikan
bimbingan malah kritikan yang membina supaya kami tidak terikat dengan halangan penghasilan
idea.

Berikut merupakan gambar proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tanpa menggunakan
kelengkapan teknologi. Berdasarkan pemerhatian kebanyakan guru mengalami masalah pemilihan
sumber pengajaran berteraskan teknologi maklumat kerana tiada tempat khusus untuk mencari
bahan pengajaran tersebut. Sekiranya ada bahan adalah terhad dan penyelesaiannya guru hanya
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berfokuskan guru.

Gambar 3. Pengajaran Berfokuskan guru

Berdasarkan situasi ini kita dapat lihat murid tidak memberikan perhatian kepada penjelasan guru
di hadapan kelas. Maka, masalah ini dapat dirawat dengan penggunaan sumber pengajaran
interaktif yang boleh didapati di dalam Classting Arabic.
Gambar 4. Pengajaran Menggunakan bahan Interaktif

Gambar 5. Pengajaran menggunakan aplikasi Classting Arabic

Aplikasi ini sesuai digunakan kerana selari dengan perkembangan minat murid terhadap teknologi
digital. Aplikasi Classting Arabic merupakan satu laman sosial yang berfokuskan sepenuhnya
kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif kepada murid.

7. PENGKOMERSIALAN

i) Hak Cipta

Inovasi Classting Arabic dibina menggunakan perisian yang terdapat di dalam laman
sesawang melalui alamat www.classting.com. Pengguna dapat mengguanakn aplikasi ini dengan
percuma setelah memuat turun aplikasi ini.

Inovasi yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah merujuk kepada isi kandungan yang
akan dimasukkan ke dalam aplikasi ini dan kami menggunakan powerpoint interaktif, video yang
menarik serta nota berbentuk pdf yang bermanfaat di dalam inovasi ini.
3 bahan utama ini adalah dibina sendiri oleh kami maka hak cipta inovasi ini adalah
daripada kami.

ii) Kekuatan Pasaran

Bahan yang terkandung di dalam aplikasi Classting Arabic berpotensi untuk dipasarkan
kerana semua bahan dan dokumen yang terdiri daripada Powerpoint, Microsoft Word dan Pdf. Isi
kandungannya adalah selari dan bertepatan dengan kandungan di dalam buku teks murid yang
berpandukan KSSR.

Selain itu, penggunaan aplikasi ini yang lebih menjurus kepada pembelajaran secara
interaktif di telefon bimbit ataupun tab mampu menarik perhatian dan minat murid kerana ianya
seakan permainan telefon yang menjadi kegemaran anak muda.

3 pendekatan pengajaran yang berbeza diaplikasikan di dalam inovasi ini iaitu video,
powerpoint interaktif dan nota-nota yang menarik. Konsep aplikasi ini sama seperti laman sosial
sebagai contoh facebook pada satu sudut aplikasi ini tetapi ianya bersifat lebih privasi yang
berfokuskan pengajaran yang berbentuk digital menjadikan guru dan ibu bapa lebih yakin untuk
menggunakan aplikasi ini untuk proses pembelajaran anak-anak.

Tambahan pula, aplikasi ini mudah untuk dimuat turun di laman Google Play Store.

iii) Potensi Pemasaran

Aplikasi Classsting Arabic ini berpeluang untuk dipasarkan kerana mudah bagi pengguna
untuk muat turun aplikasi ini iaitu hanya perlu muat turun di Google Play Store. Di samping itu, isi
kandungan bahan di dalam aplikasi ini bertepatan dengan isi kandungan buku teks tetapi ianya
berbentuk interaktif pengguna tidak perlu meragui keobjektifan aplikasi ini.

Tambahan pula, aplikasi ini merupakan satu medium yang dapat menghubungkan guru-
guru dari seluruh tempat untuk bertukar idea dan bahan mahupun untuk mendapatkan bahan.
Selain itu, terdapat juga ruang penglibatan ibu bapa murid di dalam aplikasi ini. Guru-guru dan ibu
bapa akan saling mencadangkan aplikasi ini kerana sememangnya aplikasi ini amat bermanfaat.
Sedikit bayaran yang lebih berpatutan berbanding membeli bahan dari luar akan dikenakan
kepada guru-guru atau ibu bapa yang ingin menyggunakan aplikasi ini.

Ruang lingkup penglibatan yang lebih besar akan menjadikan paemasaran aplikasi akan
menaik dan melonjat tinggi dan membuka peluang kepada pemilik inovasi ini mengkormesialakn
inovasi ini lebih lebih luas.
8. LAMPIRAN
8.1 Gambar Bahan Inovasi
Paparan Desktop & PC

Paparan Gajet Elektronik : Tab & Smartphone


Powepoint Interaktif (PPT)

Permainan PPT
Paparan Video

Nota Ulang kaji (PDF & Words.)


Responden : Guru KAFA

Responden : Guru Pelatih


8.3 Hasil Dapatan dan Maklumbalas

i) Item Soal Selidik

BIL SOALAN PERATUS


1 Classting Arabic membantu menambahkan kefahaman 4.6
murid terhadap tajuk-tajuk yang dipelajari
2 Bahan dan dokumen di dalam aplikasi classting Arabic 4.8
mudah untuk difahami.
3 Saya banyak merujuk kepada aplikasi classting arabi 4.6
dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan aplikasi
ini merupakan medium komunikasi guru bersama pelajar
di dalam dan di luar bilik darjah.
4 Aplikasi ini mudah untuk dimuat turun di dalam android 3.6
mahupun komputer.
5 Guru merespon jawapan murid dengan cepat sekiranya 4.1
murid menghadapi kesukaran ketika menggunakan ii)
aplikasi ini.
6 Bahan dan dokuman yang terdapat di dalam aplikasi ini 4.6
sesuai dengan peringkat kefahaman murid.
7 Bahan dan dokuman menarik dan cantik 4.7
8 Bahan dan dokumen terdiri daripada unsur-unsur yang 4.5
mudah untuk di gunakan.
9 Anda gembira dengan aplikasi classting arabiy. 5.0
10 Anda berpuas hati dengan aplikasi Classting Arabic 4.6
Dapatan Soal Selidik

1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Kurang Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju
Maklumbalas Responden
Saya banyak merujuk kepada aplikasi Classting ArabiC dalam menyediakan bahan
bantu mengajar dan aplikasi ini merupakan medium komunikasi guru bersama pelajar
di dalam dan di luar bilik darjah.

1.1 6 responden menyatakan sangat setuju untuk soalan ini manakala 1 respon setuju dan 1
menyatakan idak pasti.

Classting Arabic membantu menambahkan kefahaman murid terhadap tajuk-tajuk yang


dipelajari

1.2 . 5 responden menyatakan sangat setuju untuk soalan ini manakala 3 responden menyatakan
setuju.

Bahan dan dokuman yang terdapat di dalam aplikasi ini sesuai dengan peringkat
kefahaman murid.
1.3 . 5 responden menyatakan sangat setuju untuk soalan ini manakala 2 responden menyatakan
setuju dan seorang responden

You might also like