You are on page 1of 12

PENGENALAN

Konsep falsafah pendidikan jika difahami adalah berbeza dengan konsep


falsafah dan pendidikan. Pada amnya, perkatan falsafah boleh difahahamkan
sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau
pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang
saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan
kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan. (Mok Soon Sang, 2009). Manakala bagi perkataan
pendidikan mengikut pendangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, keohanian dan jasmani manusia.
Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam
pendidikan, yang berkaitan rapat dengan pendekatan falsafah digunakan untuk
membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah
kajian. E.D. Miller, didalam bukunya Questions that Matter (1984) menyatakan
bahawa falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai usaha memikir secara rasional
dan kritis atas pendidikan.

Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan


telah mengubal satu falsafah yang diberi nama Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Ianya digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan
kepada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan di dalam Laporan
dan Dasar Pendidikan termasuklah Rukun Negara. Tujuan penggubalan FPK adalah
bertujuan untuk menjadi suluh yang memberi pedoman dan ‘guide’ dalam segala hal
pendidikan sama di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Oleh
yang demikian, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha
yang dilaksanakan dengan rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dari segala
bidang dengan mangambil kira kesemua aspek yang berkaitan dengan keperluan
individu, masyarakat, negara dan agama.

Pada tahun 1988, berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan Laporan


dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan
masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan , maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal dan diumumkan secara rasminya.

1
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
rohani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah begi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan


Guru turut diwujudkan untuk menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,
profesional, soSial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, kemahiran dan amalan
nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk
pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abda ke-21 ( Mok Soon Sang, 2009
). Falsafah Pendidikan Guru tersebut adalah seperti berikut;

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, progresif dan berdisiplin.”

2
TUGASAN 1

Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas


sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sekolah. Guru juga
bertanggungjawab terhadap masalah disipilin, kedatangan pelajar, kelakuan dan
budi pekerti pelajar. Jelasnya, guru merupakan individu terpenting dalam
membangunkan anak bangsa Malaysia menjadi sebuah bangsa yang bertamadun
dan mencapai kemajuan selaras dengan kehendak kemajuan global. Menyedari
akan hakikat tersebut, kerajaan telah menubuhkan sebuah falsafah khusus untuk
membangunkan kredabiliti guru iaitu Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Falsafah ini
ditubuhkan berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua-dua
falsafah ini tidak akan berjaya berjalan dengan sendirinya dan saling memerlukan
antara satu sama lain.

Antara kesan jika saya sebagai seorang guru memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru terhadap peranan
saya di sekolah adalah kepuasan bekerja. Sebagai seorang guru, sememangnya
sekolah merupakan tempat yang tidak asing bagi mereka. Hal ini kerana, guru
bekerja di sekolah, mendidik anak bangsa. Oleh itu, adalah amat penting bagi
seorang guru untuk menperoleh kepuasan di tempat kerja agar dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan sempurna dan berkesan. Menurut Dinham dan Scott (2000),
kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas
sebagai menepati nilai kerja yang berselaraskan dengan keperluan individu. Oleh
itu, apabila seseorang itu menperoleh tahap kepuasan ketika bekerja yakni menepati
kehendak serta keperluan diri, maka tahap kesukaran suatu kerja tidak menjadi
masalah dalam mencapai kepuasan bekerja. Manakala Locke (1976) menyatakan
bahawa kepuasan kerja sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara
langsung hasil daripada penghormatan atau pengalaman seseorang. Didalam FPG
juga menyatakan, seorang guru haruslah bersedia untuk menjunjung aspirasi
negara. Oleh yang demikian, Saya haruslah sentiasa berfikiran positif serta
meletakkan kegembiraan ketika bekerja. Dengan itu, kepuasan bekerja akan datang
sekaligus melancarkan segala yang mengkehendakkan kita untuk bekerja di sekolah
tanpa apa-apa masalah.

3
Disamping itu juga, pemahaman dan penghayatan terhadap Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Guru akan melahirkan seorang
guru yang mempamerkan kualiti peribadi guru yang unggul dan kreatif. Hal ini amat
penting bagi saya kerana didalam perubahan arus pendidikan kearah yang lebih
mencabar, sebagai seorang guru, saya haruslah mempelbagaikan teknik
pembelajaran saya di dalam kelas, hal ini untuk bertujuan pelajar dapa memanam
rasa minat untuk terus belajar. Guru haruslah sentiasa komitmen terhadap
menjanakan proses kreatif dalam diri mereka agar dapat dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Seorang guru hendaklah kreatif dalam mempamerkan sifat
pembimbing serta fasilitator dalam pengajaran disamping memberi motivasi kepada
pelajar agar sentiasa terus bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan
keberkesanan teknik pengajaran yang kreatif akan meningkatkan kualiti peribadi
guru dan sejajar dengan itu kualiti peribadi guru boleh menjadi pemangkin
kecemerlangan sesebuah sekolah. Antara keperluan seorang guru untuk bersifat
kreatif adalah guru tersebut haruslah bersifat terbuka. Hal ini adalah bertujuan agar
guru dapat mencari kaedah pembelajaran yang lebih baik dan diminati oleh pelajar.

Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, hasrat kerajaan adalah untuk


melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. Untuk mencapai hasrat tersebut,
Falsafah Pendidikan Guru menjawab cara-cara untuk melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan dimana FPG sendiri adalah untuk melahirkan guru yang
sentiasa melengkapkan diri dalam pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata
pelajaran. Selain itu, di dalam pembentukan FPK, ianya juga menekankan
penyebaran ilmu pengetahuan dan memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan
orang lain. Saya sebagai seorang guru yang menghayati kedua-dua falsafah
tersebut seharusnya senantiasa mengemas kini lmu-ilmunya mengikut
perkembangan semasa. Ini bertujuan agar guru-guru tidak dilabel sebagai
ketinggalan zaman. Guru seharusnya mempunyai kemahiran melangkaui pelajar
agar segala persoalan yang dilemparkan oleh para pelajar dapat dijawab oleh guru-
guru, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pemerolehan ilmu amatlah begitu
mudah dengan hanya menggunakan hujung jari. Oleh yang demikian, saya sebagai
seorang guru haruslah meningkat kecekapan mendidik saya kerana mendidik
merupakan kecekapan utama bagi seorang guru.

4
Setiap pelajar mempunyai bakat yang tersendiri. Hakikatnya pada masa kini,
perkembangan bakat seseorang pelajar itu tidak dijalankan secara menyeluruh. Oleh
itu, sebagai seorang guru yang memahami hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru, saya haruslah memperkembangkan potensi dan
bakat yang ada dalam diri pelajar. Hal ini dinyatakan didalam FPK iaitu untuk
memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh manakala di dalam FPG
pula menekankan aspek menjamin perkembangan individu. Dengan yang demikian,
telah menjadi peranan saya di sekolah sebagai seorang guru untuk memastikan
bakat yang ada di dalam diri dapat dikembangkan dan dicungkil secara menyeluruh.
Perkembangan potensi serta bakat pelajar dapat dilaksanakan melalui aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah sebagai permulaan. Pelajar yang aktif dalam sukan
dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-pelajar
yang berbakat ini dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada
sukan nasional seperti Datuk Nicole David.

Sebagai seorang guru yang memahami hasrat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, saya akan sentiasa beranggapan
bahawa kerjaya saya sebagai satu profesionalisme. Hal ini kerana, guru merupakan
tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah. Keguruan ialah satu jawatan profesionalisme
seperti mana-mana kerjaya lain di dalam masyarakat dunia.. Sebagai guru yang
professional, saya perlu melaksanakan kerjaya dengan sepenuh hati, bersedia
menanggung segala konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Guru yang
mempunyai kemahiran professional sangat memainkan peranan yang besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan
berakhlak. Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen
terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa melalui keprofesionalisme
kerjaya seorang guru.

Selain itu, implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap peranan saya


sebagai guru menurut Falsafah Pendidikan Guru adalah saya hendaklah sentiasa
peka dengan segala perkembangan dalam bidang pendidikan. Perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia kerap kali berlaku dan oleh kerana itulah, saya
sebagai seorang guru harus sentiasa peka terhadap perubahan yang dilakukan dan

5
melaksanakannya dengan sebaiknya. Perkembangan pendidikan bukan sahaja
terhada kepada sistem pendidikan bahkan sentias mengikuti perkembangan
terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemas kini pengetahuan dan
kemahiran mereka.

6
TUGASAN 2

Pendidikan di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam memenuhi


kehendak zaman dan kepuasan setiap kaum di negara ini. Pendidikan juga
memainkan peranan penting dalam pembentukan sesuatu masyararakat dan
perpaduan negara. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi
yang melibatkan satu tempoh yang panjang. Perubahan dan penambahbaikan
sentiasa dilakukan terhadap program-program kerajaan khususnya yang ditawarkan
ole Kementerian Pelajaran Malaysia demi mencapai kualiti yang terbaik dan
berkelas dunia. Perubahan merupakan satu usaha yang murni jika perubahan yang
dilakukan kearah yang lebih baik kerana ianya juga merupakan satu tuntutan demi
kelangsungan fungsi pendidikan di Malaysia. Di dalam tugasan ini, saya dikehendaki
untuk memlilih dua isu semasa pendidikan di Malaysia dan analisis isu-isu tersebut.
Isu-isu semasa pendidikan di Malaysia yang pilih adalah isu MBMMBI dan juga isu
PT3.

a) Isu Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa


Inggeris (MBMMBI)

Program MBMMBI adalah bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu pada


tempat yang sepatutnya , sesuai dengan keduduknnya sebagai bahasa Kebangsaan
seperti yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bagi
mmperkukuhkan bahasa Inggeris pula adalah membawa maksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahawa yang wajib dipelajari sejajar dengan
kedudukannya di peringkat antarabangsa.

Sebelum Program MBMMBI mula diperkenalkan, Pengajaran dan


Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri (PPSMI) yang telah
dilancarkan oleh kerajaan sejak tahun 2003 sudah pasti meninggalkan pelbagai
kesan positif dan negatif terhadap pembangunan pendidikan lebih-lebih lagi
pencapaian akademik murid-murid. Pelaksanaan PPSMI ini tidak dapat
dilaksanakan dengan jayanya bahkan pencapaian murid-murid dalam mata
pelajaran Sains dan Matemati berada pada tahap yang rendah lebih-lebih lagi
pelajar yang belajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta beberapa
tempat pedalaman di Semananjung Malaysia. Timbalan Perdana Menteri sekaligus
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi

7
jawapan beliau terhadap temu bual dalam program Soal Jawab terbitan TV3
seterusnya menerusi paparan akhbar Berita Harian bertarikh 11 November 2011,
beliau menyatakan bahawa kajian yang dibuat oleh beberapa badan termasuk
universiti dan pensyarah dan daripada kajian itulah kita dapati memang benar
berlaku dan PPSMI tidak berjaya dilaksanakan. Pemansuhan PPSMI tidak dilakukan
secara mengejut tetapi pemansuhannya secara rasmi telah dimansuhkan secara
beransur-ansur untuk mengelakkan pelajar mengalami perubahan yang ketara.

Berikutan pemansuhan PPSMI yang telah diputuskan oleh Mesyuarat


Jemaah Mentri pada 8 Julai 2009 berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bil 2/2010:
Pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI), dasar MBMMBI telah dilaksanakan bagi menggantikan tempat
PPSMI yang telah dimansuhkan di sekolah-sekolah. Seperti pemansuhan secara
beransur-ansur PPSMI, MBMMBI juga mengalami perkara yang sama dimana
proses pelaksanaannya adalah secara berperingkat untuk menyesuaikan para
pelajar terhadap dasar baru tersebut.

Awal pelaksanaan MBMMBI telah berhadapan dengan pelbagai jenis


tentangan dan ketidakpuasan hati sesetengah individu. Ketika Jemaah Menteri
membuat keputusan muktamad bahawa PPSMI dihentikan, masih kedengaran
ketidakpuasan hati terhadap keputusan tersebut bahkan sanggup mengumpul
tandatangan dan menghantar memorandum kepada pucuk pimpinan negara
meskipun pemansuhan PPSMI dan diganti dengan MBMMBI telah mendapat 90%
persetujuan ibu bapa.

Antara hujah golongan yang tidak menerima pemansuhan PPSMI ini adalah
tentang peluang pekerjaan dalam syarikat multinasional (MNC) dan urusan
diplomatik. Disamping itu juga, terdapat juga sebahagian kecil orang Bumiputera
yang mencadangkan supaya persekolahan dua aliranbahasa iaitu satu bahasa
Inggeris dan satu lagi bahasa Melayu diwujudkan supaya memberi peluang kepada
ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang diingininya. Namun
demikian, cadangan ini tidak mendukung aspirasi nasional iaitu menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa yang menyatukan masyarakat Malaysia.

Setiap pelaksanaan sesuatu dasar mempunyai tujuan tertentu. Dengan


pelaksanaan MBMMBI ini, tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan Bahasa

8
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysi. Manakala bagi memperkukuhkan bahasa Inggeris adalah
kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu
dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Setelah dilihat pelaksanaan dasar MBMMBI tersebut, dapatlah kita fahami


pelaksanaan dasar tersebut mempunyai implikasinya yang tertentu. Menurut Prof.
Dr. Ahmad Termizi, menyatakan penukaran bahasa pengantar di sekolah daripada
bahasa Inggeris ke bahasa Melayu telah menghampirkan kepada matlamat
mewujudkan peluang yang lebih saksama. Hasilnya, pencapaian pelajar bumiputera
secara keseluruhannya lebih setara dengan pelajar bukan bumiputera jika
dibandingkan dengan pencapaian sebelum ini iaitu semasa pengajaran Sains dan
Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

Secara rumusannya, dasar ini memberi peluang yang cukup luas untuk
memartabatkan bahasa melayu disamping memperkukuhkan bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, guru dan juga bakal-bakal guru memainkan peranan besar dalam
melaksaksanakan dasar ini sesuai dengan matmalat pelaksanaannya. Usaha ini
merupakan satu cabaran yang besar, dan oleh itu, kerjasama daripada semua pihak
amatlah diperlukan untuk memastikan hasrat dasar ini dapat disemarakkan oleh
para pelajar.

b) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Bermula pada 1 Julai 2014, telah diumumkan bahawa peperiksaan


Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Perubahan besar itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dimana ianya akan dimulakan dengan instrument kajian kes
bagi mata pelajarn Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai dan diteruskan lagi
dengan kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris pada 6 sehingga 29 Ogos. Seterusnya, murid-murid yang terlibat
akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran

9
Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran
Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Iban.

Pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin


meosot. Dengan menggunakan dua kaedah pentaksiran antarabangsa yang utama
seperti International Student Assessment (PISA) dan Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS), ha ini telah dikenalpasti. Dengan
keputusan PISA pada tahun 2009 misalnya iaitu pada penyertaan Malaysia yang
pertama dalam kaedah pentaksiran tersebut menunjukkan keputusan tidak
memberangsangkan kerana Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah
dalam kalangan 74 negara peserta. Oleh yang demikian, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia tahun 2013 – 2025 telah digubal, maka disitu lahirlah satu
kaedah yang dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Penyerapan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ini mula dijalankan pada tahun


2011 dengan menggabungkan PBS dan PT3. PBS dijalankan seperti biasa di
sekolah-sekolah keatas pelajar tingkatan 3 dan manakala PT3 merupakan
pentaksiran rasmi secara keseluruhan trhadap pencapaian pelajar-pelajar.
Berbezanya, keputusan pentaksiran akan diumumkan pada hujung tahun oleh
pengetua-pengetua sekolah, tidak seperti PMR yang keputusannya diumumkan oleh
Kementerian.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) semuanya dilakukan oleh guru-guru yang


mengajar pelajar itu sendiri. Namun, kawalan kualiti (Penjaminan Kualiti) juga
dilakukan menerusi kumpulan mata pelajaran tertentu, guru besar dan pihak
kementerian sendiri bagi memastikan tidak wujud sikap pilih kasih atau diskriminasi
terhadap murid-murid tertentu. Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang
holistic iaitu satu pentaksiran yang menyeluruh dimana guru dapat mengetahui dan
memberi maklumat keseluruhuan tahap pencapaian pelajar, kemahiran serta
pengamatan nilai murni murid-murid. Disamping itu juga, aktiviti pentaksiran yng
berterusan iaitu berjalan sejajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa pentaksiran sebegini dirangka secara menyeluruh
serta memberi banyak kelebihan meskipun terdapat kekeliruan daripada segelintir
pendidik dan ibu bapa dalam melaksanakan sistem ini di sekolah.

10
Konsep Pentaksiran Berasaskn Sekolah (PBS) ini tidak hanya melihat
perkembangan murid-murid dari sudut akademik bahkan turut menilai prestasi dan
perkembangan psikomotor murid-murid dimana turut disediakan pentaksiran yang
dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid dalam bidang sukan dan kemahiran-
kemahiran lain. Kompenan pentksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK). PAJSK ini merupakan satu pentaksiran untuk menilai aktiviti fizikal dan
kesihatam, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid melibatkan diri dalam
aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah


dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat mutu pendidikan di negara
kita pada masa yang akan datang. Setiap perkara sememangnya akan datang sekali
dengan pelbagai kebaikan dan juga kelemahan. Segala kelemahan yang ada
haruslah diperbaiki dan diselesaikan agar kelemahan ini tidak menjadi asbab kepada
ketidakmenjadian murid-murid melalui sistem baru ini.

11
RUJUKAN

Mook Soon Sang (2010), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Ibrahim Saad (1990), Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran, Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ahmad Mohd. Salleh (2004), Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran, Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd, Selangor
Darul Ehsan.

Tarmizi Tam (2014), Kebaikan dan Keburukan Sistem Pentaksiran Berasaskan


Sekolah, diambil pada 1 September 2015, daripada
http://bmm3105tarmizi.blogspot.my/2014/04/kebaikan-dan-keburukan-
sistem.html

Norliyana, Ulasan Isu: Pelaksanaan Dasar MBMMBI; Tawaran Baru Kementerian


Pelajaran Malaysia, diambil pada 1 September 2015, daripada
http://cikguwacikgi.blogspot.my/p/ulasan-isu-3-norliyana.html

Sandy Lo. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion dan langkah-
langkah untuk mengatasinya. Diambil pada 27 Ogos 2015 daripada
(https://www.academia.edu/6380185/Cabaran-
cabaran_yang_dihadapi_oleh_guru_dalam_profesion_dan_langkah-
langkah_untuk_mengatasinya

Mira Azam. Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK). Diambil pada 27 Ogos 2015 daripada
https://www.academia.edu/5872922/PERANAN_GURU_DALAM_MEREALISA
SIKAN_FALSAFAH_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN

12

You might also like