You are on page 1of 8

1

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: KEBERKESANAN PENGGUNAAN TVCW DALAM


MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
PEMULIHAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS SK SERI CHEDING

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Sebagai seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, saya
telah ditugaskan untuk mendidik murid pemulihan khas dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik. Murid-murid pemulihan saya terdiri daripada murid tahun 2
hingga tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Di kala pandemik COVID-19 ini melanda negara pada tahun 2020, sistem pendidikan
telah berubah kepada norma baharu. Ekoran daripada jumlah kes yang saban hari
semakin meningkat, sesi persekolahan terpaksa ditutup dan pembelajaran bersemuka
tidak dibenarkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Oleh hal demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil suatu
inisiatif dengan memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai
alternatif pembelajaran norma baharu. Di mana, murid-murid meneruskan pembelajaran
secara maya di rumah atau di pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuai
secara optimum. Namun, apabila murid saya belajar di rumah, wujud pelbagai kekangan
dan keluhan oleh ibu bapa. Antranya keluhan dan kekangan yang dihadapi ialah seperti
capaian internet yang terhad, murid tiada peranti, ibu bapa tidak boleh memantau proses
pdp murid kerana bekerja, kurangnya bahan belajar, kefahaman ibu bapa tentang topik
dan kekurangan peralatan digital.
Dari pemerhatian melalui analisis dokumen sepanjang satu setengah tahun, didapati
mereka masih gagal menguasai/memahami kemahiran kerana berpunca daripada
kegagalan menguasai kemahiran yang dipelajari.
Kegagalan murid memahami /menguasai kemahiran yang diajar kerana :
i) Murid hilang fokus apabila pembelajaran berlaku di rumah.
ii) Murid tidak kuasai kemahiran membaca dan menulis.
iii) Murid belum bersedia sepenuhnya terhadap pembelajaran maya.
2

iv) Tidak mempunyai peranti sendiri / menggunakan peranti ibu bapa.


v) Ibu bapa bekerja dan tidak dapat memantau pembelajaran anak-anak.

Melalui refleksi kendiri sebagai guru yang mengajar pemulihan Bahasa Melayu ini, saya juga
dapat melihat kelemahan dalam diri saya seperti:
i) Kesediaan guru. Guru belum dapat menerima sepenuhnya PdPR secara
mengejut dan tiba-tiba.
ii) Guru kekurangan bahan bercetak, digital dan berteknologi.
iii) Pendekatan dan kaedah yang digunakan kurang berkesan.
iv) Guru juga beranggapan bahawa murid boleh faham apabila tiada pertanyaan
dan persoalan selepas PdPR dilaksanakan.
v) Kurang mendekati dan menyantuni ibu bapa murid.

Saya sangka dengan tindakan sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya
meleset. Kerja-kerja latihan murid yang dihantar tidak lengkap dan tidak semua murid
yang hantar tugasan yang diberikan. Ekoran daripada itu, prestasi mereka semakin hari
semakin merosot.
Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya akan memasuki aliran tahap dua yang mana
sukatan pelajaran sudah berbeza dan semakin mencabar. Tambahan pula, usaha untuk
mengurangkan murid tidak menguasai 3M tidak akan tercapai. Oleh itu, saya akan cuba
seada upaya membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah
kebiasaan dan pendekatan pengajaran. Saya bercadang akan mengadakan pendekatan
selain yang digunakan sebelum ini. Bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan
kemahiran dalam Bahasa Melayu pemulihan ini, pendekatan yang akan digunapakai ialah
pendekatan PdPR secara dalam talian menggunakan kaedah berasaskan modul bercetak.
Yang mana, akan berlaku pengajaran dan pembelajaran real time (secara dua hala) di
antara guru dan murid.
3

2.0 Fokus Kajian

Kajian Tindakan ini adalah kajian tindakan tentang proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini memfokuskan keberkesanan penggunaan
TVCW untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pemulihan Bahasa Melayu bagi
murid pemulihan khas SK Seri Cheding.

3.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Am:

Menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyelidikan dalam


kemahiran Bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bagi murid
pemulihan khas

3.2 Objektif Khusus:

a) Mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan TVCW dalam meningkatkan


penguasaan murid dalam kemahiran pemulihan Bahasa Melayu.
b) Untuk melihat peningkatan tahap penguasaan kemahiran Bahasa Melayu bagi
murid pemulihan khas.

4.0 Kumpulan Sasaran:

Pelajar yang terlibat adalah 12 orang murid kelas pemulihan khas. Murid ini terdiri
daripada murid tahun 2, 3 dan 4.
4

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Langkah 1 - Tinjauan awal masalah:


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:


a. Praujian (Instrumen Saringan Membaca/ IPP2M)
Pengetahuan murid dalam kemahiran diuji untuk mengetahui tahap penguasaan
murid menguasai kemahiran membaca dan menulis walaupun diajar dalam tahun
yang sama.

b. Pemerhatian
Pemerhatian dibuat ke atas semakan tugasan murid dan juga semasa guru
menjalankan praujian kepada murid.

c. Soal selidik
Murid dan ibu bapa diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan. Perbezaan
pandangan dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun
tidak.
5

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil Tinjauan mendapati :
a. Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan kemahiran Bahasa Melayu ini
menunjukkan prestasi yang merosot. Keputusan praujian membuktikan segala
yang disangka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.

Keputusan Keputusan
Bil Nama Murid
Saringan 2020 Praujian 2021
1 Muhammad Afiq Bin Mohd Asyif K3 K2
2 Muhammad Qaid Umair Bin Mohd Khairul Anuar K2 K3
3 Noor Syahmi Ezham Bin Noor Syazwan K3 K4
4 Nur Ain Humaira' Binti Baharudin K2 K3
5 Nur Nadatul Wadawiah Binti Ishariffudin K3 K2
6 Nur Qisya Binti Mahfuz K3 K2
7 Muhammad Zul Fitri Bin Mohd Zul Amry K4 K3
8 Zafran Adhwa Bin Abu Bakar K4 K5
9 Qaleesya Nur Zahra Binti Kamarulzaman K6 K3
10 Muhammad Afiez Bin Yushak - 27
11 Muhammad Alif Shahmi Bin Baharudin - 44
12 Qabil Ieman Bin Mohd Zamri - 39
Jadual 1

Berdasarkan jadua l ini, didapati murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian


adalah ialah seramai 5 orang (41.6 %) manakala 7(58.3%) orang murid menunjukkan
pencapaian yang merosot.
6

b. Pemerhatian
Terdapat dua pemerhatian yang dijalankan oleh guru. Pemerhatian yang pertama
yang dibuat terhadap tugasan murid yang telah dihantar. Seramai 5 daripada 12
orang, iaitu sebanyak 41%. Selebihnya, murid tidak menghantar tugasan dalam
satu-satu masa dengan alasan seperti mana dinyatakan sebelum ini. Pemerhatian
kedua ialah semasa praujian dijalankan. Murid kelihatan sukar membaca
perkataan dengan baik. Murid membaca dengan cara merangkak-rangkak.

c. Soal selidik
Saya telah mengedarkan soal selidik sebelum tindakan diberi. Soal selidik itu
berperanan untuk mengesan tahap penguasaan murid dan keberkesanan
pendekatan yang digunakan untuk menarik minat murid mengikuti PdPR. Saya
akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan dari segi tahap
penguasaan dan minat murid terhadap kemahiran yang diajar

5.3 Langkah 2 - Tindakan Yang Akan Dijalankan:


Dalam kajian ini, penyelidik ini menggunakan akronim TVCW dalam PdPR
secara dalam talian. TVC ialah akronim Telegram Video Chat manakala W adalah
akronim perkataan WhatsApp. Intervensi yang digunakan dalam kajian adalah
penggunaan Telegram Video Chat dan kumpulan WhatsApp.

a) Aktiviti 1 – Telegram Video Chat (TVC)


Melalui penggunaan aplikasi telegram Video Chat (TVC) ini, guru dapat
menjalankan PdPR secara real time bersama-sama dengan murid dengan baik.
Guru memilih aplikasi TVC sebagai medium pengajaran secara dalam talian
kerana fungsinya. Aplikasi TVC ini, mempunyai fungsi yang hampir sama
dengan Googel Meet dan lebih menjimatkan data. Ianya amat sesuai bagi
murid saya yang kurang berkemampuan. Menerusi TVC ini, PdPR boleh
dijalankan secara dua hala, di mana murid-murid boleh berkomunikasi dengan
guru dan dapat melihat paparan slaid yang diajar.
7

b) Aktiviti 2 - Kumpulan Whatspp


PdPR turut dijalankan menggunakan kumpulan WhatsApp. Guru menjalankan
PdPR melalui WhatsApp call dan WhatsApp Video Call bagi murid yang
tidak mempunyai aplikasi telegram. Di samping itu kumpulan WhatsApp ini
juga merupakan satu medium perbincangan turut dijalankan dalam kumpulan
WhatsApp. Murid boleh bertanya sebarang persoalan yang kurang faham dan
menghantar tugasan yang telah siap.

5.4 Langkah 3 – Menguji kaedah yang diperkenalkan


1. Soal Selidik
Murid akan diberi soal selidik selepas rawatan. Soal selidik akan berfokus kepada
i) Keberkesanan penggunaan TVCW.
ii) Perasaan murid mengikut PdPR secara dalam talian.

2. Analisis Dokumen
Penyelidik melihat maklum balas murid melalui penggunaan aplikasi telegram
dan kumpulan WhatsApp serta hasil kerja murid yang telah dihantar.

6.0 Bahan yang dicadangkan


Bahan yang dicadangkan dalam penyelidikan ini ialah modul bercetak.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian (Boleh dalam pelbagai bentuk)


Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Menulis proposal Kajian 14 Jun 2021

2. Merancang Tindakan 15-30 Jun 2021

3. Melaksanakan Tindakan- Aktiviti 1 Minggu 1 Julai 2021


Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan dalam
4. Minggu 2Julai 2021
tindakan 1
5. Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 Minggu 4 Julai 2021

6. Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 2 Minggu 1 Ogos 2021


8

7. Melaksanakan tindakan – Langkah 3 (soal selidik) Minggu 2 Ogos 20211

8. Membincangkan masalah yang timbul dalam langkah 3 Minggu 2 Ogos 2021

9. Melaksanakan tindakan – Langkah 3 (Analisis Dokumen) Minggu 3 Ogos 2021

10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid ( ujian Post) Minggu 4 Ogos 2021

11. Refleksi kajian September 2021

12. Menulis laporan Kajian September 2021

8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah (RM)


1 Fotostat bahan bercetak 20 x RM 0.10 x 12 orang 24.00
2 Kertas A4 1 rim x RM 10 10.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 34.00

9.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk keberkesanan penggunaan TVCW dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran pemulihan Bahasa Melayu dalam kalangan murid
pemulihan khas SK Seri Cheding dan sekaligus akan meningkatkan pencapaian murid
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

You might also like