You are on page 1of 8

LAPORAN KAJIAN TENTANG ISU PENUKARAN

UNIT UKURAN PANJANG, JISIM DAN ISIPADU CECAIR


MELIBATKAN NOMBOR PECAHAN KEPADA NOMBOR BULAT

1.0 Pengenalan

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,


peraturan, jalan kerja, algoritma dan teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos,
1989). Oleh itu, menurut Bruner, untuk mempelajari konsep Matematik dengan
berkesan, bahasa Matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks
dan mengikut peringkat perkembangan kognitif murid-murid (Mok Soon Sang, 1993).
Jika tidak, maka akan timbul pelbagai miskonsepsi tentang sesuatu tajuk dalam
Matematik.

Dalam laporan kajian kes ini, pengkaji telah menilai satu isu yang terkandung dalam
artikel yang membincangkan tentang miskonsepsi, kesilapan dan kesukaran murid bagi
tajuk penukaran unit ukuran panjang melibatkan nombor pecahan kepada nombor bulat
(rujuk lampiran 1). Kemudian, pengkaji telah merancang satu aktiviti Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) dengan menggunakan resos yang telah dibina bagi mengatasi
isu tersebut. Pada akhir laporan ini, pengkaji membincangkan cadangan untuk
penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dilaksanakan.

1
2.0 Isu PdPc Yang Melibatkan Bidang Sukatan dan Geometri Bagi Murid Tahun 5

McDermott dan Resnick dalam Mohd Uzi Dollah dan Noor Shah Saad (2012)
berpendapat bahawa miskonsepsi ialah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang
terbentuk apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul. Miskonsepsi yang
telah dikaji ialah berkaitan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penukaran unit
panjang yang melibatkan nombor pecahan kepada nombor bulat. Ahmad Muslim Dolhan
dan Siti Mistima Maat (2016) mendapati bahawa murid-murid gagal menguasai kemahiran
penukaran unit dari nombor pecahan kepada nombor bulat.

Kebiasaannya, murid akan tersalah dalam menukar unit ukuran panjang kerana
mereka gagal memahami konsep dan tidak menghafal formula penukaran unit (Datu & Hu,
2014). Walaupun murid telah mempelajari asas penukaran unit panjang melibatkan unit
milimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m) dan kilometer (km), tetapi mereka masih
menghadapi masalah dalam kemahiran penukaran unit ini (Nor Asmah & Rohana, 2015).
Hal ini demikian kerana kebiasaannya murid-murid keliru dengan kaedah yang biasa
digunakan kerana terlalu banyak operasi dan nombor yang terlibat dalam kemahiran ini.
Kefahaman yang mendalam dalam kemahiran ini adalah penting untuk dikuasai oleh
murid-murid kerana ianya melibatkan pengaplikasian dalam kehidupan seharian serta
menjadi asas kepada pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi (Zakwan & Samsiah,
2013).

Pada pendapat pengkaji berkenaan miskonsepsi ini ialah murid masih belum
menguasai konsep pecahan yang diajar oleh guru. Hal ini mungkin berpunca daripada
guru itu sendiri. Dalam kajian yang dijalankan oleh Champagne, Klopfer & Gunstone
dalam Mohd Uzi Dollah & Noor Shah Saad (2012), miskonsepsi boleh terjadi disebabkan
oleh guru itu sendiri tanpa disedari. Oleh itu, pentingnya seseorang guru membuat
penilaian dan pentaksiran ke atas pengajaran yang dilaksanakan supaya segala
kemahiran yang telah diajar boleh diaplikasikan oleh murid dalam tajuk yang seterusnya.
Pengkaji telah menghasilkan satu resos yang dinamakan ‘Big Hand’ untuk mengatasi
miskonsepsi tersebut. Walaupun artikel yang telah dikaji membincangkan tentang
miskonsepsi murid dalam penukaran unit yang melibatkan unit ukuran panjang sahaja,
namun pengkaji berjaya menghasilkan resos yang dapat menyelesaikan miskonsepsi
murid dalam penukaran unit jisim dan isipadu cecair juga.

3.0 Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menggunakan Resos ‘Big


Hand’ Dalam PdPc Matematik (Sukatan & Geometri) Tahun 5

2
Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pengkaji telah
menggunakan resos yang telah dihasilkan kepada murid-murid tahun 5 Pintar di Sekolah
Kebangsaan Sungai Pinang, Kelantan. Pengkaji telah merujuk Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Matematik Tahun 5 (rujuk
lampiran 2) sebelum merancang aktiviti PdPc berbantukan resos yang telah dibina dan
mendapatkan RPH yang telah digunakan oleh guru daripada internet (rujuk lampiran 3).
Pengkaji telah menambah baik RPH tersebut sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual
1.

Standard pembelajaran yang terkandung dalam DSKP ialah pada akhir sesi PdPc,
murid-murid dapat menukarkan unit ukuran panjang melibatkan meter dan kilometer dalam
pecahan. Walaupun isu yang ingin ditambah baik iaitu murid-murid dapat menukarkan unit
ukuran panjang melibatkan meter dan kilometer dalam bentuk pecahan kepada nombor
bulat tidak terkandung dalam DSKP Tahun 5, namun pengkaji berjaya menerapkan isu ini ke
dalam RPH yang memilih standard pembelajaran berdasarkan DSKP untuk menambah baik
isu yang timbul seperti yang dinyatakan dalam jadual 1

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 5 Pintar

Masa : 30 minit

Bidang : Sukatan dan Geometri


Standard 12.1 Penukaran unit panjang dalam perpuluhan dan
:
Kandungan pecahan
Pada akhir sesi PdP, murid-murid dapat:
Standard (ii) Menukar unit ukuran panjang melibatkan:
:
Pembelajaran (c) meter dan kilometer
dalam pecahan.

Jadual 1

Pengkaji telah menambah baik fasa perkembangan dalam RPH yang asal (rujuk
lampiran 3) dengan menggunakan resos ‘Big Hand’. Dalam langkah 3, guru menggunakan
resos untuk membuat penukaran unit km kepada m. Hal ini demikian kerana murid tidak
tahu cara menukarkan unit panjang dalam km melibatkan nombor pecahan kepada nombor
bulat. Guru menunjukkan demonstrasi menggunakan resos tersebut kepada murid-murid
supaya mereka tahu cara menggunakan resos tersebut sebagaimana yang ditunjukkan
dalam jadual 2.

3
Bil. Langkah Pelaksanaan Gambar
1 Guru menerangkan konsep pecahan
menggunakan ‘Ais-krim pecahan’.

Keseluruhan bahagian pada setiap warna batang


ais-krim adalah bersamaan dengan 1000. Maka,
satu bahagian pada setiap warna boleh didapati
dengan membahagikan 1000 dengan bahagian
pada setiap batang seperti berikut.

Warna Bahagian Nilai pada


batang ais- pada batang setiap
krim ais-krim bahagian
Ungu 2 500
Pink 4 250
Merah 5 200
Oren 8 125
Hijau 10 100

Guru juga menerangkan hubungan antara km


dengan m iaitu 1 km=1000 m.

2 Guru melekatkan setiap bahagian pada jari ‘Big


Hand’ mengikut warna pada batang ais-krim
supaya murid-murid faham bahawa setiap
bahagian pada ‘Big Hand’ perlu dilekatkan dengan
warna yang sama.

3 Guru memberikan contoh soalan iaitu:


7
kg bersamaan berapa meter (m)?
10

7
km=m
10

4 Dengan menggunakan resos, guru menjelaskan

4
bahawa pecahan persepuluh ialah batang ais-krim
berwarna hijau. Oleh itu, guru melekatkan
kesemua bahagian berwarna hijau pada warna
yang sama pada ‘Big Hand’. Untuk mendapatkan

7
nilai km , hanya 7 bahagian yang dikira.
10

Guru menjumlahkan nilai pada 7 bahagian jari


tersebut untuk mendapatkan jawapan. Maka, 7
bahagian adalah bersamaan dengan 700. Oleh itu,

7
km=700 m .
10
5 Guru menulis jawapan tersebut pada mini
whiteboard yang telah disediakan.

700 m

Jadual 2

Seterusnya, dalam fasa penilaian pula, pengkaji telah menambah baik RPH yang
asal dengan menjalankan aktiviti secara berpasangan. Dalam langkah ini, murid secara
berpasangan akan tampil ke hadapan kelas untuk memberikan jawapan dengan
menggunakan resos ‘Big Hand’ sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 3. Oleh itu,
guru dapat menilai tahap kefahaman murid tentang pengajaran guru.

Bil. Langkah Pelaksanaan


1 Guru membahagikan murid secara berpasangan. Murid-murid dikehendaki
menyelesaikan kesemua soalan dalam lembaran kerja sebagaimana yang
ditunjukkan dalam rajah 1. Guru menggabungjalinkan terus tajuk jisim dan
cecair ke dalam lembaran kerja ini. Hal ini demikian kerana resos yang
dihasilkan boleh digunakan untuk menyelesaikan miskonsepsi murid dalam
penukaran unit jisim dan isipadu cecair juga. Tambahan pula, mereka telah
mempelajari tajuk ini semasa berada di tahun 3 (rujuk lampiran 2).

5
Tajuk Jisim Tajuk Isipadu Cecair Tajuk Panjang
1
kg=g 1 1
2 l=ml km=m
2 2

Rajah 1

2 Guru meminta murid-murid menyelesaikan lembaran kerja tersebut secara


berpasangan dengan menggunakan templat tangan yang diberikan (rujuk
lampiran 4). Seterusnya, murid diminta untuk menunjukkan jawapan dengan
menggunakan resos ‘Big Hand’ pula. Guru akan memilih pasangan murid
secara rawak. Sekiranya murid tidak faham dan masih timbul miskonsepsi
dalam tajuk ini, guru akan membimbing murid menggunakan resos dengan
tidak terlalu laju supaya murid dapat mengikuti pengajaran guru dengan lebih
baik.

Jadual 3

4.0 Penutup

Setelah menjalankan sesi PdPc bersama-sama murid tahun 5, pengkaji mendapati


bahawa resos yang dihasilkan telah berjaya menyelesaikan isu yang terkandung dalam

6
artikel berkenaan miskonsepsi murid bagi tajuk penukaran unit ukuran panjang melibatkan
nombor pecahan kepada nombor bulat. Bukan itu sahaja, pengkaji dapat menggabungjalin
tajuk jisim dan isipadu cecair dalam PdPc dengan menggunakan resos yang sama. Pengkaji
berharap agar resos yang dihasilkan dapat dimanfaatkan di sekolah pada masa akan datang
supaya para pendidik bukan hanya mengajar Matematik dengan menggunakan sesuatu
yang abstrak sahaja sebaliknya menggunakan bahan konkrit untuk menambah kefahaman
murid. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad, Ahmad Esa,
Mohd Yusop, Jamaluddin Hashim dan Sarebah Warman (2009) yang menyatakan bahawa
“Dalam Matematik, urutan proses pembelajaran sepatutnya diikuti, iaitu dari penggunaan
bahan konkrit (enaktif) kepada penggunaan perwakilan gambar (ikonik) sebelum murid
diperkenalkan kepada simbol (simbolik)”. Jelaslah bahawa para pendidik seharusnya
berusaha menambah baik isu-isu yang timbul dalam PdPc Matematik dengan menggunakan
bahan konkrit dalam sesi pengajaran.

Rujukan

Ahmad Muslim Dolhan & Siti Mistima Maat. (2016). Penggunaan “Kaedah Jari” Dalam
Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan Kepada
Nombor Bulat. Diakses pada 1 April 2019 daripada
https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/4-2-ahmad-muslim-dolhan-siti-mistima-
maat.pdf

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Mohd Yusop Ab Hadi, Jamaluddin Hashim dan
Sarebah Warman. (2009). Komunikasi Dalam Matematik Dalam Kalangan
Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April 2019 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/3316/1/26._Pendidikan_Sains_dan_Teknologi_200
9_1.pdf

Datu Abdul Wahid, & Hu, L. N. (2014). Menggunakan Kaedah 'Kotak' untuk Membantu
Meningkatkan Kemahiran Menukar Unit Ukuran Panjang. Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP, ms. 45 - 58. IPG Kampus Sarawak.

Nor Asmah, B. (2015). Penggunaan Kaedah "Ri - Ra" Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran
Panjang Bagi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015, ms.
122 - 133.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


KSSR Matematik Tahun 3 (SK). Diakses pada 21 Mac 2019 daripada
https://drive.google.com/file/d/1Y_KeZIQf1upr4CsnzdWIw8P2CLhvZE5Y/view

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran KSSR Matematik Tahun 5 (SK). Diakses pada 21 Mac 2019
daripada
https://drive.google.com/file/d/1Y_KeZIQf1upr4CsnzdWIw8P2CLhvZE5Y/view

Mohd Uzi Dollah & Noor Shah Saad. (2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung
Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris

7
Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Qismullah
Yusof. (2016). Penerapan Nilai Rasionalisme dan Objektisme Dalam
Pengajaran Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia: 85-108. Diakses pada 5 September 2018 daripada
http://ir.upsi.edu.my/1084/1/PENERAPAN%20NILAI%20RASIONALISME%2
0DAN%20OBJEKTISME%20DALAM%20PENGAJARAN%20GURU%20MAT
EMATIK%20SEKOLAH%20RENDAH.pdf

Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan: Pengajian Matematik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Stefi, L. P., & Hu, L. N. (2012). Penggunaan Nombor Bercampur dan Latih Tubi Dalam
Meningkatkan Pencapaian Bagi Topik. Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE
2012). Selangor: IPG Kampus Miri.

Zakwan Daniel, & Samsiah Hassan. (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5
Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang Menggunakan 'Kotak Unit'. Seminar
Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, (ms. 322 - 331).

You might also like