You are on page 1of 18

Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan

Wang

Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):131-153

PENGGUNAAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN BAGI MEMBANTU MURID LEMAH


TAHUN 5 TERBILANG MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT
MELIBATKAN PERPULUHAN
Oleh:
Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
zurina.ain@gmail.com & tzz@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid lemah dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat melibatkan perpuluhan. Peserta kajian ini
terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 5 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Batu
Rakit, dua daripadanya murid lelaki dan tiga orang adalah murid perempuan. Kajian ini
berfokuskan kepada penggunaan kaedah papan perpuluhan iaitu ringkasan kepada
langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui semakan buku latihan, analisis kertas 2 Ujian OTI 1 dan
ujian pra berhubung kemahiran tersebut. Hasil tinjauan ini mendapati kelima-lima orang
peserta kajian ini hanya memperoleh skor di antara 3 hingga 11 sahaja bagi kertas 2
Ujian OTI 1, di samping tiada pungutan markah lansung bagi soalan jenis matematik
berayat. Justeru, pengkaji memperkenalkan kaedah papan perpuluhan bagi membantu
mereka mengatasi masalah ini. Data dikumpul melalui instrumen analisis dokumen,
analisis transkrip temu bual, serta Ujian Pra dan Ujian Pos yang dianalisis secara
kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min skor Ujian Pra
dan Ujian Pos sebanyak 62%. Peningkatan pencapaian dan respon positif peserta-
peserta kajian ini adalah hasil daripada sesi intervensi yang mengaplikasikan
penggunaan kaedah papan perpuluhan dilaksanakan oleh pengkaji. Justeru, kaedah
papan perpuluhan ini berjaya meningkatkan kemahiran murid berpencapaian lemah
dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kaedah ini boleh diperluaskan bagi
tajuk-tajuk lain yang menekankan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat.

1
1.0 PENGENALAN

Krulik dan Rudnick (2007), menyatakan bahawa penyelesaian masalah dalam


Matematik merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Selain itu,
proses penyelesaian masalah memerlukan perlaksanaan satu set aktiviti yang
bersistematik yang mengaplikasikan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah
dikuasai dahulu (Mok Soon Sang, 1997). Berdasarkan Model Polya (1957),
pengalaman menyelesaikan masalah dan pengalaman memerhatikan orang lain
menyelesaikan masalah perlu menjadi asas kepada pembinaan heuristik.
Di samping itu juga, masalah Matematik boleh dikategorikan kepada dua iaitu
masalah ayat matematik dan masalah matematik berayat (Aziz Omar, 2003). Masalah
ayat matematik ialah pernyataan masalah yang diwakili oleh nombor-nombor serta
operasi yang terlibat, manakala masalah matematik berayat digambarkan dalam bentuk
cerita yang mengandungi maklumat kepada pembaca bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Michael A Cobelens (2006), menegaskan bahawa bahawa masalah
Matematik bukan hanya melibatkan operasi-operasi asas dalam Matematik tetapi juga
merangkumi kemahiran-kemahiran lain seperti membundar nombor serta menyusun
nilai tempat.
Daripada analisis Ujian Diagnostik 2015 dan hasil perbincangan yang dilakukan
bersama dengan rakan guru mengenai pencapaian para pelajar Tahun 5 Begonia
didalam tajuk perpuluhan, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah
menyelesaikan soalan yang melibatkan perpuluhan. Hal ini disebabkan para pelajar
kurang pengetahuan dalam memahami konsep perpuluhan dan gagal mengaplikasikan
operasi matematik yang melibatkan perpuluhan dalam kemahiran penyelesaian
masalah matematik berayat. Menurut Carpenter (1981), nombor perpuluhan adalah
antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakkan para pelajar.
Disebabkan isu inilah saya memilih tajuk perpuluhan bagi melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Kaedah Papan Perpuluhan yang telah
dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal
didalam kajian tindakan mereka mengenai cara untuk membantu murid lemah Tahun 5
Terbilang menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.
2.0 MELAKSANAKAN PENGAJARAN
2.1 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Matematik


Kelas : Tahun 5 Begonia
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Pelajar : 20 Orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Topik : Perpuluhan
Sub topik : Penolakan nombor perpuluhan
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk (8.2) mengaplikasikan penolakan
nombor perpuluhan.
Standard Pembelajaran : Pada akhir PdP, murid dapat:
i. Menolak dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir PdP, murid dapat:
i. Melakukan operasi penolakan dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat
perpuluhan dalam bentuk lazim melalui aktiviti dan bimbingan guru.
ii. Membuat penolakan dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat
perpuluhan dengan betul sebanyak 2 kali pada lembaran kerja yang
diberikan
Pengetahuan Sedia Ada:
i. Mengenali dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
 Kreativiti
 Nilai murni ( tolong menolong , bekerjasama )
Pendekatan Pembelajaran
 Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar : Kertas Putih, Pen Marker dan Lembaran Tugasan.
Resos Pembelajaran : Papan Perpuluhan

Masa Fasa Aktiviti

8.00 - 8.10 [Fasa Persediaan]


1. Murid diminta untuk mencari:
Pagi  baki wang yang harus Upin
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
(Pemerhatia dan Ipin pulangkan pada
2. Guru akan menayangkan Video Pendek Kak Ros.
n dan “Kisah Upin dan Ipin”.
2. Guru mengingatkan murid
Analisis)
3. Murid diminta untuk mencatat harga
dengan konsep penolakan
[10 Minit] buah yang diceritakan didalam
nombor perpuluhan.
tayangan video tersebut.

8.10 - 8.25 [Fasa Imaginasi]


Pagi 1. Guru membuat
1. Guru memperkenalkan cara penolakan
demonstrasi bagaimana
(Penjanaan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan
murid dapat menggunakan
Idea semula dalam bentuk lazim dengan
Dan Sintesis) papan perpuluhan .
menggunakan Papan Perpuluhan.
[15 Minit] 2. Demonstrasi ini merangkumi
2. Guru perlu menegaskan:
penolakan tanpa
 Kedudukan titik perpuluhan
pengumpulan semula
mestilah selari dengan titik
bermula dari:
perpuluhan yang lain.  satu tempat
 Nombor ditolak seperti biasa.
 Titik perpuluhan perlu disusun perpuluhan, diikuti dua
tempat perpuluhan dan
dengan tegak pada Papan
akhir sekali tiga tempat
Perpuluhan.
 Operasi penolakan dilakukan perpuluhan.
dari kanan ke kiri.
Contoh:
A

0.8
-0.2

B
1.95
-0.45

C 4.945
-2.421

8.25 - 8.45 Fasa Perkembangan


1. Guru akan memantau dan
Aktiviti kumpulan ( 4 kumpulan )
Pagi
memerhatikan penglibatan
(Aplikasi murid mennjalankan
1. Guru akan membahagikan
Idea) aktiviti didalam kumpulan.
murid kepada 2 kumpulan iaitu:
[20 Minit] i. Kumpulan kawalan 2. Setiap ketua bagi ahli
ii. Kumpulan rawatan
kumpulan diminta
untuk membentangkan
2. Guru akan mengedarkan Lembaran
hasil perbincangan
Tugasan A yang harus
mereka.
dilaksanakan secara berkumpulan.
3. Setiap kumpulan akan 3. Guru akan menilai
membentangkan hasil perbincangan keberkesanan kaedah
mereka. papan perpuluhan
berdasarkan kepada
Aktiviti Kumpulan Kawalan
 Kumpulan 1 dan kumpulan 2 akan pembentangan murid.

menjalankan aktiviti operasi penolakan


nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk
lazim dengan menggunakan kaedah
konvensional iaitu menggunakan pen
marker dan kertas putih.

Aktiviti Kumpulan Rawatan


 Kumpulan 3 dan kumpulan 4 akan
menjalankan aktiviti operasi penolakan
nombor perpuluhan tanpa pengumpulan
semula dalam bentuk lazim dengan
menggunakan Papan Perpuluhan.
8.45 - 8.55 Fasa Tindakan 1. Kumpulan yang dapat
menjawab dengan
(Penilaian) 1. Guru membuat kuiz:
 Murid diminta untuk menjawab tepat
[10 minit]
akan mendapat 5 markah.
didalam kumpulan.
2. Kumpulan kawalan akan
menggunakan kaedah
papan perpuluhan
manakalan kumpulan
rawatan akan
menggunakan kaedah
konvensional.
3. Guru akan menilai
keberkesanan kaedah
papan perpuluhan
berdasarkan kepada respon
murid menjawab kuiz.

8.55 - 9.00 1. Guru akan menyoal murid,


Penutup
kaedah yang manakah
(Penutup 1. Guru menyoal kefahaman murid
) [5 minit] paling senang untuk
mengenai apakah yang telah
melakukan aktiviti
mereka pelajari.
2. Guru membimbing murid penolakan nombor
membuat rumusan. perpuluhan tanpa
pengumpulan semula
dalam bentuk lazim

Refleksi:
I. Kumpulan rawatan dapat menyelesaikan masalah penolakan nombor perpuluhan
tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan lebih mudah dengan
kaedah papan perpuluhan berbanding kumpulan kawalan.
II. Kumpulan kawalan dapat memberikan jawapan dengan lebih cepat
dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan semasa menjawab
soalan kuiz berbanding kumpulan rawatan.

3.0 KEBERKESANAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN

Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan


kepada Kaedah Papan Perpuluhan untuk membantu murid Tahun 5 Begonia
menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan penolakan perpuluhan.
Ternyata bahawa kaedah papan perpuluhan mampu membantu murid melakukan
operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim
dengan betul dan tepat.
Didalam melaksanakan rancangan pengajaran harian tersebut, saya telah
membahagikan para pelajar kepada 2 kumpulan iaitu:
i. Kumpulan kawalan
ii. Kumpulan rawatan

Rasional kepada pembahagian ini adalah, saya ingin menilai dan melihat sejauh
manakah para pelajar dapat menguasai kemahiran penolakan perpuluhan dengan betul
apabila menggunakan kaedah papan perpuluhan. Setiap kumpulan diberikan peluang
untuk menggunakan papan perpuluhan namun di dalam fasa yang berbeza.
Penggunaan Papan Perpuluhan
Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
Fasa Tindakan Fasa Perkembangan

Jadual 1: Penggunaan Papan Perpuluhan Bagi Kumpulan Rawatan dan Kawalan

Didalam fasa perkembangan, kumpulan rawatan melakukan aktiviti dengan


menggunakan kaedah papan perpuluhan manakala kumpulan kawalan menggunakan
kaedah konvensional. Daripada 4 soalan tugasan yang diberikan pada Lembaran
Tugasan A, kumpulan rawatan dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan
dengan menggunakan bentuk lazim yang betul. Kumpulan kawalan pula dapat
menjawab 2 daripada 4 soalan dengan betul apabila menggunakan kaedah
konvensional semasa melakukan aktiviti pada fasa perkembangan.

Graf Perbandingan Soalan Tugasan Yang Dapat Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan Pada Fasa Perkembangan

Kumpulan Kawalan
Kumpulan Rawatan

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5

Bilangan Soalan

Rajah 1: Graf Perbandingan Soalan Tugasan Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan
Pada Fasa Perkembangan.
Di dalam fasa tindakan, saya telah menjalankan kuiz dengan mengemukakan 10
soalan dimana setiap kumpulan diberi masa selama 30 saat untuk menjawab soalan.
Saya telah meminta agar kumpulan kawalan melakukan operasi penolakan perpuluhan
dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan manakalan kumpulan rawatan pula
menggunakan kaedah konvensional.
Saya mendapati bahawa kumpulan kawalan dapat menjawab kesemua soalan
kuiz yang dikemukakan dan kumpulan rawatan hanya dapat menjawab 3 daripada 6
soalan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah papan perpuluhan
untuk melakukan operasi penolakan perpuluhan semasa kuiz dijalakan telah membantu
mereka melakukan pengiraan dengan betul dan cepat. Ini jelas menunjukkan bahawa
kaedah papan perpuluhan mampu membantu murid-murid dari kumpulan kawalan
untuk melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula
dalam bentuk lazim dengan betul dan tepat. Kumpulan rawatan pula agak lambat untuk
melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan kerana mereka menggunakan
kaedah konvensional.

Graf Perbandingan Soalan Tugasan Yang Dapat Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan Pada Fasa Tindakan

Kumpulan
Kawalan Kumpulan
Rawatan

0 1 2 3 4 5 6 7

Bilangan Soalan

Rajah 2: Graf Perbandingan Soalan Kuiz Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan
Pada Fasa Tindakan.
Pada fasa penutup, saya cuba untuk mendapatkan respon daripada murid-murid
mengenai kaedah manakah yang paling mereka gemari didalam belajar operasi
penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim.
Kebanyakan daripada mereka menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan
kerana ianya lebih memudahkan mereka melakukan operasi penolakan nombor
perpuluhan berbanding kaedah konvensional. Melalui kaedah papan perpuluhan juga
mereka dapat menentukan titik perpuluhan dengan betul kerana ianya mesti diletakkan
secara selari untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Melalui graf perbandingan pada Rajah 1 dan Rajah 2 yang dinyatakan, jelas
bahawa kaedah papan perpuluhan dapat membantu murid-murid didalam operasi
penolakan nombor perpuluhan. Saya juga berpendapat bahawa, papan perpuluhan ini
bukan saja sesuai digunakan untuk guru matematik mengajar operasi penolakan
nombor perpuluhan, malah ianya juga sesuai untuk mengajar mana-mana operasi
matematik seperti penambahan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan
nombor perpuluhan kerana ianya mudah dihasilkan dan senang untuk digunakan.
4.0 KEGUNAAN PAPAN PERPULUHAN

Penggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat pemudahcara untuk


membantu guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai objektif pengajaran
yang telah dirancang dan supaya murid-murid lebih memahami pengajaran guru
seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat
mengelakkan PdP dalam kelas menjadi bosan dan kurang menarik minat murid.
Penggunaan resos dalam proses PdP juga dapat mengelakkan dari timbulnya masalah
disiplin di dalam kelas kerana murid-murid terlibat dengan aktif didalam PdP.
Penggunaan resos juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan PdP
di dalam kelas lebih mencabar. Menurut Atan Long ( 1982), resos dalam bilik darjah
terdiri daripada pelbagai bahan di mana sesuatu bahan itu boleh disampaikan dengan
pelbagai cara dan resos merupakan satu kelengkapan atau peralatan yang terlibat
dalam proses PdP yang dapat membantu guru dan murid melalui satu proses PdP yang
bermakna. Saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh
diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan
konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan
pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina
pemahaman konsep Matematik tersebut.
Papan perpuluhan yang digunakan didalam proses PdP ternyata dapat
membantu murid membuat aktiviti penolakan perpuluhan dengan betul dan cepat. Ianya
juga sangat senang untuk dihasilkan kerana melibatkan kos yang murah dan ianya juga
boleh dibuat daripada bahan-bahan terpakai mengikut kreativiti guru. Untuk nombor
dan titik perpuluhan yang dihasilkan, saya juga turut memastikan bahawa ianya dapat
menarik perhatian dari segi imej dan warna.
Menurut Suzita Mohd Resad (2002), penggunaan gambar atau imej yang
berwarna dapat meningkatkan pemahaman murid dan menyenangkan proses
penyimpanan maklumat dalam kotak minda mereka. Penjagaan kualiti juga turut
diambil kira apabila saya membuat lapisan filem lutsinar “luminate” agar nombor dan
titik perpuluhan itu tidak mudah rosak apabila disentuh dan tahan lebih lama untuk
digunakan secara berulang-ulang didalam mengajar tajuk yang sama.
5.0 REFLEKSI

Saya telah pun menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancang berdasarkan kepada Kaedah Papan Perpuluhan yang telah dilaksanakan
oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal didalam kajian
tindakan mereka mengenai cara untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang
menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.
Melalui pengamatan saya sepanjang proses PdP dijalankan saya mendapati
bahawa penggunaan resos didalam aktiviti PdP mampu meningkatkan kefahaman
murid secara lansung berkaitan dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Pembelajaran satu hala yang berpusatkan guru ternyata membosankan murid-murid
untuk mengikuti pembelajaran dan hal ini menyebabkan murid-murid kurang tumpuan
didalam kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa
setiap murid mempunyai potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu
sama lain. Oleh itu, bahan resos ini merupakan medium yang mampu mencungkil
segala potensi diri yang ada dalam diri murid-murid.
Didalam perancangan PdP yang telah saya jalankan, murid-murid telah
dibahagikan kepada dua kumpulan. Rasional bagi pembahagian ini adalah kerana saya
ingin membuat penilaian terhadap kaedah yang telah dikaji sama ada ianya memberi
impak kepada kefahaman murid. Ternyata bahawa pada setiap fasa yang dijalankan,
tingkah laku murid juga dilihat berbeza. Pada fasa perkembangan, kumpulan rawatan
diberi peluang untuk menggunakan papan perpuluhan. Saya melihat bahawa wujudnya
pembelajaran koperatif dan murid-murid berkolaborasi secara positif. Interaksi pelbagai
hala wujud disini dan penglibatan murid juga aktif.
Hal ini sangat berbeza dengan kumpulan kawalan dimana saya meminta mereka
untuk melakukan aktiviti dengan kaedah konvensional iaitu penolakan bentuk lazim
dengan menggunakan kertas putih dan marker. Murid-murid tidak memberikan
kerjasama yang baik dan wujudnya manipulasi disini. Murid yang lemah hanya menjadi
pemerhati dan penglibatan murid-murid didalam kumpulan kawalan adalah pasif. Tidak
wujud pembelajaran koperatif pada persekitaran pembelajaran dan keadaan disiplin
juga kurang memuaskan.
Pada fasa tindakan pula, saya telah meminta kumpulan rawatan untuk
menggunakan papan perpuluhan bagi melakukan operasi penolakan nombor
perpuluhan. Di dalam kuiz yang dijalankan, saya mendapati bahawa mereka dapat
menjawab kesemua soalan yang diberikan. Saya juga mendapati bahawa mereka mula
menunjukkan interaksi positif dan kolaborasi didalam mencari jawapan dengan
menggunakan papan perpuluhan. Hal ini berbeza dengan kumpulan rawatan apabila
mereka hanya dapat menjawab 3 daripada 6 jawapan kuiz sedangkan pada peringkat
perkembangan mereka dapat membentangkan tugasan dengan baik.
Pada fasa penutup pula, kebanyakkan murid-murid menyatakan bahawa mereka
menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan kerana ianya lebih memudahkan
mereka melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan berbanding kaedah
konvensional. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah papan perpuluhan berjaya
meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid didalam melakukan operasi
penolakan nombor perpuluhan. Pembelajaran menggunakan papan perpuluhan
ternyata memberi suasanan pembelajaran yang menyeronokkan dan pengalaman
pembelajaran yang baru kepada murid-murid.
Saya bersetuju bahawa penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu
murid memahami dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika
perbandingan dibuat di antara bahan konkrit atau fakta yang abstrak, semestinya
penggunaan bahan konkrit akan lebih meresap dalam diri murid-murid. Ini kerana,
penggunaan bahan konkrit melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam membina
pengetahuannya sekaligus pengalaman yang diperolehi mereka terus melekat dalam
fikiran. Penggunaan resos juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Resos yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-
murid akan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan bahan tersebut
atau dalam kumpulan pembelajaran.
Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan bahawa Kaedah Papan
Perpuluhan yang telah dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi
bin Tengku Zainal di dalam kajian tindakan mereka ternyata dapat membantu murid-
murid menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan dengan
berkesan dan efektif.
RUJUKAN

Abdullah Sani. Y. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS


Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. 1992. Analisis kesilapan
masalah-masalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun
Lima sekolah rendah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 15–33.

Asiah Ismail. 1994. Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor
perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Matematik
Sains BPG 1: 10-13.

Nagendralingan Ratnavadivel, Noor Shah Saad, Rajendran Nagappan .2002.


Pembinaan Ilmu Kandungan Pedagogi(Pedagogical Content Knowledge) Di
Kalangan Guru Matematik: Antara Retorik Dan Realiti. Kertas Seminar. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). “Guru dan Perguruan.”
Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka - Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Rujukan Laman Web


Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan
Wang

Blog MTE 3109, (2013). Keberkesanan Penggunaan Resos Dalam PdP. Diakses pada
11 Februari 2015 dari:
http://pecahansetara.blogspot.com/2013/04/keberkesanan-penggunaan-resos-
dalam-pdp.html

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan, (2001). Kajian Awal Mengenai
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Matematik Di Sekolah
Rendah. Diakses pada
9 Mac 2015 dari: http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001 10
Laikl.pdf

Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. (2003). Penggunaan
papan perpuluhan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang
menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.
Diakses pada 25 Februari 2015 dari:
http://www.ipkdri.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/BukuKoleksiPTMT2020
11.pdf

LAMPIRAN A

14
Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan
Wang

Penghasilan Papan Perpuluhan

Penerangan Guru Aktiviti Kumpulan Rawatan

15
Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan
Wang

Aktiviti Kumpulan Kawalan

16
Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan
Wang

Pembentangan Kumpulan

17

You might also like