You are on page 1of 20

1.

1 Sistem Nombor Perlapanan


1.1.1 Membezakan Nombor
Perlapanan dan Nombor
Perpuluhan

Isi Kandungan Muka Surat


Rancangan Pengajaran 2–8
Lampiran 1 9
Lampiran 2 10
Lampiran 3 11
Lembaran Kerja 1 12
Lembaran Kerja 2 13 – 14
Pernilaian Kendiri 15 – 16
Contoh Jawapan 17 – 19
Bidang Pembelajaran
1.0 Perwakilan Data Masa: 1 x 60 minit

Standard Kandungan Penerapan Pemikiran


1.1 Sistem Nombor Perlapanan Komputasional:
 Pengecaman Corak
Standard Pembelajaran (Pattern Recognition)
1.1.1 Membezakan nombor perlapanan dan
nombor perpuluhan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid


 Pengetahuan nombor perduaan
 Membezakan nombor perduaan dan nombor perpuluhan

1. Kalkulator nombor Bahan persediaan sekelas


perlapanan atas talian  Lampiran 1
 Kertas Mahjong
 Pen Marker
 Komputer/komputer riba (pilihan)

Bahan individu (setiap murid)


 Lampiran 2
 Lembaran Kerja 1
 Lembaran Kerja 2
2. Nota nombor perlapanan
 Pernilaian Kendiri

3. Kuiz ulang kaji atas talian

1
Masa Cadangan Aktiviti

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan peta minda yang menunjukkan
perbezaan antara nombor perduaan dan nombor perpuluhan.
3. Murid digalakkan untuk menggunakan peta minda I – Think. (Peta buih
berganda)
4. Guru menggalakkan murid berbincang dalam kumpulan masing-masing.
5. Guru menerangkan bahawa murid akan mempelajari nombor perlapanan.
6. Murid ditunjukkan contoh nombor perlapanan. (Lampiran 1)
7. Murid mengaitkan pengetahuan nombor perduaaan untuk menyenaraikan
perbezaan nombor perlapanan dan nombor perpuluhan secara ringkas.

1. Guru menerangkan bahawa nombor perpuluhan merupakan


nombor yang biasa digunakan.

2. Murid mengulangkaji nombor perpuluhan.

a. Mengira nombor perpuluhan


Murid menunjukkan cara mengira nombor perpuluhan.

Nota ringkas pengiraan nombor perpuluhan:

Nombor perpuluhan dikira daripada sifar ke sembilan


mengikut turutan seperti berikut.

0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, …
Selepas sembilan, satu tempat dihasilkan di hadapan
nombor pertama dan kita mengira semula daripada
sifar ke sembilan. Contohnya:

8, 9, 10, 11, 12, … ,19, 20, 21, 22, … ,


29, 30, 31,32, … , 39, 40, 41, 42, …

Kita mengulang pengiraan sehingga simbol telah habis untuk


tempat tersebut, iaitu 99. Oleh itu, selepas 99, satu lagi
tempat dihasilkan di hadapan nombor untuk menjadikan 100.

2
b. Nilai tempat nombor perpuluhan

Gambar Rajah 1

Murid mengulang kaji nilai tempat nombor perpuluhan.

Soal murid: Perhubungan nombor yang ditunjukkan di atas.


(Jawapan: nombor ke kiri merupakan 10 kali ganda nombor
sebelumnya)

Gambar Rajah 2

Soal murid: Apakah nombor selepas 100? (Jawapan: 103 = 1000)


Murid membuat konklusi bahawa setiap penambahan
nilai tempat merupakan penambahan kausa 10 seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

3
103 102 101 100
1000 100 10 1

c. Perwakilan Nombor Perpuluhan

Contoh: 5

 Murid membincang dalam kumpulan cara mewakili nombor 5.


 Murid kemudian membentangkan hasil perbincangan mereka dan
menunjukkan cara untuk mewakili nombor 5 seperti gambar rajah 3.
Gambar Rajah 3

2 *1 + 6 * 10 + 5 * 100 + 5 * 1000
= 5562 (nombor perpuluhan)

a. Mengira Nombor Perlapanan

Nota nombor perlapanan untuk guru:

Nombor perlapanan hanya menggunakan 8 jenis nombor iaitu, sifar sehingga


tujuh:

0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

Selepas tujuh, satu tempat baru perlu dihasilkan untuk mewakili nombor yang
biasanya disebut sebagai 8 kerana nombor 8 tidak wujuk dalam sistem nombor
perlapanan. Oleh itu, selepas 7 ialah 10. Contoh pengiraan sistem nombor
perlapanan:

4
08, 18, 28, 38, 48, 58, 78, 108, 118, 128, 138, 148, 158, 168, 178, 208, 218,
… , 278, 308, 318, …

Nombor
Perlapanan
08 18 28 38 48 58 68 78 108 118 128 138 148

Nombor
Perpuluhan 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

 Murid menunjukkan cara untuk mengira dalam nombor


perduaan dan perpuluhan. (0, 1, 10, 11, 100, dan seterusnya)
•Lembaran Kerja 1  Murid kemudian mengecam corak daripada pengiraan
(ms 12) nombor perduaan untuk menjelaskan pengiraan nombor
•Lembaran Kerja 2 perlapanan. Murid berbincang dalam kumpulan.
(ms 13 – 14)  Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan
masing-masing.
 Guru membetulkan sebarang kesilapan semasa
pembentangan kumpulan dan memastikan murid mengira
nombor perlapanan dengan betul.
Pengecaman Corak  Murid diberikan tugasan kumpulan iaitu Lembaran Kerja 1.
 Murid perlu  Lembaran Kerja 1 menyuruh murid untuk mengira nombor
mengecam corak perpuluhan 0 – 35 dalam sistem nombor perlapanan.
pengiraan nombor  Murid dikehendaki untuk mengisikan Lembaran Kerja 1
dalam kumpulan masing-masing.
perpuluhan dan
 Murid diberikan 5 minit untuk menyiapkan tugasan yang
nombor perduaan
diberi.
untuk mengira
 Selepas 5 minit, seorang murid dipilih secara rawak untuk
nombor membentangkan jawapannya.
perlapanan.  Guru membetulkan sebarang kesilapan pembentangan.
 Murid lain menyemak jawapan masing-masing semasa
pembentangan yang diberi.

b. Nilai Tempat Nombor Perlapanan

Guru menunjukkan nilai tempat nombor perlapanan menggunakan


gambar rajah 4:

5
Gambar Rajah 4

83 82 81 80
512 64 8 1

 Murid meleraikan gambar rajah 4 untuk menunjukkan perwakilan


nombor perlapanan.
 Murid mengecam corak cara perwakilan nombor perpuluhan dan
perduaan untuk mendapatkan cara perwakilan nombor
perlapanan.
 Murid membuat konklusi bahawa setiap nilai tempat nombor
perlapanan merupakan asas nombor 8.

c. Perwakilan Nombor Perlapanan


Contoh: 5628
Gambar Rajah 5

2 *1 + 6 * 8 + 5 * 64 + 5 * 512
= 2930 (nombor perpuluhan)

6
 Murid diberikan tugasan kumpulan iaitu Lembaran Kerja 2.
 Lembaran Kerja 2 menyuruh murid untuk mewakili nombor
perlapanan
 Murid dikehendaki untuk mengisikan Lembaran Kerja 2 dalam
kumpulan masing-masing.
 Murid diberikan 5 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
 Selepas 5 minit, seorang murid dipilih secara rawak untuk
membentangkan jawapannya.
 Guru membetulkan sebarang kesilapan pembentangan.
 Murid lain menyemak jawapan masing-masing semasa
pembentangan yang diberi.

1. Guru menyuruh setiap kumpulan untuk mengeluarkan semula peta minda


yang dihasilkan semasa set induksi.
2. Guru menerangkan bahawa murid akan membetulkan dan menambah baik
peta minda yang dihasilkan.
3. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
4. Setiap kumpulan diberi:
 Kertas Mahjong
 Pen Marker
 Artikel aplikasi nombor perlapanan dalam kehidupan harian atau
komputer riba yang disambung kepada internet (lampiran 2)

5. Murid diberikan tugasan kumpulan.


• Lampiran 2 (ms 10)
•Lampiran 3 (ms 11)
•Kertas Mahjong
Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan •Pen Marker
pembentangan yang mengandungi perkara berikut •Komputer riba yang
di atas kertas mahjong: – mempunyai
I. Perbezaan antara nombor perlapanan sambungan
dan nombor perpuluhan. internet (pilihan)
II. Lima contoh nombor perlapanan dan 5
contoh nombor perpuluhan.
III. Satu contoh aplikasi nombor perlapanan
dan nombor perpuluhan dalam kehidupan harian.
Pengecaman Corak
6. Murid digalakkan untuk menggunakan peta minda  Murid perlu
i-Think untuk pembentangan masing-masing. mengecam corak
nombor perlapanan
7. Contoh hasil kerja tugasan kumpulan dilampirkan
dan nombor
sebagai Lampiran 3.
perpuluhan untuk
8. Setiap kumpulan kemudiannya dikehendaki untuk menyenaraikan
mempamerkan hasil kerja di sekeliling kelas. perbezaan kedua-
dua jenis nombor.
9. Murid diberikan beberapa helai kertas post-it.

7
10. Murid menjalankan aktiviti Gallery Walk.

11. Semasa aktiviti Gallery Walk, murid dikehendaki untuk


menuliskan satu komen bagus dan satu komen
penambahbaikan atas kertas post-it dan melekatkannya
di atas setiap hasil kerja yang dipamerkan.

12. Selepas aktiviti Gallery Walk, setiap kumpulan mengambil balik


hasil kerja masing-masing.

13. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk menngongsikan satu


komen yang paling membantu.

• Pernilaian Kendiri (ms 15 – 16)


1. Setiap murid diberi pernilaian kendiri.
2. Murid diberi 10 minit untuk menyiapkan pernilaian tersebut.

1. Guru merumuskan pengajaran hari ini dan menerangkan bahawa murid


akan mempelajari cara menukar nombor perlapanan kepada nombor
perpuluhan dan sebaliknya.
2. Murid mengulang kaji cara menukar nombor perduaan kepada perpuluhan
dan sebaliknya sebelum pengajaran seterusny.
3. Guru memilih 3 orang murid untuk mengongsikan 3 perkara
yang dipelajari hari ini.

8
Lampiran 1

198110

1161178
9
Lampiran 2
Artikal Penggunaan Nombor Perlapanan

Penggunaan Sistem Nombor Perlapanan

Sistem nombor perlapanan digunakan dalam sistem komputer. Sistem yang


terdapat dalam komputer seperti model PDP-8, ICL 1900, dan IBM mainframes
menggunakan sistem nombor perlapanan sebagai singkatan untuk nombor
perduaan. Ini adalah kerana sistem-sistem komputer tersebut menggunakan 12-bit,
24-bit atau 36-bit. Sistem nombor perlapanan sesuai digunakan kerana setiap digit
nombor perlanan mewakili 3 digit nombor perduaan. Penggunaan sistem nombor
perlapanan untuk mewakili nombor perduaan mengurangkan kos pembinaan
sistem-sistem komputer tersebut.

Walau bagaimanapun, komputer zaman kini menggunakan 16-bit, 32-bit atau 64-bit
perkataan. Oleh itu, sistem number perenambelasan lebih sesuai digunakan.
Namun, sistem nombor perlapanan masih lagi digunakan dalam beberapa bahasa
atur cara. Contohnya, dalam bahasa atur cara C, sistem nombor perduaan
digunakan textual/graphical representation of byte strings.

Selain digunakan dalam sistem komputer, sistem nombor perlapanan juga


digunakan dalam bidang penerbangan. Transponders dalam kapal terbang
menghantar kod dalam bentuk nombor perlapanan. Kod ini digunakan untuk
membezakan kapal terbang dalam skrin radar.

Dipetik daripada laman web: http://research.omicsgroup.org/index.php/Octal

10
Lampiran 3
Contoh Hasil Kerja Murid

11
Isikan tempat kosong di bawah dengan nombor perlapanan yang mewakili
nombor perpuluhan yang ditunjukkan.

Ingat: Simbol “8” dan “9” tidak patut muncul untuk nombor yang anda tuliskan.

Nombor Nombor Nombor Nombor Nombor Nombor


Perpuluhan Perlapanan Perpuluhan Perlapanan Perpuluhan Perlapanan

0 08 12 24

1 13 25

2 28 14 26

3 15 178 27

4 16 28 348

5 17 29

6 18 30

7 19 31

8 20 32

9 118 21 33

10 22 268 34

11 23 35

12
Lukiskan perwakilan nombor perlapanan untuk setiap nombor perlapanan yang diberikan.
Kemudian, tuliskan nombor perpuluhan yang mewakili nilai yang sama untuk nombor
perlapanan tersebut.

Nombor Nombor
Perwakilan Nombor Perlapanan
Perlapanan Perpuluhan

238 19

168
13
Nombor Nombor
Perwakilan Nombor Perlapanan
Perlapanan Perpuluhan

118

338

108

14
NAMA:
KELAS:
TARIKH:

11627 101208 801218 18907 11118


1. Jawabkan soalan berikut berdasarkan nombor di atas:
a) Bulatkan semua nombor perlapanan.
b) Tuliskan nombor bukan nombor perlapanan dan sebabnya di ruangan di bawah.
I. Nombor: _____________
Sebab: ______________________________________________________________
II. Nombor: _____________
Sebab: ______________________________________________________________
III. Nombor: _____________
Sebab: ______________________________________________________________

2. Mengapakah nombor perlapanan penting? Berikan satu contoh aplikasi nombor


perlapanan dalam kehidupan harian.

3. Menggunakan pengetahuan anda tentang nombor perduaan, perpuluhan dan


perlapanan, berikan satu contoh nombor dalam sistem nombor 7 (base 7) dan satu
sebab anda memilih nombor tersebut.

15
Isikan tempat kosong di bawah dengan nombor perlapanan yang mewakili
nombor perpuluhan yang ditunjukkan.

Ingat: Simbol “8” dan “9” tidak patut muncul untuk nombor yang anda tuliskan.

Nombor Nombor Nombor Nombor Nombor Nombor


Perpuluhan Perlapanan Perpuluhan Perlapanan Perpuluhan Perlapanan

0 08 12 148 24 308

1 18 13 158 25 318

2 28 14 168 26 328

3 38 15 178 27 338

4 48 16 208 28 348

5 58 17 218 29 358

6 68 18 228 30 368

7 78 19 238 31 378

8 108 20 248 32 408

9 118 21 258 33 418

10 128 22 268 34 428

11 138 23 278 35 438

16
Lukiskan perwakilan nombor perlapanan untuk setiap nombor perlapanan yang diberikan.
Kemudian, tuliskan nombor perpuluhan yang mewakili nilai yang sama untuk nombor
perlapanan tersebut.

Nombor Nombor
Perwakilan Nombor Perlapanan
Perlapanan Perpuluhan

238 19

168 14

17
Nombor Nombor
Perwakilan Nombor Perlapanan
Perlapanan Perpuluhan

118 9

338 27

108 8

18
NAMA:
KELAS:
TARIKH:

11627 101208 801218 18907 11118

1. Jawab soalan berikut menggunakan nombor-nombor di atas:


a) Bulatkan semua nombor perlapanan.
b) Tuliskan nombor bukan nombor perlapanan dan sebabnya di ruangan di bawah.
I. Nombor: 11627
Sebab: Nombor ini tidak mengandungi subskrip 8.
II. Nombor: 801218
Sebab: Nombor perlapanan tidak mempunyai simbol “8”
III. Nombor: 18907
Sebab: Nombor perlapanan tidak mempunyai simbol “8” dan “9”.
Nombor ini juga tidak mengandungi subskrip 8.

2. Mengapakah nombor perlapanan penting? Berikan satu contoh aplikasi nombor perlapanan
dalam kehidupan harian.
Nombor perlapanan merupakan satu sistem nombor yang digunakan dalam bahasa atur cara.
Nombor perlapanan digunakan untuk menyingkatkan nombor perduaan.

3. Menggunakan pengetahuan anda tentang nombor perduaan, perpuluhan dan perlapanan,


berikan satu contoh nombor dalam sistem nombor 7 (base 7) dan sebab anda memilih
nombor tersebut.
11067. Nombor ini merupakan nombor sistem nombor 7 kerana ia tidak mempunyai simbol
“7”, “8”, atau “9”. Nombor dalam sistem nombor tujuh perlu mempunyai subscript 7 dan
hanya mempunyai 7 jenis digit iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6.

19

You might also like