You are on page 1of 2

Kemahiran Operasi Bahagi Hingga 45

Konstruk K7 Keupayaan mengendalikan operasi asas


Objektif Pembelajaran

Pengetahuan sedia ada  Murid telah mengenal konsep bahagi melalui proses
pengagihan.
Penerapan Nilai
EMK TMK, Nilai-Nilai Murni
BBM Paparan slaid, pen, lidi, bekas, komputer riba, lembaran kerja, kertas
Kemahiran Berfikir Menjana idea, membuat gambaran, menganalisis, mengelaskan,
membuat kesimpulan

Langkah Aktiviti PdP


Set Induksi 1. Guru memberikan kepada murid sebuah bekas yang berisi 5 batang
5 minit lidi dan 5 batang pen.
2. Guru meminta murid menganggar bilangan lidi dan pen yang
terdapat di dalam bekas.
3. Guru bertanya kepada murid:
 Berapakah bilangan benda di dalam bekas?
4. Guru meminta murid mengelaskan mengikut jenis.
5. Guru meminta murid menyatakan bilangan lidi dan pen mengikut
jenis.
6. Guru meminta murid menulis ayat matematik di papan putih.
Contoh:
 10 bahagi 5 sama dengan
 10 ÷ 5 = 2
7. Guru menyoal murid:
 Apakah simbol yang digunakan bagi operasi bahagi?

Langkah 1 Interaksi PdP


20 minit 1. Guru menunjukkan perwakilan gambar dengan menggunakan
paparan slaid.
Contoh:

2. Guru meminta murid membahagikan jumlah perwakilan kepada


dua kumpulan.
3. Guru menerangkan kepada murid bahawa jumlah ahli bagi setiap
kumpulan mesti sama.
4. Guru bersoal jawab dengan murid.
 Berapakah bilangan dalam setiap kumpulan?
5. Guru memperkenalkan kepada murid tentang kaedah garis nombor
semasa menerangkan kemahiran yang dipelajari.
Contoh:

6. Guru menerangkan cara untuk menggunakan garis nombor.

7. Guru memberikan contoh yang seterusnya.


Contoh:

8. Guru meminta murid membahagikan bilangan perwakilan


mengikut jumlah kumpulan yang diberi.
9. Guru meminta murid membuat kaedah garis nombor untuk
mendapatkan jawapan.
10. Guru membimbing murid menjawab dengan betul.

Langkah 2 Aktiviti Berkumpulan


15 minit 1. Guru menayangkan slaid perwakilan gambar kepada murid.
Contoh:

2. Guru meminta murid bersama-sama menulis ayat matematik


berdasarkan perwakilan gambar yang ditunjukkan.
3. Guru meminta murid menulis ayat matematik lengkap yang
mengandungi simbol (÷) dan (=).
4. Guru menayangkan slaid yang seterusnya.
5. Guru menyemak hasil kerja murid
6. Guru membimbing murid menjawab dengan betul.

Langkah 3 Aktiviti Bertulis


15 minit 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2. m/s 203, 204
Penutup 1. Guru bersoal jawab dengan murid.
5 minit Contoh soalan:
 Apakah simbol yang digunakan dalam operasi bahagi?
 Bagaimanakah simbol sama dengan?
 Lukiskan dalam bentuk gambar rajah bagi operasi bahagi:
6÷3=2
4÷2=2
10 ÷ 5 = 2

You might also like