You are on page 1of 2

RPH

Mata pelajaran: Matematik Tahun 6

Kelas/masa/bilangan: 6TELEGRAM / 8.00 - 9.00 pagi / 30 orang.

Standard kandungan : 2.1 Pecahan

Standard pembelajaran : 2.1.1 Membahagi pecahan bagi dua nombor


melibatkan pecahan wajar, nombor bulat dan nombor
bercampur.
Objektif pembelajaran : Di akhir pelajaran, Murid boleh membahagi sebarang
pecahan wajar dengan pecahan wajar.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:


Set Induksi
 Guru menunjukkan 5 kad gambar kepada murid.
 Murid diminta mengenal pasti huruf pertama setiap gambar dan menyatakan
perkataan yang dapat dibina dengan menggunakan huruf-huruf yang telah
dikenalpasti.
 Guru akan memperkenalkan topik pada hari ini.

Langkah 1 (Penerangan Guru)


 Guru akan menerangkan konsep pembahagian dalam pecahan dengan
memberikan 3 contoh dengan menggunakan laptop.
 Guru menunjukkan proses pembahagian pecahan wajar dengan pecahan wajar
menggunakan gambar rajah.

Langkah 2 (Aktiviti Kumpulan)


 Setiap kumpulan diberi 1 keping kad yang mengandungi dua perkataan
SAYA RAJIN
SAYA BERUSAHA
SAYA PANDAI
SAYA CEMERLANG
SAYA BERJAYA
 Murid diminta mencari pecahan huruf A dalam perkataan pertama dan pecahan
huruf A dalam perkataan kedua.
 Murid diminta membina satu ayat Matematik yang merangkumi operasi bahagi
dengan menggunakan pecahan yang telah dikenalpastinya.
 Contohnya – SAYA YAKIN
Pecahan huruf A dalam perkataan SAYA ialah 2/4
Pecahan huruf A dalam perkataan YAKIN ialah 1/5
Maka ayat Matematik yang boleh direka ialah – 2/4 bahagi 1/5 atau 1/5 bahagi
2/4
 Minta murid mencari penyelesaian bagi ayat matematik yang dibina itu secara
kumpulan
RPH
 Murid akan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas

Langkah 3 (Aktiviti Pengukuhan)


 Murid ditunjukkan kad perkataan “SEKOLAHKU SEJAHTERA”
 Murid diminta mencari pecahan huruf E dalam perkataan pertama dan pecahan
huruf E dalam perkataan kedua
 Murid diminta membina ayat Matematik bahagi dengan menggunakan pecahan
yang telah dikenalpasti tadi.
 Murid diminta mencari jawapan bagi ayat Matematik yang dibina secara individu.
 Murid diminta menyemak jawapan sesama kawan dalam kumpulan.

Langkah 4 (Lembaran Kerja)


 Edarkan lembaran kerja dan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja
secara individu.

EMK: Kreativiti dan inovasi.

BBM: Projector LCD / Laptop

Nilai Murni : Tolong menolong / Kerjasama

PAK21 : Kolaborasi

KBAR : Mengingat, Memahami


KBAT : Mencipta, Mengaplikasi

Penilaian pdp/pentaksiran:
Ditafsir murid melalui aktiviti secara kumpulan dan individu bagi mengelas mengikut
tahap penguasaan yang ditetapkan dalam DSKP.

Refleksi:
____ daripada 30 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
____ orang murid lagi akan menjalani pemulihan.

Nota: RPH ini merupakan cadangan. Boleh lakukan pengubahsuaian mengikut situasi
jika perlu.

You might also like