You are on page 1of 14

Hasil pembelajaran:

1.) menentukan pecahan setara, penyebutnya hingga 10 bagi pecahan


wajar.

2.) menukar pecahan wajar dengan mendarab pengangka dan


penyebut dengan nombor yang sama,

3.) menukar pecahan wajar dengan membahagi pengangka dan


penyebut dengan nombor yang sama.

Equivalent Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang


mempunyai nilai yang sama walaupun kelihatan berbeza.

Contoh:
Pecahan dibawah mempunyai nilai yang sama

Mengapa pecahan ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan
atau membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama,
nilainya adalah tetap. Peraturan yang patut diambil perhatian ialah:

Apa yang anda lakukan untuk bahagian atas pecahan,


Anda juga harus lakukan untuk bahagian bawah pecahan

pendaraban dalam pecahan setara

Pernyataan untuk peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:


Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut
(nombor di bawah) didarabkan dengan nombor yang sama untuk
memperolehi pecahan setara.

Dengan menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:

pembahagian dalam pecahan setara

Berikut adalah contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut


(nombor di bawah) dibahagikan dengan nombor yang sama untuk
memperolehi pecahan setara. Diingatkan bahawa langkah pembahagian
boleh terus dilakukan sehingga pecahan tidak dapat dibahagi lagi.
Penting:
Bahagian pengangka dan penyebut dari pecahan hendaklah terdiri
daripada nombor bulat.

Nombor yang dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang


sama rata (tiada baki) untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.

Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk


mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi
penambahan atau penolakan.

Pengajaran Pecahan Tahun 2

AKTIVITI 1
i. Tema
Potong Sama Rata

ii. Tajuk
Pecahan

iii. Hasil Pembelajaran


Murid berupaya untuk mengenalpasti satu perdua dan satu perempat dengan
menggunakan perkataan “setengah”, “separuh” dan “suku” dengan menggunakan
bahan konkrit, lipatan kertas dan gambar.

iv. Pengetahuan Sedia Ada


Murid pernah dengar perkataan setengah, separuh dan suku dalan kehidupan harian
mereka.

v. Langkah-langkah
Langkah 1 ( 10 minit

a. Murid ditunjukkan dengan buah oren.

b. Murid memotong oren tersebut kepada 2 bahagian yang sama besar dan diminta
menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan setiap satu bahagian yang terhasil
sebagai separuh atau satu perdua. Separuh atau satu perdua bermaksud satu daripada dua.
Guru juga menegaskan jika bahagian yang dipotong tidak sama besar ia tidak boleh disebut
separuh atau setengah.

c. Murid mengeluarkan pizza mini yang di bawa.


d. Murid dibimbing memotong pizza tersebut kepada 4 bahagian yang sama besar.

a. Murid diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan bahawa setiap
bahagian yang terhasil dinamakan suku atau satu perempat. Suku atau satu perempat
bermaksud satu daripada empat. Guru juga menegaskan jika bahagian potongan tidak
sama besar, ia tidak boleh dikata suku.

Langkah 2 (25 minit)


a. Setiap murid diedarkan dengan 4 keping kertas pelbagai bentuk (Set A) dan menjawab
soalan-soalan lisan yang diajukan.

b. Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan “setengah” atau “separuh”
atau satu perdua. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.
c. Murid mewarna separuh daripada bahagian bentuk tersebut.

d. Murid mempamerkan hasil kerja murid. Guru menegaskan bahawa murid boleh
mewarna mana-mana satu bahagian pada setiap kepingan kertas untuk mendapatkan
nilai separuh atau setengah atau satu perdua.
e. Murid diedarkan 3 keping kertas pelbagai bentuk (Set B).

f. Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan “suku” atau satu perempat.
Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.
g. Murid mewarna suku daripada bahagian-bahagian bentuk tersebut.

a. Murid mempamerkan hasil kerja mereka. Guru menegaskan bahawa murid boleh
mewarna mana-mana satu bahagian pada setiap kepingan kertas untuk mendapatkan
nilai suku atau satu perempat.

Langkah 3.(5 minit)


a. Murid diedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 secara individu.
b. Murid menjawab kesemua soalan.

i. Bahan Pengajaran
Objek konkrit: Buah oren, pizza mini, kepingan kertas pelbagai bentuk Set A, kepingan
kertas pelbagai bentuk Set B.

ii. Penilaian
Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran
Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 (Rujuk Lampiran 1 dan 2). Murid perlu betul kesemua
soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

iii. Jangkaan Refleksi


Masa yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi kerana kebanyakan murid
tahun 1 memerlukan bimbingan daripada guru untuk melakukan sesuatu aktiviti
berorientasikan bahan konkrit. Tambah pula, ramai murid tahun 1 yang belum tahu
bagaimana teknik melipat kertas dengan tepat untuk menghasilkan bahagian yang
sama besar. Aktiviti memotong buah oren atau pizza mungkin dilakukan oleh guru
sahaja di hadapan kelas untuk mengelakkan bahaya jika murid sendiri yang
menggunakan pisau. Bagi membantu murid memahami konsep pecahan dengan tepat,
guru perlu menegaskan secara berulang kali bahawa dalam pecahan, setiap bahagian
mestilah sama besar, separuh atau setengah maksud satu daripada dua manakala satu
perempat pula bermakna satu daripada empat. Ini adaah penting untuk memastikan
semua murid membuat lipatan yang tepat iaitu sama besar dan mewarna satu bahagian
sahaja bagi setiap kepingan kertas tadi. Jika masih ada murid yang tidak melipat kertas
kepada bahagian-bahagian yang sama besar serta mewarna lebih daripada satu
bahagian pada setiap kepingan kertas, murid tersebut perlu dibimbing untuk
memperbetulkan kesilapannya dengan segera.

AKTIVITI 2
i. Tema
Bina Blok Pecahan

ii. Tajuk
Pecahan
iii. Hasil Pembelajaran
Murid berupaya untuk:
Menulis pecahan tidak wajar yang pengangkanya ialah 1 dan penyebutnya hingga 10
apabila disebut dan mengikut lorekan pada gambarajah.

iv. Pengetahuan Sedia Ada


1) Murid telah belajar menyebut dan menamakan pecahan wajar satu perdua, satu pertiga,
satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu
persembilan dan satu persepuluh.
2) Melorek dan mewarnakan gambar rajah mengikut pecahan yang diberi.

v) Langkah-langkah
Langkah 1 ( 25 minit)
a. Murid secara berpasangan, dibimbing membina gambarajah pecahan dengan
menggunakan “table” pada Microsoft word mengikut langkah berikut:
1) Klik dua kali pada ikon Microsoft word.
2) Klik tetingkap Insert
3) Klik Table dan pilih Insert Table
4) Masukkan 2 pada Number of columns dan 1 pada Number of rows. Kemudian, tekan
OK.
5) Murid boleh memilih warna yang digemari untuk mewarnakan bahagian tersebut.

6) Pecahan wajar yang telah dibina oleh murid ialah satu perdua atau 1
2

7) Murid membina gambarajah untuk pecahan 1, 1, 1, 1, 1,


34 5 6 7

1, 1, dan 1 .
8 9 10

Langkah 2 ( 10 minit)
a. Murid menonton tayangan slaid powerpoint.
b. Murid meneliti bentuk penulisan bagi pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu
perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan
dan satu persepuluh berdasarkan gambarajah pada slaid.
c. Murid menyebut setiap pecahan pada slaid-slaid yang ditayangkan.

Langkah 3 ( 5 minit)
a. Murid melengkapkan latihan pada Lembaran Kerja 3 yang diedarkan.

v) Bahan Pengajaran
Teknologi: Komputer, LCD projektor, Perisian Microsoft word dan Slaid-slaid
PowerPoint (Rujuk Lampiran 5).

vi) Penilaian
Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran
Kerja 3. (Rujuk Lampiran3). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum
bergerak ke kemahiran berikutnya.

vii) Jangkaan Refleksi


Masa yang diperlukan untuk menyelesaikan langkah 1 mungkin lebih daripada yang
diperuntukkan. Ini kerana walapun murid sudah biasa menggunakan komputer di rumah, namun
mereka kurang biasa dengan perisian Microsoft word atau menggunakannya untuk membina
jadual. Untuk menjimatkan masa, setiap pasangan murid tidak perlu membina kesemua
sepuluh gambarajah. Murid boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Mana-mana pasangan yang
berada berada Kumpulan A dikehendaki membina gambarajah bagi 1, 1 dan 1.
2 5 8

Kumpulan B membina gambarajah bagi 1, 1 dan 1 .


3 6 9

Kumpulan C membina gambarajah bagi 1, 1, dan 1 .


4 7 10

Bimbingan yang lebih perlu diberikan bagi murid yang kurang mahir dalam menyiapkan
tugasan ini. Namun, murid pasti berasa teruja mengikuti aktiviti ini kerana murid
memang suka menggunakan komputer malah murid diberikan kebebasan untuk
mencuba pelbagai warna bagi mewarna pecahan pada gambarajah yang mereka bina.
Mengenal Pecahan
1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya


adalah sama;

Contoh: , , dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a) Pengangka - angka yang terletak di atas

b) Penyebut - angka yang terletak di bawah

5. Jenis-jenis pecahan:

(i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.

Contoh: ,

(ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.

Contoh: ,

(iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.

Contoh: setara dengan

You might also like