You are on page 1of 4

MTE3113 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

Mengajar Pengendalian Data

Manipulasi Data

1. Cikgu Meena hendak memperkenalkan graf kepada murid-muridnya dengan


memberikan mereka pengalaman yang bermakna. Cadangkan satu Kadah
yang boleh dijalankan oleh cikgu Meena.

2. Pembelajaran berasaskan projek dalam Matematik menggalakkan


pembelajaran bermakna dalam kalangan murid sekolah rendah dan
membolehkan mereka mengendalikan data secara praktikal dalam kehidupan
mereka. Bagi tajuk Perwakilan dan Pengurusan Data, pelbagai projek yang
melibatkan proses pengumpulan data, perwakilan data dan pengurusan data
boleh dilaksanakan.

Bincangkan sejauh manakah pengendalian data secara bermakna dapat


diaplikasikan dalam kehidupan harian melalui pembelajaran berasaskan
projek.

3. Perisa Ais Krim Kegemaran Murid SK Bintang


Coklat

Vanila

Strawb
eri

Durian

Petunjuk: mewakili 20 orang

Pembelajaran bermakna tentang konsep piktograf dalam topic Perwakilan


Data perlu melalui beberapa peringkat dari konkrit ke abstrak. Rajah
menunjukkan satu contoh piktograf pada peringkat abstrak. Pada pelajaran
pertama, Cikgu Esther telah memulakan pengajaran dengan menunjukkan
piktograf ini di kelas Tahun 4 Amanah. Kemudian beliau berbincang dengan
murid tentang kegunaan piktograf berkaitan dengan jenis perisa dan bilangan
murid. Beliau mendapati kebanyakan murid menghadapi kesukaran untuk
memahami maklumat yang diwakili oleh piktograf berkenaan kerana murid
tidak berpeluang mengalami peringkat berbeza dalam topic ini.

Huraikan tiga aktiviti pembelajaran secara berperingkat untuk membantu


murid memahami piktograf dengan lebih bermakna. Seterusnya bincangkan
kekuatan dan kekangan aktiviti yang anda huraikan.
4. Rajah menunjukkan bilangan buku yang dibaca oleh Ming dalam masa lima
bulan.

Januari - 12 buah

Februa - 3 buah
ri

Mac - 6 buah

April - 9 buah

Mei - 15 buah

Bina satu piktograf untuk mewakili maklumat yang diberikan.

5. Carta bar merupakan perwakilan data yang sangat baik dan mudah untuk
ditafsirkan. Jadual menunjukkan bilangan murid berdasarkan makanan
kegemaran mereka.

Jenis Makanan
Bilangan murid
Kegemaran

Nasi Lemak 7

Ais Krim 10

Coklat 8

Kentang Goreng 12

Biskut 4

Bina carta bar yang lengkap berdasarkan jadual di atas.

Purata

1. Rancangkan satu aktiviti untuk mencari rumus purata.

2. Permainan adalah satu teknik PdP yang boleh merangsang murid untuk
menguasai konsep purata dengan lebih mendalam. Berikan satu contoh
miskonsepsi murid dalam konsep purata. Rancang satu aktiviti yang
menggunakan permainan dan didik hibur untuk mengatasi miskonsepsi ini.

3. Dalam Standard Pembelajaran Kurikulum Matematik Tahun 5, murid


dikehendaki mempelajari kemahiran mengenal dan menentukan min iaitu
purata daripada sekumpulan data yang diberikan.
Namakan dua model yang boleh digunakan untuk menerangkan konsep
purata. Seterusnya berdasarkan satu model, nyatakan cara untuk membantu
murid Tahun 5 mengenali konsep purata.

4. Zuraida mempunyai 6 peket beras yang jisim setiap satunya 5 kg. Dia ingin
mengagihkan beras berkenaan semula kepada 10 peket. Berapakah jisim
purata beras setiap peket ini?

Cikgu Lee ingin menggunakan soalan berayat seperti di atas untuk mengajar
konsep purata. Huraikan kesesuaian soalan yang dikemukakan oleh Cikgu
Lee. Cadangkan satu soalan berayat lain yang boleh digunakan oleh Cikgu
Lee untuk membimbing murid menguasai konsep purata.

5. Konsep purata sebagai agihan sama rata boleh ditunjuk melaui penggunaan
model diskrit atau selanjar.

i. Dengan menggunakan contoh resos yang sesuai, jelaskan satu


kelebihan dan satu kelemahan bagi model ini.

ii. Dengan menggunakan bahan manipulatif yang sesuai, huraikan satu


aktiviti pembelajaran yang menggunakan model diskrit atau model
selanjar bagi membantu murid sekolah rendah mempelajari konsep
purata sebagai agihan sama rata.

6. Huraikan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kelas untuk


mengajarkan konsep purata level up.

7. Aktiviti di bawah merupakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru


semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti A:
Dalam kumpulan kecil (3-4 orang murid), setiap murid secara bergilir-gilir
mengambil segenggam guli dan memasukkannya ke dalam sebuah bakul
yang sama untuk dikumpulkan. Kemudian guli tersebut diagihkan semula
sama rata kepada setiap ahli kumpulan.

Aktiviti B:
Dalam kumpulan kecil (3-4 orang murid), dua orang murid mengambil
segenggam guli masing-masing dan memasukkannya ke dalam sebuah bakul
yang sama untuk dikumpulkan. Kemudian guli tersebut diagihkan semula
sama rata kepada setiap ahli kumpulan.

Berdasarkan perbandingan aktiviti A dan B di atas, aktiviti manakah yang


paling sesuai digunakan guru untuk mengajar tentang konsep purata?
Jelaskan sebab-sebabnya.
Cadangkan satu aktiviti hands-on lain yang boleh digunakan untuk mengajar
murid tentang konsep purata.

You might also like