You are on page 1of 3

Minggu Praktikum : 9

Tarikh : 9 Ogos 2019


Tajuk Jurnal : Guru kurang mahir menerangkan konsep pelajaran

1. Isu yang Difokuskan :

Pada minggu ini, saya mengalami kesukaran untuk menyampaikan konsep pengukuran
bagi Tahun 3. Tajuk ini merupakan tajuk baharu dalam DSKP Semakan KSSR Sains Tahun
3 yang sepatutnya dikuasai oleh murid bermula Tahun 5. Ketika saya mengajar murid Tahun
3 Kargo, saya sering kali keliru dengan perkara yang saya sampaikan. Contohnya, murid
kelihatan terpinga-pinga apabila saya meminta mereka mengira isipadu sebuah kubus
dengan menggunakan rumus walaupun saya telah menerangkan tentang konsep tersebut
kepada mereka.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Masalah ini timbul kerana saya kurang mahir untuk menerangkan cara untuk mengira
isipadu sebuah kubus. Saya hanya menggunakan sebuah kotak kosong yang boleh
dipenuhkan dengan beberapa kubus kecil sahaja. Saya juga menggunakan kaedah
penerangan sahaja tanpa aktiviti “Hands-on”. Hal ini menyebabkan murid mengambil masa
yang lama untuk memahami konsep yang disampaikan. Terdapat murid tidak dapat
mengaitkan rumus isipadu iaitu panjang x lebar x tinggi dengan bilangan kubus kecil yang
dapat memenuhi kubus besar.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Menurut Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007), guru perlu menggunakan bahasa yang
mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan
dan kemahiran murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa
dan penerangan yang berliku-liku. Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan,
gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan atau
tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya cadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

I. Saya mesti menyediakan alat bantu mengajar yang berkesan untuk mengajar
sesuatu konsep seperti menggunakan kotak dan kubus kecil untuk mengira isi
padu.
II. Saya boleh menggunakan slaid yang bergambar untuk menerangkan sesuatu
fungsi alat atau kesesuai dalam menggunakan unit sistem metrik. Contonya,
menayangkan gambar pemadam untuk menyesuaikan dengan unit milimeter.
III. Saya mesti peka dengan kepelbagaian murid untuk memahami sesuatu konsep.
Saya perlu menyediakan aktiviti yang bergerak atau mendengar seperti menyanyi
supaya murid mudah faham seperti memahami maksud luas dan isi padu
menggunakan lagu.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 minggu

6. Tindakan Susulan

Saya mengambil tindakan sentiasa memastikan menggunakan pelbagai kaedah


menerangkan sesutau konsep seperti menulis nota kecil, melukis gambar dan menggunakan
barang maujud. Saya juga sering menyoal murid untuk memastikan mereka memahami
konsep yang disampaikan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

11 Ogos 2019 dan masih dalam tindakan susulan

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui perubahan
tingkah laku murid semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan pentaksiran. Mereka
kelihatan dapat melakukan tugasan dengan baik dan menunjukkan tahap penguasaan yang
tinggi. Saya mencari gambar objek sebenar dan melukis lakaran seperti bentuk sebuah
kotak untuk menerangkan isi padu. Hal ini dapat memberi gambaran mental kepada murid
terhadap isi pelajaran.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan dan Halangan)

Saya merasa berpuas hati dengan langkah yang telah saya lakukan. Dengan ini, saya
dapat menyampaikan sesuatu konsep sains dengan lebih berkesan. Murid juga kelihatan
dapat memahami isi pembelajaran dengan baik dan menguasai topik pembelajaran.

10. Rujukan
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007).Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007 Institut Pendidikan
International Islamic University Malaysia

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandantangan : ……………….. Tandantangan : ………………..

Nama : ……………..... Nama : …………….....

Tarikh : ……………….. Tarikh : ………………..

You might also like