You are on page 1of 5

FASA-FASA DALAM MODEL PENGAJARAN DAN

OBJEKTIF SETIAP FASA

1. Model Pengajaran Koperatif

Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1 : Memberitahu

Pengenalan dan pembinaan isi kandungan. Guru memaklumkan kepada murid tentang
tugasan yang perlu diselesaikan secara koperatif.

Fasa 2 : Transisi

Guru menjelaskan bagaimana kumpulan boleh berfungsi. Hal ini penting kerana ada
perbezaan antara pembelajaran secara kumpulan dengan pembelajaran koperatif. Oleh
itu, pada fasa ini pelajar perlu diperjelas tentang peranan kumpulan dan setiap ahli
kumpulan, masa dan bentuk penaksiran yang akan dibuat pada akhir pelajaran nanti.

Fasa 3 : Kerja kumpulan

Guru memantau dan membantu usaha pelajar. Dalam soal pemantauan, guru perlu
menyediakan alat pemantauan supaya aktiviti murid mudah ditaksir dan dibantu jika
terdapat kumpulan yang bermasalah.

Fasa 4 : Penilaian

Setiap individu terlibat. Murid menunjukkan hasil tugasan mereka untuk dinilai.

2. Model Pengajaran Diskusi

Frasa & Objektif Fasa

Fasa 1 : Pengenalan

Membentangkan isu yang akan dibincangkan. Isu yang akan dibincangkan mestilah
bersifat kontroversi atau isu yang belum dapat diselesaikan secara muktamad.

Fasa 2 : Eksplorasi

Murid mendalami maksud tajuk, memperjelas pemikiran, dan melibatkan diri. Murid
membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk mencari maklumat yang dapat
memperjelas kedudukan isu berkenaan. Rujukan ini penting untuk murid melihat
sesuatu isu itu dari pelbagai perspektif. Jika murid hanya berbincang dalam kumpulan
sahaja tanpa membuat rujukan, bukanlah eksplorasi namanya.

Fasa 3 : Merumus

Meringkas/menyimpulkan isi utama yang diperoleh. Kesimpulan yang dibuat mestilah


berlandaskan rujukan yang sahih dan berwibawa.
3 Model Pengajaran Secara Langsung/Eksplisit
Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1 : Pengenalan dan sorotan

Murid `ditarik’ untuk mengikuti pembelajaran. Guru boleh menggunakan pengetahuan


sedia ada murid serta mengaitkannya dengan pelajaran yang akan dipelajari pada hari
ini.

Fasa 2 : Persembahan

Isi atau kemahiran baharu diperkenalkan dan dihuraikan (jika isi atau kemahiran
tersebut sudah dipelajari, model ini tidak sesuai). Pada fasa ini guru menjadi sebagai
model supaya murid benar-benar faham cara melakukannya. Oleh itu, guru perlu
menyediakan contoh yang banyak. Cuba bayangkan kaedah yang digunakan oleh
seorang chef mengajar perserta bengkel membuat kek.

Fasa 3 : Latihan berpandu

Murid melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru. Latihan ini


berasaskan persembahan yang dibuat oleh guru dalam fasa 2. Mungkin pelajar
meminda sedikit daripada contoh guru untuk menunjukkan mereka faham
persembahan guru atau melengkapkan bahan yang tidak lengkap.

Fasa 4 : Latihan kendiri

Murid melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri. Tajuk


baharu. Latihan ini berbeza daripada contoh yang guru tunjukkan dalam fasa 2 tetapi
masih tidak lari daripada objektif pembelajaran.
4. Model Pengajaran Konstruktivisme

Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1 : Orientasi

Menetapkan hala tuju pembelajaran. Ada pelbagai cara untuk menyatakan hala tuju
pembelajaran kepada murid. Hal ini penting kerana murid perlu tahu pelajaran yang
hendak mereka lalui dan kaedah mempelajarinya. Murid juga perlu tahu hasil
pembelajaran mereka selama satu atau dua waktu pada hari tersebut. Mereka juga
perlu tahu cara penaksiran yang akan dibuat oleh guru. Pengetahuan ini menjadi
panduan kepada mereka untuk bekerja dan ini akan memberikan motivasi kepada
mereka.

Fasa 2 : Mencungkil idea

Murid bertukar-tukar fikirantentang tajuk atau tema yang akan dipelajari berdasarkan
pengalaman mereka. Aktiviti yang boleh dijalankan seperti menyoal, membuat
sumbang saran dan bercerita. Melalui aktiviti seperti ini, murid akan berkongsi
pengetahuan dan menambah pengetahuan sedia ada tentang tajuk pelajaran yang
akan dipelajari.

Fasa 3 : Penstrukturan semula

Hasil pertambahan dan percampuran pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan


baharu yang diperoleh daripada rakan tentang tajuk atau tema tersebut murid
menyusun semula maaklumat yang ada pada mereka. Hasil perubahan maklumat
tersebut murid membentuk skema pengalaman yang baharu. Aktiviti yang boleh
dijalankan seperti membandingbezakan maklumat lama dengan maklumat baharu,
membuat kesimpulan dan membuat pemetaan.

Fasa 4 : Aplikasi idea

Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar. Tugasan ini perlu selari dengan objeltif
pelajaran pada hari tersebut. Tugasan ini boleh dibuat dalam kumpulan atau individu.

Fasa 5 : Rafleksi

Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh.


Contohnya, murid boleh membuat penilaian kendiri tentang keberkesanan kaedah yang
digunakannya dalam fasa 4. Jika kurang berjaya, murid boleh mencuba kaedah yang
baharu.
5. Model Pengajaran PBM

Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1: Mengenal pasti masalah

Guru dan pelajar bersama-sama mengenal pasti masalah pembelajaran. Masalah


mungkin diperoleh daripada penilaian/refleksi guru pada pelajaran sebelumnya.

Fasa 2 : Menggambarkan (visualize) masalah

Pelajar mencuba menggambarkan masalah dalam bentuk yang dapat dilihat (eksplisit)
supaya mudah diselesaikan.

Fasa 3 : Memilih strategi

Pelajar memilih strategi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah (sepatutnya pelajar
sudah mempelajari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah).

Fasa 4 : Melaksanakan strategi

Menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan data


daripada masalah pada fasa 2.

Fasa 5 : Menilai keputusan

Pelajar menilai semula keputusan yang diperoleh sama ada sesuai atau tidak. Jika
masalah tidak dapat diselesaikan, pelajar perlu balik ke fasa 3 dan laksanakan fasa 4
dan fasa 5.

6 Model Pengajaran KWLH


Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1 : K – Apakah yang diketahui oleh pelajar tentang tajuk teks yang akan dibaca?

Pelajar mencuba menyatakan pengetahuan mereka tentang tajuk teksyang akan dibaca
berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Fasa 2: W – Apakah maklumat yang hendak dicari dari tek yang akan dibaca?

Pelajar membuat penyenaraian maklumat yang ingin dicari dalam teks yang akan dibaca
berdasarkan telahan mereka terhadap tajuk teks tersebut.

Fasa 3: L – Apakah yang telah dipelajari oleh mereka daripada teks yang dibaca?

 Pelajar membaca teks secara teliti.


 Pelajar mencuba mendapatkan maklumat yang telah tersenarai dalam Fasa 2.
 Pelajar menyenaraikan semula maklumat yang tidak dapat diperoleh dalam teks
yang dibaca.

Fasa 4: H – Bagaimanakah maklumat yang belum terjawab dapat diperoleh

 Pelajar mencadangkan sumber lain untuk mendapatkan maklumat yang dicari.


 Pelajar mencuba mencari sumber lain untuk mendapatkan maklumat yang belum
diperoleh.

7. Model Pengajaran Inkuiri

Fasa & Objektif Fasa

Fasa 1: Membuat pernyataan praanggapan

 Timbul daripada perasaan ingin tahu.


 Melihat sesuatu perkara secara kontroversi
 Membuat praanggapan berdasarkan tanggapan semata-mata.
Fasa 2: Membuat hipotesis

 Pelajar membuat pelbagai hipotesis tentang praanggapan tersebut.


 Pilih satu hipotesis sahaja untuk diselesaikan.
Fasa 3: Mencari maklumat/data/fakta/bukti

 Pelajar mencari maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjawab hipotesis


yang telah dibentuk
Fasa 4: Membuat inferens berasaskan kesahihan maklumat

 Pelajar membuat generalisasi berasaskan maklumat yang diperoleh sama ada


mahu menerima hipotesis tersebut atau menolak hipotesis yang telah dibina.
 Penyelesaian masalah boleh dibuat berulang-ulang sehingga hipotesis yang
dibina dapat diselesaikan.

You might also like