You are on page 1of 1

MUHAMMAD SHAHRAFIK BIN AB KADIR PDPP-PI5-PIMK2063R

APLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN DAN AS SUNNAH DALAM


PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA .

Dalam falsafah Pendidikan kebangsaan mempunyai unsur-unsur seperti pembentukan Insan holistik
yang tunduk patuh kepada Tuhan, pembentukan insan dwigungsi iaitu sebagai ahli ibadah dan
khalifah dan ksepaduan ilmu dan amal soleh untuk mencapai al-falah (kemenangan).

Sehubungan dengan itu, perspektif matlamat Pendidikan islam, bahawa falsafah Pendidikan
kebangsaan berteraskan unsur-unsur Islam (tauhid). Usaha mendidik dan melahirkan insan yang
percaya dan patuh kpeda Tuhan (Allah) yang menjadi teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan cita-cita Kurikulum Pendidikan Islam yang sentiasa membawa insan kearah tersebut.

Matlamat Pendidikan islam juga ke arah melahirkan insan kamil (seimbang) dan insan yang
berakhlak mulia (harmonis). Falsafah Pendidikan Kebangsaan bercita-cita untuk mewujudkan insan
yang seimbang atau insan yang sempurna dalam semua sifat kejadian manusia yang mempunyai
akal(pemikiran), rohani (keimanan), dan fizikal (jasmani).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membangunkan seluruh potensi insan dari segi
rohani, akal, emosi dan jasmani menjadi cita-cita dan matlamat kurikulum Pendidikan islam.
Pembentukan dan pembangunan insan soleh serta mempunyai ciri-ciriinsan kamil merupakan mercu
akhir matlamat kurikulum Pendidikan islam.

Pendidikan islam yang menyokong cita-cita pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal
soleh dan berakhlak mulia, memerlukan kurikulum Pendidikan yang mengimbangi antara ilmu,
keimanan dan kemahiran.

Dengan wujudnya keseimbangan antara ketiga-tiga factor di atas, maka akan lahirlah insan yang
sempurna yang mampu mendukung cita-cita seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi dan
seterusnya mendapat keredaan Allah serta kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Kurikulum KSSR dan KSSM telah dibentuk bagi memenuhi cita-cita pembentukan insan yang holistik
dan berkemahiran tinggi.

Falsafah Pendidikan kebangsaan bertujuan membentuk insan holistik yang tunduk patuh kepada
Tuhan. Usaha ini telah diterjemahkan dalam keseluruhan kurikulum KSSR dan KSSM yang mana
setiap mata pelajaran mempunyai matlamat yang berkaitan ciptaan Tuhan (sains, geografi) dan
seterusnya percaya dan patuh kepada Tuhan (Pendidikan Islam).

Kesimpulannya,jelas bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan menepati kehendak dan cita-cita


neraca Al-Quran dan as-sunnah dalam memacu pembentukan kurikulum Pendidikan Islam. Kekuatan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan terletak di atas paksi ketauhidan.

You might also like