You are on page 1of 1

PENGENALAN

Orang Asli secara asasnya adalah satu komuniti yang kecil atau dianggap sebagai kaum
minoriti di Malaysia. Orang Asli Temuan.  Suatu nama yang jarang-jarang kita dengar, apatah
lagi untuk kita kenali dan selami kehidupan mereka. Berdasarkan pemerhatian, rupa bentuk
Orang Asli Temuan  menyerupai kaum Melayu dan mempunyai rambut lurus dan bertubuh
badan sederhana besar. Petempatan-petempatan masyarakat ini terletak berdekatan dengan
kampung tradisi Melayu dan di pinggiran Bandar. Suku Temuan merupakan suku keempat
terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka telah meningkat dari sehari
ke sehari seramai kira-kira 21 300 orang di Semenanjung Malaysia. Orang asli suku Temuan di
Negeri Sembilan terletak di kampung Guntur dan kampung Cergun iaitu di mukim Ulu Jempol.
Perkampungan tersebut dikelilingi oleh Hutan Simpan Pelangai dan kawasan Tanah Tinggi di
bahagian barat, utara dan selatan sementara dibahagian timur ialah kawasan perkampungan
tradisional Melayu. Jarak perkampungan tersebut dari bandar Kuala Pilah ialah 40 km dan jarak
ke pekan berdekatan iaitu Batu Kikir ialah 18 km melalui jalanraya bertar. Kampung Guntur
Batu Kikir, Negeri Sembilan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 217 orang dengan 67
buah keluarga secara keseluruhannya. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan
masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan
amalan lama tinggalan nenek moyang mereka. Contohnya, nama kampung ini iaitu “Guntur”
diambil sempena dengan kepercayaan tentang keramat yang ada di situ pada suatu zaman dahulu.
Umumnya masyarakat asli telah didedahkan dengan pelbagai program pembangunan. Dalam
konteks pembangunan komuniti orang asli, terdapat dua pihak yang terlibat iaitu pihak yang
membangunkan dan pihak yang dibangunkan. Pihak yang membangunkan merujuk kepada pihak
kerajaan manakala pihak yang dibangunkan pula merujuk kepada orang asli tersebut. Pelbagai
program pembangunan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara berperingkat-peringkat.
Pembangunan dapat dilihat dari segi pembangunan ekonomi, contohnya seperti peningkatan
dalam taraf hidup, kemudahan-kemudahan asas, pendidikan dan lain-lain.

You might also like