You are on page 1of 2

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Imam Al-Ghazali

Kumpulan: 1. Anisah binti Zurani


2. Intan Saila binti Ibrahim
3. Nurul Ainil Syakirah binti Abu Hassan

Teknik dan kaedah Contoh


Perbandingan Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran,
perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran
fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya-
karyanya. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-
Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam
kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan
keburukan akhlak.

Kaedah Halaqah Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan-


yayasan pendidikan dalam dunia Islam. Semenjak
bermulanya dakwah Islamiah, pelajar- pelajar
mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk
mendengar syarahannya. Al- Ghazali telah mendirikan
sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk
penuntut- penuntut ilmu dan sebagai tempat
persinggahan bagi golongan sufi. Maka, tidak dapat
dielakkan, Imam al- Ghazali juga melaksanakan kaedah
halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan ilmu
kepada penuntut- penuntutnya.

Kaedah Petunjuk dan Imam al- Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu
Bimbingan mengadakan percubaan sebelum memberikan
pendapatnya. Pendapat- pendapat beliau diperah
daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-
dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui
percubaan- percubaan yang telah dilakukan dan
daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam
kehidupannya. Misalnya dalam menanamkan dasar-
dasar agama kepada anak- anak, Imam al- Ghazali
memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara, diikuti
dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil- dalil,
membaca ayat- ayat al- Quran dan menerangkan
kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan
Sulaiman, 1986)
Kaedah Dialog Dan Kaedah dialog ialah kaedah yang berdasarkan dialog,
Perbincangan perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada
fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah
lagi. Imam 13
14. al- Ghazali pernah menggunakan kaedah
perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi
kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan
(Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah
otak dan memperkuatkan pendapat di samping
kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan
untuk berbicara tanpa teks.

You might also like