You are on page 1of 1

Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al- Ghazali.

Antaranya ialah:

1) Kaedah perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan


kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya- karyanya. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin,
Imam al- Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan
dan keburukan akhlak.

2) Kaedah halaqah

Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan- yayasan pendidikan dalam dunia Islam.
Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar- pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan
untuk mendengar syarahannya. Al- Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran dengan
rumahnya untuk penuntut- penuntut ilmu dan sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi.
Maka, tidak dapat dielakkan, Imam al- Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah
tersebut ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut- penuntutnya.

3) Kaedah petunjuk dan bimbingan

Imam al- Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan
pendapatnya. Pendapat- pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya,
dimensi- dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan- percubaan yang telah
dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya dalam
menanamkan dasar- dasar agama kepada anak- anak, Imam al- Ghazali memulakan dengan meniru,
iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil- dalil, membaca ayat-
ayat al- Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).

4) Kaedah dialog dan perbincangan

Kaedah dialog ialah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai
kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam al- Ghazali pernah
menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang
terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah otak dan
memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk
berbicara tanpa teks.

You might also like