You are on page 1of 1

Kemukan satu masalah atau konflik dalam organisasi/bilik darjah anda.

Buat analisa dan


aplikasikan teori kepimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Antara konflik yang terdapat dalam organisasi sekolah saya ialah guru yang bermasalah dan guru
yang merasakan mereka berada di zon selesa

Pada pendapat saya, teori kepimpinan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah Teori X
dan Y

Teori ini dibangunkan oleh Douglas McGreggor (1960) yang membentuk satu set pemikiran
berkenaan motivasi manusia dalam organisasi. Mengikut McGreggor, teori X menyatakan bahawa
pihak pengurusan perlu mengawal dan menyelia orang bawahan jika matlamat organisasi hendak
dicapai. Beliau berpendapat bahawa segala keputusan yang hendak dibuat oleh pihak organisasi
adalah berhubung rapat dengan soal menyelesaikan masalah bercorak kemanusiaan dan kelakuan

Teori Y yang dibentuk oleh McGreggor berasaskan pemikiran Maslow tentang keperluan manusia
yang mempunyai enam andaian. Keenam-enam andaian yang dikemukakan olehMcGreggor
mempunyai strategi pengurusan jika dibandingkan dengan teori X kerana ia lebih dinamik dan tidak
statik. Teori Y dikatakan memberikan penekanan terhadap keperluan untuk penyesuaian secara
pilihan dalam strategi pengurusan

You might also like