You are on page 1of 18

Minggu 1 (16.02.

2016)
Tajuk

: Pengenalan Kursus

Refleksi individu

Minggu ini merupakan minggu pengenalan kepada kursus UPPF


6033 Dinamika Kepimpinan. Dalam minggu ini, pensyarah kami iaitu Dr
Khadijah bt Daud telah memberi penerangan dan penjelasan secara
terperinci tentang isi kandungan kursus ini kepada semua pelajar.
Pada minggu ini juga, beliau turut memberi penerangan tentang
beberapa peraturan harus dipatuhi oleh para pelajar sepanjang kursus
iaitu kehadiran ke kelas, waktu hadir ke kelas dan lain-lain.
Dr. Khadijah juga telah memberi penerangan tentang tugasan yang
perlu dilaksanakan sepanjang kursus ini iaitu pembentangan topik yang
diberikan mengikut kumpulan, menyediakan portfolio secara individu,
pengucapan

awam

dan

menulis

refleksi

keseluruhan

dan

refleksi

mingguan.
Para pelajar perlu membentuk kumpulan yang terdiri dari 3 hingga 4
orang ahli. Setiap kumpulan perlu membentangkan topik yang telah
diberikan. Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan topik tersebut
secara bergilir-gilir. Ahli-ahli kumpulan lain akan memberi penilaian
kepada setiap pembentang dan ia menyumbang kepada 30% daripada
markah kerja kursus.
Pada minggu ini juga kami telah melantik ketua bagi subjek ini iaitu
Faridah bt Jantan dan dibantu oleh Jegaswary. Dr. Khadijah meminta ketua

kelas mebuat group WhatsApps untuk memudahkan kami berhubung


dan memberikan maklumat dengan cepat.

Minggu 2 (23.02.2016)
Pada

minggu

ini,

perubahan

kumpulan

terpaksa

dilakukan

memandangkan terdapat pertambahan pelajar yang baru mendaftar.


Selain itu juga pembahagian tajuk pembentangan juga dilakukan semula
berikutan dengan perubahan kumpulan.

Dalam minggu ini juga Dr. Khadijah turut memberi peluang kepada
para pelajar mengajukan soalan atau pertanyaan tentang tugasan yang
diberikan sepanjang kursus. Beliau juga turut mengedarkan borang
penilaian individu untuk tugas pembentangan. Beliau mengigatkan
bahawa borang perlu diperbanyakkan dan diedarkan semasa sesi
pembentangan bagi setiap kumpulan. Beliau juga mengigatkan ketua
kelas supaya membuat pengiraan markah penilaian yang telah diberikan
bagi setiap sesi pembentangan bagi setiap kumpulan sebelum diserahkan
kepada beliau.

Dr. Khadijah juga mengingatkan pelajar untuk membawa laptop


sendiri

bagi

setiap

pembentangan

tersebut..

Dr.

Khadijah

turut

mengutarakan harapan beliau agar semua pelajarnya boleh menjadi


pemimpin yang baik dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan
sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Minggu 3 (01.03.2016)
Pada minggu ini merupakan sesi pembentangan topik yang telah
dibahagikan kepada setiap kumpulan. Sesi pembentangan dimulakan oleh
kumpulan pertama dengan tajuk pembentangan mereka ialah Who is
the Leader. Terdapat beberapa dapatan yang diperolehi dari sesi
pembentanagan kumpulan pertama ini, antaranya ialah definisi atau
konsep sebenar pemimpin samada dari sudut ilmiah atau dari sudut
pandangan Islam. Dapatan yang kedua ialah 5 elemen kepimpinan yang
perlu ada pada setiap pemimpin untuk menjadi seorang pemimpin yang
baik. Dapatan yang ketiga ialah 3 level kepimpinan yang boleh dilihat
dalam konsep kepimpinan. Dapatan yang keempat ialah 4 teori utama
dalam kepimpinan.

Seterusnya, pembentangan daripada kumpulan kedua dengan


tajuknya, Leadership Traits and Ethics. Dapatan dari pembentangan
kumpulan kedua adalah berkisar tentang personaliti kepimpinan yang
boleh dilihat dari Big Five Model of Personaliti, sifat-sifat yang perlu ada
pada setiap pemimpin yang berjaya serta persepsi positif dan negetif

pemimpin terhadap tindakan orang bawahan yang diterangkan melalui


teori X dan teori Y.

Setelah selesai sesi pembentangan, Dr. Khadijah memberi ulasan


terhadap pembentangan bagi setiap kumpulan. Beliau memberi komen
yang positif terhadap sesi pembentangan yang telah dilakukan oleh
kedua-dua kumpulan. Dalam masa yang sama juga, beliau memberi tips
kepada kelas untuk menghasilkan satu bentuk pembentangan yang
menarik melalui penyediaan power point yang lebih interaktif dengan
memasukkan elemen-elemen grafik, gambar dan video untuk menarik
minat penonton.

Minggu 4 (08.03.2016)
Kelas pada minggu ini dibatalkan kerana Dr. Khadijah bt Daud
mempunyai urusan di Kuala Lumpur.

Minggu 5 (15.03.2016)
Kelas pada minggu ini dibatalkan atas permintaan para pelajar dan
dipersetujui oleh Dr Khadijah bt Daud.

Minggu 6 (22.03.2016)
Sesi pembentangan diteruskan pada minggu ini pembentangan
diteruskan dengan kumpulan 3 dengan tajuk Leadership Behaviour and
Motivation. Dapatan dari pembentangan ini lebih kepada sikap atau gaya
yang harus digunakan oleh seseorang pemimpin kepada orang bawahan.
Selain itu juga, dapatan lain yang diperolehi adalah tiga jenis teori
motivasi iaitu Hierarchy of Needs Theory yang berteraskan teori keperluan
Maslow, Two-factor Theory of Motivation yang dikemukan oleh Herzberg
dan Acquired Needs Theory.
Pembentangan seterusnya dari kumpulan 4 dengan tajuknya
Influencing : power, politics, networking and negotiation. Dapatan dari
pembentangan ini adalah 9 jenis kuasa dan kuasa seseorang itu diperoleh
melalui pemberian daripada pihak pengurusan atau diperoleh secara
personal. Selain itu, dalam membina sesebuah rangkaian atau network,
kita perlu mengetahui dengan siapa kita berhubung dan sentiasa
mengenali dan mengingati nama mereka yang berurusan dengan kita.

Pembentangan seterusnya adalah kumpulan 5 pula dengan


Communication,

Coaching,

and

Conflict

Skills.

tajuk

Dapatan

dari

pembentangan ini adalah, kepentingan proses komunikasi bagi seseorang


pemimpin supaya sesuatu maklumat dan arahan dapat disampaikan
dengan baik dan jelas agar matlamat sesebuah organisasi dapat dicapai
dengan sempurna. Selain itu dapatan kedua adalah teknik coaching
yang mana dilihat satu aspek yang sangat penting untuk meningkatkan
kemahiran dan produktiviti individu. Seorang coach perlu mengikut
langkah-langkah

berikut

iaitu

Preparation

of

the

trainee,

Trainer

Performance of the Task dan Follow-up. Selain itu dapatan lain yang
diperolehi adalah cara atau teknik pengurusan konflik dalam organisasi.
Apabila berlaku konflik dalam sesebuah organisasi, pemimpin perlu bijak
bertindak untuk menyelesaikan konflik tersebut. Terdapat beberapa jenis
penyelesaian konflik yang diutarakan iaitu, avoiding, forcing, negotiating,
accommodating dan collaborating.

Minggu 7 (29.03.2016)
Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan kumpulan 6
dengan tajuknya Dyadic Relationships, Followership and Delegations.
Dapatan dari pembentangan secara ringkas dilihat membincangkan
tentang 4 tahap pembangunan dalam Dyadic Approach iaitu Vertical
Dyadic Linkage Theory, Leader-memberi Exchange, Team Building dan
juga System and Network. Dapatan lain adalah tentang beberapa gaya
pengikut iaitu Pengikut Alianated, Pengikut konformis, Pengikut Berkesan
dan pengikut Pragmatic.

Seterusnya,
Charismatic

pembentangan
And

dari

Kumpulan

Transformational

dengan

Leadership.

tajuknya

Dapatan

dari

pembentangan ini adalah bagaimana perlunya kualiti atau daya penarik


yang dimiliki oleh seorang pemimpin dalam usaha untuk memimpin atau
mengetuai pengikutnya. Selain itu juga, pemimpin karismatik mempunyai
kemampuan untuk mempengaruhi orang lain yakni pengikutnya ke arah
suatu visi atau matlamat yang dikehendaki olehnya. Dapatan lain adalah
tingkah laku seorang pemimpin berkait rapat dengan personal meaning
iaitu

seseorang

karismatik.

pemimpin

Selain

itu

dan

juga

Kualiti

dapatan

sebagai

lain

yang

seorang

pemimpin

diperolehi

tentang

kepimpinan karismatik seperti ciri-ciri, kesan, bagaimana terbentuk dan


dibentuk. Dalam pembentangan ini juga disentuh tentang kepimpinan
transformasi yang mana memberi penekanan tentang ciri-cirinya, fasa
transformasi, konsep 4 Is dan impaknya terhadap kepimpinan seseorang.
Dalam pembentangan ini juga disentuh tentang Steward Leadership dan
Servant Leadership yang memfokuskan tentang ciri-ciri, prinsip dan
perbandingan antara keduanya.

Minggu 8 (05.04.2016)
Cuti pertengahan Semester

Minggu 9 (12.04.2016)
Pembentangan pada minggu ini diambil alih oleh Dr. Khadijah
memandangkan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan 9 tidak
memenuhi kretiria yang ditetapkan oleh beliau. Pembentangan kumulan 9
dengan tajuk Level 5 Leadership akan dilakukan semula pada minggu
hadapan.

Memandangkan tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang penting


dan perlu difahami sepenuhnya oleh pelajar, beliau telah memberi
penerangan dengan lebih terperinci bagi memastikan pelajar dapat
memahami dan pembentangan pada minggu hadapan bagi kumpulan 9
dapat dilakukan dengan lebih baik.

Minggu 10 (19.04.2016)
Pada minggu ini merupakan pembentangan semula bagi kumpulan
9 dengan tajuk Level 5 Leadership. Teori Level 5 Leadership merupakan
satu

teori

yang

diperkenalkan

sangat

oleh

Jim

terkenal
Collins.

dalam
Dapatan

bidang
yang

kepimpinan
diperolehi

yang
dalam

pembentangan ialah tentang konsep flywheel yang diutarakan oleh Jim

Collins yang memberi penekanan kepada tiga tahap kepimpinan iaitu


Disciplined People, Disciplined Thought dan seterusnya Disciplined Action
sebelum seseorang pemimpinan itu mencapai tahap 5 kepimpinan yang
diuratakan oleh Jim Collins.

Pembentangan seterusnya adalah dari kumpulan 10 dengan tajuk


AUTHENTIC LEADERSHIP. Dapatan dai pembentangan ini bahawa
pemimpin autentik adalah pemimpin yang mengenali diri sendiri, sangat
memahami keyakinan dan nilai nilai yang dipegang serta bertindak
berdasarkan nilai dan keyakinan tersebut secara terbuka dan jujur. Para
pengikutnya akan memandang mereka sebagai seorang yang beretika.
Bagaimana kepemimpinan autentik melahirkan kepercayaan? Dengan
pelbagai informasi akan mendorong komunikasi secara terbuka dan
berpegang teguh pada cita-cita mereka. Dapatan lain dari pembentangan
ini juga terdapat lima asas penting dalam konsep kepercayaan iaitu
integriti, kompetensi, konsisten, dan kesetiaan.

Minggu 11 (26.04.2016)
Minggu ini merupakan tugasan kedua kursus iaitu pengucapan
awam. Pada sesi pengucapan awam ini para pelajar perlu memberi satu

ucapan tentang tokoh pemimpin yang dilihat mempunyai ciri kepimpinan.


Dalam sesi pengucapan awam para pelajar dilatih untuk memberi ucapan
secara terbuka dan spontan tentang sesuatu isu. Secara umumnya masa
yang diperuntukkan hanya sekitar 5 hingga 7 minit dan ianya mewakili 10
peratus dari markah keseluruhan kursus.

Pada hari ini seramai 11 orang pelajar telah menyampaikan ucapan


tentang tokoh masing-masing. Dapatan yang diperolehi bukan sahaja dari
segi ciri-ciri kepimpinan, tetapi juga tentang tokoh-tokoh kepimpinan. Dr.
Khadijah

memgucapkan

tahniah

kepada

para

pelajar

yang

telah

menyampaikan pengucapan awam sebentar tadi. Sesi pengucapan awan


akan diteruskan pada minggu hadapan memandangkan masa yang tidak
mengizinkan.

Minggu 12 (3.5.2016)

Pada minggu ini sesi pengucapan awam disambung semula. Dr.


Khadijah memberi peringatan kepada pelajar supaya tidak gemuruh
dalam memberi pengucapan awam. Sesi pengucapan awam pada hari ini
ini dapat diselesaikan sepenuhnya oleh semua pelajar. Dr. Kadijah
mengucapkan tahniah kepada para pelajar di atas pengucapan awan yang
telah dilakukan dengan sangat baik. Beliau berkongsi kepada kelas teknik
yang berkesan dalam satu-satu pengucapan awam. Beliau menyatakan
bahawa pentingnya cara dan gaya pengucapan yang betul memastikan
satu-satu pengucapan awam yang disampaikan itu mampu menarik minat
pendengar.

Selain itu juga Dr. Khadijah memberi peringatan kepada para pelajar
untuk

menyiapkan

portfolio

yang

perlu

mengakhiri perjumpaan kelas pada hari ini.

dihantar

sebelum

beliau

Minggu 13 (10.05.2016)
Pada minggu ini, pelajar diminta oleh Dr. Khadijah untuk membuat
pembelajaran kendiri bagi menyiapkan folio.

Minggu 14 (17.05.2016)

Minggu ini merupakan minggu penghantaran portfolio yang telah


disiapkan kepada Dr. Khadijah. Beliau mengingatkan para pelajar untuk
menandatangan borang penghantaran protfolio. Kelas ditamatkan dengan
sedikit jamuan yang disediakan oleh Dr. Khadijah sendiri.

Refleksi Keseluruhan

Secara kesimpulannya kursus Dinamika Kepimpinan ini memberi


banyak

manfaat

dan

pemahaman

kepada

saya

tentang

konsep

kepimpinan yang berkesan. Melalui pengisian isi kandungan kursus dan


juga penerangan yang diberikan oleh Dr. Khadijah telah membuka minda
saya dengan lebih luas tentang konsep kepimpinan. Bagi saya, melalui
ilmu pengetahuan yang diperolehi dari kursus ini mampu meningkatkan
kemampuan seseorang itu memimpin sesebuah organisasi.
Sepanjang

mengikuti

kursus

Dinamika

Kepimpinan,

terdapat

beberapa dapatan yang boleh dirumuskan di sini. Seperti mana yang kita
ketahui

kejayaan

sesebuah

organisasi

bergantung

kepada

prestasi

pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin


yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan
peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat
organisasi.
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif
pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan
keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti
mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya
kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih.
Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang yang cuba
membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat
sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia
berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu.

Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu


kuasa yang ada pada seseorang itu.
Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat
tentang

sains

digariskan

pengurusan,

dalam

membuat

terdapat

beberapa

pendekatan

penilaian

ke

ciri-ciri

atas

yang

pemimpin.

Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan


keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.
Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang
menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".
Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan
orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu.
Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif
orang-orang

yang

berkerja

dengannya

dan

harus

menitikberatkan

pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan


kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan
mencapai matlamat masa depan.
Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang
dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik
memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap
cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi,
kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya.
Natijahnya

seorang

bergantung

kepada

pemimpin
jawatan

organisasi
yang

yang

disandang

baik

bukan

sahaja

tetapi

lebih

kepada

keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan

berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan


baik.

You might also like