You are on page 1of 2

SOALAN TUTORIAL 5: Perbincangan berkaitan aktiviti/program bengkel kerjaya,

eksplorasi kerjaya, buku skrap kerjaya. Membuat pamflet dan bentang.

TATACARA PENYEDIAAN BUKU SKRAP


Bersempena dengan pelaksanaan program Minggu Kerjaya SK. Senadin Miri, pertandingan buku
skrap adalah salah satu bentuk pengisian program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling bagi memberikan kefahaman kepada para pelajar tentang dunia pekerjaan menerusi
Ujian Minat Kerjaya Sidek dan Ceramah Kerjaya. Dengan ini, berikut merupakan tatacara
penyediaan Buku Skrap Kerjaya yang perlu dirujuk oleh para pelajar.
A. FORMAT HALAMAN MUKA DEPAN
1. Muka depan
- Perlu mengandungi nama kumpulan, nama setiap ahli kumpulan dan nama kerjaya yang
dipilih (sila pilih SATU jenis perkerjaan atau bidang kerjaya sahaja).
- Muka depan perlulah kreatif dan kemas serta mempamerkan hasil kerja yang berkualiti
sesuai dengan bidang kerjaya yang dipilih.
B. SENARAI KANDUNGAN
Senarai Kandungan haruslah memperincikan kandungan yang terdapat di dalam buku skrap dan
disusun secara teratur dan sistematik.
CONTOH
PERKARA
Penghargaan
Biodata Ahli 1
Biodata Ahli 2
Biodata Ahli 3
Biodata Ahli 4
Biodata Ahli 5
Biodata Ahli 6
Maklumat Pekerjaan Doktor
Kelayakan Menjadi Doktor
Alam Pekerjaan Doktor
Kelebihan Menjadi Doktor
Penutup

MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
13
16
18
21

***sila minta bimbingan daripada Cikgu Anthena (5A) Cikgu Winson (5B) Cikgu Timothy (5C)
"BERDISIPLIN, BERILMU, BERWAWASAN"

C. BIODATA
Setiap kumpulan WAJIB menyertakan biodata bagi setiap ahli di dalam kumpulan masingmasing. Biodata boleh dibuat berdasarkan kepada kreativiti kumpulan. Penambahan tentang info
yang berkaitan dengan ahli digalakkan.
D. ISI KANDUNGAN BUKU SKRAP [PENTING]
Isi kandungan bagi Buku Skrap yang dihasilkan haruslah memgandungi kriteria-kriteria seperti
yang berikut:
1. Biodata setiap ahli kumpulan
2. Keratan gambar yang berkaitan dengan kerjaya yang dipilih daripada majalah/surat
khabar ATAU internet (para pelajar disarankan untuk menggunakan kemudahan internet)
3. Ahli kumpulan mesti membuat ulasan ATAU penerangan berkaitan dengan tajuk dan
gambar yang ringkas.
4. Susun atur isi kandungan perlulah teratur dan kreatif.
5. Isi kandungan haruslah lebih 15 muka surat dan TIDAK melebihi 25 muka surat.
E. PENUTUP
Buku Skrap yang dihasilkan hendaklah mempunyai penutup dan kesimpulan yang ringkas.
Contoh 1:
Kami berharap agar buku skrap yang telah dihasilkan akan memberi manfaat dan
pengetahuan kepada kami tentang kerjaya yang kami minati.
Contoh 2:
Buku skrap ini sangat banyak membantu kami untuk mengetahui bidang kerjaya yang
menjadi pilihan kami dan memberi inspirasi kepada kami agar lebih gigih berusaha demi
mencapai cita-cita pada masa hadapan.

"BERDISIPLIN, BERILMU, BERWAWASAN"

You might also like