You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT

27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
KOD SEKOLAH : CEE 2032

Tel
Fax

: 09-2662255
: 09-2662879

Ruj: CEE2032.100
2/4/2( ) Tarikh : 1 September 2015
Pengarah
Temin Kraf Enterprise
KM 7, Jalan Klinik Desa,
Kampung Temin,
Jerantut, Pahang
Tuan,

MEMOHON MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PUSAT KRAF TEMIN, JERANTUT (TEKNOLOGI
PEMBUATAN SERAMIK)
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan Pelajar-Pelajar Reka Cipta SMK Jerantut ingin
meminta kerjasama pihak tuan bagi membenarkan kami membuat lawatan sambil
belajar ke Pusat Kraf Temin Jerantut.
3
Bersama-sama ini kami lampirkan tentatif lawatan yang dirancang dan butiran
lanjut berkaitan lawatan.
Tentatif program :
Tarikh

10 September 2015 (Khamis)

11.00 2.00 pm Lawatan ke Pusat Kraf Temin Jerantut


Bengkel Membuat Seramik
Bil Peserta

38 orang pelajar dan 3 orang guru

4.

Tujuan kami mengadakan lawatan ini ialah untuk :


i) Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang teknologi pembuatan
menggunakan seramik (Tajuk ini terkandung dalam Bab 5 silibus Reka Cipta
Tingkatan 4)
ii) Menanam minat pelajar terhadap bidang teknologi pembuatan seramik
ii) Memberi pengalaman berharga kepada pelajar-pelajar dengan
menghasilkan sendiri kraf seramik dengan menyertai bengkel yang
disediakan.

5.
Sehubungan itu, kami memohon jasabaik tuan membenarkan / meluluskan
permohonan kami. Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi CIK NOR
SALWANA BINTI MAT NOR [ No. HP: 019 9879980]. Semoga mendapat perhatian
dan pertimbangan sewajarnya. Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan dan
diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,

You might also like