You are on page 1of 19

MAKLUMAT LENGKAP TENTANG

MODEL PERSONAL.
Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan oleh Choong
Lean Keow menjelaskan bahawa model personal adalah
model yang berpegang kepada unsur keperibadian
individu. Oleh yang demikian, model-model yang
terkandung cuba membentuk pendidikan agar
membolehkan kita lebih memahami diri kita,
bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan
seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh
melebihi tahap maksimum ke arah kualiti hidup yang
tinggi. Dengan kata lain, kesemua model tersebut
menekankan perspektif bersifat individu serta
menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi
peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab
terhadap nasib masing-masing.
Justeru, kita boleh menggunakan model personal bagi
mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid-murid
kita. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh
berpandukan kepada teknik-teknik bukan mengarah
semasa kita membimbing mereka, menggunakan
kaedah synectics(sinektik) untuk meningkatkan kreativiti
mereka,dan perjumpaan kelas bagi membina
pembelajaran komuniti.
Maka model-model tersebut banyak berfokuskan
kepada konsep-konsep yang mana juga diutamakan
oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri;

arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan


sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan
emosi. Antara model-model tersebut adalah seperti yang
berikut:
i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang
dipelopori oleh Carl Rogers dan berpusatkan murid)
ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada
mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi
masing-masing.)
iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada
perkembangan dan aplikasi kreativiti.)
Melalui sumber internet, saya telah memperolehi
maklumat tentang Hiryanto, M. Si iaitu Cikgu Jurusan
PLS FIP UNY yang juga telah mengemukakan teori
yang sama berkaitan Model Personal iaitu terdapat tiga
model yang menerangkan tentang pendekatan yang
digunakan berasaskan model personal tersebut.
Namun, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua
sumber tersebut iaitu terdapat satu lagi teknik yang
boleh digunakan berasaskan model personal iaitu teknik
Pertemuan Kelas. Antara kesemua model yang
dikemukakan oleh beliau ialah:
i. Model Pengajaran Tanpa Arahan (Non Directive
Teaching),
ii. Model Sinektiks (Model Synectics),

iii. Latihan Kesedaran (Awarenes Training)


iv. Pertemuan Kelas (Classroom Meeeting).
Beliau menjelaskan bahawa model personal adalah
model yang memusatkan perhatian pada pandangan
perseorangan dan berusaha memajukan kemandirian
yang produktif sehingga manusia menjadi semakin
sedar diri dan bertanggungjawab atau tujuannya.
Sumber:
http://masririt.files.wordpress.com/2007/12/modelmodel-pembelajaran.ppt
Dengan berpandukan buku rujukan yang lain, iaitu buku
Murid dan Alam Belajar yang telah diterbitkan oleh
Oxford Fajar Sdn. Bhd, kita juga dapat memahami
dengan lebih lanjut tentang model Pembelajaran
Personal tersebut.
Menurut rujukan tersebut, model pembelajaran personal
tersebut bermula dari perspektif kendiri seseorang
individu. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya
kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik,
bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar
ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.
Model ini juga menekankan kepada pembentukan
kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk
berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran
diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.

Tujuan model personal ini adalah untuk membentuk


personaliti yang kompeten, bersepadu dan
berkeyakinan.
Matlamat utamanya ialah pembentukan individu serta
pencapaian harga diri individu. Oleh itu, model personal
terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan
menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam
melahirkan personaliti yang seimbang.
i) Model Pengajaran tanpa arahan.
Model pengajaran tanpa arahan adalah model yang
bertujuan untuk membentuk kemampuan dan
perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self
awareness), pemahaman (understanding), autonomi,
dan konsep kendiri (self concept).
ii) Model Sinektik.
Synectics adalah penyelesaian masalah metodologi
yang merangsang proses berfikir yang subjeknya
mungkin tidak disedari. Kaedah ini telah dibangunkan
oleh George M. Putera (5 April 1918-9 Jun 2009) dan
William JJ Gordon, yang berasal dari Arthur D. Little
Invention Design Unit pada 1950-an. Mereka mendirikan
Synectics Inc (sekarang Synecticsworld) dan metodologi
yang telah berkembang secara berturut-turut pada
tahun-tahun berikutnya.
Mengikut buku Murid dan Alam Belajar oleh Choong

Lean Keow, perkataan synectics (sinektik) ini pada


mulanya digunakan dalam seting industri, kemudian di
ubahsuai oleh Willian Gordon untuk pengggunaan
sekolah rendah dan menengah. Model ini direkabentuk
untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,
aktiviti penulisan dan bidang lain-lain.
Dalam konteks bilik darjah, murid-murid kita akan
mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya
untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara
individu dan kumpulan koperatif.
Melalui sumbangsaran yang digunakan, murid-murid
akan menjadi lebih kreatif dan bebas daripada
kongkongan pemikiran bersifat rigid. Akibatnya, mereka
akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan
perspektif yang baru. Tambahan pula, ia dapat
memupuk kemesraan antara satu sama lain serta
menggalakkan penglibatan yang aktif.
iii) Model Latihan Kesedaran.
Model Pembelajaran Latihan Kesedaran merupakan
suatu model pembelajaran yang ditujukan untuk
meningkatkan kesedaran manusia. Model ini
dikembangkan oleh Milliam Schutz. Ia menekankan
tentang pentingnya latihan interpersonal sebagai
saranan bagi meningkatkan kesedaran peribadi
(pemahaman diri individu).
Terdapat empat jenis perkembangan yang dikukuhkan

untuk merealisasikan potensi individu secara teguh,


iaitu:

Fungsi tubuh.
Fungsi personal, termasuk di dalamnya akuisisi
pengetahuan dan pengalaman, kemampuan berfikir
secara logik dan kreatif dan integrasi intelektual.
Perkembangan interpersonal.
Hubungan individu dengan institusi-institusi sosial,
organisasi sosial dan budaya masyarakat.

Prosedur Pembelajaran
Kunci utama prosedur pembelajaran model ini
didasarkan atas teori encounter. Teori ini menjelaskan
cara-cara untuk meningkatkan kesedaran hubungan
antara manusia yang didasarkan atas keterbukaan,
kejujuran, kesedaran diri, tanggungjawab, perhatian
terhadap perasaan diri sendiri atau orang lain, dan
berorientasi pada keadaan saat ini.
Aplikasi
Sampai saat ini, masih sangat sedikit sekolah atau guru
yang menerapkan model ini. Permainan-permainan
sederhana dapat dilakukan untuk keperluan ini. Model
ini juga dapat dilakukan sebagai selingan yang tidak
memerlukan masa terlalu banyak. Dalam pelaksanaan
perbincangan, keterbukaan dan kejujuran menjadi
sangat penting. Hasil penelitian menunjukkan bahawa
model ini dapat meningkatkan perkembangan emosi.

iv) Model Pertemuan Kelas


Model pembelajaran pertemuan kelas diciptakan
berdasarkan terapi realiti yang dipelopori oleh William
Glasser. Glasser percaya bahawa permasalahan
manusia kebanyakannya disebabkan oleh kegagalan
melibatkan diri dalam lingkungan sosialnya (kegagalan
bersosial). Ia percaya bahawa setiap manusia
mempunyai dasar pengukuhan iaitu harga diri dan cinta.
Prosedur Pembelajaran
Model pertemuan (perbincangan) kelas terdiri daripada
enam tahap iaitu:a. Menciptakan iklim (suasana) yang kondusif (selesa).
b. Menyampaikan permasalahan semasa sesi
perbincangan.
c. Membuat penilaian peribadi.
d. Mengenalpasti kaedah penyelesaian masalah.
e. Membuat komitmen.
f. Merancang tindakan lanjut.
Strategi Pembelajaran

Guru membuat komitmen bersama untuk melaksanakan


langkah-langkah penyelesaian masalah tersebut.
Aplikasi
Model pertemuan kelas ini dapat dilakukan maksimum
tiga kali sehari. Tapi, biasanya sekali sehari sudah
cukup bergantung kepada masalah yang dihadapi.
Sumber: http://wawanjunaidi.blogspot.com/2009/06/model-pembelajaranpelatihan-kesadaran.html
Teori Pembelajaran Humanis.
Model pengajaran personal juga mempunyai kaitan
dengan teori pembelajaran humanis kerana ia banyak
menumpukan tentang konsep kendiri dan motivasi serta
emosi yang ada dalam diri seseorang individu.
Berdasarkan buku Psikologi Dalam Bilik Darjah oleh Ee
Ah Meng (1994), teori pembelajaran humanis
menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri
seseorang individu seperti perasaan atau emosinya.
Pendekatan humanis menekankan cara fikiran,
pengamatan serta interpretasi seseorang individu
tentang kejadian-kejadian atau satu-satu peristiwa itu.
Ahli-ahli psikologi humanis mempercayai bahawa
seseorang individu adalah bertanggungjawab ke atas
tindakannya. Contohnya, kalau seseorang ingin

mencapai kecemerlangan dalam hidup, dia hendaklah


bertindak dan berusaha ke arah pencapaiannya.
Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang
individu ialah kecenderungannya untuk berkembang
serta mencapai kebenaran diri (self-actualization). Ini
bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk
memperkembangkan potensinya ke tahap yang
maksimum. Walaupun terdapat halangan-halangan,
tendensi semula jadi ialah untuk mencapai kebenaran
diri atau memperkembangkan potensi. Konsep ini
(kebenaran diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham
Maslow, yang juga merupakan ahli psikologi humanis.
Ahli psikologi humanis yang lain ialah Carl Rogers.
Ketika menjalankan sesi kaunseling, Carl Rogers
menggunakan pendekatan tanpa arah. Ini bermakna
Carl Rogers mendorong kliennya meluahkan perasaanperasaan serta interpretassi-interpretasi terhadap
peristiwa-peristiwa yang dialaminya. Rogers hanya
duduk, mendengar secara aktif serta menggunakan
teknik refleksi idea dan perasaan dalam sesi-sesi terapi.
Teori humanis menekankan objektif-objektif berikut :

Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar.


Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab
untuk menentukan apa yang mereka ingin pelajari.

Meningkatkan daya cipta pelajar-pelajar.

Memperkembangkan minat dalam bidang seni.

Meningkatkan naluri ingin tahu pelajar-pelajar.

Kebanyakan ahli-ahli teori humanis kurang menekankan


pemberian gred, kurikulum yang seragam, rancangan
pelajaran dan kedatangan yang wajib. Yang menjadi
asas kepada teori pembelajaran humanis ialah
kepercayaan bahawa pelajar mempunyai keperluan
untuk sempurna kendiri (self-actualization). Pihak guru
seharusnya membina dan memperkembangkan individu
berasaskan keperluan tersebut. Ini bermakna bukannya
guru atau perancang pendidikan yang menentukan
kandungan kurikulum itu kerana dialah yang mengetahui
apa yang dia mahu pelajari.
Pelajaran hendaklah disusun agar pelajar-pelajar
mempelajari sesuatu yang bermakna. Sekiranya ini
berlaku, pelajar-pelajar akan berhasrat untuk belajar,
ingin berkembang, ingin menerokai, ingin menguasai
dan ingin mereka cipta.
Pembelajaran humanis juga menitikberatkan
perkembangan cara bebas dan bertujuan membantu
kanak-kanak daripada tekanan-tekanan keluarga dan
masyarakat. Hasil sosial dan emosi adalah lebih
dipentingkan dari hasil akademik. Ahli-ahli pembelajaran
humanis berpendapat bahawa pada akhirnya, hasil
akademik pelajar-pelajar adalah lebih baik berbanding
dengan sistem persekolahan tradisional. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran secara humanis,
pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Ciri inilah
yang menyebabkan pembelajaran itu amat bermakna
dan berupaya menggembirakan pelajar-pelajar.

Teori-teori humanis menitikberatkan prinsip-prinsip


berikut:
i. Pelajar-pelajar akan belajar apa yang mereka
kehendaki dan apa yang ingin mereka tahu.
ii. Keinginan untuk belajar dan mengetahui bagaimana
hendak belajar adalah lebih penting daripada
pemerolehan fakta-fakta.
iii. Penilaian yang dibuat oleh pelajar sendiri adalah
lebih bermakna bagi dirinya.
iv. Perasaan pelajar-pelajar adalah sama penting
dengan fakta-fakta. Mempelajari bagaimana hendak
merasa adalah sama penting dengan mempelajari
bagaimana hendak berfikir.
v. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar-pelajar tidak
berasa terancam. Suasana sosioemosi yang sihat di
mana guru lebih memuji daripada mengkritik dan lebih
membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan.
Murid akan belajar dengan lebih berkesan jika harga
dirinya tidak tergugat.
Cara pengajaran di dalam kelas mengikut
pandangan tokoh Humanis.
Pembelajaran melalui kaunseling.
Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl Rogers

menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model


personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti satu
komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai
kesedaran peribadi yang tinggi.
Rogers (1982) dan beberapa orang penyokong model
kaunseling tidak direktif dan mereka percaya bahawa
manusia akan berkembang dengan perhubungan
manusia yang positif. Oleh itu, pengajaran yang
ditekankan dalam pembelajaran pelajar adalah dengan
berfokuskan hubungan dengan manusia berbanding
pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers
menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor, di
mana penekanan merupakan satu pakatan antara guru
dan murid. Guru memainkan peranan penting dalam
membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana
pelajar boleh memainkan peranan utama dalam
pembelajaran mereka. Antaranya, guru membantu
pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian
matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri,
guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri
dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada.
Yang penting ialah guru mewujudkan pakatan dengan
pelajar bertujuan membimbing dan membantu mereka
sepanjang penyelesaian tugas dan masalah.
Mengikut Joyce et al., (2002), antara tujuan model nondirective ialah: Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan

emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan


kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan
empati terhadap orang lain.
Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan
keperluan dan aspirasi pelajar, dimana setiap pelajar
diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan
bagaimana pelajar akan belajar.
Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus
seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.
Sebagaimana yang termaktub dalam pengajaran
mengikut Rogers, pertemuan dengan pelajar harus
wujud suatu persekitaran yang penuh dengan kasih
sayang, keyakinan, empati dan saling memahami. Guru
akan membantu murid memahami bagaimana
menghadapi tugasan serta bagaimana menuju ke arah
penyempurnaan kendiri.
Proses pembelajaran sebegini bermula dengan guru
membantu pelajar memperjelas masalah. Kemudian,
pelajar dibantu ke arah bertanggungjawab terhadap
perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.
Guru juga akan membantu pelajar mencuba dan
membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat
dalam percubaan tersebut. Di samping itu, pelajar
dibimbing ke arah pembentukan perasaan empati
terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.
Definisi Personaliti

Satu definisi awal berkaitan personaliti telah diberikan


oleh Menninger (1930). Menurut beliau, personaliti ialah
apa-apa yang sebenarnya menghuraikan tentang
seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan
biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap
sebagai terlalu ringkas.
Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh
telah diberikan oleh Waren dan Carmichael (1930).
Menurut mereka, personaliti ialah organisasi dinamik
dalam diri individu yang terdiri daripada sistem
psikologikal dan fizikal yang menentukan
penyesuaiannya kepada persekitarannya.
Selain dua definisi yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh
tersebut, terdapat definisi lain yang berkaitan dengan
personaliti. Misalnya, Alport (1937) telah mengumpulkan
lebih kurang lima puluh definisi. Setiap definisi yang
berbeza ini menggambarkan beberapa perkara.
Perkara pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli
psikologi berlainan antara satu sama lain dalam
mengkaji personaliti. Perkara kedua ialah setiap satu
definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.
Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek
biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku.

Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi


daripada proses dalaman bagi seseorang kepada
tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks
hubungan antara individu. Setiap satu definisi tersebut
merujuk kepada jenis tingkah laku yang berbeza dan
penggunaan kaedah yang berlainan. Definisi tersebut
juga menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam
diri individu atau bagaimana individu tersebut
berinteraksi sesama mereka.
Sumber:
http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/10/PENG
ENALAN_PADA_KECELARUAN_PERSONALITI
Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini
mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti tersendiri.
Ianya berbeza bagi setiap individu kerana tidak ada
individu yang benar-benar sama dari sifat-sifatnya dan
setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama
beberapa sifat tertentu dengan orang lain.
Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri
keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya
mencirikan perbezaan seorang manusia dengan
manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan
penekanan iaitu tipikal dan berbeza.
Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua

ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang


tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut.
contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah,
pemalu, impulif dan lain-lain. Penekanan kedua
terhadap istilah berbeza. Pola-pola unik yang tipikal
pada setiap individu seperti cara bertindak, berfikir, dan
merasa, menyebabkannya berbeza daripada individu
yang lain.
Personaliti dan perkataan Inggeris iaitu person adalah
dua perkataan yang berkait rapat. Secara umumnya,
personaliti memperihalkan tentang sifat-sifat fizikal,
emosi dan kognitif seseorang individu iaitu cara mereka
berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain.
Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia
dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu faktor perwarisan,
pengalaman dan budaya.
a) Faktor Perwarisan
Kajian untuk membuktikan kesan perwarisan ke atas
personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, dimana
kembar seiras tersebut dibesarkan di dalam
persekitaran yang berbeza, tetapi ianya masih
mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar
seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa
sesetengah ciri personaliti adalah diwarisi melalui

genetik atau biologikal.


b) Faktor Pengalaman.
Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada
pandangan dengan ibu bapa,kawan sepermainan,
saudara mara dan orang lain. Namun demikian,
pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dalam
mempengaruhi personaliti mereka iaitu melalui
perhubungan emosi awal, penyusuan botol dan
penyusuan ibu, rutin amalan pemeliharaan anak, ibu
bapa kucar-kacir dan juga disebabkan oleh sifat
keluarga yang autokratik berbanding demokratik.
Berdasarkan faktor perhubungan emosi awal,
kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa
perhubungan emosi awal disebabkan oleh ibu. Hal ini
kerana, apabila ibu menghabiskan masa dengan anakanak mereka, maka mereka telah mempunyai peluang
yang besar untuk mempengaruhi emosi dan tingkah
laku anak-anak mereka dan juga dijadikan sebagai
model.
Kaedah penyusuan seseorang ibu iaitu penyusuan botol
atau penyusuan ibu juga merupakan salah satu faktor
yang boleh mempengaruhi personaliti seseorang yang
bermula pada zaman kanak-kanaknya. Kebanyakan ibu
masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia

boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat,


mesra dan kasih sayang dengan anak-anaknya. Namun,
ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak,
di mana tidak mengira sama ada yang diberi itu susu
botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak
menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak,
maka ini akan menghasilkan anak-anak yang
mempunyai personaliti yang kurang sihat.
Selain itu, rutin amalan pemeliharaan anak iaitu cara ibu
menceraikan susu anak, latihan membuang air besar
dan kecil dan amalan lain yang rutin juga adalah
merupakan faktor yang boleh mempengaruhi
pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa
tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab,
konsisten, dan memahami, anak-anak mereka akan
mampu membentuk sikap dan keyakinan yang positif
yang akan membawa mereka ke arah pembentukan
personaliti yang seimbang dan mudah menyesuaikan
diri.
Di samping itu, hubungan ibu bapa yang kucar-kacir
juga mempengaruhi personaliti anak-anak mereka.
Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang
tidak selamat dan menunjukkan tingkah laku yang tidak
konsisten kepada anak-anak, saling membenci, maka ia
lebih cenderung menghasilkan anak-anak yang tidak
gembira dan mengalami tekanan.

Keluarga yang autokratik berbanding demokratik turut


memainkan peranan. Sesetengah ahli psikologi percaya
bahawa cara pemeliharaan anak, sama ada secara
autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa untuk
memberi arahan dan anak-anak hanya menerima
arahan) atau demokratik (dimana anak-anak diberi
kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi
perkembangan personaliti anak-anak.
c) Faktor Budaya.
Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa,
komuniti dan masyarakat kepada ahli-ahlinya yang baru.
Anak-anak sangat cenderung meniru tingkah laku
meeka yang terdekat dengan mereka. Faktor-faktor
persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun sosial boleh
membentuk personaliti ahli-ahlinya. Kelompok agama,
kelompok etnik, komuniti dan kelompok sosial seperti
kelab dan organisasi adalah antara contoh faktor
persekitaran yang berperanan penting dalam
mempengaruhi pembentukan personaliti.
Sumber:
http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/6

You might also like