You are on page 1of 2

Refleksi (Siti Nordiana binti Raduan)

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji-pujian ditujukan kepada yang paling berhak menerimanya iaitu
Allah s.w.t. kerana telah memberi peluang kepada saya dalam menyiapkan tugasan
projek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini.
Melalui tugasan yang saya siapkan bersama 3 orang rakan yang lain,
terdapat pelbagai input yang saya perolehi. Melalui tugasan ini, saya telah membuat
bacaan tentang model disiplin dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid
serta teknik pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan pembelajaran. Tugasan
ini juga membolehkan saya memahami definisi dan konsep pengurusan bilik darjah
dan tingkah laku secara mendalam. Selain itu, saya juga mendapat input berkaitan
pentingnya model disiplin digunakan untuk menangani tingkah laku yang tidak
diingini berlaku dalam bilik darjah.
Terdapat pelbagai teknik mengikut model yang boleh digunakan oleh guru
untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Teknik pengurusan tingkah laku juga boleh
digunakan untuk meningkatkan atau mengekalkan sesuatu tingkah laku yang mula
berubah. Antara teknik yang boleh digunakan ialah peneguhan positif, peneguhan
negatif, pembentukan atau shaping, kontrak, ekonomi token, modeling dan lain-lain.
Selain itu teknik-teknik pengurusan bilik darjah Kounin juga boleh diaplikasikan oleh
guru untuk mengatasi masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah.
Tugasan ini membolehkan saya mengetahui tentang ciri-ciri utama model
disiplin Dreikurs dan Kounin. Pada pendapat saya, kedua-dua model ini dapat
membantu guru menangani masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah sekiranya
digunakan mengikut kesesuaian tingkah laku yang ingin diubah atau dihapuskan.
Kedua-dua model ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Guru
perlu bijak dalam memilih dan mengaplikasikan model ini dalam pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku murid. Selain daripada dua model disiplin ini, model disiplin
yang lain juga boleh digunakan oleh guru. Sebagai contoh, model disiplin Asertif
Canter, model Modifikasi Tingkah laku Skinner dan model Terapi Realiti oleh William
Glasser. Kesemua model ini saya rasakan sesuai digunakan oleh guru dalam
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid
merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan

persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan
ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan
rutin yang dilaksanakan. Guru perlulah mengenal pasti akan masalah dan punca
berlakunya masalah tingkah laku yang timbul agar dapat ditangani dengan segera.
Peraturan yang jelas, ringkas, dan penting perlulah dilaksanakan oleh guru agar bilik
darjah berada dalam keadaan yang terkawal.
Kesimpulannya, terdapat beberapa Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam
bilik darjah. Guru perlulah melakukan sesuatu dan mengambil tindakan terhadap
salah laku murid agar tidak mengganggu seisi pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berlangsung.

You might also like