You are on page 1of 1

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan


memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam
melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan
menyebut apa yang dilihat oleh mereka.
Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf
atau abjad secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat
lengkap dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya muridmurid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambanglambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang
pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.
Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid
dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid
menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah
gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah
perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

You might also like