You are on page 1of 29

1.

0 Pengenalan
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sering kali berhadapan dengan
apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua
keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan.
Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam
bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan sebagainya.
Pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah satu proses yang
sistematik

untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi

membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti


tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, Mohamad Sahari Nordin (2002), proses
dalam

pentaksiran

melibatkan

aktiviti

mengumpul,

menganalisis

dan

menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Istilah pentaksiran mula digunakan


dalam penilaian pencapaian murid-murid di sekolah. Menurut Popham (2000), beliau
menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara
silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.
Menurut Siti Rahayah Ariffin (2003),
kepada

pentaksiran murid lebih menekankan

usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan

(development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata Selain itu,


maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran
merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan
harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanakkanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.

2.0 Konsep Pentaksiran


Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang (2008), pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu
pendidikan. Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar
bagi sesuatu tujuan.
Bhasah (2003) pula menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian proses
pembelajaran, melibatkan satu proses mengumpul data yang bertujuan membuat
keputusan tentang individu atau kumpulan. Dengan kata lain, pentaksiran
merupakan

satu

proses

untuk

mendapatkan

gambaran

tentang

prestasi

pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Daripada


penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian,
pengukuran dan penilaian. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang
produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran dikatakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan
aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan juga
pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Aktiviti pentaksiran mestilah dijalankan secara berterusan. Hasil pentaksiran
dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui dalam mneguasai bab
pentaksiran. Antaranya ialah instrumen iaitu alat atau bahan yang digunakan untuk
mentaksir, kumpulan yang ditaksir iaitu pelajar, respon iaitu tindak balas selepas
proses pentaksiran oleh responden dan kumpulan yang menaksir, kumpulan yang
menaksir iaitu seseorang yang ditugaskan untuk menguji dan menilai pelajar serta
skor iaitu markah.

3.0 Konsep Penilaian


Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2010), penilaian didefinisikan
sebagai perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. Menurut Gay di dalam Ee Ah
Meng (2002), penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan
itu tercapai. Hal ini bagi membolehkan guru membuat pertimbangan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran murid.
Penilaian dikatakan sebagai satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan
dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku
seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan
selepas sesuatu pengajaran. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik
perlu mempunyai tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
Melalui pengujian seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh
guru. Oleh yang demikian, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh
dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan
guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian
amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum
yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Nitko (2004), penilaian ditakrifkan sebagai prosedur bersistem yang
menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperihalkan ciri murid dengan
menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan. Dalam konteks pendidikan,
penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendapat Mok
Soon Sang (1998), penilaian juga membolehkan pendidik membuat analisis yang
bertujuan untuk membuat sebarang tindakan seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Dalam situasi ini kita boleh mengatakan guru tersebut sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan akan dilakukan
guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang
berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Selain itu, dalam sesetengah
keadaan, penilaian dibuat tanpa sebarang pegukuran yang melibatkan ujian, tetapi
hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata. Izharnya, penilaian dapat
dilaksanakan dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau
data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.

4.0 Konsep Pengujian


Menurut Raminah (1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh
perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu
pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali
sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian
diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan
yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru.
Menurut Cronbach (1970) pula, ujian adalah satu prosedur yang sistematik
untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan
dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Sebagai
contoh skala bernombor seperti angka 30/100 untuk penglihatan, 100 darjah
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuaatu mata
pelajaran seperti Matematik. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti
ektrovert atau introvert untuk ujian personaliti dan untuk ujian penglihatan pula sama
rabun warna atau tidak. Hal ini menunjukkan kepentingan pengujian dalam
mengukur perubahan sikap dan tingkah laku.

Ujian dikatakan sebagai alat ukur yang selalu digunakan untuk mendapat bukti
empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu,
tumpuan perlu diberi untuk membina ujian yang berkualiti, membina ujian berkenaan
dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Hal ini bagi memastikan
penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan
dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Antara cara untuk memastikannya ialah
dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula
dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui
sama ada pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang
ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Penilaian

Pentaksiran

Pengujian

Rajah 1 : Perkaitan pentaksiran, pengujian dan penilaian


Berdasarkan rajah diatas, ketiga-tiga unsur tersebut mempunyai perkaitan rapat
antara satu sama lain. Hal ini kerana ketiga-tiga unsur ini saling memerlukan dalam
proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan lagi tujuan dan objektif sesuatu penghakiman produk
pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan.
Perkaitan yang jelas antara ketiga-tiga komponen ini adalah dari segi tujuan
dalam menghasilkan produk dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
tujuannya ialah sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru,

sebagai alat mencari punca kelemahan murid, bagi

mendapatkan maklum balas keberkesanan pengajaran guru, menilai prestasi dan


kemajuan

pelajar,

mengetahui

pembelajaran

lampau

seseorang

pelajar,

membolehkan pelajar mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan, membuat ramalan


tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar,
untuk membuat klasifikasi atau pembahagian murid, memudahkan pihak berkuasa
membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik serta
penyelidikan berkaitan pendidikan.

membuat sebarang

Selain itu, kepentingan bagi setiap komponen ini juga saling berkait rapat iaitu
dapat membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep
dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan
yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran serta membekalkan
rekod dan laporan yang boleh membantu ahli professional lain untuk membimbing
pelajar secara individu. Selain itu, untuk menentukan cara pengajaran kumpulan
efisien dan efektif.
Tambahan
pendidikan

yang

lagi,

pentaksiran

merupakan

satu

adalah

satu

pengukuran

proses

menentukan

atau

kuantiti

penilaian

atau

takat

pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Manakala, untuk penilaian


dalam pendidikan pula adalah proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu
yang boleh diterima atau tidak. Seterusnya, perkaitan dengan pengujian pula ialah
merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang. Hal ini disebabkan pengujian pasti akan melibatkan ujian,
ujian pula akan melalui proses penilaian dan ujian yang merupakan alat pengukuran
hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar dalam bentuk markah
sahaja.
Perbandingan

Definisi

Pentaksiran
Sebuah proses

Penilaian

yang menentukan

Satu alat yang sistematik

Sebuah proses

peringkat

untuk menilai dan

menentukan perubahan

pencapaian dan

mengukur perubahan

tingkah laku dan

prestasi

dalam sesuatu aspek

membuat pertimbangan

seseorang individu tingkah laku.

nilai.

atau murid
Bagi membuat

Memberi maklumat

pengelasan
Tujuan

Pengujian

terhadap
pencapaian dan
kedudukan dalam

Untuk menentukan
pencapaian terhadap
sesuatu pembelajaran

pembelajaran
7

tentang pencapaian
objektif pembelajaran.
Kaedah mengajar dan
kurikulum.

1. Set ujian bertulis 1. Pemerhatian


Bentuk

dengan markah 2. Ujian lisan


dan gred

proses pengujian
menggunakan set

perlaksanaan

2. Gred berdasarkan

3. Ujian bertulis

Menjalankan

Proses

1. Jadual

ujian dan
kemudian
mencatat atau
merekod markah
serta memberi
gred

teknik perangkaan
Menentukan kaedah

Menyediakan set ujian

pengukuran yang ingin

berdasarkan cara ujian

dijalankan dan

yang ingin dijalankan.

melakukan proses

Melakukan pentadbiran

pengukuran dan

semasa menjalankan ujian

penganalisaan semasa

dan seterusnya

pengukuran dilakukan.

menjalankan

Kemudian proses

pemeriksaan terhadap set

interpretasi dijalankan

ujian yang telah

sebelim melapor

dijalankan.

dapatan kajian dan


tindakan.
Boleh dijalankan

Masa

Selepas sesi

Selepas sesi

sebelum, semasa atau

pembelajaran

pembelajaran

selepas sesi

Terhad kepada
liputan

sesuatu peringkat
pembelajaran

Menunjukkan
keputusan

pencapaian
secara relatif

Terhad kepada sesuatu


kemahiran atau
pembelajaran yang telah
disampaikan

Menunjukkan prestasi
sesuatu kemahiran atau
penguasaan pembelajaran
yang spesifik

pembelajaran
Menyeluruh terhadap
sesuatu pembelajaran
sehingga kepada
keseluruhan sesebuah
kurikulum
Menunjukkan
pencapaian
keseluruhan seseorang
individu namun tidak
hanya menggambarkan
kebaikan individu
tersebut.

Jadual 1 : Perbandingan pentaksiran, pengujian dan penilaian


6.0 Taksonomi Bloom

Menurut Kamus dewan edisi keempat (2010), taksonomi ialah kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model
yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan
dengan

objektif-objektif

pendidikan

yang

melibatkan

bidang-bidang

seperti

pengetahuan, afektif dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu
yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana
menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan
berfikir. Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai
pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah
domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan
sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud
cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Domain
taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini
bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen
dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah
dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran
aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari
terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom
berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 2 : Hierarki Taksonomi Bloom


Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling
rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali
9

fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu
dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang
perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti
siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah
murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang
telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan
murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi
kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah
bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan maksud tersurat
dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens
tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi
mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan
maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan
dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan,
mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan
susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
10

pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti


unsurunsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis
unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari
bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan
iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis
prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental
analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan
kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan
murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi
aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik
untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
11

sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu


seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras
penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,
idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh
mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman
iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lainlain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam
sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan
pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada
beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

7.0 Domain Krathwohl


Pengasas bagi taksonomi ini ialah David R. Krathwohl. Krathwohl dan rakan-rakan,
(1965) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif
(affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia.
Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan
nilai murid. Aras taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 peringkat iaitu penerimaan,
gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

Rajah 3 : Aras Domain Krathwohl


Penerimaan berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan
dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks
12

pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,


mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Gerak balas membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih
daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya.
Menilai pula ialah peringkat apabila perlakuan adalah didasarkan atas konsep
dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan
cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
Organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih
daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya.
Perwatakan pula bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan
sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang
itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya
dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau
sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

8.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

13

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen

pengetahuan,

kemahiran

dan

sikap

yang

telah

ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan
soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran. JSU juga
menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan
untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Hale (1980) berpendapat bahawa pengubalan kertas ujian perlu mengikuti
pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan
item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah
dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu
untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan
seterusnya, pengukuran yang adil.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah
carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini
pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan
demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang
perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru
supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada
awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin,
misalnya sebelum kita memulakan pengajaran. Dengan erti kata lain, JSU
merupakan jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap
konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan


sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
14

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara

yang baik untuk

merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan


rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU
mempunyai peranan yang penting.

8.1 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Jadual Spesifikasi Ujian yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu
penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan
penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara
lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara
sembarangan, JSU juga menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, hal ini
berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin.
Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari
semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang
akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi
keseluruhan topik pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara
satu ujian dengan ujian yang lain.
Kepentingan JSU yang seterusnya adalah menimbulkan rasa kepantingan
sesuatu topik dan aras-aras kemahiran di samping mengambil kira bilangan masa
yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. JSU juga memudahkan para guru iaitu
boleh dijadikan panduan untuk membentuk format ujian yang berkualiti. Selain itu,
kestabilan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun terjamin dengan
adanya penggunaan JSU.

9.0 Pembinaan Soalan Objektif Berdasarkan Taksonomi Bloom

15

1) Aras Pengetahuan
Soalan 1
Siapakah ketua dalam sebuah keluarga ?
A) Abang
B) Kakak
C) Ayah
D) Ibu

Soalan 2
Apakah maksud perkataan jemaah ?
A) Orang ramai
B) Peniaga
C) Pelajar
D) Askar

2) Aras Kefahaman

16

Soalan 1
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.
Setiap murid mestilah mengamalkan semangat untuk bekerjasama dengan rakanrakan di dalam kelas
A) Habis madu sepah dibuang
B) Bagai bulan dipagar bintang
G) Orang mengantuk disorongkan bantal
D) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Soalan 2
Tugas ketua kelas adalah memastikan

yang diberikan oleh guru

dilaksanakan dengan betul.


A) Keikhlasan
B) Kemahiran
C) Kedudukan
D) Tanggungjawab

3) Aras Aplikasi
17

Soalan 1
Nyatakan Bentuk kata bagi perkataan bergaris di bawah.
Warga Sekolah Kebangsaan Seri Mawar diundang ke Pertunjukan Seni
Mempertahankan Diri.
A) Kata dasar
B) Kata majmuk
C) Kata Tunggal
D) Kata Terbitan

Soalan 2
Cikgu Harun membawa Nabila dan rakan-rakannya melawat ____________
Muzium negara pada Ahad lepas.
A) Kepada
B) Pada
C) Ke
D) DI

4) Aras Analisis
18

Soalan 1
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I.

Berat badan Ali semakin meningkat.

II. Zamri meningkat dagu di dalam kelas.


III. Bersukan dapat meningkatkan tahap kecergasan kita.
IV. Prestasi persatuan Pengakap semakin meningkat sejak tahun lepas.
A. I dan I! sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, III, dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Soalan 2
Ramai orang berkerumun di kedai buah itu.
Rangkai kata berkerumun dalam ayat bermaksud
A) Bermain
B) Berkumpul
C) Berkhemah
D) Bergurau senda

5) Aras Sintesis
19

Soalan 1
Nyatakan cadangan yang paling sesuai untuk memelihara dan memulihara flora dan
fauna ?
A) Menyiram pokok bunga di sekolah.
B) Mengitar semula barang-barang terpakai.
C) Mengurangkan penggunaan plastik semasa penjualan.
D) Menanam banyak pokok di persekitaran kita dan elakkan penebangan hutan.

Soalan 2
Zuera menjual setiap batang pen dengan harga dua ringgit. Berapakah harga bagi
lapan batang pen ?
A) Empat ringgit
B) Enam ringgit
C) Dua belas ringgit
D) Enam Belas ringgit

6) Aras Penilaian
20

Soalan 1
Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan
murid-murid adalah
A) Merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin.
B) Meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah.
C) Mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku.
D) Memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan
kaunseling.

Soalan 2
Pada pendapat anda, mengapakah bumi kita semakin hari kian tercemar dengan
pencemaran ?
A) Sikap malas masyarakat.
B) Peraturan penjagaan alam tidak ketat.
C) Orang ramai kurang mahir dalam bidang pertanian.
D) Kurangnya kesedaran dalam diri untuk menjaga alam sekitar.

21

22

10.0 Rumusan
Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama
pentingnya dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah
untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek
yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru
pelajar serta ibu bapa

malah

kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri

apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.


Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada
guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti
pembelajaran

dalam

bilik

darjah.

Sepanjang

guru

pengajaran dan

mengajar, beliau

akan

menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan penilaian
dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa
tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan,
menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar.
Seterusnya, taksonomi bloom dan domain krathwohl, juga diperlukan dalam
penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU amat penting dalam pembinaan
dalam sesuatu ujian. Hal ini kerana dalam penyediaan sesuatu ujian perlulah
menyediakan JSU

yang merupskan rancangan persediaan item atau soalan.

Tambahan lagi dengan memahami segala keperluan ini guru mampu membina
soalan dan dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian
dalam pendidikan.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian
yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan
guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

23

Refleksi Kendiri
Abang Muhammad Fathur Rahman Bin Abg Madehi
K2 ( 27180)
Pada 23 Julai 2012, Encik Noor Azni bin Yahya telah memberikan kami kertas soalan
tugasan untuk mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di blok
Seri Budiman. Sebelum memulakan sesi P&P, beliau terlebih dahulu menerangkan
dengan lebih lanjut kehendak sebenar soalan dan format menjawab tugasan. Beliau
turut menerangkan panduan membuat folio semasa menerangkan cara menjawab
kertas soalan tugasan itu. Selain itu, beliau turut menekankan kepada kami supaya
merujuk banyak sumber semasa membuat tugasan tersebut.
Sebenarnya, soalan tugasan ini tidaklah terlalu sukar kerana Encik Noor Azni
bin Yahya telah memberi banyak nota Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
serta tunjuk ajar kepada kami. Namun begitu, beliau berharap kami mengambil
inisiatif dengan mencari beberapa buku sebagai bahan rujukan tambahan. Kami
diminta memetik beberapa petikan sebagai bukti bahawa kami benar-benar
membuat rujukan dan bukan sekadar mengolah semula nota yang telah beliau
edarkan sebelum ini.
Selain bertanya kepada Encik Noor Azni bin Yahya tentang kaedah
menajawab soalan tugasan, saya turut berbincang dengan rakan-rakan dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan kerana buku yang saya pinjam
tidak banyak membantu saya untuk melaksanakan tugasan ini.
Ketika membuat kerja kursus ini saya telah banyak mempelajari maksud
sebenar pengujian, pentaksiran dan penilaian. Ketiga-tiganya berkait rapat dalam
memantau perkembangan dan kemajuan murid-murid dalam pembelajarannya.
Seseorang guru mestilah mahir dalam melaksanakan ketiga-tiga perkara ini bagi
menjamin kesahihan keputusan pengujian yang dibuat. Dalam pembuatan kerja
kursus ini saya juga telah mempelajari aras soalan Taksonomi Bloom. Aras soalan
Taksonomi Bloom ini amat membantu dalam penyediaan soalan ujian yang
mempunyai beberapa peringkat kesukaran kepada murid.
24

Bukan itu sahaja, saya juga telah mempelajari Jadual spesifikasi Ujian (JSU)
yang membantu guru dalam penyediaan soalan ujian yang seimbang. Soalan yang
susah dan soalan yang senang mestilah seimbang dan diambil daripada bab yang
berbeza dalam sukatan matapelajaran sesuatu subjek. JSU ini juga dapat
memastikan seseorang guru seperti saya tidak membuat soalan dengan sewenangwenangnya.
.

Selain itu, saya saya telah memperolehi banyak pengalaman sepanjang

menjalankan kerja kursus ini seperti pengalaman mencari maklumat, memproses


maklumat dan pengaplikasian maklumat.

Saya harap pengalaman yang saya

perolehi sepanjang membuat kerja kursus pendek ini akan dapat digunakan ketika
saya membuat kerja kursus yang akan datang.

25

Mohd Azam Bin Sulai


K2 ( 27270)
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah
kekangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa mahupun sumber
maklumat. Namun setelah diberi segala penerangan daripada pensyarah subjek
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya dapat memahami serta
memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa
setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh,
sebelum ini saya kurang memahami tentang bagaimana cara guru membina
sesebuah set soalan berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang mengikut standard.
Namun begitu setelah saya mencari maklumat dan membuat rujukan daripada
beberapa buah buku yang berkaitan dengan hal tersebut, saya dapat memahami
perkara ini dengan lebih mendalam lagi. Melalui tugasan ini, saya juga berpeluang
membina beberapa soalan yang beteraskan aras Taksonomi Bloom. Daripada
dapatan saya, pembinaan item ujian hendaklah berdasarkan JSU sebagai panduan
kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan
pengajaran daripada awal hingga akhir.
Saya juga dapat menimba ilmu yang baru iaitu dapat mempelajari konsep
pentaksiran, pengujian dan penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini memberi pengalaman kepada saya untuk mengetahui apa
yang perlu dilakukan oleh guru sebelum, semasa atau selepas proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan
ini saya terpaksa berkorban dari segi masa, tenaga, dan sebagainya, saya tetap
berpuas hati kerana hasil kerja keras ini banyak memberi ilmu baru kepada diri saya
dan akan saya diaplikasikan suatu hari nanti.

26

Di samping itu, tugasan ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang
domain kognitif Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Saya mendapati domain
kognitif Taksonomi Bloom terdapat enam elemen iaitu aras pengetahuan, aras
pemahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Manakala,
Ttaksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 peringkat iaitu penerimaan, gerak balas,
menilai, organisasi dan perwatakan.
Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Hasil daripada melaksanakan tugasan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, kini saya mula memahami
bagaimana proses penilaian seseorang murid yang dilakukan oleh guru bagi
membantu mereka dalam sesuatu topik pembelajaran. Seterusnya, saya berasa
lebih minat untuk mengkaji bidang yang berkaitan dengan bahasa agar dapat
meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan bahasa dalam diri saya.
Pengalaman ini tidak akan saya lupakan dan akan dipraktikkan untuk masa akan
datang.

27

Bibliografi

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim,
West Malaysia : Quantum Books.
Bloom, B. S. ed. et al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: Handbook 1,
Cognitive Domain. New York: David McKay.
Cronbach L.J (1970), Essential of psychological testing (3rd ed.)
New York : Harper & row
Ee Ah Meng (2002). Pedagogi III. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Hale, Kenneth (1980). The position of Walbiri in a typology of the base. Bloomington:
Indiana University Linguistics Club.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003). Pedagogi Untuk Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.s., & Masia, B.B. (1965). Classroom testing construction.
Illinois: F.E Peacock Publisher Inc.
Mohamad Sahari Nordin (2002). Pengujian dan penaksiran di bilik darjah.
Kuala Lumpur : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mok, Soon Sang (1998). Pendidikan di Malaysia untuk diploma perguruan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Nitko, A. J. (2004). Educational assessments of students. Upper Sandle River N.J
Pearson- Merill Prentice Hall.
Popham W.J (1975). Educational evaluation. New Jersey : Prentice-Hall Inc.
Popham W.J (2000). Testing : What every parent should know about school tests.
London : Allyn & Bacon.
Siti Rahayah Ariffin (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
28

Penilaian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

29

You might also like